Friday, October 2, 2015

Sejarah Pasukan Dari Malaysia Dalam Kejohanan Kelab Juara Asia, Kejuaraan Kelab Asia Dan Liga Juara Asia



Betul ke takde langsung pasukan atau kelab dari Malaysia yang pernah masuk Liga Juara Asia dalam sukan bolasepak? Betul ke tempoh hari kalau JDT menang pusingan kelayakan Liga Juara Asia, JDT ialah pasukan pertama yang bermain dalam Liga Juara Asia?

Sebenarnya Liga Juara Asia hanya diwujudkan pada tahun 2002 dimana perlawanan akhir telah diadakan pada tahun 2003. Ini adalah satu perubahan format yang lebih moden berbanding dengan format pertandingan sebelum ini yang tidak berapa kompetitif. Pada tahun 2004 pula, baru diwujudkan Piala AFC untuk pasukan dari negara yang baru meningkat naik.

Baca : Sejarah Pasukan Dari Malaysia Dalam Saingan Piala AFC

Baca : Sejarah Pasukan Dari Malaysia Dalam Asian Cup Winners' Cup


Jom, mari kita selusuri sejarah supaya kita lebih faham. Basically Liga Juara Asia terbahagi kepada 3 jenis iaitu :-

a) 1967 - 1971 dinamakan Kejohanan Kelab Juara Asia
b) 1985 - 2002 dinamakan Kejuaraan Kelab Asia
c) 2003 hingga sekarang dinamakan Liga Juara Asia


Kejohanan Kelab Juara Asia

Kejohanan Kelab Juara Asia 1967

Kejohanan 6 pasukan ini menyaksikan Selangor tewas di perlawanan akhir kepada Hapoel Tel Aviv (Israel) dengan jaringan 1-2

Selangor 1967


Kejohanan Kelab Juara Asia 1969

Kejohanan 10 pasukan ini menyaksikan Perak terkandas di peringkat kumpulan di belakang Maccabi Tel Aviv (Israel), Tokyo Kogyo (Jepun) dan Persepolis (Iran)

Perak 1970

Kejohanan Kelab Juara Asia 1970

Kejohanan 7 pasukan ini menyaksikan Selangor tekandas di peringkat kumpulan di belakang Taj Club (Iran) dan Homenetmen (Lubnan)

Kejohanan Kelab Juara Asia 1971

Kejohanan 8 pasukan ini menyaksikan Perak terkandas di peringkat kumpulan di belakang Taj Club (Iran), ROK Army (Korea Selatan) dan Al-Arabi (Kuwait)


Kejuaraan Kelab Asia

Kejuaraan Kelab Asia 1985-1986

Malaysia diwakili oleh pasukan Melaka dan terkandas di pusingan kelayakan Asia Tenggara di belakang Krama Yudha Tiga Berlian (Indonesia), Bangkok Bank (Thailand) dan Tiong Bahru (Singapura)

Melaka - Juara Liga Malaysia 1983

Kejuaraan Kelab Asia 1986

Malaysia diwakili oleh pasukan Selangor yang melepasi pusingan pertama kelayakan. Walaubagaimanapun, Selangor terkandas di pusingan kedua kelayakan di belakang pasukan Furukawa Electric (Jepun)

Kejuaraan Kelab Asia 1987

Malaysia diwakili pasukan Wilayah Persekutuan yang melepasi pasukan kelayakan. Walaubagaimanapun, Wilayah Persekutuan hanya menduduki tempat ke-2 dalam kumpulan di belakang pasukan Yomiuri FC (Jepun) di pusingan separuh akhir.

Barisan hebat pasukan Kuala Lumpur antaranya Shebby Singh, Lim Teong Kim, Malek Awab dan Fandi Ahmad

Kejuaraan Kelab Asia 1988-1989

Malaysia diwakili pasukan Pahang yang melepasi pusingan kelayakan di belakang pasukan Royal Thai Air Force (Thailand). Namun, Pahang terkandas di liga separuh akhir Kumpulan B di belakang Al-Sadd (Qatar), Al-Ittifaq (Arab Saudi), April 25 (Korea Utara) dan Mohammedan (Bangladesh)

Benteng kental Pahang diterajui oleh penjaga gol, Khairul Azman Mohamed

Kejuaraan Kelab Asia 1989-1990

Malaysia diwakili pasukan Kuala Lumpur yang menjuarai Kumpulan 5 pusingan kelayakan. Namun begitu, di peringkat kumpulan Kuala Lumpur terkandas di belakang pasukan Nissan Yokohama (Jepun)

Kejuaraan Kelab Asia 1990-1991

Tiada wakil

Kejuaraan Kelab Asia 1991

Tiada wakil

Kejuaraan Kelab Asia 1992-1993

Tiada wakil

Kejuaraan Kelab Asia 1993-1994

Malaysia diwakili Pahang tetapi Pahang telah menarik diri di peringkat kelayakan bertemu dengan Thai Farmer's Bank (Thailand)

Kejuaraan Kelab Asia 1994-1995

Malaysia diwakili Kedah yang terkandas di pusingan pertama Zon Asia Timur setelah tewas kepada Ilhwa Chunma (Korea Selatan) dengan agregat 4-10

Pasukan Kedah yang diketuai Radhi Mat Din

Kejuaraan Kelab Asia 1995

Malaysia diwakili Pahang. Pasukan Pahang melepasi pusingan pertama Zon Asia Timur apabila Cang Sai Gon (Vietnam) menarik diri. Namun, Pahang terkandas di pusingan kedua Zon Asia Timur setelah tewas kepada Ilhwa Chunma (Korea Selatan) dengan agregat 2-5

Kejuaraan Kelab Asia 1996-1997

Johor FC sebagai wakil Malaysia melepasi pusingan pertama Zon Asia Timur setelah menewaskan Cong An Thanh Pho Ho Chi Minh (Vietnam) 2-1 setelah masa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat.

Skuad Johor FC yang tewas kepada Yokohama Marinos dengan agregat 1-3 pada tahun 1996

Pada pusingan kedua Zon Asia Timur, Johor FC terkandas apabila tewas kepada Yokohama Marinos (Jepun) 1-3 secara agregat

Kejuaraan Kelab Asia 1997-1998

Selangor terkandas di pusingan pertama Zon Asia Timur setelah tewas kepada South China (Hong Kong) dengan agregat 0-2

Kejuaraan Kelab Asia 1998-1999

Selangor menggantikan Pulau Pinang sebagai wakil Malaysia disebabkan masalah kewangan di Malaysia. Selangor melepasi pusingan pertama kelayakan Asia Timur setelah menewaskan Singapore Armed Forces (Singapura) dengan agregat 4-2

Zainal Abidin Hassan mengetuai skuad Selangor pada tahun 1998

Namun, Selangor terkandas di pusingan kedua Asia Timur setelah tewas kepada Pohang Steelers (Korea Selatan) dengan agregat 1-10

Kejuaraan Kelab Asia 1999-2000

Tiada wakil

Kejuaraan Kelab Asia 2000-2001

Tiada wakil

Kejuaraan Kelab Asia 2001-2002

Selangor menggantikan Pulau Pinang yang dilanda masalah kewangan. Namun, Selangor terkandas di pusingan pertama kelayakan Asia Timur setelah tewas kepada Dalian Shide (China) dengan agregat 0-7

Amri Yahyah bersama pasukan Selangor


Liga Juara Asia

Liga Juara AFC 2002-2003

Tiada wakil

Liga Juara AFC 2004 hingga Liga Juara AFC 2014

Tiada wakil

Liga Juara AFC 2005

JDT menewaskan Bengaluru (India) 2-1 di pusingan pertama kelayakan. Tetapi JDT terkandas di pusingan kedua kelayakan kepada Bangkok Glass (Thailand) dengan jaringan 0-3

Skuad JDT pada tahun 2015

Jadi adalah jelas bahawa memang belum ada wakil dari Malaysia yang bertanding dalam Liga Juara Asia yang lebih kompetitif berbanding Kejohanan Kelab Juara Asia dan Kejuaraan Kelab Asia. Berdasarkan format pertandingan lama, agak mudah untuk pasukan dari Malaysia masuk bertanding.

Prestasi pasukan kelab dari Malaysia dan juga prestasi skuad kebangsaan harus dipertingkatkan untuk menaikkan ranking FIFA dan juga ranking di kalangan negara Asia bagi membolehkan pasukan dari Malaysia mendapat slot automatik ke Liga Juara Asia tanpa melalui pusingan kelayakan.

Siapa kata Malaysia tidak boleh? Lihat sahaja Thailand dan Vietnam telah membuktikan bahawa pasukan dari Asia Tenggara juga mampu untuk bertanding dalam Liga Juara Asia!

Buriram United (Thailand)
Becamex Binh Duong (Vietnam)


Ayuh... ayuh Malaysiaku!
Majulah sukan untuk negara!






4 comments:

  1. Sarawak pernah lawan kashima antlers dlm thn 1999 atau 2000 tapi x pasti piala apa

    ReplyDelete
  2. 1998–99 Asian Cup Winners' Cup

    Champions -al ittihad
    2nd - chunnam dragons

    1st round east asia

    Ho chi minh customs 2 ( 1) - 5 (2) sarawak

    2nd round east asia

    Yangon city development 0 (0) - 4 (1) sarawak

    Quaterfinals east asia

    Kashima antlers 14 (4) - 2 (2) sarawak

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Unknown dan Naquib Recce.... yang Sarawak main tu ialah Asia Cup Winners' Cup..... kali terakhir diadakan pada musim 2001-2002

    ReplyDelete
  4. Sejarah Asian Cup Winners' Cup

    Pencapaian terbaik ialah mara ke suku akhir yang telah dibuat oleh Sarawak dan Kuala Lumpur

    http://mohdalizal.blogspot.my/2015/10/sejarah-pasukan-dan-kelab-dari-malaysia_9.html

    ReplyDelete

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...