Friday, September 19, 2014

Tips Mencegah Resdung (Resah Hidung)



Sebahagian masyarakat masih lagi keliru kaitan antara Resdung dan Sinus. Sebenarnya Sinus bukanlah sejenis penyakit, sebaliknya rongga atau ruang. Sinus hidung (paranasal hidung) ialah rongga udara yang diselaputi mukosa terdapat dalam tengkorak manusia. Apakah itu Resdung dari sudut pandangan kesihatan dan perubatan? Resdung ialah sejenis penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput Sinus.


* Source : medindia.net

Dalam konteks perubatan terdapat 2 jenis penyakit utama yang berkaitan dengan Resdung iaitu "Rhinitis Alahan" dan "Sinusitis". Perbezaan ketara antara kedua-duanya ialah pesakit yang mengalami "Rhinitis Alahan" mempunyai hingus yang jernih manakala pesakit yang mengalami "Sinusitis" mempunyai hingus bewarna kuning, hijau atau bercampur darah.

Credit to Dr Ahmad Nordin


Bolehkah Penyakit Resdung ini dicegah atau dielakkan?

Ya, semestinya Resdung boleh dielakkan. Terdapat beberapa Tips Mencegah Resdung yang sama-sama kita boleh cuba seperti berikut :-

1. Minum Air Yang Banyak

Hidrasi tubuh badan yang baik akan menyebabkan hingus (mucus) menjadi nipis dan cair

2. Elakkan Tempat Yang Kering

Sentiasa memastikan tempat tinggal kita dalam keadaan lembap dan tidak kering agar saluran hidung kita tidak menjadi kering

3. Sedut Wap Air

Ambil air yang baru mendidih. Bongkokkan badan kita agar muka kita menghadap wap air medidih tesebut. Letakkan tuala di atas kepala dan bernafaslah seperti biasa dengan tenang dan perlahan. Aktiviti ini mampu untuk membersihkan saluran hidung.

4. Cuci Saluran Hidung Setiap Hari

Bukan sahaja setiap hari, malah sebagai seorang Muslim aktiviti ini dilakukan 5 kali sehari. Sebab itu dianjurkan sebaik-baiknya untuk berkumur-kumur dahulu, kemudian air kumuran itu dikeluarkan melalui saluran hidung. Aktiviti seperti ini mampu untuk menyingkirkan hingus yang berlebihan dan melembapkan membran.

5. Tidur Dengan Kepala Ditinggikan

Sekiranya kepala tidak ditinggikan ketika tidur, hingus akan berkumpul di rongga hidung

6. Ambil Vitamin/Suplemen

Adalah disarankan juga untuk anda mengambil vitamin atau suplemen bagi mengukuhkan sistem imun daripada serangan pelbagai jenis penyakit. Di Shaklee, kami mencadangkan suplemen-suplemen seperti berikut :-


PRODUKCATATAN
VivixMengimpak 4 Mekanisma Utama Penuaan Selular
NutriferonMempertingkatkan Sistem Imun (Mengaktifkan Interferon)
Vita C 500mg SRMengukuhkan Sistem Imun
GarlicAntibiotik Semulajadi Mengawal Infeksi
CarotomaxMenggalakkan Sistem Imun, Antioksidan
Vita E 400IUMenggalakkan Sistem Imun, Antioksidan
Zinc ComplexAgen Antivirus Dan Penggalak Imun
Omega GuardMengurangkan Impak Faktor Pencemaran
Alfalfa ComplexDetoks, Anti-Inflamasi


Baca : Testimoni HB kembali normal, resdung, kulit kering dan jerawat badan tiada lagi


* Dapatkanlah sumber Interferon yang kaya dengan pelbagai Nutrien sebagai "immune booster" anda dan keluarga * 

Sediakanlah payung sebelum hujan dan sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat. Oleh itu, janganlah tunggu sehingga kita diserang oleh penyakit hidung seperti Resdung ini terlebih dahulu sebelum kita mencuba Tips Mencegah Resdung seperti di atas.





Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


1 comment:

  1. Uve been nominated
    http://www.bidadarigojes.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html?m=1

    ReplyDelete

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...