Thursday, October 27, 2016

Saya Tak Pernah Terima Walau Sebuah Kereta Pun Daripada Shaklee!



Betul... dan ini memang kisah benar. Saya tak pernah terima walau sebuah kereta pun daripada Shaklee! Ingatkan kisah ni dah lama berlalu dan dilupakan... tapi masih lagi ada kawan-kawan yang tanya saya baru-baru ini... mana satu kereta Shaklee??? Semua ini gara-gara saya pernah post status di FB bersama suami dengan memegang replika kunci kereta suatu ketika dahulu.


Status ni walaupun dah lama, tapi sehingga kini masih lagi ada orang yang bertanyakan pasal kereta Shaklee saya. OK... cerita dia begini.... Dalam Shaklee memang takde bagi kereta sebijik sebijik macam MLM lain. Apa yang Shaklee bagi hanyalah Bonus Kereta dalam bentuk Tunai.

Saya mula dapat Bonus Kereta Shaklee selepas Hari Raya pada tahun 2012, iaitu lebih kurang 4 bulan sahaja daripada saya mula serius dalam bisnes Shaklee sejak Julai tahun 2012. Untuk rekod, saya mula jadi ahli Shaklee pada Januari 2012 sebagai customer biasa saje.

Hanya semasa National Conference 2013 iaitu pada bulan Jun 2013, barulah ada pengiktirafan rasmi daripada Shaklee dalam majlis gilang gemilang yang diadakan di Sunway Resort Hotel and Spa. Sejurus lepas tu, barulah saya post status di FB seperti di atas.

Nak tau apa perasaan saya masa pegang replika kunci kereta??? Ya, betul... perasaan dia sangat best! Rasa macam menang hadiah kereta ada... rasa macam dapat kereta percuma pun ada... Walaupun sebenarnya saya cuma dapat Bonus Kereta setiap bulan.

Baca : Bonus-Bonus Lain Dalam Shaklee


4 Bulan Dah Dapat Bonus Kereta?

Ya... 4 bulan sahaja... dan tak mustahil untuk diperolehi. Sekali Shaklee dah bagi Bonus Kereta ni... memang Shaklee tak akan tarik balik. Cuma, jumlah bonus saje yang berubah-ubah mengikut performance sales kita. Yang penting belajar dan mintak tunjuk ajar dari mentor kita yang dah berjaya.... follow diorang rapat-rapat....



Bila dah dapat Bonus Kereta ni... tak kisah pun samada nak beli kereta ataupun tidak. Tak perlu pun nak bergambar dengan kereta mewah dan tunjuk pada orang lain... tak perlu. Malah kalau Bonus Kereta yang Shaklee bagi tu nak buat beli baju anak-anak ke, nak beli jam dinding ke atau nak bayar ansuran rumah pun boleh... Shaklee tak akan persoalkan pun sebab itu memang hak kita.

Bonus Kereta saya bermula dengan 3 angka dan kini Alhamdulillah... Bonus Kereta saya bernilai 4 angka. Dengan nilai Bonus Kereta ni, saya mempunyai banyak pilihan untuk membeli kereta. Tetapi, saya pilih untuk membeli kereta Honda Jazz Hybrid saje bagi memudahkan urusan saya untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah. Itupun hanya pada Januari 2014 saya membeli kereta yang comel ini......



Kini, dah hampir 4 tahun saya bersama Shaklee... malah pada 15 haribulan setiap bulan, saya masih menerima Bonus Kereta setiap bulan dan bonus-bonus Shaklee yang lain hasil daripada usaha saya selama ini... Alhamdulillah. Shaklee juga masih lagi wujud di Malaysia sejak tahun 90-an hingga kini. Kekuatan Shaklee berasaskan pada kekuatan produknya yang sentiasa Semulajadi, sentiasa Selamat dan sentiasa Berkesan.


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...