Wednesday, September 17, 2014

9 Tips Atasi Keletihan Semasa Bekerja



Berusaha mencari rezeki adalah perkara yang normal untuk setiap manusia. Pelbagai cara digunakan untuk mencari rezeki, ada yang melibatkan penggunaan mental yang kuat, ada yang menggunakan kekuatan fizikal dan banyak lagi. Keletihan semasa bekerja boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Beberapa saranan di bawah boleh dipertimbangkan untuk mengatasi masalah Keletihan semasa bekerja :-


1. Makan Dengan Lebih Kerap

Makan dengan kerap bukannya makan dengan banyak. Ini akan membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah. Keletihan mungkin disebabkan oleh ketidakstabilan kandungan gula dalam darah.


* Source : carbonated.tv


2. Minum Banyak Air

Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan akan menyebabkan kekurangan kosentrasi dan waspada seseorang. Ini akan menyebabkan keletihan semasa bekerja. Dehidrasi juga boleh merentap tenaga dan menjejas prestasi kerja.

Kajian mendapati bahawa apabila air kencing (urin) kita bewarna gelap menunjukkan bahawa tubuh kita kekurangan air.


* Source : angrytrainerfitness.com


3. Susutkan Berat Badan

Telah terbukti bahawa menyusutkan berat badan walaupun sedikit dengan cara membakar lemak dengan aktiviti fizikal sangat membantu untuk merangsang tenaga. Keletihan mungkin disebabkan oleh kandungan lemak berlebihan dan emosi tidak stabil orang yang mempunyai lemak berlebihan.


* Source : thelaserclinics.co.uk


4. Menenangkan Diri

Bertenang adalah satu cara yang bagus untuk merangsang tenaga baru. Pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam dalam keadaan berzikir, Insya Allah anda akan rasakan tenaga baru bergetar dalam tubuh anda!


* Source : naturalmentalhealthremedies.com


5. Kenali Puncak Tenaga Anda

Setiap manusia mempunyai puncak tenaga yang berbeza bergantung kepada struktur otak dan genetik. Ada sesetengah orang mempunyai puncak tenaga yang tinggi pada waktu pagi dan sebahagian orang yang lain mempunyai puncak tenaga yang tinggi pada waktu malam. Dengan mengenali diri sendiri, anda boleh menyusun atur jadual kerja anda dengan efisien untuk mengelak Keletihan.


* Source : themalaymailonline.com


6. Sentiasa Bergerak

Terdapat juga kajian lain menunjukkan bahawa aktiviti fizikal juga boleh merangsang tenaga. Oleh itu sentiasalah kita bergerak untuk mengelakkan keletihan.


* Source : begin2dig.com


7. Mengambil Minyak Ikan

Kajian di Universiti Siena, Itali pada tahun 2009 telah membuktikan minyak ikan bagus untuk hati anda. Sukarelawan yang mengambil minyak ikan selama 21 hari berturut-turut mempunyai keupayaan mental yang cekap dan juga mempunyai semangat yang tinggi.

Satu sajian Shaklee Omega Guard juga dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dalam tubuh bagi mengelakkan keletihan.


* Source : 1manfaat.com


8. Tidur Awal

Tidur Awal akan membantu kita lebih bersemangat pada keesokan harinya dan juga menghilangkan keletihan. Malah kajian mendapati tidur awal adalah menyamai dengan tidur sepanjang malam.


* Source : thealphaparent.com


9. Ambil Vitamin/Suplemen

Anda juga boleh mengamalkan pengambilan Vitamin atau Suplemen yang berkualiti dan berkesan untuk merangsang tenaga anda apabila keletihan sewaktu bekerja. 

Selain daripada Shaklee Omega Guard di atas, anda boleh mempertimbangkan Vitamin/Suplemen berikut untuk mengatasi masalah keletihan :-

i) Shaklee Vivix - bertindak sebagai ejen kawalan genetik, melindungi dan memperbaiki kerosakan sel DNA serta merangsang tenaga di peringkat sel

ii) Shaklee ESP - menampung kekurangan protein yang menyebabkan keletihan

iii) Shaklee B-Complex - untuk replikasi (penggandaan) sel darah merah

iv) Shaklee Vita Lea - menampung kekurangan nutrien yang menyebabkan keletihan

v) Shaklee Cinch Energy Tea Mix - mempertingkatkan dan merangsang tenaga

vi) Shaklee Vitamin C - mengawal penghasilan hormon stress dalam badan

vii) Shaklee Alfalfa Complex - Merendahkan kandungan asid dalam tubuh yang menyebabkan keletihan

viii) Shaklee Herblax - Membersihkan Usus

ix) Shaklee CoQ Health Plus - Menyumbang tenaga kepada organ-organ dalam tubuh badan



* Sumber Utama Minyak Ikan Anda * 




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

2 comments:

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...