Tuesday, May 3, 2016

Bercuti Di Melaka - Pengalaman Menjadi Pelanggan Pertama Hotel Kapitan Kongsi



Baru-baru ni dapat jemputan kahwin daripada kawan sekelas masa sekolah. Kawan ni memang duduk sebelah menyebelah jer dalam kelas dari Form 1 sampai Form 3. Ayah dia pun merupakan salah seorang cikgu agama masa kat sekolah agama dulu.

Majlis kahwin dia dijadualkan pada 1 Mei 2016 iaitu hari Ahad. Alang-alang nak pergi majlis kahwin ni kat Muar lebih baik bercuti sekali sebab hari Isnin pun cuti. Memang satu cabaran bila last minit nak cari hotel. Kalau ada pun yang cikai cikai jer yang tinggal.

Susah sangat nak cari homestay atau hotel kat Muar, akhirnya kitorang decide nak tidur kat Melaka jer. Cari punya cari akhirnya dapat jugak satu hotel ni kat kawasan Kota Laksamana namanya Kapitan Kongsi Hotel daripada booking.com. Cuba jugak google nak cari review daripada orang yang pernah pergi situ tapi takde langsung.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Melaka


Day 1 - 30 April 2016

Pagi Sabtu bertolak ke Melaka lebih kurang pukul 7.30 pagi, berhenti kejap kat RnR Seremban untuk breakfast. Lepas tu sambung perjalanan ke Melaka. Sampai Melaka, kami jalan-jalan dulu sebab check in hotel pukul 2.30 petang.

Mula-mula pergi ke Muzim Kapal Selam kat Pantai Klebang. Rupa-rupanya Muzium Kapal Selam dah 2 bulan tutup dan hanya akan buka pada 1 Mei 2016. Jadi kami pun pergi ke Dataran Taming Sari jer... jalan-jalan dan bergambar kat situ.

Berlatarbelakangkan keretapi lama
Berlatarbelakangkan kapal terbang lama

Selesai bergambar kami ke kedai makan Asam Pedas yang berhampiran untuk makan tengahari. Lepas makan lebih kurang pukul 1.00 tengahari kami terus ke Kota Laksamana nak tengok-tengok keadaan hotel. Hotel Kapitan Kongsi ni terletak di Taman Kota Laksaman Jaya dan tak susah nak cari.

Hotel Kapitan Kongsi di siang hari
Hotel Kapitan Kongsi di malam hari

Bila sampai jer... keadaan di kawasan hotel agak lengang dan tak ramai orang tak macam hotel lain... agak misteri jugak. Terus ke bahagian "receptionist" mana tau boleh check in lebih awal. Sambil urusan check in dibuat, tanya budak receptionist hotel ni hotel baru ke? Budak tu pun jawab... ye encik.... hari ni hari pertama dan encik ialah pelanggan ke-3 check in.... Wow.... terkejut ada dan rasa bangga pun ada.... tak sangka terpaksa merasmikan Hotel Kapitan Kongsi ni. No wonder lah try cari review dari orang lain takde lagi.... hotel baru rupanya.

Kami pun terus ke bilik yang kami tempah. Rasa sangat gembira sebab dah tahu kamilah orang pertama yang akan tidur di bilik itu.

Katil King Deluxe

Tandas bilik yang besar dan cantik

Kawasan dalaman hotel memang cantik dengan hiasan ala-ala rumah orang besar Cina. Barang-barang lama seperti motor tua, telefon lama, barang mainan lama turut menghiasi kawasan lobi hotel. Sedikit sebanyak hiasan sebegini mengimbau kenangan lama bagi mereka yang sukakan sejarah.


Foto dan tiket bas lama
Surat khabar lama tahun 1930-an
Telefon lama
Barang mainan lama yang menarik minat budak moden
Vintage Toilet
Anak sapelah nak belajar bawak motor ni

Lepas mandi dan landing atas katil, kami turun semula lepas Asar. Sesi fotografi pun diteruskan. Terus terang kat sini memang best sangat kalau nak ambil gambar banyak-banyak tak kisah ler samada dalam hotel ataupun di luar hotel. Kalau bawa anak-anak kecil sangat sesuai untuk lepaskan diorang main kat dataran hotel ni sebab takde kenderaan lalu lalang di sini.

Bangunan hotel dan bahagian luaran pun dibina dengan ciri-ciri bangunan Portugal. Itu agaknya maksud "Porto Historia" iaitu sejarah Portugal yang merupakan salah satu ciri yang cuba ditonjolkan oleh Hotel Kapitan Kongsi ni

Bas antik yang berada di perkarangan hotel

Angkut anak beranak pusing-pusing

Masing-masing gigih mencuba


Facebook Kapitan Kongsi Hotel


Sebelum Maghrib kami pergi ke kedai makan Restoran Pak Putra Tandoori and Roti Naan yang sangat terkenal. Kedai makan ni pun terletak tak jauh dari hotel kami. Memang best lah tandoori diorang ni... tak macam kat kedai mamak lain. Kalau tengok muka dan fizikal diorang nampak macam original dari Pakistan diorang ni... cakap pun speaking speaking. Bukan orang tempatan jer makan sini... ada beberapa orang mat saleh dan pelancong Jepun nampak enjoy masa makan tandoori kat sini.
Papan tanda Pak Putra

Naan Garlic Double Cheese

Waktu maghrib kembali ke hotel dan kami yang lelaki ni keluar semula lepas Isyak nak cari kedai mamak nak tengok bola semi final Piala FA. Alhamdulillah.... menang jugak JDT lawan Kedah 3-1 dan JDT layak ke final dengan agregat 4-3.


Day 2 - 1 Mei 2016

Plan asal nak breakfast kat luar... tapi manager hotel cakap semalam, 1st day ni diorang belanja semua customer free breakfast. Alhamdulillah.... rezeki. Kami semua enjoy breakfast yang disediakan. Memang sedap... especially rendang. Masa Adam order roti telur... brother yang buat roti telur cakap..... Adam ialah customer pertama dia... hehe.

Bahagian dalam cafe

Meja makan di bahagian luar

Menunggu omelette dan roti canai

Lepas breakfast naik bilik dan siap-siap kemas dan check out. Sebelum check out, duduk di kawasan lobi dan cafe hotel. Berborak pulak dengan salah seorang manager hotel iaitu Mr Alex. Antara future project diorang ialah Riveira yang terletak di Pulau Melaka. Bos diorang ni memang target buat projek berkaitan dengan heritage atau warisan. Memang lain daripada yang lain. 

Bergambar kenangan dengan Mr Alex

Masa ambil gambar anak-anak main basikal yang ala-ala beca tu, tiba-tiba Mr Alex datang dan ambil gambar anak-anak. Lepas tu dia cakap tunggu sekejap, mau cuci gambar.... Beberapa minit lepas tu dia datang dan bagi sedikit souvenir pada kami yang ada gambar anak-anak. Huhu... terharu pun ada.... mungkin ini ganjaran bila layan dia borak lepas breakfast tadi.... hehe...

Souvenir daripada Mr Alex

Berakhir sudah pengalaman "merasmikan pembukaan hotel Kapitan Kongsi" ni.... hehe... Tiba masa untuk check out dan bergerak ke Muar. Sampai Muar lebih kurang pukul 2.00 petang, agak lambat sampai sebab tiba-tiba gatal ikut jalan lama Melaka - Muar dan bukannya Lebuh AMJ yang lebih dekat.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Melaka


Sementara tunggu pengantin sampai, kami makan dulu. Seorang demi seorang kawan-kawan yang datang ke majlis. Alhamdulillah... kahwin jugak sahabatku ini... bak kata orang dulu-dulu biar lambat asalkan selamat

Selamat Pengantin Baru Firdaus Salleh dan isteri!

Selesai je majlis kami bertolak pulang ke KL. Itulah dia.... asalnya nak pergi ke majlis perkahwinan jer... tapi tak sangka tambah satu lagi pengalaman iaitu pengalaman tidur di hotel baru. Baru bukan sebarang baru... memang sangat baru iaitu semasa hari pertama Hotel Kapitan Kongsi beroperasi




1 comment:

  1. Wah...cantiknya melaka kan..


    Jemput baca cara saya menangani masalah asthma yang saya hadapi

    ReplyDelete

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...