Wednesday, June 14, 2017

Pengalaman Keklin Bercuti Di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 3



Jepun adalah sebuah negara di Asia Timur yang terdiri daripada 8 kawasan utama iaitu dari utara Hokkaido, Tohoku, Kanto, Chubu, Kansai, Chugoku, Shikoku dan Kyushu/Okinawa di selatan.

Trip ke Jepun kali ini banyak di kawasan Chubu iaitu wilayah Aichi (Nagoya), wilayah Gifu (Toki, Gero, Takayama dan Shirakawa), wilayah Toyama dan wilayah Nagano (Alpine Route) dan wilayah Yamanashi (Yatsugatake, Ishihara Nojo, Fuji Motosu dan Oshino Ninja Village).

Baki 3 hari trip barulah berada di wilayah Tokyo yang terletak dalam kawasan Kanto.


18.5.2017 (Day 6)

OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT PAGI TOKYO!

Alhamdulillah... lama-lama tubuh badan ni dah dapat biasakan dengan solat subuh pukul 3.00 pagi di musim panas dan juga hujung musim bunga. Tabik spring pada umat Islam yang tinggal di Jepun dan juga di negara-negara lain yang ada pelbagai musim dengan sinaran matahari yang tidak menentu.

Suhu di Tokyo pada hari ini ialah 15 C - 24 C, agak panas berbanding dengan kawasan perkampungan dan pedalaman Jepun... fenomena rumah hijau dan hutan bandar katanya... Selesai sarapan, Keklin dan kawan-kawan bersiap-siap ke lobi hotel untuk ke destinasi seterusnya.

Plan asal ialah nak ke Asakusa Kannon Temple dan Nakamise Street iaitu sebuah tempat yang dianggap sebagai landmark kat Tokyo ni. Tapi memandangkan Mr Presiden Shaklee Jepun semasa dinner malam semalam dah invite kami semua untuk melawat Shaklee Jepun dan telah dipersetujui oleh semua ahli delegasi, maka kami semua bergerak ke Shaklee Jepun yang terletak tak sampai setengah jam perjalanan dari hotel.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Asakusa Kannon Temple
Nakamise Street

Memandangkan ramai delegasi dari Malaysia ni... tak muat Shaklee Jepun kalau semua orang masuk sekaligus. Bas pertama yang sampai Shaklee Jepun dapat masuk dulu. Sementara itu, Keklin dan yang lain ni berjalan-jalan di kawasan sekitar dan sempat jugak naik ke Tokyo Metropolitan Government Building No 1 yang juga dikenali sepagai "Tocho" tak jauh dari situ.

Tocho
Ini adalah bangunan tertinggi di Tokyo pada tahun 1990-an dan kini adalah bangunan ke-3 tertinggi di Tokyo. Bangunan ini setinggi 48 tingkat dan dari sini boleh nampak pemandangan kota Tokyo yang padat. Selesai meninjau dari awan biru Keklin dan kawan-kawan turun dan berjalan kaki menuju ke Shaklee Jepun.

Di awan biru... di belakang kami ialah kota Tokyo yang padat

Di Shaklee Jepun, para delegasi dijemput untuk membuat tour di dalam pejabat, melihat pelbagai produk Shaklee yang dijual di negara Jepun dan macam-macam lagi. Satu perkara yang ketara ialah produk Shaklee setiap negara adalah tak sama... contohnya protein soya di Jepun dibuat dengan pelbagai perisa, kolagen sisik ikan merah yang lebih murah di Jepun sebab dibuat di sini dan juga lambakan produk kosmetik di Shaklee Jepun.

Staff Shaklee Jepun menyambut ketibaan delegasi Malaysia

Produk kosmetik Shaklee Jepun sedang dikerumuni

Bergambar dengan Presiden Shaklee Jepun

Selesai tour di Shaklee Jepun, Keklin dan kawan-kawan naik bas semula menuju ke tempat makan tengahari di restoran King Crab terkenal iaitu Kani Doraku (Kani Douraku) terletak lebih kurang 5 minit perjalanan dengan bas dari Shaklee Jepun.

Yang ada ketam besar tu terletaknya Kani Doraku

Di dalam Kani Doraku

Harga makanan di Kani Doraku

Makan kat Kani Doraku ni adalah satu pengalaman baru yang tak boleh dilupakan... harga tak payah cakap lah... mujur ditaja... syukur Alhamdulillah. "Kani" dalam bahasa Jepun maksudnya ialah ketam. Maksud nama kedai Kani Doraku ni ialah "harmoni bersama ketam". Selesai makan tengahari dan solat jamak di sini, Keklin dan kawan-kawan naik bas semula menuju ke terminal untuk naik Sumida River Cruise yang terletak tak sampai setengah jam perjalanan dari Kani Doraku.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Sumida River Cruise

Sumida River Cruise juga dikenali sebagai Tokyo Cruise. Terdapat persamaan antara Sumida River Cruise ni dengan Han River Cruise di Seoul, Korea iaitu ada beberapa jambatan yang merentasi di sepanjang sungai. Cuma bezanya jambatan di Sungai Sumida ni diwarnakan dengan beberapa warna yang berbeza untuk setiap jambatan.


Keklin dengan anak saudara Keklin di Tokyo Cruise
Jambatan diwarnakan dengan merah

Selesai Sumida River Cruise, Keklin dan kawan-kawan diberikan waktu bebas, free and easy di kawasan Odaiba. Odaiba ni ialah pulau buatan manusia dimana terkenal sebagai tempat membeli-belah dan juga bersiar-siar. Keklin jalan kaki je dari deck terakhir cruise ke Odaiba sambil menikmati pemandangan di sekeliling, suasananya macam kat sebuah taman. Selain tu, ada juga beli beberapa barang keperluan kat sini.

Odaiba - kelihatan rainbow bridge yang akan colourful pada waktu malam

Selesai aktiviti bebas di Odaiba, Keklin dan kawan-kawan naik bas untuk makan malam di sebuah restoran bernama Bombay Cafe lebih kurang 15 minit perjalanan dari Odaiba. Masa kami makan kat sini, delegasi Shaklee yang non-Muslim pergi makan tempat lain di restoran non-halal. Fuhh... walaupun tak sama, tapi makan kat Bombay Cafe dah rasa macam makan kat kedai mamak di Malaysia. Terubat sikit kerinduan kat tanahair....

Keklin dan kawan-kawan di Bombay Cafe

Selepas makan malam kami semua dihantar ke hotel. Tapi... kami ada plan tersendiri malam ni iaitu pergi ke Hard Rock Cafe Tokyo. Ada sorang kawan Keklin ni pernah pergi Tokyo... tapi dia pun tak pasti sangat cara nak pergi ke Hard Rock Cafe Tokyo.... kami redah je follow dia naik subway. Lebih kurang 20 minit iaitu bersamaan 3 station sampai jugak akhirnya kat Hard Rock Cafe Tokyo....

Naik subway di Tokyo
Hard Rock Cafe Tokyo

Selesai membeli barang dan souvenirs di HRC Tokyo, Keklin dan kawan-kawan kembali ke hotel dengan menaiki subway. Pengalaman berjalan-jalan waktu malam kat negara asing memang seronok. Kat Jepun ni lain sangat... rasa selamat dan mudah untuk ke mana-mana destinasi. Sampai di hotel kami terus merehatkan diri.


OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT MALAM TOKYO!



19.5.2017 (Day 7)

OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT PAGI TOKYO!

Semakin hari semakin panas di Tokyo... maklumlah musim bunga bakal berakhir dan musim panas pula bakal menjelang. Bagi orang Jepun musim panas amat dinantikan, lebih best dan selesa, boleh pakai pakaian yang simple, tak perlu risau cuaca sejuk yang boleh sebabkan demam selesema dan boleh main air. Suhu hari ini lebih kurang 15 C - 26 C.

Oh ya... hotel tempat Keklin tinggal ni sangat dekat dengan Tokyo Imperial Palace iaitu kediaman rasmi kerabat diraja Jepun. Tokyo Imperial Palace ni terletak di kawasan Chiyoda yang kelihatan seperti taman di atas tasik.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Tokyo Imperial Palace

Aktiviti hari ini ialah berjalan dan berjoging di sebuah taman yang dikenali sebagai Hibiya Park seawal 6 pagi. Hibiya Park ni tak jauh dari Tokyo Imperial Hotel... jalan kaki je dah sampai. Kalau pusing satu taman Hibiya Park ni makan masa antara setengah hingga 1 jam.

Beriadah di Hibiya Park

Keklin dan kawan-kawan di Hibiya Park

Selesai mandi peluh di Hibiya Park, Keklin dan kawan-kawan pulang ke hotel untuk sarapan pagi. Selepas sarapan kami semua naik ke bilik masing-masing dan bersiap-siap untuk turun semula menuju ke destinasi berikutnya.

Destinasi berikutnya ialah tempat riang ria kesukaan anak-anak iaitu Tokyo Disneyland. Jarak dari hotel Keklin ke Disneyland tak lah jauh sangat... tak sampai setengah jam pun. Bertebaranlah kami semua di Tokyo Disneyland yang boleh dikatakan Disneyland paling bersih dan cantik.

Keklin di Tokyo Disneyland

Bergambar kenangan lagi... entah bila lagi akan ke sini

Bagi mereka yang bawa anak-anak kecil, paling gigih di sini sebab nak beratur panjang dan layan kerenah anak masing-masing untuk main itu dan ini. Kami yang lain ni just enjoy ourselves... tengok Disneyland Parade, tengok gelagat manusia dan macam-macam lagi.

Oh ye... sebelum datang Jepun lagi Keklin dah deal dengan Malaysian yang tinggal kat Jepun ni untuk prepare meal lunch untuk kami. Keklin pun open order pada kawan-kawan yang berminat untuk dapatkan Halal Bento yang disediakan oleh rakyat Malaysia di sini. Tiba masa yang dijanjikan meal box Bento kami pun tiba.

Nasi Ayam Bento Japanese style... yummy!

Satu lagi... makanan luar memang takleh bawak masuk dalam Disneyland. Jadi kami keluar sekejap untuk mengambil makanan tengahari kami dan menikmati lunch di taman-taman kat luar Disneyland. Jadi, kalau sesiapa yang ke Tokyo dan berminat untuk dapatkan Halal Bento yang sama... roger jer Tokyo Halal Bento ok? hehe.....

Keklin dan beberapa orang kawan balik awal dari Disneyland... naik bas pertama. Tak larat nak tunggu sampai malam dan tengok fireworks. Lagipun, dah pernah tengok fireworks masa kat Disneyland Anaheim, California dan Disneyland Orlando, Florida dulu.

Kami mintak driver bus turunkan kami kat Ginza Street dan bukannya hotel. Ginza Street ni ala ala Bukit Bintang lah kalau kat Malaysia. Jalan-jalan makan angin kat tempat orang... free and easy. Kat sini Keklin jumpa satu mart ala ala Mydin yang jual barang dengan harga mampu beli... hehe... Nama kedai ni Don Quijote.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Termos Malaysia - kilang di Shah Alam katanya
Timbunan coklat Jepun
Anello - Beg dari Jepun yang sedang trendy sekarang

Alhamdulillah..... kat kedai Don Quijote ni Keklin jumpa banyak barang yang diperlukan macam coklat, beg, souvenirs dan macam-macam lagi. Ok... berbaloi-baloi jalan-jalan sini. Dari kawasan Ginza Street ke hotel kami, Keklin jalan kaki je lebih kurang 15 minit dah sampai hotel. Setibanya di hotel.. gigih kami semua mengemas dan packing barang masing-masing untuk pulang ke tanahair besoknya.


OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT MALAM TOKYO!


20.5.2017 (Day 8)

OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT PAGI TOKYO!

Alhamdulillah.... hari terakhir di kota Tokyo dan bumi Jepun, negara matahari terbit ini. Awal-awal pagi dah bawak beg turun, check out dan bersarapan di hotel. Suhu hari ini semakin panas iaitu sekitar 16 C - 29 C. Sekejap lagi dah nak naik bas untuk pergi ke airport yang terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari hotel.

Flight Keklin dan kawan-kawan yang naik Thai Airways ni dijadualkan pukul 10.50 pagi (9.50 waktu Malaysia). Kena ada di airport 3 jam sebelum berlepas untuk urusan luggage, imigresen dan lain-lain. Syukur sangat dapat becuti di negara Jepun ni. Banyak Keklin belajar sepanjang ada kat sini

# Orang Jepun sangat bangga dengan bahasa mereka. Berbual dalam bahasa Jepun dengan foreigner walaupun macam itik dan ayam bercakap. Akhirnya mesej dan persefahaman tercapai... hehe.

# Cashier Jepun sangat laju dan tuntas. Setiap customer akan di'greet' dengan ayat yang sama. Ceria. Akan menyebut total harga dan menunjukkan harga di skrin. Tangan pun lincah masukkan barang dalam beg plastik.
Takdelah kau menjeruk perasaan berbaris lama gila sambil melihat si cashier mengira barang-barang kau dengan penuh keayuan dan kelembutan sambil berborak dengan kawan sebelah. Hehe...

# Sentiasa mematuhi undang-undang. Berbaris dengan sabar. Tiada marah-marah. Senang je. Just follow the rules.

# Sangat bersih. Seriously. Contoh dalam bas kau jangan nak sepah-sepah sangat. Ada plastik okay. Kau masukkan sampah dalam plastik tu, pastu turun nanti jangan lupa bawa sekali.
Kat sini tong sampah recycle ada banyak sangat.
Sawah padi dan sungainya juga sangat bersih. Kemas. Tersusun, Even air longkangnya pun bersih okay. Hampir menangis mengenangkannya.

Sawah padi yang bersih dan tenang

Air longkang yang bersih

# Budaya dan adab bercakap dengan perlahan dan menghormati orang lain

Kami dilambai oleh staff dan pekerja hotel semasa menuju ke airport

# Makanan Jepun oishi! Walaupun tekak Melayu tapi kalau ke luar negara pastilah tidak melepaskan untuk rasa apa-apa jua makanan yang dihidangkan. Patutlah kulit orang Jepun cantik dan badan slim, makanan mereka banyak yang rebus dan bakar. Simple tapi sedap.

# Tandas mereka OHSEM!
Teruja betul bila nak ke tandas. Kalau dulu nak cari toilet cangkung, Kat sini pula nak toilet duduk je. Tandas diorang ni lah yang paling best setakat pernah pergi ke beberapa buah negara luar.
Kat Jepun toiletnya memang canggih. Tempat duduk hangat, Ada bidet. Certain toilet ada option untuk pasang muzik (bunyi-bunyian air mengalir) semasa menyahut panggilan alam. Hehe...
Tisu tandas dah dicipta khas untuk dibuang ke dalam lubang tandas (mudah hancur). Dan sepanjang berada di Jepun tak pernah ada masalah kehabisan tisu.
Tempat duduk lantai. Sentiasa kering. Bahagia kan? hehe...

Tandas yang canggih

Kertas tisu khas

Cukuplah kat sini dulu yang dapat dicoretkan. Banyak lagi nilai-nilai positif dan baik yang kita patut contohi daripada orang Jepun ni. Penerbangan dari Narita airport ke Bangkok akan ambil masa lebih kurang 6 jam setengah.

Antara makanan Keklin dalam Thai Airways

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

TOKYO SAYONARA!

SELAMAT TINGGAL TOKYO!


Keklin dan kawan-kawan selamat mendarat di Suvarnabhumi Airport lebih kurang pukul 3.30 petang waktu Bangkok (4.30 petang waktu Malaysia). Tak banyak masa yang tinggal sebab pukul 4.40 nanti (5.40 petang waktu Malaysia) pesawat Keklin dari Bangkok akan berlepas ke Kuala Lumpur.

SELAMAT TINGGAL BANGKOK!



SELAMAT DATANG KUALA LUMPUR!


Alhamdulillah... selepas penerbangan lebih kurang 2 jam, Keklin dan kawan-kawan selamat tiba di KLIA lebih kurang pukul 7.30 malam.


Setiap kali Keklin join trip yang Shaklee sediakan memang tak mengecewakan, layanan 1st class, kemudahan 5 bintang, makanan halal yang disediakan untuk delegasi Muslim dan banyak lagi. Syukur... sebab terpilih sekali lagi... lagi dan lagi....

2013 - Kota Kinabalu, Sabah
2014 - Los Angeles dan San Francisco, California, USA
2015 - Milan, Florence, Rom Itali
2016 - Orlando, Florida, USA
2017 - Takayama, Shirakawa-Go, Alpine Route, Tokyo, Jepun

Mudah-mudahan akan terpilih sekali lagi untuk trip percuma ini pada tahun 2018 untuk menjelajah negara Mediterranean seperti Sepanyol, Perancis dan Itali menggunakan kapal persiaran dengan konsep Mediterranean Cruise... Insya Allah. Anda juga boleh join bersama-sama kami pada trip akan datang.





* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma *

Teruskan juga membaca :


Bercuti di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 1

Bercuti di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 2




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...