Sunday, August 3, 2014

Riang Ria Aidilfitri 2014



Lebih kurang pukul 1.30 petang tadi, kami sekeluarga touch down di KLIA 2 setelah penerbangan selama 2 jam setengah dari Kota Kinabalu. Selama lebih kurang 1 minggu di Tuaran, Sabah dapat juga menikmati perbezaan berhari raya di Sabah berbanding dengan Semenanjung. Apa yang penting kunjung mengunjung dan bertemu dengan sanak saudara yang jarang dapat berjumpa.

Cari Rumah/Apartment Cantik Untuk Disewa Di Sabah


Ini adalah kali ke-5 beraya di Sabah. Kali pertama tahun 2005 ketika Adam baru berumur 5 bulan. Kali ke-2 pada tahun 2008, masa tu Adam 3 tahun, Myra belum lagi umur 1 tahun. Kali Ke-3 pada tahun 2010, masa tu Adam 5 tahun, Myra 3 tahun dan Hannah baru 7 bulan. Kali Ke-4 pada tahun 2012, masa tu Adam dah Darjah 1, Myra 5 tahun, Hannah 2 tahun dan Hasya belum lagi 2 bulan dan yang terkini tahun 2014, Adam Darjah 3, Myra Darjah 1, Hannah 4 tahun dan Hasya umur 2 tahun.




* Kiri ke Kanan - Hannah, Adam, Hasya dan Myra pada tahun 2014 * 

Walaupun ribut dan angin kencang melanda sebelum subuh di pagi raya sehingga bekalan elektrik terganggu, mood untuk beraya masih lagi menebal. Semangat muhibah sesama jiran tetangga juga diterapkan semasa rumah terbuka diadakan pada hari raya ke-3. Tidak lupa juga dengan sanak saudara yang berlainan agama dan bangsa khususnya di sebelah ibu mertua yang beragama Kristian dan berbangsa Dusun Kadazan.









Sebelum pulang ke KL sempat juga kami pergi ke Kampung Nahaba di Kota Belud untuk mandi sungai di kampung. Tempat ini juga adalah tempat isteri mandi manda dengan rakan-rakannya selepas balik dari sekolah semasa zaman kanak-kanaknya ketika isteri pernah dibesarkan di sini suatu ketika dahulu.







Akhir sekali, selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga! Jumpa lagi di Aidilfitri 2015 di Cheras, Selangor...





Cari Rumah/Apartment Cantik Untuk Disewa Di Sabah







No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...