Thursday, November 27, 2014

Protein - Struktur Asas Kehidupan Anda



Apa itu Protein?

Protein ialah gabungan satu atau lebih rantaian panjang asid amino. Selain daripada Karbohidrat dan Lemak, Protein juga ialah sejenis Makronutrien. Protein sangat penting kerana ia membina sel-sel dalam tubuh dan juga membina serta mengekalkan struktur tubuh badan kita. Sumber Utama Protein ialah seperti daging, telur, kacang soya, kekacang, susu, legumes, kacang dan biji-bijian.





Apakah Fungsi Utama Protein?

Tidak dinafikan, sememangnya tubuh badan kita terbina dengan protein. Protein memainkan peranan penting seperti berikut :-

1) Rambut dan kuku - protein yang dikenali sebagai alpha- keratin membentuk rambut dan kuku

2) Darah - Protein hemoglobin dalam darah mengangkut oksigen dalam darah ke setiap bahagian dalam tubuh badan

3) Otak dan saraf - saluran ion protein mengawal isyarat otak dengan membenarkan molekul kecil keluar dan masuk ke dalam sel saraf

4) Enzim - enzim di air liur, perut dan usus kecil adalah protein yang membantu kita untuk menghadam makanan

5) Pembinaan peringkat sel - kelompok protein yang besar membentuk mesin molekular yang besar yang membuatkan sel-sel anda membuat kerja-kerja berat seperti penyalinan genetik ketika pembahagian sel dan juga membentuk protein baru

6) Antibodi - antibodi ialah sejenis protein yang membantu mempertahankan tubuh kita daripada pencerobohan bakteria dan virus

7) Penyampaian peringkat sel - reseptor protein stud di luar sel akan menyampaikan isyarat kepada rakan protein di dalam sel

8) Otot - protein otot yang dikenali sebagai actin dan myosin membolehkan semua pergerakan otot daripada mengenyit mata sehinggalah bernafas



Asid Amino : Struktur Asas Protein

Protein terbina daripada rangkaian Asid Amino. Terdapat 2 jenis Asid Amino iaitu Asid Amino Penting dan Asid Amino Tak Penting.



Asid Amino Penting diperolehi daripada pemakanan ataupun makanan tambahan seperti Leucine, Isoleucine, Caline, Histidine, Lysine, Methionine, Phenylalaine, Threonine dan Tryptophan

Manakala Asid Amino tidak penting dihasilkan oleh tubuh badan seperti Alanine, Arginine, Asparagine, Asid Aspatic, Cysteine, Asid Glutamic, Glutamine, Glycerine, Proline, Serine dan Tyrosine




Sebab itulah mengambil sumber ikan, daging, ayam, telur dan kekacang adalah Cadangan Keenam pakar-pakat nutrisi dalam Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...