Showing posts with label Cinch Energy Tea Mix. Show all posts
Showing posts with label Cinch Energy Tea Mix. Show all posts

Friday, October 23, 2015

Khas Untuk Peminat Tegar Teh - 10 Teh Paling Mahal Di Dunia



Adakah anda peminat tegar teh? Jika ya, sila lihat samada anda pernah mencuba teh-teh ini. Sebab itu tidak hairanlah mengapa peminat tegar teh sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk menikmati "teh impian" mereka.

Peminat tegar teh juga dapat membezakan setiap aroma teh yang berlainan, struktur daun teh yang berbeza, warna daun juga diambilkira malah akan menikmati bunyi daun teh yang disiramkan dengan air panas! Sangat menakjubkan!

Selepas selesai membaca, anda juga akan tahu bahawa teh yang anda minum tidak semestinya berasal daripada daun. Teruskan juga membaca untuk mengetahui harga-harga teh terpilih di seluruh dunia.


1. Teh Da-Hong Pao 
    (1kg = RM4.3 juta/1.2USD)
    (1 cawan* = RM13,500)



Teh Da-Hong Pao bermaksud "Big Red Robe" kerana kerajaan Dinasti Ming pada masa itu menggunakan Jubah Merah Besar untuk menutup 4 semak dimana tumbuhnya teh ini yang kononnya telah menyembuhkan penyakit salah seorang kerabat diraja mereka.

Di lereng-lereng gunung inilah terdapatnya daun teh Da-Hong Pao

3 daripada semak yang dimaksudkan sehingga kini masih wujud di dinding-dinding batu Gunung Wuyi, Fujian, China. Ini menjadikan kos penghasilan teh ini sangat tinggi. Kini, teh ini cuma dihidangkan kepada tetamu kehormat negara China.



2. Teh PG Tips Diamond 
    (1 uncang teh = RM54,000/15,000USD)
    (1 cawan* = RM1,683)



Teh ini berasal dari United Kingdom. Perkataan "Tips" bermaksud 2 helai pucuk paling atas pada pokok teh sahaja yang kononnya dikisar untuk menghasilkan teh ini. Tidak pasti adakah uncang teh ini dibuat daripada berlian atau kertas yang bertatahkan berlian? Berbaloikah?


3. Teh Panda Dung 
    (1kg = RM252,000/70,000USD)
    (1 cawan* = RM784)



Teh ini ditanam di kawasan pergunungan Ya'an, Sichuan, China dan disuburi dengan najis panda sebagai baja utama (tutup hidung...). Pemilik teh ini mendakwa teh ini mahal kerana sangat berkhasiat memandangkan panda hanya makan buluh liar sahaja.

Baja emas yang menaikkan harga Teh Panda Dung

Panda juga hanya menyerap 30% sahaja nutrisi makanannya dimana 70% nutrisi daripada makanan disingkirkan melalui najis panda. Oleh itu, kononnya najis panda adalah 100% organik dan menjadikan teh ini sangat berkhasiat. Pilihan di tangan anda!


4. Teh Vintage Narcissus Wuyi Oolong 
    (1kg = RM23,380/6,500USD)
    (1 cawan* = RM72)



Sejenis teh Oolong dari Wuyi, China. Selain daripada khasiatnya, teh ini menjadi mahal kerana telah disimpan lama zaman berzaman. Teh ini telah dieksport ke Singapura dari China pada tahun 1960-an. Setelah beberapa kali bertukar pemilik, akhirnya teh ini telah dihantar ke Hong Kong untuk proses lelongan awam pada tahun 2013. Apa yang menarik ialah pembida terakhir yang berjaya membeli "teh antik" ini ialah rakyat Malaysia.


5. Teh Tieguanyin 
    (1kg = RM10,791/3,000USD)
    (1 cawan* = RM33)



Teh ini boleh didapati di Anxi dalam daerah Fujian, China. Teh ini dinamakan sempena nama seorang sami Budha iaitu Guanyin. Proses penghasilan teh ini yang kompleks dan memerlukan kepakaran adalah antara sebab mengapa teh ini menjadi mahal.


6. Teh Yellow Gold Tea Buds 
    (1kg = RM10,791/3,000USD)
    (1 cawan* = RM33)



TWG ialah sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura yang mendapatkan daun teh dari negara China. Setiap tunas daun teh akan disalut dengan emas 24 karat. Hmmm.... minum air emas??? Boleh ke?


7. Teh Poo Poo Pu-Erh  
    (1kg = RM3,600/1,000USD)
    (1 cawan* = RM11)



Teh jenis ini adalah berasal dari daerah Yunnan, China. Teh jenis ini bukannya jenis daun sebaliknya najis serangga-serangga yang hanya makan daun teh sahaja (tutup hidung sekali lagi... teringat pulak kat Kopi Luwak). Proses pengutipan najis serangga ini yang rumit kerana terlalu kecil adalah punca mengapa teh ini menjadi mahal???


8. Teh Gyokuro 
    (1kg = RM2,338/650USD)
    (1 cawan* = RM7.20)



Penat sudah menjelajah China... sekarang kita ke Jepun pulak. Teh Gyokuro ni berbeza dengan teh hijau Jepun yang lain kerana, daun teh Gyokuro tidak boleh kena cahaya matahari 2 minggu sebelum dipetik. Ini bertujuan, untuk meningkatkan kadar beberapa jenis asid amino dalam daun supaya teh ini mempunyai aromanya tersendiri.



9. Teh Silver Tips Imperial 
    (1kg = RM1,439/400USD)
    (1 cawan* = RM3.60)



Sekarang kita ke India pulak... Teh jenis ini hanya boleh didapati di ladang teh Makaibari yang terletak di Bengal Barat berhampiran dengan Nepal. Di ladang ini jugalah iaitu di Kurseong, Darjeeling terdapatnya kilang teh yang pertama di dunia iaitu dibina pada tahun 1859.


10. Teh Tienchi Flower 
      (1kg = RM611/170USD)
      (1 cawan* = RM1.80)



Teh ini juga hanya didapati di kawasan Yunnan, China. Teh ini merupakan spesis ginseng dimana bunganya yang seakan-akan brokoli boleh dibuat teh dan mempunyai rasa ginseng yang berangin.


* 1 cawan teh kecil Cina/Jepun
* Harga 1 cawan adalah anggaran semata-mata
* Nilai RM setakat bulan Mei 2015




Buat para pengemar teh di luar sana, hanya anda sendiri yang tahu samada berbaloi atau tidak menikmati semua teh di atas. Bagi saya, cukuplah menikmati teh yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah seperti Cinch Tea Energy Mix yang kaya dengan polyphenols dan bertindak sebagai "energy booster" dan "metabolisme booster".


Selamat mencuba!!!



# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my




Saturday, October 18, 2014

Kepentingan Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat



Berat Badan Yang Sihat ialah berat badan yang menepati Body Mass Index (BMI) iaitu seperti berikut :-

BMI kurang daripada 18.4 = kurang berat badan
BMI 18.5 hingga 24.9 = berat badan sihat
BMI 25 hingga 29.9 = kegemukan
BMI melebihi 30 = obesiti



Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat adalah Cadangan Kedua Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Bagaimanakah Cara Mengira BMI ?


Cara-cara mengira BMI ialah berat (kg) dibahagikan dengan tinggi yang telah dikuasa duakan (m2)

Contoh : 1) 70kg / (1.7m x 1.7m) = 70 / 2.89 = 24.22 BMI (berat badan sihat)
               2) 50kg / (1.7m x 1.7m) = 50 / 2.89 = 17.30 BMI (kurang berat badan)
               3) 80kg / (1.7m x 1.7m) = 80 / 2.89 = 27.58 BMI (kegemukan)
               4) 99kg / (1.7m x 1.7m) = 99 / 2.89 = 34.26 BMI (obesiti)


Apakah Tindakan Anda Untuk Mendapatkan Berat Badan Yang Sihat?



a) Kekalkan berat badan yang sihat dengan menyeimbangkan pengambilan kalori makanan dan aktiviti fizikal

b) Timbang berat badan seminggu sekali

c) Orang dewasa harus mengelak penambahan berat badan yang ketara

d) Jika berat badan berlebihan, harus mengurangkannya secara teratur dan mantap

e) Jika kekurangan berat badan, harus mengambil penambahan tenaga seperti yang disarankan


Dengan mengekalkan Berat Badan Yang Sihat, anda akan mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit yang berpunca daripada kegemukan, lemah organ dan tubuh badan serta ketidakmampuan tubuh badan berfungsi dengan normal.




Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang mampu membantu untuk mengurangkan berat badan berlebihan sehingga mendapatkan berat badan yang ideal seperti berikut :-

1) Cinch Shake Mix - Mengimbangi Nutrien Dengan Leucine, Rendah Kalori

2) Cinch Energy Tea Mix - Meningkatkan Metabolisma

3) Lecithin - Mengemulsi Lemak

4) Herblax - Pembersihan Usus

5) GLA Complex - Membantu Imbangan Hormon

6) Vita-Lea - Meningkatkan Metabolisma

7) Alfalfa - Menghalang Retensi Air

8) E Soy Protein - Menghalang Retensi Air



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Monday, September 22, 2014

Tips Mengurangkan Lendir Dan Kahak Degil Dari Tekak



Lendir Dan Kahak Degil yang berada dalam tekak akan menyebabkan ketidakselesaan kepada sesiapa sahaja yang mengalaminya terutama sekali kepada kanak-kanak. Lendir yang sedikit tidak mendatangkan masalah kerana merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Namun begitu apabila Lendir bertukar menjadi Kahak yang bewarna kuning atau hijau menunjukkan kita telah diserang oleh virus atau bakteria.


Tekak yang berkahak akan mengalami keradangan


Apakah Punca Lendir Dan Kahak Degil Berada Dalam Tekak?

Terdapat 2 punca utama mengapa kita mendapat Lendir dan Kahak Degil dalam tekak seperti berikut :-

1. Tindakbalas alahan kepada habuk, bahan kimia atau cuaca sejuk


2. Mengambil produk tenusu dan makanan bergoreng yang terlalu banyak


Bagaimana Mengurangkan Lendir Dan Kahak Dari Tekak?


1. Buang lendir dan kahak dengan sekerap mungkin

2. Minum air yang banyak untuk badan kekal hidrasi

3. Sedut wap air melalui hidung untuk menipiskan kahak

4. Berkumur sekerap mungkin dengan air suam dan garam

5. Elakkan makanan tenusu dan bergoreng yang boleh menghasilkan lendir dan kahak

6. Campurkan satu sudu kecil serbuk kunyit (sebagai antiseptik untuk melawan jangkitan) ke dalam secawan susu untuk diminum.

7. Makan makanan yang pedas

8. Minum madu dicampur dengan cengkih atau lemon

9. Makan sup tomato dicampur dengan halia, bawang putih dan lada putih

10. Mengambil herba-herba tertentu seperti Borage dan Cekur Manis yang berupaya untuk membersihkan kahak dalam tekak. Shaklee GLA Complex menggunakan Borage sebagai sumber GLA yang utama manakala Shaklee Peppermint Ginger Plus menggunakan Cekur Manis sebagai sebahagian daripada ramuannya.

Biji Borage terletak dalam kantung (pod) pokok Borage

Shaklee menggunakan Biji Borage sebagai sumber utama asid lemak Omega-6 (GLA Complex)

Bunga lawang juga adalah daripada keluarga cekur manis dan dikenali sebagai "Star Anise"
Peppermint Ginger Plus


11. Minum cecair panas seperti teh herba dan sup ayam. Diperkayakan dengan serbuk teh hijau Matcha, ekstrak teh merah (teh hitam), ekstrak teh putih dan ekstrak teh merah Rooibos, Shaklee Cinch Energy Tea Mix dirumus khas untuk membekalkan tenaga kepada anda.


Juga dikenali sebagai "energy booster" dan "metabolisme booster", Cinch Energy Tea Mix ini mudah dibawa ke mana-mana kerana kerana telah dipekkan dalam sachet-sachet yang kecil.


12. Mengenalpasti punca alahan dan mengelakkan diri daripada terdedah dengan punca alahan seperti bahan pencuci, bau cat, bahan kimia dan asap rokok. Di Shaklee, kami menjual produk-produk yang mesra alam dan bebas bahan kimia seperti pencuci pinggan Dish Wash Concentrate, pencuci pakaian Fresh Laundry Concentrate Powder, pelembut pakaian Soft Fabric Concentrate dan pencuci rumah Basic H2.



Satu ketika dulu gambar ini telah menyebabkan Basic H2 kehabisan stok. Sama seperti Dish Wash, Basic H2 menggunakan ekstrak kelapa dan ekstrak jagung sebagai bahan utama.

13. Gunakan Pelembap Kabus di bilik tidur untuk melembapkan udara dan menipiskan Kahak






Berminat untuk mendapatkan produk mengurangkan Lendir dan Kahak Degil yang terbaik di pasaran ini???

PM kami di Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Wednesday, September 17, 2014

9 Tips Atasi Keletihan Semasa Bekerja



Berusaha mencari rezeki adalah perkara yang normal untuk setiap manusia. Pelbagai cara digunakan untuk mencari rezeki, ada yang melibatkan penggunaan mental yang kuat, ada yang menggunakan kekuatan fizikal dan banyak lagi. Keletihan semasa bekerja boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Beberapa saranan di bawah boleh dipertimbangkan untuk mengatasi masalah Keletihan semasa bekerja :-


1. Makan Dengan Lebih Kerap

Makan dengan kerap bukannya makan dengan banyak. Ini akan membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah. Keletihan mungkin disebabkan oleh ketidakstabilan kandungan gula dalam darah.


* Source : carbonated.tv


2. Minum Banyak Air

Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan akan menyebabkan kekurangan kosentrasi dan waspada seseorang. Ini akan menyebabkan keletihan semasa bekerja. Dehidrasi juga boleh merentap tenaga dan menjejas prestasi kerja.

Kajian mendapati bahawa apabila air kencing (urin) kita bewarna gelap menunjukkan bahawa tubuh kita kekurangan air.


* Source : angrytrainerfitness.com


3. Susutkan Berat Badan

Telah terbukti bahawa menyusutkan berat badan walaupun sedikit dengan cara membakar lemak dengan aktiviti fizikal sangat membantu untuk merangsang tenaga. Keletihan mungkin disebabkan oleh kandungan lemak berlebihan dan emosi tidak stabil orang yang mempunyai lemak berlebihan.


* Source : thelaserclinics.co.uk


4. Menenangkan Diri

Bertenang adalah satu cara yang bagus untuk merangsang tenaga baru. Pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam dalam keadaan berzikir, Insya Allah anda akan rasakan tenaga baru bergetar dalam tubuh anda!


* Source : naturalmentalhealthremedies.com


5. Kenali Puncak Tenaga Anda

Setiap manusia mempunyai puncak tenaga yang berbeza bergantung kepada struktur otak dan genetik. Ada sesetengah orang mempunyai puncak tenaga yang tinggi pada waktu pagi dan sebahagian orang yang lain mempunyai puncak tenaga yang tinggi pada waktu malam. Dengan mengenali diri sendiri, anda boleh menyusun atur jadual kerja anda dengan efisien untuk mengelak Keletihan.


* Source : themalaymailonline.com


6. Sentiasa Bergerak

Terdapat juga kajian lain menunjukkan bahawa aktiviti fizikal juga boleh merangsang tenaga. Oleh itu sentiasalah kita bergerak untuk mengelakkan keletihan.


* Source : begin2dig.com


7. Mengambil Minyak Ikan

Kajian di Universiti Siena, Itali pada tahun 2009 telah membuktikan minyak ikan bagus untuk hati anda. Sukarelawan yang mengambil minyak ikan selama 21 hari berturut-turut mempunyai keupayaan mental yang cekap dan juga mempunyai semangat yang tinggi.

Satu sajian Shaklee Omega Guard juga dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dalam tubuh bagi mengelakkan keletihan.


* Source : 1manfaat.com


8. Tidur Awal

Tidur Awal akan membantu kita lebih bersemangat pada keesokan harinya dan juga menghilangkan keletihan. Malah kajian mendapati tidur awal adalah menyamai dengan tidur sepanjang malam.


* Source : thealphaparent.com


9. Ambil Vitamin/Suplemen

Anda juga boleh mengamalkan pengambilan Vitamin atau Suplemen yang berkualiti dan berkesan untuk merangsang tenaga anda apabila keletihan sewaktu bekerja. 

Selain daripada Shaklee Omega Guard di atas, anda boleh mempertimbangkan Vitamin/Suplemen berikut untuk mengatasi masalah keletihan :-

i) Shaklee Vivix - bertindak sebagai ejen kawalan genetik, melindungi dan memperbaiki kerosakan sel DNA serta merangsang tenaga di peringkat sel

ii) Shaklee ESP - menampung kekurangan protein yang menyebabkan keletihan

iii) Shaklee B-Complex - untuk replikasi (penggandaan) sel darah merah

iv) Shaklee Vita Lea - menampung kekurangan nutrien yang menyebabkan keletihan

v) Shaklee Cinch Energy Tea Mix - mempertingkatkan dan merangsang tenaga

vi) Shaklee Vitamin C - mengawal penghasilan hormon stress dalam badan

vii) Shaklee Alfalfa Complex - Merendahkan kandungan asid dalam tubuh yang menyebabkan keletihan

viii) Shaklee Herblax - Membersihkan Usus

ix) Shaklee CoQ Health Plus - Menyumbang tenaga kepada organ-organ dalam tubuh badan



* Sumber Utama Minyak Ikan Anda * 




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

Friday, July 11, 2014

Cinch Energy Tea Mix - Adakah Pengambilan Kopi, Soda dan Manisan Akan Menggalakkan Kecergasan Tubuh?


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.


Meningkatkan tenaga dan menjana ketahanan badan adalah satu keperluan yang biasa bagi manusia untuk meneruskan momentum bekerja hingga ke peringkat optima. Justeru, pelbagai tips telah terhasil untuk kononnya mengekalkan ketahanan badan dan juga meningkatkan tenaga khususnya dari segi aspek pengambilan makanan dan juga minuman tertentu seperti kopi, soda dan manisan.


Tiada bukti saintifik mahupun klinikal yang boleh mengesahkan perkara ini. Justeru, Shaklee telah menyediakan minuman alternatif yang kaya dengan taurina untuk meningkatkan tenaga dan menjana ketahanan badan tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis iaitu Cinch Energy Tea Mix.



Selain Taurina, Cinch Energy Tea Mix juga diperkaya dengan T-lift Shaklee iaitu satu ramuan dan formula campuran teh yang amat berkhasiat :-





Matcha Green Tea Powder - Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrient yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan.







Red Tea Extract - Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai ejen yang boleh menghalang kanser daripada merebak.










White Tea Extract - Juga dikenali sebagai teh hijau muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.














Rooibos Red Tea Extract - Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol antioksidan.









Bertukarlah kepada Shaklee Cinch Energy Tea Mix untuk rasa yang baru, enak dan kaya dengan khasiat!



Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...