UPSR dan PT3 dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun 2022 dan digantikan dengan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) dan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) secara menyeluruh. Sebelum ini, UPSR dan PT3 juga tidak dilaksanakan bermula tahun 2020 disebabkan pandemik covid-19.
PKSK pula dilaksanakan bukan sebagai pengganti UPSR dan PT3 tapi sebaliknya sebagai "entry point" untuk anak-anak memohon ke sekolah khusus seperti SBP (Sekolah Berasrama Penuh), SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama), SMT (Sekolah Menengah Teknik), KV (Kolej Vokasional) dan MTD (Maktab Tentera Diraja).
|
18/02/2021 - Adam PKSK di SMK Bandar Rinching, Semenyih untuk kemasukan Form 4
|
|
02/02/2023 - Myra PKSK di SMK Bandar Tun Hussein Onn, Cheras untuk kemasukan Form 4 |
|
15/02/2023 - Hannah PKSK di SMK Bandar Tun Hussein Onn, Cheras untuk kemasukan Form 1 |
Macam mana nak mohon PKSK ni?? Permohonan biasanya dibuka pada bulan Ogos setiap tahun... tertakluk pada sebarang pindaan tarikh. Syarat utama adalah wajib seorang warganegara Malaysia dan wajib daftar APDM (Aplikasi Pengkalan Data Murid). Pemohon mestilah berumur 12 tahun untuk permohonan ke Tingkatan 1 dan berumur 15 tahun untuk permohonan ke Tingkatan 4.
Seterusnya murid hendaklah menghubungi pihak sekolah atau guru dan kemaskini data dalam APDM. Murid juga perlu mendapatkan PBD daripada guru masing-masing. Format exam PKSK adalah untuk menguji kecerdasan insaniah - EQ, SQ, SSQ (20%), kecerdasan intelek - IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah (70%) dan artikulasi penulisan (10%). Berhati-hati ketika membuat permohonan PKSK secara online dan sebaik-baiknya dapatkan panduan dan pengawasan daripada guru atau ibu bapa.
Masa Adam ambik PKSK, banyak benda tak prepare... sebab masih baru lagi benda ni. Mujur dia kata boleh jawab... dan Alhamdulillah... dapat
masuk sekolah pilihan dia. Masa Myra dan Hannah nak exam PKSK kami banyak suruh dia buat latihan artikulasi penulisan jer... yang lain-lain tu memang base on pengetahuan am masing-masing. Alhamdulillah... Myra pun
dapat ke sekolah pilihan dia... Hannah tak dapat ke sekolah yang dipohon... dah buat rayuan pun masih gagal... Beberapa bulan lepas tu Hannah terlepas cakap yang dia tak buat betul-betul... hmmmm.... 😅
No comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Amat Dihargai :)