Monday, July 10, 2017

Pakai Pomade Uban Jadi Banyak.... Biar Betul?



Semakin hari semakin banyak kedai gunting rambut hipster yang beroperasi bak cendawan tumbuh selepas hujan... eceh.... Kedai gunting rambut biasa pun banyak kena tempias ni dan sanggup tukar nama kedai jadi "barbershop". Bayaran untuk kedai gunting rambut hipster lebih mahal tapi masih ramai orang sanggup bayar.

Dulu-dulu harga cukur 15 sen, gunting rambut 25 sen jer...

Kecik-kecik dulu memang tak merasa gunting rambut kat kedai... sebab abah buat gunting rambut kecil-kecilan kat rumah. Yang datang gunting rambut tu cuma kenal-kenalan rapat dan juga orang satu taman. Itupun abah caj RM2 jer.. pun dah ada orang kata mahal. Budak sekolah RM1 jer... Oh ye... ini kat Muar, Johor.

Masa tinggal kat asrama sekolah menengah dan universiti di Lembah Klang, baru merasa gunting rambut kat kedai. Sekali sekala pergi bandar gunting rambut... nak keluar duit bayar untuk gunting rambut walaupun RM10... rasa nak nangis pun ada... huhu... Nasib baik jugak kenal kawan-kawan yang pandai gunting rambut kat asrama.... kurang sikit kos gunting rambut, terima kasih daun keladi!

Wang kertas lama zaman dulu

Awal tahun haritu pergi gunting rambut kat barbershop hipster ni.... mungkin rezeki harini dapat adik "barber" yang banyak cakap dan kuat celotehnya... hehe... Apalagi dia cerita lah pasal pengalaman dia jadi barber atau tukang gunting rambut, daripada zaman training sehinggalah jadi barber professional.

Adik ni cakap... kebanyakan tukang gunting rambut memang akan mengalami kesukaran untuk gunting rambut orang yang belakang kepalanya ada bentuk muka bumi tak rata... macam mana ye??? Biasanya orang yang ada berat badan berlebihan, ada banyak lemak kat belakang kepala dia... ini bermakna kulit kepala dia agak tebal dan beralun disebabkan lemak-lemak itu.

Cabaran besar seorang barber

Ini belum lagi kes orang yang kuat berpeluh... walaupun dalam aircond tetap berpeluh. Semoga tabah semua tukang gunting rambut dan barber. Kalau tukang gunting rambut tu pakai penutup hidung dan mulut tu... korang faham-faham jelah ye... hehe..

Adik ni cakap lagi... dia dan beberapa orang lagi kawannya pernah menjadi "tester" untuk pomade. Akibatnya, walaupun adik ni umur dia awal 20-an, tapi dah ada uban... kesian... Jadi, semua orang pakai pomade akan ada uban ke? Adik tu cakap... tak jugak... yang penting kena pandai basuh dan cuci rambut. Jangan pakai pencuci rambut yang ada bahan kimia, cari yang organik.

Pelbagai jenis pomade

Syukurlah... bab cuci rambut tu memang pakai syampu organik yang bebas bahan kimia bahaya macam ProSante. ProSante ni pakai bahan-bahan semulajadi lagi... boleh dapatkan di Kedai Vitamin Cheras-Kajang. Bau syampu ProSante ni pun bau "fresh"... takde bau macam bahan kimia.

Adik tu pesan lagi... pomade jangan pakai hari-hari, pakai selang sehari pun dah cukup ok. Adik tu pesan lagi protein dalam badan kena cukup... barulah setiap hari akan tumbuh sel rambut yang lebih sihat. Hmmm... dalam kepala ni memang terfikir pasal protein soya ESP lah... sebab dari sumber tumbuh-tumbuhan dan bebas kolesterol. Protein soya ESP ni pun boleh dapatkan dari Kedai Vitamin Cheras-Kajang.

Sekali uban tumbuh... dia takkan berhenti... sedih tak terkata... eceh...

Adik tu cakap... dia pun pernah try buat pomade kat rumah... sebab macam senang je nak buat dia... pakai bahan-bahan semulajadi. Tapi tak pernah jadi... hehe. Adik tu pesan lagi... harga pomade tak menentukan samada pomade tu berkualiti atau tidak. Kalau pomade tu fresh baru keluar kilang... Insya Allah kualiti dia ok... tapi kalau dah lama sangat kat pasaran sampai kena jual murah... mungkin kualitinya dah merosot.

Begitulah ceritanya... layan adik barber yang kuat cakap ni. Akibatnya... adik ni pun gunting rambut kita dengan sehabis baik... tak macam barber lain. Thumbs up untuk semua barber dan tukang gunting rambut. Bukan semua orang boleh buat kerja macam ni.




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...