Wednesday, December 28, 2016

Road Trip 2016 - Kembara Trans Banjaran Titiwangsa (Part 1)



Alhamdulillah... dah selesai projek kami untuk tahun ini iaitu Road Trip 2016. Road Trip ni bermula pada 13 Disember 2016 dan tamat pada 22 Disember 2016. Road Trip ni bermula di kawasan yang terkenal dengan sawah padi di Selangor iaitu Sekinchan yang terletak dalam daerah Sabak Bernam dan berakhir di rumah kami di Cheras, Selangor iaitu perjalanan selama 10 hari dan 9 malam.

Kembara Rentas Banjaran Titiwangsa


Day 1 - 13 Disember 2016

Dari Cheras kami bertolak ke Sekinchan sebelum tengahari dan berhenti untuk makan di kawasan Kuala Selangor. Kami pilih untuk mencuba Mee Udang Banjir yang terletak di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Kat Kuala Selangor kalau nak try makanan western boleh cuba di Noah's Street Burger Kuala Selangor. Selesai makan tengahari, kami terus ke Sekinchan yang cuma lebih kurang setengah jam perjalanan lagi.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Sekinchan


Di Sekinchan kami menginap di homestay kontena yang dikenali sebagai Farm Ville Cafe & Homestay... eh macam nama game kat facebook pulak... hehe.... Ada satu lagi homestay kontena kat Sekinchan yang colourful... nama dia Sekinchan Padi Box. Tapi kami pilih Farm Ville sebab kat sini boleh main trampoline... sejenis alat mainan untuk kita main lompat lompat tu....

Berhampiran pintu masuk

Dalam bilik kontena kami

View kat sini memang ohsem dengan pemandangan sawah padi menguning yang luas terbentang. Ada sesetengah orang dia prefer pemandangan sawah padi yang menghijau kan? ok... dia bergantung pada musim lah... masa kami datang dah start kuning... dan ada sawah padi yang dah 'botak' sebab dah kena tuai....

Pemandangan sawah padi menguning dari bawah

Pemandangan dari atas

Lepas selesai check ini... kami pergi main trampoline sekejap, ambil gambar... nikmati pemandangan sambil ditemani bayu laut yang tiup sepoi sepoi bahasa... Alhamdulillah. Tak lama lepas tu kami bergerak ke Tg Karang untuk ambil 2 orang anak lagi yang ada kem cuti sekolah kat situ... tak jauh pun... lebih kurang 15 minit perjalanan dari Sekinchan.

Baca : Kem Cuti Sekolah Di Sawah Padi Dan Ladang Kelapa Sawit


Selesai ambil anak... kami kembali ke Sekinchan... sambung main trampoline dan biar anak-anak main pool yang disediakan di Farmville. Fuhh.... best betul main trampoline ni... betul betul pecah lemak dan jantung berdegup kencang... bilalah nak ada satu trampoline kat rumah ni... hihi...

Main trampoline

Main pool

Selepas maghrib kami pergi makan malam kat gerai di stesen bas dan teksi Tg Karang iaitu Sup Kaki Ayam Dorai. Kami pilih menu biasa jer macam makanan goreng dan juga sup. Selesai makan... kami gigih mendobi sekejap di kawasan Tg Karang.... nak basuh baju anak-anak yang kotor sebab program kat sawah padi. Setel mendobi... barulah kami pulang ke Sekinchan untuk berehat dan tidur...

SELAMAT MALAM SEKINCHAN!


Day 2 - 14 Disember 2016

SELAMAT PAGI SEKINCHAN!

Lepas Subuh kami terus ke check point yang sesuai untuk tengok sunrise di kawasan sawah padi Sekinchan... Subhanallah... Indahnya ciptaan Allah! Selesai ambil gambar... kami terus keluar untuk bersarapan di kedai mamak yang berhampiran.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Sekinchan


Mentari pagi di bumi Sekinchan... Subhanallah!

Lepas sarapan kami pulang dah bersiap sedia untuk check out. Sebelum check out sempat lagi kami main trampoline.... hehe... Banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat kat sini... antaranya ialah sewa basikal dan buggy untuk pusing pusing kat kawasan sawah padi dan banyak lagi.

Kami check out awal sikit dan terus ke lokasi seterusnya iaitu ke 3D Art Gallery Sekinchan yang tak jauh dari situ. Tempat ni dulunya ialah bangunan untuk sarang burung walit yang dah tak pakai. Masa kami datang masih ada tempat yang tak boleh bergambar dalam ni sebab diorang tengah renovate dan mengecat.

Antara aksi menarik yang boleh dilakonkan

Selesai bergambar kat 3D ni... kami naik ke rooftop untuk tengok view dari situ. Cantik sangat... walaupun cuaca sangat terik masa tu sebab dah tengahari. Next time kalau naik rooftop masa waktu petang sikit... baru tak panas sangat.

Kemudian kami pergi makan tengahari untuk try makan mentarang. Mentarang ni dia ialah sejenis hidupan laut yang hidup kat lumpur laut. Mentarang ni bukan ada kat tepi pantai tapi dia menyorok dalam pasir berlumpur macam kerang. Memang banyak terdapat kat kawasan pantai berlumpur macam Sekinchan dan Kuala Selangor. Kedai tempat kami makan ni nama dia Aji Mentarang Bakar dan Sup Belut.

Mentarang oh mentarang....

Selesai makan... barulah kami bertolak ke destinasi berikutnya di Pantai Timur iaitu ke Gambang Water Park. Perjalanan ni ialah merentas banjaran titiwangsa dari Pantai Barat ke Pantai Timur. Mula-mula ikut highway LATAR keluar kat Templer Park, Selayang dan terus ke Gombak untuk masuk highway Karak.

Kami stop kejap kat RnR Genting Sempah dan teruskan perjalanan ke Gambang. Tiba di Gambang agak lewat petang dan kami terus makan malam lebih awal di restoran berhampiran Gambang Water Park. Selesai makan malam baru kami check in di Carribean Bay Resort Gambang Water Park. Kemudian kami semua bersihkan diri, berehat dan tidur sebelum main air esok hari.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Gambang


Ruang tamu Carribean Bay Resort Gambang Water Park


SELAMAT MALAM GAMBANG!


Day 3 - 15 Disember 2016

SELAMAT PAGI GAMBANG!

Pagi ni makan yang simple jer... makan roti yang beli kat 7E semalam dengan ada beberapa bekalan makanan lain. Air pun bancuh sendiri jer.... Yang penting gembira dan enjoy... hehe... Dari Carribean Suites nak pergi kat Water Park entrance tu jalan kaki pun boleh..... tapi kami naik kereta dan dah siap-siap check out. Kalau tak check out awal.... kelam kabut pulak masa main air nanti.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Gambang


Lepas dah parking kat tempat yang disediakan... kami pun pergi beli 2 tiket lagi... Oh ye... kami menginap kat Carribean Suites ni dapat 4 tiket dewasa nak masuk kat water park... so kena beli 2 tiket lagi sebab kami berenam...

4 tiket dewasa kami dapat untuk ditebus

Nak dijadikan cerita ternampak iklan dalam lif... iaitu birthday person entitle untuk dapat tiket free... Alhamdulillah... rezeki sangat... sebab 15 disember memang birthday cik puan pun.... So, kena beli 1 tiket lagi lah....

Rezeki di hari lahir...

Satu lagi cerita berlaku... tiba-tiba ada sorang brader ni approach kat kaunter tiket... dia kata dia ada kupon diskaun untuk masuk water park... makcik dia ada homestay kat Gambang, so memang dia dapat kupon diskaun ni dari makcik dia.... brader ni ingat kami semua takde tiket lagi, jadi nak jual dengan kami pada harga diskaun. Brader ni pun datang sini ramai-ramai dengan family dari JB guna kupon diskaun untuk main air. Kami cuma beli 1 tiket kanak-kanak dengan harga diskaun daripada brader ni... Alhamdulillah rezeki lagi sekali.... syukur....

Selain beli tiket, kami top up duit dalam e-value untuk bayar apa-apa yang patut dalam water park. Polisi dalam water park kat sini ialah non-cash iaitu tak boleh nak guna cash langsung untuk beli makanan, bayar deposit atau sewa barang. Bila nak guna duit... barulah scan kat bar code yang ada lilit kat tangan kita tu. Kalau ada balance boleh refund masa balik nanti sekali dengan deposit

e-value camni....
Sumber : www.lifestylebucket.com

Lepas tu kami pergi ke kawasan boat rental dan locker room. Kat sini kita boleh sewa locker dengan harga berpatutan untuk simpan barangan berharga. Lepas tu kami sewa 2 bot pelampung... satu besar dan satu untuk kanak-kanak. Masa main tu kena take note sebab bukan semua tempat boleh pakai pelampung kanak-kanak

Tak banyak gambar yang ambil kat sini sebab sibuk main dengan air. Lebih kurang pukul 1.00 petang baru selesai main kat semua tempat... kami pergi bilas badan kat tempat mandi yang disediakan berhampiran dengan locker room. Huhu... sib baik dah check out lebih awal....

Cenggini ha.... nak bukak dan tutup locker
Sumber : sawanila.com

Makan tengahari kami juga di restoran yang ada berhampiran dengan Gambang Water Park sebelum bertolak ke destinasi berikutnya iaitu Kuala Terengganu. Plan asal nak pergi ke Kerteh dulu nak jumpa sahabat kami di situ... tapi tak jadi sebab sahabat tu pun ada rancangan lain. So kami terus saje ke Kuala Terengganu.

Dari Gambang masuk semula LPT menuju ke Kuala Dungun dan bukannya Kuala Terengganu. Memang plan macam tu sebab dari Kuala Dungun hingga ke Kuala Terengganu nak lalu jalan pantai dan enjoy panorama di situ. Kami berhenti rehat sekejap di masjid Rantau Abang sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Kami tiba di Kuala Terengganu sebelum maghrib dan kami makan malam lebih awal di Jeti Pulau Duyong. Pulau Duyong ni ialah sebuah perkampungan nelayan yang tenang dan terletak di Sungai Terengganu. Pulau Duyong jugak terkenal sebab industri membina kapal satu ketika dahulu sebelum merosot disebabkan harga kayu jati yang semakin mahal dan melambung tinggi.

Kedai makan kat Jeti Pulau Duyong

Alhamdulillah... sedap jugak makanan kat jeti Pulau Duyong ni kalau nak dibandingkan dengan makanan tempat lain sebelum ni. Dari jeti Pulau Duyong ni boleh nampak panorama waktu malam yang cantik bandar Kuala Terengganu, sampan-sampan nelayan dan juga bot-bot besar yang berlabuh.

Sebelum hari gelap

Bandar Kuala Terengganu dari Jeti Pulau Duyong

Tak jauh dari jeti ni juga iaitu lebih kurang 400 meter terletaknya homestay WR Residence iaitu homestay tempat kami menginap di Kuala Terengganu ini. Homestay ni ialah rumah kampung nelayan tradisional tapi lengkap dengan kemudahan moden di dalamnya, nak pergi surau pun melintas jalan jer dan ada disediakan 2 buah basikal secara percuma untuk pusing-pusing di kawasan kampung.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Kuala Terengganu


Ruang tamu di WR Residence

Lepas maghrib kami check in, jiran sebelah rumah tolong bukak pintu untuk kami. Homestay yang kami tinggal ni ada mesin basuh... so pergi kedai runcit jap beli sabun basuh RM1.00 dan basuh baju kotor yang ada.... esok pagi baru sidai baju...

Lebih kurang lepas Isyak pergi mengeteh jap dengan sahabat baik dari zaman universiti dulu. Bukan selalu dapat jumpa pun.... Dapat jugak mengeteh kat kawasan Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

With my freng....


SELAMAT MALAM KUALA TERENGGANU!





No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...