Friday, September 5, 2014

Awas... Soya Boleh Mengancam Manusia!



Salam Jumaat yang mulia... Mudah-mudahan kita semua berada di bawah Rahmat dan Lindungan-Nya. Baru-baru ini timbul lagi isu mengenai kacang soya yang lebih banyak mudaratnya daripada manfaatnya kepada kita manusia dan keluarga kita. Isu ini dah timbul sebelum ini lagi tetapi masih ada antara kita yang membangkitkan isu ini lagi walaupun pencerahan telah diberikan.



* Tauhu, tempe dan kicap adalah makanan berasaskan soya * 


Saya sertakan artikel yang menjadi rujukan utama oleh kebanyakan daripada mereka ini :-


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
-Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
-Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
-Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita! Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical
bernama isoflavone(sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.) Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini.
Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino. Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe . Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit. Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang
mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti
estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid. Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji


Selain daripada pendirian saya yang suka menganalisa terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan, saya juga teringat pesanan guru dan ustaz yang pernah mengajar saya dahulu supaya berhati-hati dengan apa-apa berita yang diterima sebelum menyampaikan kepada orang lain terutama sekali dari segi fakta kebenarannya. Kalau berita itu BENAR Alhamdulillah... banyak manfaatnya, tetapi kalau TIDAK BENAR kita pun dah menjadi ejen penyebar fitnah... dan telah membunuh hati saudara-saudara kita..... Nauzubillah....


Juga antara ilmu yang saya boleh kongsi dengan rakan-rakan ialah dari segi hukum (boleh rujuk kepada pakar agama) asal hukum sesuatu benda atau perkara (yang tidak melibatkan ibadat khusus) ialah HARUS ataupun Mubah/Ibahah. Jadi, perkara-perkara yang berkaitan dengan pemakanan dari segi hukum adalah HARUS selagi tiada bukti kukuh dari segi syarak untuk menghalang dan mengharamkannya termasuklah kacang soya. Wallahu 'alam...

Sumber rujukan :




US Food and Drug Administration atau dikenali sebagai FDA adalah sebuah badan bebas dunia yang berfungsi untuk mengawal selia makanan dan bahan-bahan terlarang serta mempunyai kuasa membuat "ruling" atau keputusan yang mengikat semua ahli nutrisi serata dunia. Adalah fakta penting bahawa semua jenis pemakanan mempunyai nutrisi tertentu dan harus mematuhi peruntukkan ditetapkan FDA.


Final ruling yang dikeluarkan oleh FDA berkenaan isu kacang soya pada 26 Oktober 1999 bertajuk Food Labeling : Health Claims; Soy Protein and Coronary Heart Disease adalah sangat panjang dan fakta yang relevan ialah berkenaan "phytic acid" yang menghalang penyerapan mineral tertentu seperti berikut :-


"FDA finds that the evidence of potential adverse effects of soy protein on iron and zinc status is equivocal. Interpretation of the evidence is difficult because findings in human studies are often inconsistent with results of animal studies. Moreover, many factors affect the absorption of these minerals, including the amount consumed in a meal, the enhancing and inhibiting effects of other components of the meal, and the nutritional status of the subject."

Kebanyakan studies yang dijalankan menunjukkan bahawa :-

"FDA is not convinced of the relevance of these studies to human consumption of soy protein."

atau pun


"FDA finds that these two studies do not provide sufficient evidence to address the effect of soy protein on human fertility."



"Phytic Acid" pula bukan hanya terdapat dalam soya, malah terdapat juga dalam bijirin yang lain.



* Zat Besi akan bertambah sekiranya Asid Phyttic disingkirkan dalam bijirin * 


* Kacang dan bijirin masih ada di sekeliling kita * 

Kesimpulannya ialah tidak ada bukti menunjukkan bahawa kacang soya adalah berbahaya kepada manusia. Ujian-ujian yang telah dijalankan adalah kepada haiwan yang tidak mempunyai sistem tubuh dan saraf yang kompleks dan lengkap seperti manusia.


Jika betul pun kacang soya adalah berbahaya kepada manusia, ini mesti kacang soya jenis GMO yang telah diubah menggunakan kejuruteraan genetik untuk menampung permintaan yang tinggi kepada kacang soya satu ketika dahulu. Oleh itu adalah jelas di sini bahawa terdapat banyak jenis kacang soya dan bukan semua kacang soya memudaratkan manusia.

Sumber rujukan :



Berbalik kepada makanan Sunnah pula, setakat hari ini saya belum pernah terbaca mana-mana artikel yang memburuk-burukkan makanan Sunnah seperti yang dikatakan. Tiada halangan untuk makan apa jua jenis makanan yang ada di dunia ini selagi tidak diharamkan. Apa yang saya tahu nasi yang dimakan oleh orang Asia sekarang ini bukanlah makanan Sunnah kerana tidak dimakan oleh Nabi. Tetapi adalah jelas kita masih boleh makan nasi selagi tidak diharamkan. Begitu jugalah kacang soya.


Ada beberapa perkara yang harus kita teliti untuk memastikan kita memilih kacang soya yang baik dan tidak memudaratkan kita sekeluarga seperti berikut :-

1. Kacang soya tumbuh membesar secara organik

2. Kacang soya tidak dihasilkan secara genetik (non-GMO)

3. Protein dalam kacang soya mestilah mempunyai 9 asid amino yang diperlukan dalam badan

4. Dalam proses pembuatan pula, kacang soya mesti dibersihkan dengan air bukan alkohol

5. Bahan anti-thyroid dan anti-growth substance mesti disingkirkan

6. Proses pembuatan juga dibuat tanpa pemanasan; dan

7. Bahan kacang soya yang diproses perlu ditambahkan dengan kalsium untuk meneutralkan asid di dalamnya.




Sudahkah anda mengenali kacang soya mana yang mengancam anda dan kita sekeluarga? Kenali jugalah Shaklee ESP yang memastikan hanya kacang soya terbaik dipilih dalam proses pembuatannya :-



Better You Better World: Energizing Soy Protien, ESP: Kita adalah protein, asas kepada sel ialah protein. TAHUKAH ANDA ? Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen prot...

Better You Better World: Keperluan utama:   Ada kenalan bertanya, mengapa mukanya penuh dengan tompok-tompok hitam akibat kesan bekas jerawat lama....apakah ia sebenarnya? Kesan tomp...


Mudah-mudahan juga kita semua mendapat manfaat atas perkongsian ilmu di sini. Berebut-rebutlah kita membuat amal kebaikan walau di bidang mana pun kita ceburi. Ini akan menjemput aura yang positif dan baik dalam kehidupan kita. Sebaliknya berhentilah kita daripada merendah-rendahkan orang lain yang tidak sependapat dengan kita. Berselisih pendapat juga ada adab dan garis panduannya.


ANDA SEBAGAI PEMBELI PRODUK SHAKLEE AKAN DIBERIKAN KONSULTASI EKSKLUSIF TENTANG CARA PENGAMBILAN SUPLEMEN YANG BERKESAN. JANGAN TUNGGU LAGI, HUBUNGI KAMI SEPERTI DI BAWAH :-


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



2 comments:

  1. Replies
    1. Kebanyakan makanan orang Asia berasaskan soya. Puan kena rujuk dengan pakar perubatan dan nutrisi sebelum mengambil makanan.

      Boleh juga rujuk pada artikel di bawah. Bukan semua soya berbahaya. Bergantung dengan cara mana sesuatu soya itu diproses.

      http://www.foodallergy.org/allergens/soy-allergy

      Delete

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...