Wednesday, December 10, 2014

Vitamin Larut Lemak - Vitamin A, D, E dan K



Jika Vitamin B dan C ialah Vitamin Larut Air, Vitamin A, D, E dan K pula ialah Vitamin Larut Lemak. Bukan sepertimana Vitamin Larut Air, Vitamin Larut Lemak tidak akan musnah sekiranya sumber makanan yang mengandungi vitamin tersebut dimasak.


Memandangkan Vitamin A, D, E dan K tidak disingkirkan oleh tubuh badan kita setiap hari, maka pengambilannya haruslah mengikut sukatan yang telah disyorkan dan tidak boleh berlebih-lebihan.




Vitamin A

Sumber utama Vitamin A terdapat dalam 2 bentuk seperti berikut :-

1) Retinol - diperolehi daripada sumber haiwan 

2) Provitamin A Carotenoids - diperolehi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran 


Apa itu Provitamin A Carotenoids?

Carotenoids ataupun Karotein terdapat dalam beberapa bentuk iaitu Astaxanthin (King of Carotonede), Alpha Carotene, Beta Carotene, Lycopene, Lutein dan Zeaxanthin. Karotein dan Provitamin A akan bertukar menjadi Vitamin A dalam tubuh badan kita.


Apa Fungsi Utama Vitamin A Kepada Kita?

1) Kesihatan mata

2) Antioksida yang kuat

3) Kelembapan kulit

4) Perangsang imunisasi untuk melawan jangkitan




Apakah Kesan Kekurangan Vitamin A Kepada Kita?

1) Lemah Penglihatan

2) Kulit yang kering dan kasar

3) Luka yang lambat sembuh

4) Kurang pertahanan terhadap jangkitan

Vitamin D

Vitamin D juga dikenali sebagai Vitamin cahaya matahari. Sebab itu pada zaman dahulu dan kadang-kadang zaman sekarang masih ada amalan ibu bapa yang menjemur bayi baru lahir di bawah sinaran matahari pada waktu pagi untuk mendapatkan Vitamin D secara semulajadi.


Vitamin D juga boleh didapati daripada sumber haiwan seperti minyak hati ikan kod, herring, makerel, sardin, salmon, marjerin, tuna dan keju cheddar.



Apakah Fungsi Utama Vitamin D Kepada Kita?

1) membantu kepada penyerapan kalsium

2) menggalakkan tulang dan gigi yang sihat

3) menghalang osteoporasis



Vitamin E

Vitamin E juga dikenali sebagai Tocopherol dalam bahasa Greek bermaksud "to bean children" ataupun vitamin kesuburan.




Apakah Fungsi Utama Vitamin E Kepada Kita?

1) mengekalkan kesihatan organ pembiakan

2) melawan penyakit jantung

3) meningkatkan sistem imunisasi

4) kesihatan kulit - melambatkan penuaan


Vitamin K juga dikenali sebagai "the forgotten vitamin" kerana peranannya yang sering dilepas pandang. Sumber utama Vitamin K ialah sayur-sayuran hijau dan rempah ratus. Vitamin K membantu darah cepat membeku dan kering sekiranya tubuh kita luka dan cedera.




Apakah Fungsi Utama Vitamin K Kepada Kita?

1) bertanggungjawab pada pembekuan darah

2) mengurangkan sakit kronik dan akut termasuk sakit tengkuk dan belakang

3) mengurangkan keradangan


Shaklee Vita-Lea mengandungi Vitamin K



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...