Monday, August 3, 2015

Community Shield 2015 - Chelsea 0 Arsenal 1



Tahniah Arsenal!

Itu saja yang mampu diperkatakan setakat ini. Arsenal telah memenangi Community Shield 2015 setelah menewaskan Juara Liga Inggeris musim lepas, Chelsea dengan jaringan 1-0. Community Shield ialah perlawanan pembukaan yang merupakan tradisi yang menemukan antara Juara Liga Inggeris dan juga Juara Piala FA Inggeris.

Community Shield 2015 - Tahniah Arsenal!

Berbanding Manchester City tahun lepas yang telah ditewaskan Arsenal dengan jaringan 3-0, pasukan Chelsea kali ini nampak lebih serius dalam Community Shield 2015. Ternyata gol jaringan Alex Oxlade Chamberlain telah memisahkan keputusan antara Chelsea dan Arsenal.



Kedua-dua pasukan tidak menurunkan penyerang bertubuh sasa masing-masing dimana Diego Costa (Chelsea) cedera dan Oliver Giroud (Arsenal) telah diletakkan di bangku simpanan. Sebaliknya kedua-dua pasukan telah menurunkan penyerang yang lincah iaitu Loic Remy (Chelsea) dan Theo Walcott (Arsenal). Hanya pada separuh masa kedua, Radamel Falcao (Chelsea) dan Oliver Giroud (Arsenal) diturunkan untuk mengetuai jentera serangan masing-masing.

Arsenal juga telah turun tanpa bintang sensasi mereka, Alexis Sanchez yang masih bercuti setelah membantu Chile menjulang Copa America baru-baru ini. Namun, rentak persembahan Arsenal masih konsisten dengan hantaran-hantaran cantik dan serangan balas yang pantas.


Chelsea juga masih mengekalkan muka-muka lama dan masih mempraktikkan corak permainan yang sama sehingga mereka digelar Juara Liga Inggeris musim yang lepas. Pada 10 minit terakhir, Chelsea semakin agresif dengan mengeluarkan pemain pertahanan iaitu kapten mereka John Terry dan telah memasukkan pemain sayap, Victor Moses.

Kedua-dua pasukan juga telah melepaskan banyak peluang menjaringkan gol yang terhidang depan mata. Jika tidak sudah pasti banyak jaringan gol yang bakal disaksikan. Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois juga cemerlang menidakkan peluang jaringan gol daripada Arsenal.

Ini juga situasi yang agak kekok bagi Petr Cech yang berhadapan dengan bekas pasukannya Chelsea. Dan ini juga situasi yang agak menarik bagi Petr Cech kerana telah menjulang 3 trofi hanya dengan 3 penampilan bersama Arsenal!






Walaupun Community Shield bukanlah kayu ukur sebenar kemampuan kedua-dua pasukan musim ini, namun ini adalah pertembungan dua pasukan yang terkuat musim lepas. Perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris akan bermula minggu depan dimana Chelsea akan menanti kunjungan Swansea City manakala Arsenal akan menanti kunjungan West Ham United.

COYG!




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...