Masyarakat memandang tinggi kerjaya seorang peguam... bermula dengan susahnya nak jadi budak law masa nak masuk universiti, susahnya belajar law, kena chambering 9 bulan lagi dan akhirnya jadi PEGUAM
Kehidupan mewah sering dikaitkan dengan PEGUAM.... baru setahun jagung kerja dah ada bilik sendiri yang besar di pejabat, datang kerja tak pernah berpeluh, rambut tersisir rapi dengan wangian perfume semerbak, dihormati oleh semua staf dalam opis dan banyak lagi....
Apa tidaknya... drama dan filem memaparkan dan melabelkan peguam dengan duit banyak, kereta besar, rumah besar dan banyak pengaruh dalam masyarakat... bercuti sana-sini dan lain-lain. Sebenarnya entah berapa % saje peguam di Malaysia yang hidup sebegitu mewah
Pada hakikatnya masih ada PEGUAM di Malaysia yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang... masih ada peguam yang buat part time business seperti car boot sales, buat bisnes online, buat grabcar dan uber serta banyak lagi
Masyarakat akan lebih kenal PEGUAM apabila mereka bicara dari hati ke hati... berkawan dengan mereka lebih rapat lagi, kenal keluarga mereka, makan semeja dan bercuti bersama. Bukan semata-mata tengok TV terus label PEGUAM memang kaya
Kalau kita lantik KAWAN kita jadi loyer untuk apa-apa kes pun... tak payah ler mintak DISKAUN.... kesian kat diorang walaupun nampak kawan kita tu macam kaya raya
Korang tau tak gaji PEGUAM muda di Hong Kong bersamaan dengan gaji purata pemilik firma guaman di Malaysia??? Purata ye.... bukan semua..... Jadi kalau ada kawan kita yang berhenti jadi PEGUAM... jangan kecam dia, masing-masing ada sebab tersendiri...
Gambar : 1st ever office trip... pergi Seoul, Korea. Budget trip jer pun.... Masa ni memang kena pandang serong dengan orang Korea sebab pakaian kitorang tak kena dengan fesyen diorang... haha...
No comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Amat Dihargai :)