Friday, December 30, 2016

Road Trip 2016 - Kembara Trans Banjaran Titiwangsa (Part 3)



Day 8 - 20 Disember 2016

SELAMAT PAGI KOTA BHARU!

Cepat sungguh masa berlalu... hari ni hari terakhir di bumi Cik Siti Wan Kembang. Sekejap lagi nak menempuh perjalanan yang agak jauh... so memang kena keluar rumah lebih awal. Plan hari ni nak breakfast kat Kopitiam Kita Kota Bharu yang menjadi sebut-sebutan di sini. Cuaca hari ni agak sejuk dengan hujan renyai turun sejak awal pagi. 

Lebih kurang 20 minit perjalanan dari Kota Jembal, kami tiba di Kopitiam Kita. Menu wajib kat sini ialah roti titab. Makanan-makanan lain yang ada kat sini ialah makanan tempatan yang dihantar oleh orang tempatan. Kat sini boleh tengok rakyat 1 Malaysia pelbagai bangsa makan ramai-ramai. Kat sini jugak beberapa orang VIP seperti ahli politik, pegawai kerajaan, ahli sukan, artis dan lain-lain pernah makan, ambil gambar dan gambar mereka dipampang di dinding kedai.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Kelantan

Roti titab yang lejen...

Member dah ada kat wall of fame....

Walaupun ada pelbagai review pasal layanan dan service diorang... tapi masa kami datang, layanan daripada owner dan pekerja kat sini memang tip top... Masa ni hujan tersangatlah lebat sejak start makan sampai habis makan. Owner pun tolong payungkan cik puan dan anak dari kedai dan hantar sampai kereta.

Owner yang gigih... pakai jersi TRW lagi... sayang tak jelas pulak mukanya

Perjalanan diteruskan ke Rantau Panjang yang terletak di pintu sempadan Malaysia-Thailand untuk membeli beberapa barang. Biasanya orang lain akan ikut jalan Pasir Mas kalau nak ke Rantau Panjang, tapi kami cuba jalan Wakaf Bharu kat kawasan Tumpat sebab nak experience sendiri lalu jalan tepi sempadan Malaysia-Thailand dan boleh nampak Sg Golok di sebelah kanan.

Selamat datang ke Rantau Panjang

Disebabkan hujan lebat sepanjang perjalanan.. selepas satu jam lebih baru kami tiba di Rantau Panjang iaitu lebih kurang pukul 11.30 pagi. Entah dah berapa kali datang Rantau Panjang... next time nak try pergi kat Pengalan Kubor di Tumpat pulak. Selesai membeli beberapa barang yang diperlukan, kami meneruskan perjalanan ke Jeli yang dikenali sebagai "pintu masuk ke utara tanahair dari Kelantan".

Selepas 1 jam perjalanan dari Rantau Panjang... kami tiba di Jeli. Di Jeli kami berhenti sekejap untuk makan tengahari, solat dan sempat jugak cik puan jumpa best friend dia kat sini yang dah jadi tokey besar kedai emas. Tak rancang pun nak jumpa... terjah jer... mana tak terkejut.... hehe...

cik puan bersama BFF nya

Lebih kurang pukul 3.00 petang kami memulakan perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Pulau Pinang! Perjalanan kali ni pun dikira sebagai merentasi banjaran titiwangsa dari Pantai Timur menuju ke Pantai Barat di Utara Semenanjung Malaysia. Betul lah kata orang... highway Jeli-Gerik ni sangat indah waktu siang dan agak menggerunkan pada waktu malam... huhu....

Sebab tu kami tak boleh lewat... cuba elak untuk lalu situ masa hari gelap. Walaupun kami lalu situ di siang hari... tapi disebabkan hujan turun sepanjang hari... boleh tahan gelap jugak. Di satu kawasan yang agak tinggi dan berbukit-bukit suhu masa tu dah drop sampai 19 C... sejuk.... itu belum lagi risiko haiwan liar melintas jalan lagi. Di sebalik semua cabaran dan risiko tu.. ada juga keindahan alam semulajadi yang memukau pandangan mata... Subhanallah! Susah nak digambarkan....

Kabus... suhu paling sejuk 19 C

Macam kat New Zealand pun ada

Sebelum sampai pekan Gerik ada satu tempat yang menarik dan indah... namanya Pulau Banding yang merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Belum. Pulau Banding ni terletak atas tasik besar iaitu Tasik Temenggor Perak. Next trip... Insya Allah!

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Gerik, Perak

Pulau Banding, Gerik, Perak

Lepas 2 jam perjalanan dari Jeli... kami berehat sekejap di sebuah RnR di Gerik dan terus sambung perjalanan ke Pulau Pinang. Perjalanan dari Gerik ke Pulau Pinang juga tak kurang hebatnya dengan pemandangan dan landskap yang memukau mata memandang. Bila dah nak sampai pekan Kupang yang terletak di Baling, Kedah barulah takde jalan yang berbukit bukau.

Selepas 2 jam perjalanan dari Gerik barulah kami sampai di kawasan Pulau Pinang. Sebelum check in di homestay, kami menikmati makan malam terlebih dahulu di kawasan Bayan Lepas iaitu Original Kayu Nasi Kandar. Entah dah berapa kali kami repeat makan di sini.... hehe...

Selesai makan malam barulah kami check in di sebuah apartment yang terletak di Sg Ara, Bayan Lepas. Agak gayat jugak stay di sini sebab apartment kami di tingkat 31. Apartment nampak comel disebabkan hiasan yang dibuat oleh owner. Sekali tengok macam rumah kat Korea... berkali kali tengok kat Penang rupanya.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Pulau Pinang

Khemah comel ni biasa dalam cerita Korea jer...
dining area

SELAMAT MALAM PULAU PINANG!


Day 9 - 21 Disember 2016

SELAMAT PAGI PULAU PINANG!

Huhu... tak syok betul kalau kena check out kul 10 pagi... mintak extend dapat jugaklah check out pukul 11 pagi... Jadilah... View apartment yang kami stay ni menghadap pemandangan Bukit Jambul, Pulau Pinang. Sarapan hari ini kat apartment jer... awal pagi keluar sekejap dan tapau makanan kat gerai tepi jalan.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Pulau Pinang

View Bukit Jambul dari Tingkat 31

Selesai sarapan sambung berehat kat apartment dan bersiap sedia untuk check out. Selepas check out kami cuba untuk cari makanan tengahari lebih awal dan pergi ke Laksa Janggus yang terletak di Balik Pulau. Tutup pulak... mungkin belum bukak lagi. Cek sekali lagi memang hari Rabu tutup... huhu.. takpe takde rezeki makan kat sini.

Perjalanan diteruskan ke arah Teluk Kumbar untuk try satu lagi laksa iaitu Laksa Tempurung... haaa.... kenapa tempurung??? Sebab kat sini agak unik dan kreatif, makanan yang dihidangkan diletakkan dalam tempurung. Lokasi dia agak ke dalam sikit dari Jalan Gertak Sanggul.

Masa kami sampai tu... rupanya belum bukak lagi, officially 1.30 tengahari bukak, tapi owner cakap biasanya weekdays diorang bukak lambat. Jadi kami melencong ke tempat lain dulu dan kembali semula dalam kul 1.30. Hmmm.... memang menyelerakan kalau makan laksa kat sini.... balas pulak dengan cendol sambil menikmati pemandangan tepi pantai di Teluk Kumbar.

Order laksa dan cendol
Laksa Tempurung

Cendol Tempurung

Selesai makan tengahari kami terus check in kat hotel yang tak jauh dari situ iaitu Lexis Suites Pulau Pinang. Kalau sebut jer Lexis ni mesti sinonim dengan private pool yang ada dalam bilik masing-masing. Ya... memang betul lah tu.... tapi secara peribadi Lexis kat sini masih takleh lawan dengan Lexis kat Port Dickson yang lebih "grand".

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Pulau Pinang

bilik kami

Lepas selesai solat terus je mula acara terjun ni.... budak-budak memang tersangatlah suka berenang kat sini. Agak sejuk air dalam pool ni. Kami pun dapat bilik yang agak tinggi iaitu tingkat 22. Sedikit sebanyak ada jugak angin yang tiup dari tepi laut masuk ke dalam bilik... fuhhh...


Private pool dengan view tepi laut


Sejuk mandi pool... masuk sauna jap

Baca  : Review Hotel - Lexis Suites Pulau Pinang

Menjelang maghrib... sempat jugak ambil gambar matahari terbenam di Teluk Kumbar. Sepatutnya dah gelap tapi masa ni masih cerah lagi sebab fenomena soltsis musim panas yang berlaku pada 21 Jun dan 21 Disember setiap tahun.

Terbenamnya matahari di Teluk Kumbar, Pulau Pinang
Pemandangan dari Tingkat 22 hotel

Lepas Isyak kami keluar untuk makan malam bersama-sama dengan sahabat yang ada kat Pulau Mutiara ni. Diorang rekemen gerai mee udang yang ada kat Sg Batu sebab udang dia fresh sangat. Nama kedai tu Kak Ina Mee Udang Sg Batu. Harganya boleh tahan jugak... Masya Allah...

Kak Ina Mee Udang
Terima kasih daun keladi... ada rezeki kami mai lagi...

Selesai makan malam kami pulang semula ke hotel untuk berehat dan bersiap sedia untuk hari terakhir besok.

Baca : Ronda Penang 2014


SELAMAT MALAM PULAU PINANG!


Day 10 - 22 Disember 2016

SELAMAT PAGI PULAU PINANG!

Hari terakhir di Pulau Pinang bermakna hari terakhir road trip kami ini. Sedih pun ada jugak sebab dengan adanya road trip ini kami semakin kaya dengan pengalaman, melihat ragam dan gelagat manusia, mencuba makanan-makanan tempatan, menghargai alam sekitar, bersatu dengan alam semulajadi dan cuaca serta banyak lagi.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Seluruh Malaysia


Sebelum check out sempat lagi terjun kolam buat kali terakhir... rugi kalau tak terjun kat sini. Selepas berkemas dan check out kami makan tengahari di kedai depan hotel yang menyediakan makanan nasi kandar. Kami jalan kaki jer dan hanya perlu melintas jalan untuk ke kedai ni...nama dia Taat Cafe.

Taat cafe di hadapan hotel
Sumber : aishah megahasz

Selepas makan tengahari, kami memulakan perjalanan kembali ke sarang kami iaitu di Cheras, Selangor. Kami berhenti rehat di RnR Sg Perak dan sambung perjalanan pulang.

SELAMAT TINGGAL PULAU PINANG!


Insya Allah... andai dikurniakan rezeki, akan kami keluar dari zon keselesaan dan teruskan dengan kembara-kembara lain atau roadtrip seperti ini. Destinasi berikutnya? Sabah? Sarawak? Thailand? Siapa tahu... mudah-mudahan dipermudahkan... Aminn....









1 comment:

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...