Saturday, November 1, 2014

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya



Apakah Susu Ibu?

Susu Ibu adalah sumber utama Nutrisi kepada bayi yang baru lahir yang masih belum mampu untuk megunyah dan menghadam makanan pejal. Kolostrum yang terdapat pada permulaan susu ibu mempunyai antibodi yang kuat untuk melindungi bayi yang baru lahir daripada serangan pelbagai jenis penyakit.

Kolostrum bewarna lebih kuning berbanding dengan susu ibu


Justeru, Mengamalkan Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya Sejak Lahir Hingga 6 Bulan Dan Meneruskannya Sehingga Berumur 2 Tahun adalah Cadangan Kedua Belas Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

1) persediaan untuk menyusukan semasa mengandung

2) memulakan penyusuan susu ibu 1 jam selepas kelahiran bayi

3) menyusukan dengan kerap dan pada permintaan

4) berikan hanya susu ibu kepada bayi beumur bawah 6 bulan tanpa cecair tambahan dan makanan

5) berterusan memberikan susu ibu kepada bayi walaupun tanpa ibu mereka di sisi

6) memperkenalkan makanan tambahan kepada bayi bermula umur 6 bulan dan ke atas

7) ibu yang menyusukan perlu mendapatkan rehat yang banyak, makanan dan minuman yang cukup untuk mengekalkan kesihatan mereka

8) suami dan keluarga haruslah memberikan sokongan yang penuh kepada ibu yang menyusukan bayi


Penyusuan Susu Ibu dan Bayi Dari Ibu Yang Positif HIV

Sebagai pematuhan kepada polisi Kementerian Kesihatan Malaysia, bayi yang lahir dari ibu yang positif HIV tidak boleh sama sekali diberikan susu ibu walaupun melalui ibu susuan yang lain (KKM 2003). Ibu yang positif HIV seharusnya menerima kaunseling berkenaan pemakanan bayi dan panduan berkenaan penggunaan susu formula yang selamat dan sesuai untuk bayi.


Penyusuan Susu Ibu dan Ibu Bekerja

Untuk penyusuan yang berjaya setelah kembali bekerja, sokongan dan dasar promosi kesihatan di tempat kerja adalah diperlukan yang menyediakan pendidikan dan memudahkan samada penyusuan atau pengepaman yang kerap dan juga penyimpanan susu ibu.

Golongan professional kesihatan dan juga pengasuh bayi seharusnya menyokong ibu-ibu menyusu dengan menggalakkan mereka untuk terus menyusukan bayi mereka dan menawarkan sokongan berterusan ketika ibu kembali ke tempat kerja.

Sebagai balasan kepada bukti yang telah banyak diterbitkan berkenaan hasil yang lebih baik dalam menyusukan bayi dan ibu mereka, sokongan yang kuat terhadap penyusuan susu ibu adalah dibenarkan

Ibu menyusu sepatutnya diberikan galakan untuk berfikir dengan positif dan tidak menganggap bahawa penyusuan susu ibu adalah tidak mungkin dalam keadaan mereka yang bekerja.


Perkara-Perkara Asas Penyusuan Susu Ibu

(Sila Klik Link Di Bawah)

1) Tips Penyusuan Kali Pertama

2) Tips Penyusuan

3) Tips Mengepam Susu Ibu

4) Tips Penyimpanan Susu Ibu

5) Tips Meningkatkan Susu Ibu

6) Fakta Susu Ibu Yang Perlu Anda Tahu

7) Fakta Comel Susu Ibu

8) Doa dan Motivasi


Apa Kaitan Suplemen Dengan Ibu Yang Menyusu?

Tujuan pengambilan suplemen oleh ibu yang menyusu ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu. Oleh itu, bayi yang menyusu ibu akan mendapat makanan paling berkhasiat seawal usia mereka.

Di Shaklee, terdapat set-set penyusuan seperti berikut :-



Ia menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?
1. Ibu kepada bayi kembar
2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
3. Ibu yang nak kumpul stok.
4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.



 Siapa yang perlukannya?
1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/perah hasilnya melebihi 3oz
2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susu ibu.
3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.



Siapa yang sesuai ambil?
1. Ibu yang sering keletihan
2. Ibu yang alah kepada susu lembu.
3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.
4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.




Siapa yang sesuai ambil?
1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susu ibu.
2. Ibu yang keletihan.
3. Ibu yang anaknya mempunyai alah pada herba.

4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...