Thursday, September 3, 2015

Arsenal Perkuatkan Akar Umbi 2015/2016



Dah berakhir tingkap perpindahan bolasepak pada 31.8.2015 yang lalu dan di England ada extra satu hari yang dipanggil "British Transfer Window". Rata-rata peminat Arsenal agak kecewa dan hampa kerana Arsenal gagal untuk mendapatkan pemain baru yang berprofil tinggi setelah berjaya memancing Petr Cech dari Chelsea.

Baca : Selamat Datang Petr Cech!


Namun di peringkat akar umbi Arsenal agak aktif untuk merekrut bakat-bakat muda seluruh dunia bagi menggantikan beberapa muka lama yang telah dilepaskan oleh kelab ataupun telah berhijrah ke kelab lain.

Baca : Arsenal Perkuatkan Akar Umbi 2014/2015


Pemain-pemain muda baru Arsenal yang berjaya dipancing ialah Jeff Reine-Adelaide, Yassine Fortune, Kostas Pileas, Vlad Dragomir, Jordi Emmauel Osei-Tutu, Donyell Malen, Ismael Bennacer, Joao Virginia dan Harry Clarke.


Jeff Reine-Adelaide


Pemain muda Perancis ini telah dibeli dari kelab RC Lens di Perancis bersama-sama dengan Yassine Fortune dengan harga hampir mencecah 3 juta pound. Jeff Reine-Adelaide baru berusia 17 tahun dan telah menunjukkan aksi hebatnya ketika Emirates Cup 2015 baru-baru ini. Pemain ini mampu beraksi di mana-mana posisi serangan samada sayap, tengah atau sebagai penyerang.

Baca : Emirates Cup 2015


Yassine Fortune


Seorang lagi pemain muda Perancis yang baru berusia 16 tahun ini telah dibeli bersama-sama dengan Jeff Reine-Adelaide dari kelab RC Lens dengan yuran perpindahan mencecah hampir 3 juta pound. Pemain yang mampu beraksi di mana-mana posisi serangan ini pernah menjadi sasaran Manchester United.


Kostas Pileas


Pemain muda Cyprus berumur 16 tahun ini bermain di posisi pertahanan kiri dan mampu bermain di mana-mana sahaja di bahagian pertahanan. Bakatnya dikesan ketika berada di akademi elit Arsenal di Greece.


Vlad Dragomir


Arsenal hanya perlu membayar 71,000 pound sahaja kepada kelab ACS Poli Timisoara untuk mendapatkan khidmat kapten Romania bawah 16 tahun ini. Vlad Dragomir beraksi di bahagian tengah dan mampu juga untuk bermain di bahagian kiri. Pemain ini juga pernah menjadi buruan Inter Milan.


Jordi Emmanuel Osei-Tutu


Pemain England berketurunan Ghana ini berusia 16 tahun dan telah disambar dari kelab Reading dengan yuran perpindahan hampir mencecah 100,000 pound. Jordi Osei-Tutu bermain di posisi pertahanan kanan dan boleh juga bermain di bahagian sayap kanan.


Donyell Malen


Penyerang muda Belanda berusia 16 tahun ini telah disambar Arsenal dari kelab Ajax dari Belanda. Walaupun cuba diintai oleh Barcelona dan Manchester United, namun Arsenal dengan pantas mengikat pemain ini setelah memberikan Yaya Sanogo secara pinjaman kepada Ajax selama setahun.


Ismael Bennacer


Arsenal berjaya memintas Manchester City dan Chelsea untuk mengikat pemain muda Perancis berusia 17 tahun ini dengan yuran perpindahan sebanyak 150,000 pound. Ismael Bennacer beraksi di bahagian tengah dan beraksi di kelab divisyen 2 Perancis, Arles-Avignon sebelum ini.


Joao Virginia


Arsenal juga telah memintas Manchester United untuk mendapatkan khidmat penjaga gol berusia 15 tahun dari Benfica ini. Walaubagaimanapun, Arsenal perlu menunggu sehingga 10 Oktober 2015 iaitu apabila Joao Virginia telah cukup umur 16 tahun sebelum bersama-sama dengan rakan sepasukan lain.


Harry Clarke


Susulan pemain Arsenal, Ainsley Maitland-Niles yang telah dipinjamkan ke Ipswich Town, Arsenal berjaya mengesan bakat baru dan terus mengikat pemain muda Ipswich Town berusia 15 tahun ini dengan yuran perpindahan sebanyak 100,000 pound. Harry Clarke telah menjaringkan gol hasil gerakan ala-ala Barcelona untuk akademi Ipswich Town dimana video tersebut telah menjadi viral (Lihat Video).


Selain daripada pemain-pemain yang baru dibeli ini... beberapa pemain dari akademi Arsenal telahpun menandatangani kontrak jangka panjang dengan Arsenal seperti Marcus Agyei-Tabi, Tolaji Bola, Charlie Gilmour, Joshua Da Silva, Edward Nketiah, Nathan Tella dan Joe Willock.

Sumber  : www.mirror.co.uk

COYG!




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...