Tanggal 2 Muharam 1435 Hijrah bersamaan dengan 6 November 2013 adalah tarikh bersejarah bagiku kerana berpeluang bertemu dengan Prof Muhaya walaupun atas dasar seorang doktor dan pesakit. Ya, itulah Pengalaman Lasik Mata dengan Prof Muhaya di Prince Court Medical Centre.
Pengalaman Lasik Mata dengan Prof Muhaya ini bermula apabila tiba-tiba isteri aku bertanyakan samada aku mahu Lasik Mata ataupun tidak. Lasik? Perkataan yang agak janggal bagi diriku... Seriously aku tak pernah dengar perkataan itu sebelum ini. Dengan ringkasnya isteri aku memberitahu Lasik ialah laser mata supaya tak perlu pakai spek. Tak payah pakai spek? Ini sudah bagus.... Aku pun terus buat research sikit pasal Lasik dan serba sedikit barulah faham apa itu Lasik sebenarnya.
Aku pakai spek dah lama iaitu masa darjah 6... beberapa bulan sebelum UPSR iaitu lebih kurang 20 tahun. Memang muka pun macam budak skema dan nerd. Pakai spek ini membataskan pergerakan kita untuk lebih aktif dan lasak. Kalau buka spek pulak langsung tak nampak. Dah la spek zaman dulu... of course lah spek murah, berat dia tak payah cakap lah... bingkai tebal... kanta tebal... huhu.... (Kalaulah ada simpan gambar spek lama).
* Aku di tahun 2011 * |
* Aku di tahun 2012 * |
Pengalaman Lasik Mata dengan Prof Muhaya diteruskan apabila isteri aku beritahu ada kawan-kawan dia sedang kumpul orang untuk book date dengan Prof Muhaya untuk membuat Lasik. Memandangkan isteri aku tak pakai spek maka nama aku pun dah dimasukkan dalam senarai. Kos Lasik ni hampir mencecah RM7,000.00 untuk kedua-dua belah mata. Untuk orang yang berumur 35 tahun ke atas pula, harganya berbeza, mungkin sedikit mahal.
Beberapa hari sebelum "minor surgery" untuk Lasik, aku dikehendaki membuat beberapa siri "eye test" dengan pembantu perubatan lebih kurang separuh hari juga di Prince Court untuk mengetahui tahap kesihatan mata dan juga samada sesuai untuk dibuat Lasik ataupun tidak. Di peringkat terakhir "eye test" tersebut barulah aku diserahkan kepada Prof Muhaya dan dengan senyuman manis dan penuh karisma dia memberitahu aku "Tahniah En Alizal... anda layak untuk membuat Lasik dengan saya!"
Wow.... aku sangat gembira masa tu sehinggakan aku pun lupa untuk merakamkan gambar kenangan dengan Prof Muhaya. Setelah dibekalkan dengan beberapa ubat, notes untuk "do's and dont's" sebelum buat Lasik, aku pun mengambil teksi untuk pulang ke rumah. Oh ya... aku diberitahu supaya tidak memandu sendiri sebab ubat yang diberikan boleh memberikan kesan negatif ketika memandu.
* Ujian untuk mengukur kelembapan mata - inilah saat yang paling menyakitkan! * |
Tiba hari yang dinanti-nantikan... terus terang takut memanglah takut, apa tidaknya walaupun Prof Muhaya yang buat Lasik, dia pun manusia biasa yang mungkin akan membuat kesilapan. "Minor surgery" ini pula melibatkan mata, salah satu organ dan deria paling penting bagi seorang manusia. Masa tu baru terfikir adakah aku telah membuat keputusan yang tepat?
Sungguh ku tak sangka, proses Lasik itu hanya berjalan lebih kurang 10 minit sahaja. Ruang pembedahan yang dihidupkan dengan alunan zikrullah telah memberikan sedikit ketenangan kepada aku untuk menghadapi tempoh 10 minit itu. Prof Muhaya juga sangat tegas dan berpengalaman orangya dalam menjalankan tugas. Seolah-olah dia tahu apa yang kita fikirkan dengan hanya melihat mata kita! Aku juga ditegur untuk meneruskan zikir dalam hati... seolah-olah Prof Muhaya tahu ada sedikit ketakutan pada aku ketika itu.
Terus terang... mata tak sakit... mungkin disebabkan ubat bius yang dititikkan pada mata. Cuma pandangan kita jadi "foggy" dan "glary". Mungkin juga disebabkan banyaknya penggunaan air semasa Lasik berjalan. Satu lagi semasa laser digunakan aku dapat cium bau "lalat yang terbakar sebab masuk perangkap elektrik lalat". Hmm... mungkin itu ialah bau kesan terbakar mata aku akibat laser tersebut.
* Perangkap lalat elektrik * |
Aku diingatkan sekali lagi supaya jangan menggaru-garu mata jika gatal. Teruskan letak ubat titik (macam eye mo) ikut arahan yang diberikan dan makan ubat tahan sakit. Jangan juga biar aliran air deras kena pada mata seperti swimming setidak-tidaknya untuk tempoh sebulan. Setelah selesai semuanya aku pun menahan teksi untuk pulang ke rumah. Oh ya.... sekali lagi aku lupa untuk bergambar dengan Prof Muhaya, walaupun sebelum ini berkali-kali diingatkan oleh isteri aku untuk berbuat demikian.
* Aku di tahun 2014 * |
Pengalaman Lasik Mata dengan Prof Muhaya secara tidak langsung mengajar aku erti bersyukur atas nikmat Allah seperti nikmat penglihatan. Sejujurnya aku tidak mahu kehilangan atau kekurangan nikmat melihat ini sekali lagi! Keduanya, Pengalaman Lasik ini juga dapat mengukur keberanian aku untuk menghadapi apa jua cabaran di masa hadapan. Dan ketiganya, benarlah dengan berzikir itu bukan saja hati kita akan tenang, malah anggota tubuh badan kita juga akan tenang.
Tidak ada juga jaminan bahawa aku tidak akan rabun kembali. Jadi aku masih lagi mengambil berat tentang kesihatan mata. Untuk kesihatan mata yang berkekalan ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5 hingga 9 hidangan sayuran dan buahan untuk sehari. Banyak kan? Jadi sebagai ganti aku ambil suplemen yang banyak karotena (lebih selamat daripada Vitamin A) untuk cover balik kalau aku tak cukup makan sayur dan buah.
Baca : Petua Memelihara Kesihatan Penglihatan, Kesihatan Kulit dan Mencegah Kanser Secara Serentak!
Mudah-mudahan perkongsian pengalaman ini akan memberikan manfaat kepada semua. Kenalilah mata anda dan kenalilah suplemen yang membantu mata anda untuk kekal sihat!
Thanks for sharing us. Lasik Eye Surgery
ReplyDelete