Monday, December 8, 2014

Vitamin Larut Air - Vitamin B dan Vitamin C



Vitamin ialah sejenis Mikronutrien selain daripada garam galian (Minerals). Terdapat 2 sifat utama Vitamin iaitu samada laut air atau larut lemak. Vitamin B dan C adalah larut air dimana buah pinggang akan membuang lebihan pengambilannya. Justeru bekalan kandungan Vitamin B dan C haruslah berterusan.



Vitamin B

Jenis-jenis Vitamin B ialah B1 (Thiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Asid Folik) dan B12 (Cobalamine). Sebab itu, B-Complex yang baik ialah B-Complex yang mengandungi kesemua kandungan Vitamin B yang dinyatakan.




Pada kebiasaannya kekurangan Vitamin B boleh dilihat pada lidah seseorang seperti berikut :-

- beralur dan merekah
- sakit lidah (mata ikan)
- lidah besar dan bengkak
- tunas lidah berubah saiz, warna dan bentuk permukaannya
- lidah geografi
- salutan lidah tebal

Permukaan lidah berbentuk geografi


Kekurangan Vitamin B

Vitamin B1 (Thiamin) - menyebabkan sakit beriberi, gejala susut berat badan dan gangguan emosi

Vitamin B2 (Riboflavin) - bibir merekah, sensitif pada cahaya matahari, keradangan pada lidah

Vitamin B3 (Niacin) - menyebabkan Pellagra aggression, dermatitis, insomnia, lemah-lemah, kekeliruan mental dan cirit birit

Vitamin B5 (Panthothenic Acid) - menyebabkan jerawat

Vitamin B6 (Pyridoxine) - menyebabkan anemia, kemurungan, dermatitis dan tekanan darah tinggi

Vitamin B7 (Biotin) - pertumbuhan terjejas dan gangguan saraf pada anak

Vitamin B9 (Asid Folik) - kecacatan otak dan saraf tunjang kepada bayi yang baru lahir

Vitamin B12 (Cyanocobalamin) - macrocytic anemia, elevated homocysteine, peripheral neuropathy, hilang ingatan dan kekurangan kognitif yang lain
Fungsi Utama Vitamin B

1) meningkatkan pengeluaran tenaga

2) membantu kepada pengurusan tekanan dan kemurungan

3) membantu menghalang anemia (kurang sel darah merah)

4) meningkatkan fungsi saraf, menghalang kecacatan tiub neural dan komplikasi diabetes

5) kesihatan kulit, rambut, kuku dan nada otot

6) pengurusan paras homocysteine yang normal dan menyokong sistem kardiovaskular

Vitamin C

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik



Fungsi Utama Vitamin C

1) Meningkatkan imunisasi gejala selsema, mengurangkan tempoh demam

2) mempercepatkan penyembuhan luka

3) membina kolagen

4) Antioksida yang tinggi, anti penuaan



Kekurangan Vitamin C

Penyakit Skurvi - meningkatkan anemia, kelesuan, kepenatan, bengkak pada sesetengah bahagian di badan dan kadang-kadang ulser pada gusi dan menyebabkan kehilangan gigi.




Dapatkan Vitamin C dengan harga promosi hanya pada Disember 2014!


Vitamin B dan C daripada sumber asal seperti daripada makanan seharian mudah hilang khasiatnya ketika penyediaan makanan. Contohnya, kandungan Vitamin C pada buah amat tinggi semasa dipetik dan semakin hilang khasiat vitamin C apabila ranumnya semakin hilang.


Kesimpulannya pengambilan Vitamin B dan C harus diambil dengan kerap untuk menggantikan kehilangannya setiap hari kerana ia tidak disimpan dalam tubuh badan.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...