Monday, October 17, 2016

Saya Bukan Izzue Islam....



Ini adalah fakta yang tak disangkal lagi sebab saya pun LONG CALL kat Mahkamah Tinggi KL, Jalan Raja (mahkamah lama). Sekarang ni Mahkamah Tinggi KL kat Jalan Duta. Izzue Islam "untung" sebab LONG CALL kat Putrajaya... hehe...

Drama "Patahnya Sebelah Sayap" ni... betul ke tajuk dia? Drama ni dikecam dan ditertawakan oleh netizen khususnya para pengamal undang-undang sebab memaparkan babak LONG CALL di Mahkamah Putrajaya yang mana salah sama sekali. Elemen dan etika pemakaian juga dipersoalkan



LONG CALL ni ialah satu proses untuk mengisythiharkan bahawa budak chambering (praktikal) dah abis 9 bulan tempoh belajar di bawah senior di dalam firma guaman dan layak didaftarkan sebagai PEGUAM.... Jadi ala-ala konvokesyen lah gitu....

Masa saya LONG CALL tahun 2004 dulu tak meriah mana pun... famili dan sedara mara tak dapat datang. Yang datang cuma tunang saya dengan cik Harriani Marzuki dan sorang lagi kawan diorang. Lepas tu tak tau camne boleh makan dengan senior Atuk Sufi... Memang jauh sangat lah suasananya kalau nak bandingkan dengan suasana dalam drama... hehe...

Apa-apa pun kepada mereka yang bukan di bidang guaman mungkin dah tahu dengan jelas apa maksud LONG CALL yang sebenar dan mungkin faham kenapa kitorang gelakkan babak tu... hehe.... No offence ya..... Tapi.... korang tau tak sebelum LONG CALL ada SHORT CALL???





Gambar : Sekitar tahun 2012 semasa Opening Legal Year di Putrajaya... Penampilan yang serius dan comot tak sama macam Izzue Islam


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...