Wednesday, April 27, 2016

7 Jenis Buah Bagus Untuk Kesihatan Mata - #5 dan #6 Memang Rare!



Mata ialah antara organ yang penting pada tubuh badan kita. Mata membolehkan kita nampak warna warni kehidupan. Kekurangan atau kurang upaya pada mata atau penglihatan akan menyebabkan hidup kita kurang seri berbanding orang lain. Nikmat penglihatan ialah antara nikmat yang perlu kita syukuri!

Tanpa kita sedari di sekeliling kita banyak punca yang boleh menyebabkan mata kita rosak ataupun ditimpa penyakit. Antara penyebabnya ialah faktor keturunan, pencemaran dan juga makanan! Langkah pencegahan adalah perlu untuk pastikan mata kita sihat dan boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.


Berikut adalah beberapa jenis makanan yang dicadangkan untuk meningkatkan tahap kesihatan mata kita :-

1. Buah rambutan - Kaya dengan Vitamin C dan Bioflavanoids (Vitamin C Complex). Gabungan kedua-dua nutrisi ini bersifat antioksida dan merupakan ejen anti radang yang bagus untuk kesihatan mata. Ini kerana kesihatan mata kita akan merosot apabila umur semakin meningkat



2. Buah nona - dikenali dengan nama Custard Apple atau Sugar Apple. Buah nona juga sering kali disalah anggap sebagai Articok kerana fizikalnya yang hampir serupa. Selain daripada Vitamin C dan Vitamin B, buah nona kaya dengan potasium. Potasium sangat bagus untuk mengawal lebihan air di bawah kulit yang menyebabkan mata bengkak



3. Buah nangka - kaya dengan Vitamin C. Vitamin C membantu mengurangkan risiko katarak dan kemerosotan makula akibat penuaan. Kemerosotan makula (macular degeneration) boleh menyebabkan hilang penglihatan



4. Buah manggis - Kaya dengan Vitamin B Kompleks yang membantu mengurangkan risiko kemerosotan makula di kalangan wanita



5. Buah tangan Buddha - Kaya dengan Vitamin C yang membantu melindungi salur darah halus dalam retina mata



6. Buah kiwano - juga dikenali sebagai tembikai bertanduk. Kaya dengan Provitamin A seperti beta karotena yang membantu melindungi permukaan mata serta bagus untuk penglihatan malam



7. Buah naga - Kaya dengan Vitamin C yang membantu menyuburkan kornea mata



Sumber : allaboutvision.com 


Pastikan kita makan buah yang baru dipetik untuk memastikan khasiat dan nutrisi dalam buah tersebut tidak berkurangan. Ini kerana kandungan nutrisi atau vitamin dalam buah akan berkurangan setiap hari semenjak buah itu dipetik.


Kesimpulannya ada banyak nutrisi yang membantu kepada kesihatan mata kita seperti Vitamin B Kompleks, Vitamin C, minyak ikan Omega-3 dan juga antioksida yang lain. Namun begitu, kajian mendapati bahawa antioksida yang terdapat dalam provitamin A seperti Lutein dan Zeaxanthin adalah yang terbaik untuk melindungi kesihatan mata

Untuk kesihatan mata yang optimum, sangat digalakkan untuk mengambil suplemen yang terbukti berkesan secara klinikal, sentiasa selamat digunakan dan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Carotomax


Carotomax - sumber Pro Vitamin A terbaik di pasaran

Carotomax mengandungi nutrisi-nutrisi terbaik untuk kesihatan mata seperti Alpha Karotena, Beta Karotena, Lycopene, Astaxanthin, Lutein dan Zeaxanthin. Kandungan antioksida dalam Carotomax bukan sahaja membantu melindungi kesihatan mata, malah membantu melindungi kesihatan kulit dan mencegah kanser secara serentak!


Testimoni pengguna Carotomax





Berminat untuk mendapatkan sumber Pro Vitamin A yang terbaik di pasaran ini???

PM kami di Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Tuesday, April 26, 2016

Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Daerah Hulu Langat 2016 - Zon Kajang Muncul Juara Keseluruhan



Pada 23 April 2016 yang lalu dah berlangsung Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Hulu Langat 2016 yang telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi. Dalam daerah Hulu Langat ada 4 Zon yang masuk bertanding iaitu Zon Kajang, Zon Ampang, Zon Langat dan Zon Semenyih.




Baca : KAMIL Zon Langat 2016


Kesemua peserta terbaik daripada setiap Zon masuk bertanding dalam pelbagai acara yang dipertandingkan. Acara yang selalu menarik perhatian ramai ialah acara berkumpulan seperti Nasyid dan Kalam Jama'ie (Coral Speaking).

Kali ni Adam mewakili Zon Langat bertanding dalam pertandingan syarahan lelaki. Saingan juga semakin sengit kerana setiap Zon menghantar pasukan terbaik untuk mewakili daerah Hulu Langat kelak.




Suasana di kawasan sekolah juga dimeriahkan lagi dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan mainan dan juga makanan. Ahli keluarga para peserta yang datang memberikan sokongan juga turut membanjiri kawasan sekolah.




Setelah selesai semua acara dipertandingkan, para peserta berkumpul di dewan terbuka bersama dengan guru-guru pengiring untuk menantikan pengumuman keputusan pertandingan. Sementara menunggu para VIP tiba, para hadirin dihiburkan dengan persembahan nasyid dan juga kalam jama'ie daripada peserta tuan rumah.




Nampaknya bukan rezeki Adam kali ni untuk mewakili daerah Hulu Langat ke peringkat negeri yang dijadualkan pada 7 Mei 2016 di Shah Alam. Adam sudah berlatih dan membuat persembahan yang terbaik. Keputusan hakim juga adalah muktamad dan semestinya pihak hakim yang bijaksana akan menghantar peserta terbaik untuk mewakili daerah Hulu Langat ke peringkat negeri nanti.




Secara keseluruhannya... Zon Kajang diumumkan sebagai juara keseluruhan diikuti Zon Ampang, Zon Langat dan Zon Semenyih. Semoga setiap peserta yang telah terpilih akan membuat persembahan yang terbaik di peringkat negeri Selangor dan menaikkan nama daerah Hulu Langat!




Monday, April 25, 2016

Ketahui Mengapa Tulang Warga Emas Mudah Patah dan Peroi Walau Terjatuh Dengan Sedikit Sahaja



Kenapa Tulang yang sihat sangat penting kepada kehidupan kita seharian? Tulang adalah komponen utama dalam Sistem Rangka Manusia. Tulang juga adalah struktur asas kepada tubuh badan manusia. Tulang yang sihat juga diukur daripada ketumpatan dan isipadu tulang itu sendiri. Contohnya kebanyakan warga emas akan patah tulang malah ada dalam sesetangah kes hancur peroi tulangnya walaupun jatuh sedikit sahaja di dalam bilik air.



Kenapa ini terjadi? Kenapa golongan muda tidak mempunyai risiko sedemikian. Inilah fungsi utama tulang yang tumpat yang menjadi kayu ukur samada kukuh atau tidak tulang seseorang. Tulang manusia mempunyai ketumpatan yang maksimum semasa berumur 30 tahun. Ketumpatan ini akan berkurangan apabila semakin lanjut usia. Situasi ini dipanggil Osteoporosis.



Jika kita pernah mengalami keadaan dan situasi di bawah atau kita memang tergolong dalam golongan seperti di bawah, kita akan mengalami Osteoporosis dengan lebih cepat daripada biasa :-

a) Kurang pengambilan Kalsium dalam diet harian kita

b) Kurang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal

c) Penggunaan tembakau dan alkohol

d) Wanita dan orang kurus mempunyai kurang tisu tulang

e) Orang Asia mempunyai genetik yang mudah diserang Osteoporosis

f) Keturunan yang pernah mengalami sejarah patah tulang

g) Faktor hormon khususnya wanita

h) Pemakanan tidak teratur

i) Pengambilan ubat-ubatan


Berikut adalah cara-cara mengekalkan tulang yang sihat :-

a) Tingkatkan pengambilan kalsium dalam diet harian

b) Tingkatkan pengambilan Vitamin D (membantu menyerap Kalsium dengan maksimum)

c) Banyakkan aktiviti fizikal

d) Amalkan gaya hidup yang sihat



Sebab itulah Ostematrix bukan sekadar Kalsium semata-mata. Ostematrix diperkayakan dengan Kalsium, Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Mangan dan Boron



Kelebihan pengambilan 1 kaplet Ostematrix ni adalah bersamaan dengan 1 gelas susu Kalsium tinggi dan 80 biji buah badam



Pelbagai Faedah Ostematrix kepada kehidupan seharian anda seperti berikut :-



Tiada Lagi Masalah Kurang Kalsium Dalam Keluarga


Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.


Ostematrix juga membantu dan melegakan  masalah senggugut yang teruk dan terlalu sakit


Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.

KLIK SINI untuk Testimoni Video yang lain

KLIK SINI untuk Testimoni Video yang lain

KLIK SINI untuk Testimoni Video yang lain



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my


Friday, April 22, 2016

Kencing Kotor - Kesengsaraan Bergelut Dengan Penyakit Ini Memang Menakutkan!



Kencing Kotor??? Ya... dengar namanya pun dah mengerikan. Sudah lah air kencing yang kita pun tahu kenajisannya... tambah lagi dengan sifatnya yang kotor. Sebenarnya Kencing Kotor atau dikenali dengan nama "urinary tract infection" atau "bladder infection" ini ialah sejenis penyakit dimana terdapat jangkitan pada sebahagian salur kencing.

Katakan TIDAK pada Kencing Kotor!


Punca-Punca Kencing Kotor

Kebanyakan penyakit Kencing Kotor ni adalah disebabkan oleh kuman bakteria e-coli iaitu sebanyak 80% kes. Maksudnya apabila bahagian alat sulit tidak dijaga kebersihannya, maka akan mudah diserang penyakit Kencing Kotor ini. Perbezaan kedudukan salur kencing wanita yang lebih terdedah ke luar berbanding lelaki menyebabkan golongan wanita lebih mudah diserang penyakit Kencing Kotor berbanding dengan golongan lelaki.

Kuman e-coli

Selain itu, wanita hamil juga mudah diserang penyakit Kencing Kotor akibat perubahan hormon yang ketara. Air kencing wanita hamil juga lebih berasid dan lebih banyak gula daripada biasa, menyebabkan bakteria mudah membiak.


Tanda-Tanda Kencing Kotor

Apabila kita diserang sakit Kencing Kotor ni, antara tanda-tandanya ialah seperti :-

- rasa sakit atau terbakar ketika buang air kecil
- rasa kerap hendak buang air kecil
- air kencing bewarna kemerah-merahan atau cloudy
- hanya buang sedikit air kencing walaupun pundi kencing terasa penuh
- keletihan
- lemah-lemah
- demam


Penyelesaian Nutrisi Kencing Kotor

Adalah sangat disarankan agar kita minum jus cranberry untuk mengurangkan gejala Kencing Kotor ni. Tapi... kita kena pastikan jus cranberry tu yang benar-benar asli, bukannya jus cranberry komersial yang telah dicampur dengan pelbagai bahan perasa dan pewarna.

Jus Cranberry

Hmm.... kalaulah boleh tanam pokok cranberry kat laman rumah, kan best! Bukannya senang nak cari pokok cranberry yang original kat Malaysia ni. Lagipun, mana boleh nak tanam kat Malaysia... iklim Malaysia tak mesra dengan pokok cranberry.

Pokok Cranberry

Pakar nutrisi juga telah mencadangkan untuk mengambil nutrisi-nutrisi berikut sekiranya kita menghadapi gejala Kencing Kotor ini :-

"Probiotics, Coenzyme A, Vitamin B6, choline, inositol, Vitamin C + bioflavanoids, Kalsium + Magnesium, L-Arghinine, L-Methionine, lecithin, multienzyme complex, multimineral complex, potasium, zinc, Vitamin A, B dan E" - (fuhh..... banyaknya!!!)

Sumber : www.care2.com 


Sebab tu kami mencadangkan agar anda mencuba produk berikut untuk mengatasi kesengsaraan ketika bergelut dengan penyakit Kencing Kotor ni :-

Alfalfa Complex - kaya dengan pelbagai khasiat dan berfungsi sebagai antikulat

Garlic Complex - dengan Alisin semulajadi berfungsi sebagai Antibiotik semulajadi

Selain daripada 2 produk utama ini, kami juga akan mencadangkan  produk-produk lain untuk diambil bergantung pada keperluan dan juga kadar kesihatan anda sebagai pengguna. Kami juga akan memberikan khidmat nasihat nutrisi dan kesihatan kepada anda secara percuma.


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my



Tuesday, April 12, 2016

Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon Langat 2016 - Tahniah SRI Al-Rahman!



Baru-baru ni anak sulong kami, Adam bagitau yang dia masuk pertandingan nasyid wakil sekolah. Oklah.... yang penting buat yang terbaik. Beberapa hari lepas tu Adam cakap dia kena masuk syarahan pulak bukan nasyid. Oklah.... takde masalah pun sebab mesti ustaz dan ustazah lebih nampak potensi sebenar Adam samada nak wakil sekolah dalam nasyid atau syarahan.

Macam biasa lah... kalau dah diberi kepercayaan, Adam memang akan berlatih bersungguh-sungguh kat rumah. Kita sebagai mak bapak ni tolong tolong tengok kan jer... Tunjuk dia contoh-contoh syarahan dalam youtube. Kat sekolah pun agaknya macam tu lah Adam sungguh-sungguh berlatih. Adam bagitau pertandingan syarahan dia akan dibuat di Sekolah Rendah Agama Taman Tun Perak, Cheras.

Baca : Program Cuti Sekolah Bijak Bicara - Bahagian 1

Baca : Program Cuti Sekolah Bijak Bicara - Bahagian 2


Lepas tu Adam cakap yang ini kali pertama sekolah dia masuk pertandingan ni.... sebelum ni memang tak pernah masuk... maksudnya ustaz dan ustazah belum berpengalaman lagi lah untuk menghadapi pertandingan ni. Ok takpe.... satu pengalaman yang menarik....

Secara peribadi memang situasi ni agak biasa bagi diri sendiri... masa kecik kecik dulu wakil sekolah dalam nasyid, syarahan atau hafazan. Setakat ni memang tak pernah menang lah. Even... dulu dalam satu pertandingan syarahan kat Muar, salah seorang hakim tu ialah jiran... pun tak menang jugak... hehe

Gambar Retro tahun 1994 - wakil sekolah pertandingan Hafazan,
tak ingat dapat no berapa tapi bukan juara lah

Hari yang dinantikan pun tiba iaitu Hari Sabtu 9 April 2016 pukul 9.00 pagi bertempat di Sekolah Rendah Agama Taman Tun Perak, Cheras. Kami sekeluarga datang beri sokongan sebab sekolah tu pun tak jauh dari rumah. Bila sampai kat tempat pertandingan tu barulah tau nama pertandingan ni ialah Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon Langat 2016.

Adam dah pergi lebih awal dengan ustaz dia, bertolak dari sekolah ke tempat pertandingan. Berdasarkan pelan yang diletakkan pada banner, kami pun terus ke tempat pertandingan syarahan BM iaitu di tingkat 3 Blok A.

Banner menunjukkan pelan tempat pertandingan

Pertandingan KAMIL untuk sekolah rendah agama ni dibahagikan kepada Tahap 1 dan Tahap 2. Acara yang dipertandingkan untuk Tahap 1 tak banyak manakala acara untuk Tahap 2 ada hampir 20 acara seperti Kalam Jama'ie, Azan, Solat Jenazah, Bercerita, Marhaban, Khat dan banyak lagi. Rombongan Adam dan kawan-kawannya takdelah ramai macam sekolah yang lain. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian pun lebih dari 10 buah sekolah dalam Zon Langat.

Tingkat 3 Blok A
Suasana di tempat pertandingan
Adam memulakan kata-kata

Pada waktu tengahari semua orang berkumpul di dewan utama untuk diumumkan pemenang-pemenang pertandingan. Adam dan kawan-kawannya tidak diletakkan harapan yang besar sebab ni first time Sekolah Rendah Islam Al-Rahman, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras iaitu sekolah Adam masuk bertanding.

Kesemua peserta yang masuk bertanding terpaksa duduk di bawah khemah sebab dewan dah penuh

Nampaknya sekolah-sekolah seperti Dusun Nanding, Dusun Tua, Pekan Langat, Batu 9 Cheras dan Batu 10 Cheras mendominasi pertandingan ni dengan membolot hampir semua Top 3 untuk kategori-kategori yang dipertandingkan

Dan syukur Alhamdulillah juga sebab Muhammad Adam Hakimi berjaya menjadi johan pertandingan syarahan BM kategori lelaki. Bukan itu saje... adik Shuzila Siregar dari Sekolah Rendah Islam Al-Rahman juga berjaya mendapat tempat ke-2 untuk syarahan BM kategori perempuan. Tempat pertama dan ke-2 setiap kategori akan mewakili Zon Langat di peringkat daerah Hulu Langat pada 23 April 2016

Baru 1st time masuk bertanding dah berjaya hantar 2 pelajar untuk wakil Zon Langat... Tahniah!

Adam (kanan) bergambar kenangan dengan pemenang tempat ke-2 lelaki

Kejayaan dua orang pelajar ni telah memecah dominasi sekolah-sekolah lain yang lebih berpengalaman. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang memberikan tunjuk ajar dan memberi sokongan kepada anak-anak ini untuk terus berjaya.

Baca : KAMIL Peringkat Daerah Hulu Langat 2016






Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...