Saturday, December 20, 2014

Intensive Business Coaching - Cara Terbaik Untuk Kembangkan Perniagaan!



Alhamdulillah... syukur, kepala otak ni dah macam full sangat dengan input-input yang diberikan dalam coaching, ditambahkan lagi dengan idea-idea baru yang entah datang secara tiba-tiba dari sumber yang tidak diketahui.


Coaching yang dimaksudkan ialah Intensive Business Coaching yang diadakan selama 2 hari pada 13 dan 14 Disember 2014 di Regency Hotel Kuala Lumpur. Coaching ini juga adalah salah satu program Richworks di bawah kendalian Dr Azizan Osman.



Regency Hotel Kuala Lumpur bukanlah sebuah hotel yang moden. Terletak di kawasan Kg Baru, KL dan berhampiran dengan Chow Kit, ini adalah antara kawasan yang paling sesak di Kuala Lumpur. Di hadapan hotel ini juga terdapat tapak pasar sementara Jalan Raja Bot yang sedang dinaiktaraf dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018.


Projek naiktaraf ini menelan belanja sebanyak lebih kurang RM200 juta dengan harapan apabila siap sepenuhnya akan kelihatan seperti Queen Victoria Market di Melbourne Australia. Selain daripada kedai-kedai makan dan kedai jamu di sana sini, kawasan ini juga dikenali sebagai "Mini Acheh".

Queen Victoria Market, Melbourne, Australia





Pendaftaran dibuka seawal 7 pagi, walaupun secara tentatifnya program akan bermula jam 9 pagi. Dalam tempoh 2 jam itu, para peserta seramai lebih kurang 600 orang akan berkenalan sesama sendiri dan membina networking dengan saling berkongsi kepakaran bisnes masing-masing.


Secara ringkasnya program 2 hari ni berkisar kepada perbezaan membuat bisnes secara Enterprise dan Sdn Bhd samada dari segi jangka hayat, skala perniagaan, percukaian, liabiliti dan banyak lagi. Nak tahu lebih detail kenalah join sendiri program ni ye......



Hari pertama tidak banyak interaksi dan tidak banyak soalan yang ditanya oleh para peserta kepada kedua-dua orang speaker. Mungkin kerana masing-masing cuba untuk fokus pada point-point yang cuba disampaikan oleh speaker.


Akan tetapi, para peserta kelihatan bertenaga dan penuh dengan idea-idea pada hari ke-2. Pelbagai soalan telah diajukan kepada speaker-speaker tanpa putus, sehinggakan tidak cukup masa. Soalan dan jawapan yang telah diberikan secara terbuka juga sangat membantu kepada hadirin lain yang turut mendengar.


Boleh dikatakan kawasan sekitar Regency Hotel Kuala Lumpur ni adalah syurga makanan. Macam-macam jenis makanan dihidangkan khususnya makanan selera Indonesia. Hari pertama kami makan di warong sebelah hotel jer. Sayur pecal dan kari itik!!! Hari kedua pula kami makan di Restoran Nasi Padang Garuda yang menyediakan masakan Minang.



Program di sebelah petang tamat lebih kurang jam 6 petang. Kebanyakan peserta pulang ke rumah masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka dari Lembah Kelang. Hanya segelintir saja yang tidur di Regency Hotel Kuala Lumpur dan juga di kawasan hotel lain yang berhampiran.


Yang penting, jangan tangguhkan tindakan kita. Terus amalkan apa-apa ilmu yang kita terima secepat mungkin. Ini adalah resepi orang yang berjaya. Terpulang pada kita samada untuk ikut ataupun tidak.






No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...