Semalam lebih kurang pukul 7.30 malam, kami touch down di KLIA 2 setelah 2 hari 1 malam kami berada di bumi Saigon, Vietnam atau lebih dikenali sebagai Bandar Ho Chi Minh (HCM). Terletak di bahagian selatan Vietnam, HCM adalah bandar terbesar di Vietnam diikuti oleh ibu negara Vietnam iaitu Hanoi yang terletak di utara Vietnam.
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Vietnam
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Vietnam
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke HCM mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Penerbangan kami dari KLIA 2 ialah pada pukul 7.00 pagi 8.8.2014 dan selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Tan Son Nhat pada pukul 8.00 pagi waktu tempatan. Jangan keliru ye... ada TIPS di sini dimana lapangan terbang antarabangsa HCM adalah berbeza dengan lapangan terbang domestik HCM. Mereka beroperasi di 2 terminal yang berlainan.
* Gambar Sungai Mekong, Vietnam dari udara * |
Ooo ye... perbezaan waktu di HCM ini ialah mereka lewat 1 jam dari Malaysia, walaupun pada hakikatnya dan secara geografinya HCM mendapat cahaya matahari terlebih dahulu berbanding Singapura dan sedikit terkemudian daripada Kuching, Sarawak. Sebab itu di HCM pukul 5.45 pagi dah terang benderang dan pukul 6.30 petang hari sudah gelap.
Memandangkan tidak banyak luggage yang dibawa, kami membuat keputusan untuk menaiki bas saja menuju ke Ben Tanh Market dari airport iaitu bas no 152. Tidak mahal pun tambangnya iaitu 5,000 VND bersamaan dengan RM0.80 seorang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 hingga 40 minit bergantung pada keadaan trafik.
Di Ben Tanh market, kami agak kagum kerana hampir kesemua penjual di sana boleh bercakap Melayu walaupun nampak broken dan tidak berapa fasih. Ternyata mereka bekerja keras untuk mempelajari bahasa kita kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang berkunjung dan membeli belah di situ.
Kami terus ke bahagian fabrik untuk menempah tuxedo dan suit. Apa yang menarik ialah bukan sahaja tuxedo dan suit, malahan baju lain seperti baju kurung juga ditawarkan boleh siap dalam tempoh 24 jam setelah ditempah kepada pelanggan-pelanggannya. Bukan itu sahaja, jika anda bijak berkomunikasi dan tawar menawar anda boleh dapat harga tuxedo dan suit yang siap ditempah 5 kali ganda lebih murah berbanding di Malaysia.
Selepas pusing-pusing dalam Ben Tanh market, kami terus check in di Hoang Hai Long 2 Hotel di Nguyen An Ninh atau lebih dikenali sebagai Malaysia Street. Kenapa Malaysia Street? Ya, kerana di sinilah banyak kedai makan yang dibuka oleh rakyat Malaysia. Oleh itu, untuk mendapatkan makanan halal adalah mudah di sini. Makan tengah hari kami bermula di Restoran Basiroh iaitu di sebelah hotel kami.
* Restoran Basiroh * |
* Kari Ikan di Restoran Basiroh * |
* "Pho" atau kuey teow sup daging * |
Kalau tak suka tinggal kat hotel... boleh jer cari rumah atau apartment yang cantik dan bersih kat sekitar kawasan Ho Chi Minh ni... Klik kat SINI. Seterusnya, kami memilih Kampung Melayu Halal Restoran sebagai lokasi makan malam kami. Restoran ini terletak berhadapan dengan hotel tempat tinggal kami.
* Kampung Melayu Halal Restoran * |
* Pemilik Kampung Melayu Halal Restoran (gambar atas) * |
* "Pho" di sini dimasak lebih pedas * |
Apabila malam menjelang perut masih terasa lapar dan kami telah membuat kunjungan hormat di Kasim Baba Prata House yang buka 24 jam untuk 'mengalas' perut.
* Kasim Baba's Prata House * |
* Roti Prata Coklat * |
* Murtabak Ayam - serving untuk seorang pun besar * |
Balik dari Kasim Baba, kami pusing-pusing pulak dekat Ben Tanh Night market, tapi nampaknya tiada apa yang menarik untuk dibeli.
Keesokan paginya, kami bersarapan pula di Warung Sai Gon 1 Malaysia. Masa ni baru tersedar duit Vietnam Dong dah tak cukup, terpaksa bayar pakai RM. Nasib baik kat HCM diorang terima urusniaga pakai RM selain USD. Tiada masalah pun, cuma diorang untung kita rugi sedikit.
* Owner orang nogori kot.... tengok gambar kat atas tu * |
* Nasi lomak - sambalnya sodap * |
* Bihun goreng Singapore * |
Selepas breakfast, kami berjalan kaki ke Ben Tanh market untuk mengambil tuxedo dan suit. Mereka ada provide service hantar ke bilik hotel tapi dengan syarat bayar full dulu. Tapi kami memilih untuk bayar separuh deposit dan bakinya dibayar apabila collect sendiri di Ben Tanh market.
Sebelum keluar dari Ben Tanh tu sempat jugak lah untuk habiskan saki baki Vietnam Dong yang ada. Selain daripada souvenir, kopi vietnam adalah daya tarikan lain di sini. Korang tahu kan Vietnam adalah pengeluar kopi yang ke-4 terbesar di dunia selepas Brazil, Colombia dan Indonesia?
* Beli Kopi Basiroh Vietnam percuma 1 penapis * |
* Halal Vietnam tak sama dengan Halal JAKIM Malaysia * |
* Kopi Susu Ais adalah minuman utama di HCM * |
Selepas check out, kami memutuskan untuk bergerak lebih awal ke airport untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak baik. Airport sini lebih ketat peraturannya sebab orang yang tidak ada tiket langsung tak boleh masuk airport. Lepas tu walaupun dah web check in tanpa luggage pun kena menghadap diorang di kaunter untuk "verification of documents" katanya.
Sebenarnya terlalu banyak makanan halal untuk didapati di HCM sekarang. Selain daripada rakyat Malaysia, terdapat juga masyarakat Muslim tempatan dan juga dari Kemboja yang mengusahakan makanan halal di sini. Tempoh 2 hari 1 malam memang tak cukup untuk berkunjung ke semua kedai makan Halal tersebut.
Pernah dengar fenomena "Saigon Traffic"? Ya, kami pun dah lihat dan alami sendiri. Memang pada mulanya agak sukar untuk melintas jalan raya dengan ribuan motosikal yang bergerak tanpa putus-putus dan tidak berhenti. Tetapi apabila kita sudah memahami rentak dan ritma pergerakan mereka, semuanya akan berjalan dengan lancar.
* Saigon Traffic * |
* Lihatlah usaha keras orang baju hitam, topi biru gelap yang bawa plastik putih itu melintas jalan raya *
Dan lagi, sentiasalah berhati-hati apabila berada di negara orang apalagi berhadapan dengan penipu-penipu yang cuba untuk mengambil kesempatan ke atas pelancong. Jika kita berhadapan dengan situasi yang serupa, tolaklah tawaran mereka dengan cara baik dan segeralah beredar ke kawasan yang lebih ramai orang. Satu lagi pihak berkuasa di HCM yang berpakaian seragam sentiasa berada di kawasan tertentu untuk memberikan bantuan kepada kita, jika kita memerlukannya.
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Vietnam
Sài Gòn lời tạm biệt!
No comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Amat Dihargai :)