Friday, June 3, 2016

Play Off Kelayakan Piala Asia 2019 - Malaysia 3 Timor Leste 0



Tahniah Malaysia dan Dato OKS kerana berjaya membenam Timor Leste dengan jaringan 3-0. Ini adalah lawan yang sama kita jumpa pada 11 Jun tahun lepas di Bukit Jalil, dimana team Dollah Saleh diikat 1-1 oleh Timor Leste. Tahniah sebab banyak peningkatan. Bukan hanya kerana banyak muka baru, tapi dari segi taktikal dan game approach pun banyak yang positif. Tapi kenapa lawan Timor Leste lagi???



Ini ialah pusingan play off Kelayakan Piala Asia 2019 yang diadakan dari 2 Jun sampai 11 Oktober 2016. Malaysia telah diundi bertemu dengan Timor Leste. Pasukan-pasukan yang main play off ni ialah 4 pasukan yang dapat tempat ke-4 (bukan terbaik) dan 7 pasukan di tempat ke-5 masa peringkat kumpulan tempoh hari. 4 pasukan tempat ke-4 (yang terbaik) seperti Guam, Myanmar, Bahrain dan Afghanistan dah layak terus ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Asia 2019.

Baca : Kumpulan A Kelayakan Piala Asia 2019


Malaysia dapat tempat ke-4 dalam kumpulan A. Pasukan-pasukan lain yang dapat tempat ke-4 ialah Tajikistan, Taiwan dan Maldives. Pasukan yang dapat tempat ke-5 pulak ialah Laos, India, Yemen, Timor Leste, Bangladesh, Kemboja dan Bhutan. Agak sedih jugak bila tengok Malaysia sebaris dengan pasukan-pasukan ni... hmmm......



Setakat 3 Jun 2016, pasukan Malaysia, Tajikistan, India, Yemen dan Kemboja berpeluang cerah untuk ke pusingan ke-3. Manakala Timor Leste, Bangladesh, Laos, Maldives dan Taiwan mungkin akan sertai Bhutan untuk lawan sekali lagi sampai dapat 3 pasukan untuk ke pusingan ke-3.

Baca : Sejarah Malaysia Dalam Kempen Kelayakan Piala Asia


Perlawanan masih belum tamat. Masih ada lagi baki 90 minit perlawanan timbal balik. Timor Leste menggunakan venue Stadium Larkin sebagai tuan rumah akibat masalah stadium di Timor Leste. Ketajaman Hazwan Bakri di bahagian hadapan harap dapat diteruskan. Ternyata hantaran-hantaran silang daripada Azrif, Christie, Kunalan dan Fazly banyak membantunya.



Amirul Hadi juga semakin baik permainannya samada membantu Hazwan di hadapan ataupun turun ke bawah membantu Baddrol Bakhtiar. Brendan Gan yang tak kenal erti penat juga harus dipuji persembahannya. Diamond 3 di bawah iaitu Izham Tarmizi, Aidil dan Shahrom bekerja keras untuk tidak membenarkan pintu gol kekal tak dibolosi.



Persembahan cemerlang mereka sebagai satu pasukan telah membuatkan kita lupa pada Safiq Rahim yang masih lagi cedera. Amri Yahyah yang baru masuk juga cemerlang apabila menjaringkan gol dengan sentuhan pertamanya. Manakala Fadhli Saas dan Chanturu juga masuk menggantikan Shahrom dan Azrif.

Ayuh.... Ayuh Malaysiaku!

Harimau Malaysia... Tunjukkan belangmu!


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...