Showing posts with label Singapore Airlines. Show all posts
Showing posts with label Singapore Airlines. Show all posts

Friday, December 4, 2015

Pengalaman Bercuti Di Itali - Winter In Rome, Part 2



26.11.2015 (Day 7)

BUONGIORNO ROMA! SELAMAT PAGI ROM!


Basically, hari ni ialah hari terakhir aktiviti kat Itali sebab esok ialah flight balik Malaysia. Suhu hari ini pulak paling rendah 6 C dan paling tinggi 9 C.

Aktiviti hari ni telah dibahagikan dimana yang bukan Islam akan pergi ke Vatican City dan yang beragama Islam akan pergi ke Villa D' Este yang terletak di Tivoli, Rom. Tapi ada jugak beberapa orang yang bukan Islam nak ikut kami ke Tivoli Villa.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali

Villa D'Este pada tahun 1830
Villa D'Este pada tahun 2015

Tivoli Villa ni ialah sebuah villa dan taman yang besar dan berada di atas bukit. Masa ni memang sejuk... dah le atas bukit, lepas tu hujan renyai pun mula turun. Tempat sini memang sangat cantik dan berbaloi untuk ambil gambar.

Baru sampai di Tivoli
Villa D'Este juga telah tersenarai sebagai sebahagian daripada tapak warisan dunia di bawah UNESCO. Keistimewaan Villa D'Este ialah senibinanya yang unik. Sumber air di sini juga telah diperolehi secara semulajadi dari atas bukit yang mengalirkan anak-anak sungai kecil ke dalam taman. Di dalam taman ini juga terdapat bermacam-macam jenis air pancut.

Antara anak sungai yang mengalir di sini
Antara air pancut yang cantik dan unik

Sebahagian masa lawatan di sini juga ditemani dengan hujan renyai yang sejuk dan dingin sehingga terasa ke dalam sumsum tulang. Masa ni kenalah gunakan payung sponsor ataupun pakai poncho iaitu baju hujan



Sementara menunggu bas untuk kembali ke bandar Rom, kami semua diberikan kebebasan untuk membeli belah di sekitar kawasan Tivoli.


BUONA SERA ROMA! SELAMAT PETANG ROM!

Tak sampai 1 jam perjalanan dengan bas, kami dah sampai di bandar Rom dan kami pergi ke restoran pizza yang "mesra tomato" namanya Il Pomodorino untuk makan tengahari. Sedar tak sedar, ini adalah makan tengahari terakhir kami di Itali.

Mesra tomato
Spaghetti seafood.....
Kentang dan kalamari

Setelah makan tengahari, kami ambil kesempatan yang ada untuk membeli belah di saat-saat akhir di sekitar bandar Rom. Tempat tumpuan tak lain tak bukan ialah Hard Rock Cafe dan kedai-kedai souvenir....

Bergambar kenangan di luar HRC Rome

Kami pulang awal ke hotel untuk persiapan Gala Dinner dan sebelum maghrib kami dah tiba di hotel. Oh ye.... sini kan musim sejuk, hari siangnya pendek... jadi lebih kurang pukul 4.45 petang tu matahari dah terbenam ataupun dah masuk maghrib.

Lepas bersiap untuk ke Gala Dinner kami naik bas di lobi hotel lebih kurang pukul 7.00 malam. Tempat dinner kali ni dibuat di sebuah tempat persidangan ataupun konferens yang dikenali sebagai Salone delle Fontane, Rom.

Pemandangan di luar Salone delle Fontane
Dapat hadiah saguhati... syukur....
Bergambar kenangan bersama Mr Hermant Singh (Acting President Shaklee Malaysia)

Selesai Gala Dinner kami semua pulang ke hotel dan bersiap-siap packing untuk pulang ke Malaysia. Memang rasa gembira bila dapat join trip macam ni.... tapi lagi gembira bila nak balik rumah sendiri... I'm coming home.... coming home....


BUONA NOTTE ROMA! SELAMAT MALAM ROM!


27.11.2015 (Day 8)

BUONGIORNO ROMA! SELAMAT PAGI ROM!

Hari terkahir di bumi Itali.... hari terakhir di bandar Rom yang penuh bersejarah. Kejap lagi nak pergi Rome Airport untuk balik Malaysia. Flight kami yang naik Singapore Airlines pukul 11.15 pagi local time. Suhu masa ni paling sejuk 5 C dan yang paling tinggi ialah 13 C.

Lepas solat suboh kat hotel, kami terus bawak turun luggage kat lobi hotel dan terus bersarapan. Biasa pukul 7.00 pagi baru boleh sarapan, tapi harini special sikit... pukul 5.00 pagi dah boleh sarapan sebab dah nak pergi airport. Mereka yang naik Cathay Pacific dan Emirates Airlines dah breakfast dan bertolak ke airport lebih awal dari kami.

Rome Airport ni kat kawasan Fiumicino dan tak jauh pun dari hotel... lebih kurang 20 minit dah sampai kalau naik bas. Rome Airport juga dikenali dengan nama Leonardo Da Vinci Airport. Sampai jer di Rome Airport, kami terus check in dan setelkan urusan kastam Itali untuk dapatkan tax refund atas barang-barang yang dah dibeli.

Check in time....
Suasana di Rome Airport

Tax kat Itali ni ialah 20% untuk barang-barang mewah dan juga barang-barang kesukaan pelancong. Tapi untuk dapat refund tu bergantung pada jenis barang yang dibeli... lebih kurang 10-12% jer yang boleh dapat refund... jadilah..... Syaratnya kena beli barang minimum 155 euro dalam satu resit... baru boleh dapat borang untuk tax refund.

SELAMAT TINGGAL ITALI! CIAO!


Kami dijangka tiba di Singapura pada pukul 6.15 waktu Singapura iaitu kira-kira 12 jam penerbangan dari Rom. Seperti biasa kami yang Muslim akan diberikan Muslim Meal dalam kapal terbang sebanyak 2 kali iaitu 2 jam selepas berlepas dari Rom, dan satu menu lagi 2 jam sebelum mendarat di Singapura.

Menu pertama - Lauk kambing.... sedap tapi masin...

Menu kedua - Roti kebab dan kari ayam

Baca : Makanan Halal Dalam Kapal Terbang


28.11.2015 (Day 9)

SELAMAT PAGI SINGAPURA!

Alhamdulillah.... selamat sampai di Asia Tenggara setelah 11 jam 30 minit penerbangan dari Rom, iaitu setengah jam lebih awal. Kami mendarat di Changi Airport pada pukul 5.45 pagi. Kami terus pergi menunaikan solat Subuh di surau yang disediakan di Terminal 2 Changi Airport.

Penerbangan kami balik ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 8.30 pagi. Masa ni dah tak sabar-sabar nak balik rumah.... walaupun tak jauh mana pun nak sampai. Kali ni kami naik penerbangan Silk Air iaitu salah satu anak syarikat Singapore Airlines.

Dalam kabin Silk Air... kecil tapi not bad.....

SELAMAT PAGI MALAYSIA!

Alhamdulillah... dah sampai KLIA lebih kurang pukul 9.30 pagi. Rasa macam sekelip mata jer dalam Silk Air tadi.... Dah setel urusan imigresen dan luggage... ada satu jer tempat tujuan kami sebelum sampai rumah.... iaitu cari makanan Malaysia. Jadi, kami pun breakfast kat KLIA dengan penuh rasa kesyukuran.....

Selesai makan makanan Malaysia

Selesai makan, kami bergerak ke ERL untuk pulang ke lapangan masing-masing dan menjalani rutin harian serta tanggungjawab masing-masing.

Sedih ke gembira ni?


Memang banyak perbezaan antara Itali dan negara kita. Itali adalah salah sebuah negara Eropah Bersatu (EU) yang tidak semaju negara-negara EU yang lain. Ekonomi Itali juga tidak sekuat mana pun.... terima kasih kepada bahan peninggalan sejarah di bumi Itali yang menyebabkan Itali menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia dan seterusnya menjana ekonomi Itali.

Orang Itali sangat bangga dengan budaya mereka. Hidangan makanan mereka memang sangat rumit bermula dengan pembuka selera, hidangan pertama, hidangan kedua dan akhir sekali pencuci mulut. Kalau kita datang dengan rombongan yang besar pun diorang takkan masak dahulu sehinggalah rombongan sampai ke restoran.

Bayam dan kentang juga sangat banyak di Itali sehinggakan hampir semua menu mereka mempunyai bayam dan kentang. Keju pun adalah antara menu wajib dalam makanan Itali. Tapi kalau hari-hari makan makanan Itali, tekak orang Malaysia macam kita ni agak susah untuk terima.

Pizza adalah simbol utama makanan Itali. Tapi, pada hakikatnya pizza Itali sangat simple dan nipis. Kat Itali memang takde Pizza Hut dan Domino. Orang Itali juga suka minum kopi. Sehari diorang boleh tahan minum kopi sampai 4-5 kali. Kopi espresso yang pahit itu pun orang Itali mampu minum banyak kali. Jangan haraplah.... brand kopi lain macam Starbucks nak masuk dalam Itali.

Kereta-kereta kat Itali pun semua comel-comel belaka... seperti kereta Smart Picanto. Lebih kecil kereta... lebih mudah untuk diorang parking. Bandar-bandar di Itali khususnya bandar-bandar lama memang sempit laluannya.

Parking Italian style... ada berani???

Oh ye.... memang betul kat Itali ni banyak penyeluk saku, bukan itu saje... luggage kita pun boleh hilang kalau kita leka dan tak berhati-hati. Diorang bergerak secara terancang... orang pertama curi... pas kat orang ke-2... pas kat orang ke-3 dan seterusnya. Sebab tu, kalau barang dah hilang, jangan haraplah kita akan jumpa semula.

Nak melancong kat tempat bersejarah di Itali ni kena kuat fizikal... sebab banyak jalan kaki. Permukaan jalan pun tak rata sebab diorang kekalkan batu batu jalan zaman dahulu. Tempat seperti bandar Rom lebih mencabar sebab bentuk permukaan yang tidak rata dan beralun.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali



Setiap bangsa dan negara akan cuba mengekalkan identiti mereka masing-masing. Kerana hanya itu saja caranya yang akan membuatkan mereka bangga dan mampu bercerita dengan orang lain. Insya Allah... tahun hadapan ada rezeki akan ke Orlando, USA pula....

Tahun 2016 adalah ulangtahun ke-60 Shaklee sebagai sebuah syarikat

SEE YOU IN ORLANDO, USA 2016!

BACA : ORLANDO TRIP 2-12 OGOS 2016



* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :







Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Tuesday, December 1, 2015

Pengalaman Bercuti Di Itali - Winter In Milan



Alhamdulillah.... tahun 2015 telah menjadikan negara Itali sebagai destinasi pilihan bagi Shaklee mengadakan incentive trip tahunan. Kalau tahun-tahun yang genap seperti tahun 2014 dan 2016, negara USA adalah destinasi wajib disebabkan persidangan antarabangsa yang diadakan 2 tahun sekali.

Baca : Summer in Long Beach/Los Angeles - Part 1

Trip 5 bintang yang diberikan percuma kepada mereka yang terpilih ini diadakan selama lebih kurang 9 hari iaitu dari 20 November 2015 sehingga 28 November 2015. Tempat yang menjadi pilihan pula ialah bandar Milan (Milano), Florence (Firenze) dan Rom (Roma) yang kaya dengan budaya dan sejarah.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali


20.11.2015 (Day 1)

Hari pertama ialah hari Jumaat... hari yang sangat sesuai kalau nak musafir.... Lepas solat Jumaat, terus bertolak ke stesen ERL Bandar Tasik Selatan. Isteri dan anak-anak tolong hantarkan sampai kat stesen ERL.

Bukan selalu naik ERL....

Sepatutnya kumpul kat KLIA pukul 5.30 pm... tapi memang niat nak datang awal, tengok kawan-kawan lain yang berlepas awal ke Itali. Kapal terbang Cathay Pacific terbang pukul 5.45 petang, kapal terbang Emirates Airlines berlepas pukul 7.20 malam dan aku pulak naik kapal terbang Singapore Airlines yang bertolak pukul 8.30 malam.

Ahli keluarga yang menghantar para peserta di KLIA


Jumlah peserta kali ini adalah lebih kurang 250 orang dari seluruh negara. Sebelum berlepas masing-masing dibekalkan dengan payung percuma disebabkan ada kemungkinan hujan renyai di Itali masa musim sejuk, jadual waktu solat di Itali dan juga duit poket 50 euro (kira-kira RM235.00) seorang.... jadilah.... Itu aje ke yang percuma??? Eh... taklah... sebelum tu lagi, kami dah dapat winter jacket dan luggage percuma dari Shaklee.

Payung yang unik....

Musafir... musafir jugak.... solat jangan lupa!

Kami tiba di Changi Airport lebih kurang pukul 9.30 malam. Next flight pergi ke Milan, Itali ialah pada pukul 2.20 pagi keesokan harinya. So, ada lebih kurang 5 jam transit di Singapura, kitorang dapat token sebanyak 20 Singapore Dollar (lebih kurang RM60)..... ihsan daripada Singapore Airlines untuk makan atau membeli-belah dalam Changi Airport.




Token ni ada due date daripada tarikh dikeluarkan, jadi bila-bila masa boleh pakai sebelum expiry date. Tapi lepas dah transfer dalam kad top up, token tu cuma boleh bertahan selama sebulan jer... So, kitorang pun makan malam kat Changi Airport. Cari punya cari... jumpa jugak akhirnya tempat makan yang sesuai.

Akak yang jaga nasi lemak ni macam Melayu keturunan Arab....

Nasi lemak ni berharga 10 Sing Dollar... fuhh!


SELAMAT MALAM SINGAPURA!


21.11.2015 (Day 2)

SELAMAT PAGI SINGAPURA!

Perjalanan dari Singapura ke Milan dijangka mengambil masa lebih kurang 13 jam. Kami dijangka tiba di Milan jam 8.30 pagi waktu Itali iaitu 3.30 petang waktu Malaysia.

13 jam perjalanan dari Singapura - Milan

Dalam kapal terbang, kami semua diberi makan sebanyak 2 kali. Makanan pun dah ditempah lebih awal. Bagi mereka yang biasa mengembara jauh naik kapal terbang mesti tahu pasal Muslim Meal yang boleh dipesan dengan mana-mana syarikat kapal terbang. Bukan sahaja Muslim Meal malah Vegetarian Meal pun ada.

Makanan pertama - 2 jam selepas penerbangan

Makanan kedua - 2 jam sebelum mendarat

Baca : Makanan Halal Dalam Kapal Terbang


SELAMAT DATANG ITALI.....


BUONGIORNO MILANO! SELAMAT PAGI MILAN!


First time menjejakkan kaki di bumi Eropah. Itali ialah negara pertama. Suhu masa ni paling sejuk 4 C dan kalau tinggi pun cuma 12 C. Itupun, dah cukup syarat untuk pakai winter jacket.

Hampir mendarat di Milan, Itali
Suasana di Milan Malpensa Airport

Sampai saja di airport Milan, kami terus pergi beli simkad Vodafone yang berharga 30 euro (kira-kira RM141.... fuhh...) untuk data 2G selama sebulan. Oklah...... kitorang kat Itali tak sampai 10 hari pun.... Kat Itali lain pulak caranya... hanya lepas 3 jam beli baru boleh tukar simkad. Risau jugak takut simkad takleh pakai.... tapi Alhamdulillah, simkad boleh pakai....

Kemudian kami semua naik bas yang disediakan menuju ke sebuah Villa yang telah dijadikan hotel untuk "welcome breakfast" kat sana. Menurut tour guide.... kat Itali ni banyak sangat Villa ataupun rumah besar yang telah dibina pada zaman dahulu oleh golongan bangsawan. Kebanyakannya dah dijadikan hotel atau pun restoran.

Villa Torretta, Milan
Antara menu sarapan di Villa Torretta

Selesai sarapan kami terus mulakan 'city tour' di sekitar bandar Milan. Tempat pertama yang dikunjungi ialah Castello Sforza iaitu sebuah istana lama yang pernah didiami oleh keluarga bangsawan Visconti. Istana lama ini juga telah beberapa kali dirobohkan dan dibina semula. Kini istana lama ini adalah antara kubu pertahanan terbesar di Eropah yang kaya dengan hasil seni.

Lakaran Istana Kuno Sforza pada abad ke-16

Bergambar kenangan di Castello Sforza, Milan pada abad ke-21

Tempat kedua yang dilawati ialah Gothic Duomo ataupun dikenali sebagai Milan Cathedral iaitu sebuah gereja kuno yang mengambil masa selama 600 tahun untuk disiapkan. Gereja ini ialah gereja ke-2 terbesar di Itali dan gereja ke-5 terbesar di dunia.

Gothic Duomo pada tahun 1745
Gothic Duomo, Milan pada tahun 2015

Tempat ke-3 yang dilawati ialah La Scala Opera House iaitu tempat penyanyi-penyanyi opera seluruh dunia datang berkunjung. Tempat ini juga sering dijadikan tempat lakonan beberapa buah filem yang melibatkan teater opera mega.

La Scala Opera House pada abad ke-19

Bergambar kenangan di hadapan La Scala Opera, Milan pada abad ke-21

Selesai city tour kami menuju ke tempat makan tengahari iaitu kedai makan Riad Yacout. Kat sini... memang tipikal makanan orang Arab Maghribi (Morocco) disediakan untuk kami semua.

Bergambar kenangan di Riad Yacout

BUONA SERA MILANO! SELAMAT PETANG MILAN!

Setelah selesai makan tengahari dan solat jamak dalam kedai Riad Yacout, kami terus pergi ke salah sebuah tempat shopping paling tua di dunia iaitu Gallerie Vittorio Emanuele, Milan.

Gallerie Vittorio Emanuele tahun 1880
Window shopping di Gallerie Vittorio Emanuele, Milan tahun 2015

Musim sejuk memang hari siangnya pendek. Kat Milan pun begitu, lebih kurang pukul 5.45 petang dah gelap dan nak masuk Maghrib. Jadi, kami pun kembali semula ke dalam bas dan menuju ke hotel untuk check in. Oh ye.... beg kami yang besar-besar tu semua dah dihantar lebih awal dari Airport Milan terus ke hotel.

Melia Milano Hotel di Milan
Di Milan, kami menginap di Melia Milano Hotel. Malam ni kami dinner di hotel. Seperti kebiasaan, tempat dinner kami dah diasingkan daripada non-halal punya menu di tempat lain. Bila tiba dalam bilik, kami pastikan everything is in order sebab besok pagi dah nak check out menuju ke bandar Florence pulak....

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali



BUONA NOTTE MILANO! SELAMAT MALAM MILAN!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :



Winter In Florence, Italy 

Winter In Rome, Italy - Part 1 


Winter In Rome, Italy - Part 2




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...