Thursday, January 26, 2017

Piala Bangsa Afrika 2017 - Peluang Untuk Bintang Muda Afrika Menyinar



Piala Bangsa Afrika 2017 ataupun 2017 Africa Cup of Nations sedang berlangsung sekarang di Gabon yang dipilih sebagai tuan rumah untuk edisi kali ke-31 ini. Juara bertahan untuk kejohanan dwi tahunan ini ialah Ivory Coast yang telah menewaskan Ghana menerusi sepakan penalti di perlawanan akhir tahun 2015.

Tamatnya peringkat kumpulan maka bermulalah peringkat suku akhir. Tuan rumah Gabon gagal ke suku akhir selain pasukan besar seperti Algeria, Ivory Coast dan Mali. Pasukan yang berjaya melangkah ke suku akhir Piala Bangsa Afrika 2017 ialah Burkina Faso, Cameroon, Senegal, Tunisia, DR Congo, Morocco, Egypt dan Ghana.


Burkina Faso

Setiap bahagian Burkina Faso diketuai pemain berpengalaman mereka iaitu ketua pasukan Charles Kabore (Krasnodar) mengemudi bahagian tengah, Bakary Kone (Malaga) di bahagian pertahanan dan Jonathan Pitroipa (Al-Nasr) di bahagian serangan. Pemain muda Burkina Faso yang pastinya bakal menyinar ialah Bertrand Traore, pemain remaja Chelsea yang kini dipinjamkan kepada Ajax Amsterdam.

Bertrand Traore (Chelsea/Ajax)


Cameroon

Kelebihan Cameroon ialah mempunyai trio penyerang yang berpengalaman seperti Vincent Aboubakar, pemain Porto yang dipinjamkan kepada Besiktas, Benjamin Moukandjou (Lorient) dan juga Edgar Salli (FC Nurnberg). Di bahagian pertahanan Nicolas Nkoulou (Lyon) kental mengawal benteng di samping penjaga gol muda Fabrice Ondoa (Sevilla Atletico) yang merupakan bekas graduan akademi bolasepak Barcelona.

Fabrice Ondoa (Sevilla Atletico)


Senegal

Sama seperti Cameroon, Senegal mempunyai penyerang berpengalaman seperti Moussa Sow (Fenerbache) dan Mame Biram Diouf (Stoke City). Kehadiran penyerang Liverpool iaitu Sadio Mane tambah menggerunkan lagi keadaan. Senegal juga mempunyai pemain tengah yang matang seperti Idrissa Gana Gueye (Everton), Mohamed Diame (Newcastle United) dan ketua pasukan Cheikhou Koyate (West Ham United). Penyerang muda seperti Moussa Konate (Sion) dan Keita Balde (Lazio) pasti berusahah untuk mencuri tumpuan.

Keita Balde (Lazio)


Tunisia

Tunisia bergantung kepada pemain berprofil tinggi mereka seperti pertahanan Valencia, Aymen Abdennour dan pemain tengah Sunderland, Wahbi Khazri. Penjaga gol berpengalaman Aymen Mathlouthi diamanahkan sebagai ketua pasukan untuk edisi kali ini. Pemain muda Naim Sliti (Lille) yang beraksi di bahagian tengah cuba untuk mencuri tumpuan dalam edisi kali ini.

Naim Sliti (Red Star/Lille)


DR Congo

Walaupun mempunyai penyerang bintang Cedric Bakambu (Villareal) dan juga penyerang berpengalaman Diumerci Mbokani (Hull City), namun gandingan penyerang muda Ndombe Mubele (Al Ahli SC) dan Junior Kabananga (Astana) tampak lebih berbisa. Pertahanan Newcastle United, Chancel Mbemba kental di bahagian pertahanan sambil dibantu oleh pemain kacukan Perancis, Marcel Tisserand (FC Ingolstad 04)

Junior Kabananga (Astana)


Morocco (Maghribi)

Pertahanan Morocco diterajui ketua pasukan berpengalaman iaitu Mehdi Benatia, pertahanan Bayern Munich yang dipinjamkan ke Juventus dan dibantu oleh Manuel Da Costa atau dikenali sebagai Marouane Da Costa (Olympiacos). Bahagian tengah juga kaya dengan pengalaman seperti Karim El Ahmadi (Feyenoord) dan Mbark Boussoufa (Al-Jazira). Pemain muda seperti Youssef En Neysri (Malaga) dan Hamza Mendyl (Lille) dijangka bakal menyinar dalam kejohanan ini.

Hamza Mendyl (Lille)




Egypt (Mesir)

Ketua pasukan dan penjaga gol Egypt Essam El Hadary muncul sebagai pemain tertua kejohanan pada umur 44 tahun. Selain itu, Ahmed Fathy (Al-Ahly) dan Mohamed Abdel Shafy (Al-Ahli) ialah 2 orang lagi veteran di benteng pertahanan. Mohamed El Nenny (Arsenal) dan Mohamed Salah (Roma) muncul sebagai pemain muda berpengalaman dalam skuad Egypt. Namun, kemunculan penyerang muda Anderlecht yang dipinjamkan ke Mouscron iaitu Trezeguet atau Mahmoud Hassan pastinya akan mencuri tumpuan kali ini.


Trezeguet (Anderlecht/Mouscron)


Ghana

Asamoah Gyan (Al-Ahli) sekali lagi mengemudi serangan dan pasukan bolasepak Ghana. Dua beradik Andre Ayew (West Ham United) dan Jordan Ayew (Aston Villa) juga membantu di bahagian serangan. Pemain-pemain muda seperti Baba Rahman, pertahanan Chelsea yang dipinjamkan ke Schalke 04, Frank Acheampong (Anderlecht) dan Daniel Amartey (Leicester City) perlu mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri mereka dalam kejohanan ini.

Baba Rahman (Chelsea/FC Schalke 04)


Dengan tersingkirnya beberapa pasukan dengan nama besar, maka tiadalah kelibat Patrick Aubemayang (Gabon), Wilfred Zaha (Ivory Coast), Islam Slimani dan Riyad Mahrez (kedua-duanya Algeria). Juara bertahan Ivory Coast tersingkir, makan peluang untuk menjadi juara kembali terbuka sama rata untuk kesemua pasukan.





No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...