Wednesday, March 2, 2016

Farm In The City - Mini Zoo Yang Memorable Dan Best!



Masa cuti Tahun Baru Cina 2016 tempoh hari berpeluang bawak famili jalan-jalan di Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Sebelum ni tak pernah dengar nama tempat ni... tapi hujung tahun 2015 rombongan sekolah anak plan nak pergi kat sini tapi hajat tak kesampaian sebab Farm In The City tutup.

Lepas tu ada beberapa orang kawan yang upadate status dah pergi kat Farm In The City ni.... macam best jer... yelah seolah-olah ada taman haiwan atau zoo mini yang terletak di kawasan bandar. Cuba google untuk dapatkan beberapa maklumat.... pastu memang rasa nak pergi

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Selangor

Pintu utama Farm In The City

Pintu masuk Farm In The City

Tak jauh pun dari rumah di Cheras... kalau jalan clear, setengah jam dah sampai. Tempat ni memang kat belakang Giant Equine Park jer... senang nak cari. Dinasihatkan untuk datang awal lah... baru boleh dapat parking yang dekat. Kalau takde parking, terpaksalah parking kat business centre seberang jalan besar tu

Farm In The City ni bukak pukul 10 pagi setiap hari sampai pukul 6 petang. Kalau weekend dan cuti umum dia bukak lebih awal pukul 9.30 pagi. Hari Selasa jer tutup... tapi kalau tak silap masa cuti umum dan cuti sekolah memang tak tutup langsung

Harga tiket masuk Farm In The City ni dah naik rupanya... huhu... Dewasa RM32.00, kanak-kanak dan warga emas pulak RM27.00 jer. Tapi nak jimat, kami ambik tiket pakej famili sebanyak RM112.00 untuk 4 orang (2 dewasa dan 2 kanak-kanak). Hannah kena beli tiket kanak-kanak dan Hasya masih free sebab pendek lagi... hehe.... Kaunter tiket bukan kat pintu utama tapi terletak di pintu masuk Farm In The City.

Harga tiket setakat Tahun Baru Cina 2016

Memang berbaloi kalau ambik pakej famili ni... bukan sebab jimat cash jer... tapi dapat 2 tiket pony ride percuma, dapat 2 cenderahati percuma, budak-budak dapat sijil kehadiran, kupon diskaun kalau makan kat dalam Farm In The City dan juga kupon diskaun kalau beli cenderamata dalam Farm In The City.

Walaupun cadangan route pihak pengurusan ialah ke bahagian kiri dahulu, kemudian buat satu pusingan sebelum pulang.... tapi kami pilih untuk ke kanan dulu. Takde apa-apa sebab pun.... sajer nak lain daripada yang lain.... Kalau kat zoo lagi penat... sebab besar sangat, sampai kena naik tren. 

Kat sini oklah... walking distance, tak besar sangat. Budak-budak yang dah sekolah tadika ke atas memang enjoy lah... Tapi kalau budak kecik memang tak enjoy.... nasib baik budak kecik free. Suasana memang rasa macam dalam zoo, agak redup tapi still panas

Masa kecik dulu takut betul Myra dengan kuda, sekarang kuda padi telah berjaya ditungganginya
Adam cuba berkomunikasi dengan seekor kambing di sana
Hannah suka rabbit!
Anak-anak Mat Salleh main dengan rabbit
Aktiviti tangkap ikan longkang... dah tangkap kena lepaskan
Suasana dalam taman burung

Beza Farm In The City ni ialah kita diberi kebebasan untuk pegang haiwan-haiwan yang ada kat situ, petting atau bagi makan, tangkap ikan longkang, jungle walk dan macam-macam lagi. Info-info yang dipaparkan untuk setiap haiwan juga sangat informatif dan bermaklumat... sangat bagus untuk anak-anak yang sedang belajar.

Selain daripada haiwan-haiwan yang dipamerkan, ada jugak fruit and vegetable farm... tapi macam tak ramai orang kat situ.



Masa balik tu kat pintu keluar budak-budak ni dapat sijil kehadiran daripada pihak Farm In The City.... not bad kan.... perkara sekecil tu pun diorang buat.... suka lah budak-budak ni. Diorang appreciate kehadiran anak-anak ke Farm In The City.

Budak kecik yang paling tak enjoy pun dapat sijil

Dalam Farm In The City memang ada beberapa kemudahan asas seperti tandas... so jangan risau. Cuma, kalau surau dia bukan kat dalam... tapi ada kat bahagian luar berhampiran dengan pintu masuk.

Tandas wanita - percuma tak perlu bayar

Personally, memang sangat rekomen kalau nak bawak anak-anak jalan kat tempat macam ni. Kalau kat zoo kita boleh tengok-tengok jer.... atau petting beberapa ekor haiwan jer dengan membayar kos tambahan terhadap makanan haiwan.

Tapi kalau kat Farm In The City ni bagus untuk learning experience especially untuk anak-anak. Takde kos tambahan bila dah masuk dalam. Apabila ditanya budak-budak ni mana satu yang paling memorable dan best... diorang cakap tangkap ikan longkang dan main-main dengan rabbit.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Selangor




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...