Thursday, July 2, 2015

Vítejte Arzenálu Petr Cech!



Selamat datang ke Arsenal Petr Cech! Dan tahniah... kerana memilih untuk bersama Arsenal di usia 33 tahun walaupun dia boleh saja terus bersama Chelsea dan menjadi lagenda bolasepak di Chelsea. Dengan yuran perpindahan dikatakan hampir mencecah 10 juta pound, sudah pasti Petr Cech tidak akan memanaskan bangku simpanan Arsenal.

Selamat datang ke Arsenal!

Apa akan terjadi pada nasib penjaga gol Arsenal yang lain yang juga mampu menjadi penjaga gol No.1 Arsenal seperti David Ospina dan Wojciech Szczesny? Sudah pasti salah seorang daripada mereka akan meninggalkan Arsenal. Khabar angin kencang mengatakan bahawa David Ospina bakal meninggalkan Arsenal setelah dikaitkan dengan kelab Fenerbache (Turki) dan Marseille (Perancis).

Apa salah David Ospina? Dia dah banyak membantu Arsenal di penghujung musim lepas selepas prestasi tak menentu dan juga masalah disiplin Wojciech Szczesny. Walau sehebat mana pun David Ospina bermain untuk Arsenal... dia dikatakan masih tidak mampu memakai jersi No.1 Arsenal kerana masalah ketinggian. Sedangkan Petr Cech dan Wojciech Szczesny berkongsi ketinggian yang sama iaitu 1.96m.



Costel Pantilimon (Sunderland/Romania) - 2.03m
Fraser Forster (Southampton/England) - 2.01m
Thibaut Courtouis (Chelsea/Belgium) - 1.99m
Asmir Begovic (Stoke City/Bosnia) - 1.98m
* sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea sebagai penjaga gol ke-2
Maarten Stekelenburg (Southampton/Belanda) - 1.97m
Joe Hart (Manchester City/England) - 1.96m
Petr Cech (Arsenal/Republik Czech) - 1.96m
Wojciech Szczesny (Arsenal/Poland) - 1.96m

Hanya dengan ketinggian 1.83m, David Ospina dikatakan tidak mampu untuk bersaing dalam Liga Inggeris yang "lebih fizikal" berbanding liga-liga yang lain. Juara Eropah seperti Barcelona tidak kisah pun jika penjaga gol mereka tidak berapa tinggi. Lihatlah penjaga gol muda Jerman Marc-Andre ter Stegen (1.87m) dan ketua pasukan Chile, Claudio Bravo (1.87m)... Ya, David Ospina masih lebih pendek daripada mereka berdua!

Marc-Andre ter Stegen (Barcelona/Jerman) - 1.87m
Claudio Bravo (Barcelona/Chile) - 1.87m
Victor Valdes (Manchester United/Sepanyol) - 1.83m
Michel Vorm (Tottenham Hotspur/Belanda) - 1.83m
David Ospina (Arsenal/Colombia) - 1.83m
* sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Fenerbahce atau Marseille

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Petr Cech dikaitkan dengan Arsenal. Pada sekitar tahun 2002, perpindahan Petr Cech ke Arsenal tidak dapat dimuktamadkan kerana kesukaran mendapatkan permit kerja (work permit) untuk bermain di England. Akhirnya, Petr Cech pergi ke kelab Rennes (Perancis) dan di situlah bakatnya semakin dilihat.

Apa yang menarik ialah Wojciech Szczesny sangat gembira dengan kehadiran Petr Cech ke Arsenal. Ini mengesahkan khabar angin bahawa Wojciech Szczesny mempunyai masa depan bersama Arsenal dan dia akan belajar dengan lebih banyak lagi daripada Petr Cech! Malah dikatakan bahawa Petr Cech juga sudah bersedia untuk menjadi jurulatih penjaga gol Arsenal apabila dia bersara kelak!

Baca : Wojciech Szczesny gembira dengan kehadiran Petr Cech


Persoalan juga timbul mengapa jurulatih seperti Jose Mourinho melepaskan Petr Cech ke Arsenal dan bukannya ke kelab-kelab lain di luar England? Sedangkan mengikut statistik terbukti Petr Cech adalah penjaga gol yang hebat. Ternyata Jose Mourinho tidak dapat melawan kehendak bossnya iaitu Roman Abramovich yang melepaskan juga Petr Cech walaupun ke Arsenal.



Petr Cech juga dikatakan dikritik hebat oleh penyokong Chelsea, malah ada yang sanggup membuat ugutan bunuh kerana Petr Cech sanggup bermain untuk musuh tradisi mereka iaitu Arsenal. Sebaliknya, penyokong Arsenal sangat gembira dengan kehadiran Petr Cech ke Arsenal untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan Arsenal.

Selain itu, posisi tengah bertahan (DMC) adalah antara posisi yang akan diberi keutamaan oleh Arsenal berbanding dengan posisi lain. Dengan Mikel Arteta dan Mathieu Flamini yang semakin dimamah usia dan tidak berada di puncak persembahan mereka, harapan Arsenal di posisi ini ditanggung oleh Francis Coquelin berseorangan.

Beberapa orang pemain telah dikaitkan dengan Arsenal seperti Arturo Vidal, Morgan Schneiderlin, Ilkay Gundogan dan William Carvalho untuk mengisi posisi DMC tersebut. Berdasarkan prestasi dan keadaan semasa, dilihat William Carvalho adalah calon paling sesuai untuk mengisi posisi panas ini.

William Carvalho (Sporting Lisbon/Portugal)

Semoga ada berita gembira dan positif dalam kem Arsenal sedikit masa lagi....

Vítejte Arzenálu Petr Cech!

COYG!





No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...