Thursday, September 4, 2014

Krisis Pemulihan (Healing Crisis) - Baik atau Buruk?



Krisis Pemulihan ialah suatu KRISIS YANG BAIK yang bertindakbalas terhadap tubuh badan kita akibat daripada pengambilan suplemen ataupun makanan tambahan. Apa yang pasti krisis pemulihan adalah petanda positif bahawa kita semakin sihat.

Sumber Rujukan : 



Sepertimana yang dinyatakan oleh beberapa pakar nutrisi seluruh dunia bahawa krisis pemulihan ini bukan terhad kepada satu produk sahaja tetapi juga kepada produk suplemen yang lain. Contoh-contoh penjelasan krisis pemulihan oleh pengedar bebas Shaklee adalah seperti berikut :-


Mummy Sihat Menawan: Krisis Pemulihan (Healing Crisis): Soalan yang selalu ditanya oleh customer.. " "kenapa selepas mengamalkan supplemen shaklee macam2 masalah kesihatan aku dapat..?&...

Tips Sihat Selalu: Healing Crisis: 16 Kesan Penyembuhan Lepas Makan S...: Setiap kali saya consult rakan-rakan yang makan Shaklee, saya pasti ingatkan kesan selepas makan suplemen dalam Shaklee. Pastinya semua oran...


Vitamins For Healthy Life: SAKIT-SAKIT SELEPAS PENGAMBILAN SUPLEMEN SHAKLEE - KENALI HEALING CRISIS


Tapi kenapa apabila saya ambil ubat doktor, saya tidak mengalami krisis pemulihan? Malah saya terus sembuh? Ya, betul... sebab itu terdapat perbezaan yang ketara antara pengambilan ubat dan juga pengambilan suplemen. Saya akan mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi jika saya mempunyai persoalan berkenaan pengambilan ubat sebaliknya saya akan mendapatkan nasihat pakar nutrisi sekiranya saya mempunyai persoalan berkenaan pengambilan suplemen.


Bolehkah krisis pemulihan ini dielakkan atau dikurangkan? Boleh.... dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Yakin dan percayalah bahawa setiap permasalahan ada penyelesaiannya.



Baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan seorang "cikgu" di laman facebooknya berkenaan cyst nya yang semakin membesar akibat pengambilan suplemen daripada Shaklee.




Setelah meneliti setiap komen di laman facebook tersebut, ada beberapa sebab kenapa saya bersetuju dengan cikgu ini seperti berikut :-


1. Cikgu ini boleh mempertahankan haknya sebagai pengguna kerana negara kita mempunyai undang-undang berkenaan isu-isu sebegini.

2. Cikgu ini dan rakan-rakannya yang lain yang mengalami masalah yang sama boleh membuat laporan polis beramai-ramai berkenaan kesakitan yang mereka alami akibat mengambil produk Shaklee kerana ini adalah hak mereka.

3. Perkara-perkara kebenaran tidak boleh disembunyikan apalagi jika ia melibatkan kepentingan awam.


Oleh itu saya nasihatkan cikgu dan mangsa-mangsa kepada produk Shaklee untuk membuat perkara-perkara berikut sebagai persediaan :-


1. Cikgu ada mengatakan bahawa doktor cikgu memberitahu cyst cikgu cepat membesar disebabkan oleh GLA Complex Shaklee. Oleh itu cikgu kena mendapatkan laporan bertulis daripada doktor yang merawat cikgu berkenaan perkara ini atas nama kebenaran dan keadilan.

2. Laporan doktor adalah antara bukti yang kukuh (jika tidak disangkal) sebagai bukti untuk memihak kepada cikgu dan rakan-rakan yang lain dalam mempertahankan hak mereka yang teraniaya.

3. Bukti bertulis adalah terpakai di sisi undang-undang, bukannya cakap atas cakap (hearsay evidence).

4. Harapan saya agar cikgu dan rakan-rakan cikgu yang menjadi mangsa kepada produk Shaklee tidak memadamkan sebarang komen terdahulu di mana-mana pun kerana ini adalah faktor yang dikira sebagai mengganggu siasatan polis (sekiranya ada) dan menghalang keadilan dan kebenaran daripada ditegakkan.

5. Membuat aduan rasmi kepada Shaklee Malaysia


Saya cuma risau satu perkara saja iaitu Shaklee Malaysia mampu memulakan tindakan undang-undang kepada cikgu dan rakan-rakan cikgu yang memberikan KOMEN YANG TIDAK BENAR (sekiranya ada) di bawah Akta Fitnah apalagi jika perniagaan Shaklee Malaysia merudum bermula dari tarikh komen cikgu dan rakan-rakan cikgu yang lain itu disiarkan dan/atau diterbitkan.


Sebab itu saya berharap sangat agar cikgu dapat membuat persediaan seperti yang saya nyatakan di atas dan apa-apa persediaan lain yang cikgu sedang terfikir sekarang ini. Sebaik-baiknya dapatkanlah pandangan undang-undang daripada mana-mana peguam berkenaan isu ini kerana cikgu bukan sahaja berhadapan dengan ejen Shaklee sahaja tetapi Shaklee Malaysia sebagai sebuah syarikat yang mempunyai reputasi tinggi kebelakangan ini.


Saya percaya beberapa orang pengedar Shaklee telah memberikan penjelasan yang sebaik-baiknya berkenaan isu ini antaranya ialah seperti berikut :-

Faizal Fairuz: Fuh! Shaklee Penyebab Rahim Wanita Bengkak ?!!!: As salam Salam sejahtera kepada semua. Semoga anda sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Sentiasa bergerak aktif untuk me...


Secara peribadi saya berpendapat bahawa apa yang cikgu alami sekarang ini adalah healing crisis ataupun proses pemulihan (Maaf jika kita tidak sependapat) akibat pengambilan suplemen. Kerana organ tubuh badan seperti rahim tidak akan membengkak dengan begitu agresif (boleh rujuk kepada pakar perubatan).


Saya sertakan di sini contoh bukti cyst customer lain untuk sama-sama kita tambah ilmu pengetahuan :-


















Saya juga berpendapat cikgu wajar mendapatkan 2nd opinion berkenaan isu ini. Saya sekeluarga pernah mengalami pengalaman peribadi berkenaan pendapat doktor sehingga tulang pinggul anak lelaki kami yang berusia 9 tahun hampir dimasukkan skru (minor surgery). Alhamdulillah, nasib baik kami dapatkan 2nd opinion daripada doktor lain dan anak kami tidak mengalami apa-apa penyakit yang serius di tulang pinggulnya.


Semoga perkongsian ilmu kita di sini akan memberikan manfaat kepada orang lain juga dan mudah-mudahan kita semua sentiasa dipayungi dengan rahmat Allah swt kerana berkasih sayang sesama makhluk dan menjaga hubungan kita dengan Allah swt.


Amin Ya Rabbal Alamin....


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================





33 comments:

  1. terbaik entri ni.. mohon sharing caring

    ReplyDelete
  2. kebenaran jangan disembunyikan... kita perlu membela mangsa teraniaya...

    ReplyDelete
  3. mohon sharing..thanks in advance..

    ReplyDelete
  4. Cayalah atok!

    Terima kasih atas pencerahan..

    ReplyDelete
  5. mohon share...berguna utk menegakkan kebenaran

    ReplyDelete
  6. Harap pengalaman saya sendiri dapat membuka mata pihak2 yg menyalahkan shaklee...Syukur Alhamdulillah Allah menggerakkan hati saya utk mencuba Gla Complex,klau tidak sampai sekrg sy tak tau sy ada cyst.

    ReplyDelete
  7. Mohon sharing ye... utk kebenaran ttg produk shaklee ni

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yg amat bermanfaat utk semua.. mohon share ye.. thanks..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih ya Tuan. Saya guna entry ni ja untuk jawab anak cucu. Besar pahala Tuan

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...Penerangan yang jelas.Terima kasih :)

    ReplyDelete
  11. Perkongsian hebat..mohon share ye..tqs..

    ReplyDelete
  12. Thanks for the info.
    Saya share ya :) TQIA

    Nordiyana Jamal,
    www.caramudahhamil.com

    ReplyDelete

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...