Friday, November 7, 2014

Impian Anda Tidak Mustahil Untuk Dicapai!



Adalah normal jika setiap manusia memasang impian hidup masing-masing samada impian itu sekadar imaginasi dan bermain-main di benak fikiran mereka ataupun impian yang telah diluahkan dan dikongsikan dengan orang di sekeliling mereka samada melalui percakapan mahupun perbuatan. Kesemua impian yang dipasang seharusnya impian yang baik dan positif samada untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka.


Impian untuk bebas daripada masalah kewangan ataupun kesempitan kewangan adalah impian kebanyakan daripada kita. Sebenarnya impian begini tidak mustahil untuk dicapai dengan syarat kita tahu cara yang betul untuk mencapainya. Adakah ini bermakna kita mengejar kemewahan? Semestinya tidak!

Kebebasan Kewangan


Kebebasan Kewangan bermaksud anda mempunyai kebebasan untuk menentukan kemana anda ingin salurkan wang anda tanpa had. Dikala anda ditimpa musibah, anda juga tidak terkial-kial untuk meminta bantuan kewangan daripada sesiapa. Anda juga boleh membuat keputusan sendiri, pendidikan bagaimanakah untuk diberikan kepada anak anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk membuat keputusan tanpa memikirkan risiko dari segi ekonomi. Dan alangkah baiknya jika anda semua akan bebas sepenuhnya daripada bebanan hutang!


Tidaklah sukar untuk mendapatkan kebebasan kewangan jika anda tahu caranya. Skil dan teknik untuk mengembangkan perniagaan boleh didapati di mana-mana sekarang. Pergilah berguru dan menuntut ilmu dengan orang yang telah berjaya membuktikan bahawa tidak mustahil untuk mendapatkan kebebasan kewangan yang diimpikan.


Impian untuk mempunyai kebebasan masa juga adalah merupakan satu impian yang tidak mustahil untuk dicapai. Mengapa pentingnya kebebasan masa? Adakah orang mempunyai kebebasan masa tergolong dalam mereka yang tidak berusaha? Semestinya tidak!

Kebebasan Masa

Kebebasan Masa bermaksud anda mempunyai masa yang fleksibel untuk menguruskan hidup anda. Pengurusan hidup seperti melakukan aktiviti fizikal untuk kesihatan, meluangkan masa bersama keluarga, mencari rezeki dengan cara yang lebih fleksibel dan efisyen adalah terhad jika anda tidak mempunyai kebebasan masa.


Bayangkan jika rutin harian anda ialah untuk bekerja di pejabat dari 9.00 pagi hingga ke 6.00 petang. Bagi mereka yang tinggal di Lembah Kelang pula waktu pejabat mereka bermula lebih awal iaitu ketika berada di dalam kenderaan, katakan pukul 7.00 pagi hingga 8.00 malam. Semestinya, anda tidak mempunyai kebebasan masa untuk anda melakukan aktiviti yang anda suka pada bila-bila masa.


Jika anda bekerja sendiri, semestinya masa yang beharga telah berada dalam genggaman anda. Semakin kuat anda berusaha, insya Allah semakin bertambah rezeki yang anda akan perolehi. Anda juga tidak akan rasa bersalah untuk bercuti dan melancong bersama keluarga pada bila-bila masa yang anda kehendaki.


Dengan gabungan kebebasan kewangan dan kebebasan masa, semakin banyak kerja-kerja amal yang boleh anda lakukan. Semakin ramai lagi orang susah anda boleh bantu dengan cara menghulurkan sumbangan mahupun memberikan peluang untuk berjaya seperti anda juga!




Keluarlah dari kepompong dan zon keselesaan anda. Ciptalah seberapa banyak peluang untuk anda berjaya. Anda kena fikir anda boleh melakukannya dengan bantuan daripada mentor-mentor dan rakan-rakan anda yang telah berjaya. Selagi anda fikir ianya adalah mustahil, selagi itulah mengapa anda masih tidak mencapai kebebasan kewangan dan masa.


Kredit to Dr Azizan Osman


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...