Saturday, October 31, 2015

Tahniah JDT! Juara Baru Piala AFC 2015 Dari Asia Tenggara



Tahniah JDT! Tanpa kelibat pasukan pilihan seperti Kuwait SC dan juga juara bertahan Al-Qadsia kerana Persatuan Bolasepak Kuwait telah digantung FIFA, telah menyebabkan Istiklol dan JDT membuat penampilan pertama di perlawanan akhir pada percubaan sulong masing-masing dalam Piala AFC.



Sejarah demi sejarah tercipta sejak JDT menewaskan South China pada perlawanan suku akhir dimana JDT tampil sebagai pasukan dari Malaysia pertama layak ke separuh akhir Piala AFC. Tidak lama kemudian, JDT bukan sahaja menjadi pasukan pertama di Malaysia layak ke perlawanan akhir, malah JDT ialah pasukan pertama dari Asia Timur layak ke perlawanan akhir. Dan hari ini, satu lagi sejarah tercipta iaitu JDT adalah pasukan pertama dari Malaysia dan juga dari Asia Timur yang menjulang Piala AFC 2015 ini.

Sejak 3 tahun lalu telah banyak pelaburan yang dibuat dalam pasukan JDT secara keseluruhannya dan hari ini hasilnya telah dituai. Tolak ke tepi segala sentimen kenegerian atau mana-mana perasaan tidak puas hati terhadap mana-mana individu, kelab dan pasukan lain sepatutnya mencontohi model pembangunan bolasepak di Johor secara keseluruhannya.



FAM juga harus buka mata dan bertindak sewajarnya. Mutu bolasepak negara takdelah teruk sangat.... Dana dan tajaan yang diterima diharapkan dapat disalurkan sebaik mungkin agar pengurusan kelab tidak ada masalah kewangan ketika menguruskan kelab.

Sebelum perlawanan bermula, Istiklol adalah calon juara. Mereka beraksi di stadium sendiri, mendapat sokongan padu daripada penyokong tempatan dan Istiklol juga mampu menewaskan Al-Qadsia dalam perlawanan peringkat kumpulan.



Istiklol juga sangat pantas ketika menyerang dan sangat agresif ketika bertahan. Namun, JDT mampu menyaingi kepantasan dan agresif dari pasukan Istiklol. Tanpa kelibat Amri Yahyah sama dalam kesebelasan utama menunjukkan percaturan berani dari coach Mario Gomez yang sangat berpengalaman.

3 gol yang dijaringkan Istiklol juga tidak dikira dan satu-satunya gol JDT yang dijaringkan oleh pemain yang dipinjamkan dari JDT II iaitu Leandro Vazquez berjaya dipertahankan sehingga ke wisel penamat seterusnya melabelkan JDT sebagai juara baru Piala AFC 2015 memecahkan monopoli pasukan dari Asia Barat.

Tahniah sekali lagi untuk JDT!
Luaskan kuasamu....





Friday, October 30, 2015

Piala Dunia Bawah 17 Tahun 2015 : Hanya Tiga Juara Benua Di Peringkat Suku Akhir



Awal pagi tadi tamat peringkat kalah mati 16 pasukan Piala Dunia bawah 17 tahun yang diadakan di Chile. Seperti biasa memang takde pasukan Malaysia dalam kejohanan ni, tapi jangan tak tahu boleh tahan jugak skuad Malaysia bawah 17 tahun ni masa peringkat kelayakan iaitu kejohanan Asia bawah 16 tahun.

Semasa peringkat kelayakan Asia yang diadakan tahun lepas di Thailand, semua pasukan adalah bawah 16 tahun. Malaysia tewas di peringkat kumpulan kepada Korea Selatan hanya dengan 0-1, manakala di suku akhir Malaysia tewas kepada Australia dengan jaringan 1-2. 



Kalau Malaysia dapat kalahkan Australia dan mara ke separuh akhir tempoh hari, sudah pasti pasukan Malaysia dah ada kat Chile sekarang ni.... sebabnya ialah 4 pasukan yang mara hingga ke separuh akhir tahun lepas akan layak ke Chile. Sebab tu wakil Asia pada edisi kali ni ialah Korea Utara, Korea Selatan, Australia dan Syria.

Tapi bila dah habis pusingan kalah mati 16 pasukan, semua wakil Asia kecundang juga akhirnya. Syria terkandas di peringkat kumpulan, Korea Selatan tewas kepada Belgium 0-2, Korea Utara tewas kepada Mali 0-3 dan Australia dibelasah Nigeria 0-6.

Juara bertahan Piala Dunia bawah 17 tahun ialah Nigeria yang telah menewaskan Mexico dengan jaringan 3-0 pada tahun lepas. Bintang yang paling menyinar ketika itu tidak lain tidak bukan ialah penyerang muda Manchester City, Kelechi Iheanacho. 

Kelechi Iheanacho
Nigeria juga ialah pasukan paling berjaya dengan menggondol 4 kejuaraan diikuti dengan Brazil sebanyak 3 kejuaraan, Ghana dan Mexico dengan 2 kejuaraan manakala Soviet Union, Arab Saudi, Perancis dan Switzerland masing-masing dengan 1 kejuaraan.


Pasukan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir adalah seperti berikut :-

Nigeria

Juara bertahan ini diperkuatkan dengan penyerang prolifik mereka iaitu Victor Osimshen. Selain daripada menjadi penjaring terbanyak dalam kejuaraan bawah 17 tahun Afrika 2015, Victor Osimshen juga adalah pendahulu penjaring terbanyak setakat ini. Ketua pasukan Kelechi Anwakali juga merupakan watak penting di tengah padang.

Victor Osimshen (No.9) - penjaring prolifik Nigeria

Nigeria layak ke suku akhir bertemu Brazil setelah membelasah Australia 6-0 di peringkat kalah mati 16 pasukan


Croatia

Diterajui oleh kapten pasukan Nikola Moro yang menjadi jeneral di tengah padang, Karlo Igor Majic pula mempunyai penyudah yang klinikal di posisi serangan. Croatia masih belum pernah tewas dalam kejohanan ini.

Ketua pasukan Croatia, Nikola Moro

Croatia layak ke suku akhir bertemu Mali setelah mengejutkan Jerman 2-0 di peringkat kalah mati 16 pasukan


Brazil

Walaupun prestasi Brazil tidak berapa memberangsangkan pada kejohanan kali ini termasuklah ketika tewas 0-1 kepada Korea Selatan tempoh hari, namun juara Amerika Selatan ini mampu meneruskan kemaraan mereka. Penjaring terbanyak kejuaraan Amerika Selatan bawah 17 tahun, Leandro harus lebih tajam di depan gawang.
Pemain Brazil meraikan gol yang dijaringkan oleh Leandro (No. 7)

Brazil layak ke suku akhir bertemu Nigeria setelah menewaskan New Zealand 1-0 di peringkat kalah mati 16 pasukan


Mexico

Mexico tampil mengejutkan beberapa pasukan pilihan seperti Argentina dan Jerman. Mexico selaku juara Amerika Tengah juga masih belum pernah tewas dalam kejohanan ini.

Francisco Venegas (tengah) menanduk masuk gol ketika menentang Jerman

Mexico layak ke suku akhir bertemu Ecuador setelah membenam tuan rumah Chile 4-1 di peringkat kalah mati 16 pasukan


Mali

Juara Afrika ini meneruskan rentak cemerlang mereka dan masih belum tewas dalam sebarang perlawanan. Sidiki Maiga, Aly Malle dan Amadou Haidara adalah trio serangan yang berbisa.

Sidiki Maiga (No.7), Aly Malle (No. 9) dan Amadou Haidara (No. 18) konsisten menjaringkan gol untuk pasukan Mali

Mali layak ke suku akhir bertemu Croatia setelah menewaskan Korea Utara 3-0 di peringkat kalah mati 16 pasukan


Ecuador

Tiada siapa yang sangka Ecuador mampu mara sejauh ini. Selain daripada kapten mereka Joel Quintero dan pertahanan kiri Pervis Estupinan yang bahaya ketika menyerang, sandaran mereka juga terletak kepada pemain lincah seperti Yeison Guerrero dan Washington Corozo.

Ecuador bergantung kepada pemain-pemain lincah mereka seperti
Yeison Guerrero (no. 7) dan Washington Corozo (No. 10)

Ecuador layak ke suku akhir bertemu Mexico setelah mengejutkan Rusia 4-1 di peringkat kalah mati 16 pasukan


Belgium

Persembahan Belgium dalam kumpulan tidak membanggakan dan hanya menduduki tempat ke-3 di belakang Mali dan Ecuador. Namun, Belgium berjaya menyingkirkan gergasi Asia, Korea Selatan.

Penyerang Belgium, Jorn Vancamp sangat gembira setelah menamatkan cabaran Korea Selatan

Belgium layak ke suku akhir bertemu Costa Rica setelah menewaskan Korea Selatan 2-0 di peringkat kalah mati 16 pasukan


Costa Rica

Satu lagi pasukan underdog yang mencuri tumpuan ialah Costa Rica. Bahagian serangan mereka tidaklah merbahaya tetapi keseimbangan di setiap posisi adalah kekuatan utama mereka.

Pasukan Costa Rica tidak menyangka bahawa mereka mampu mengenepikan pasukan pilihan Perancis

Costa Rica layak ke suku akhir bertemu Belgium setelah mengejutkan juara Eropah, Perancis menerusi penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 di peringkat kalah mati 16 pasukan.


Apa yang pasti, sudah ramai para pencari bakat (scout) dari seluruh dunia dah berada di Chile untuk menyaksikan kejohanan Piala Dunia bawah 17 tahun ini. Pemain yang menyinar bakal mendapat tawaran yang lumayan daripada kelab-kelab utama dunia seperti yang berlaku kepada Kelechi Iheanacho.

Tiada kelibat juara Asia, Korea Utara, tiada kelibat juara Oceania, New Zealand dan tiada juga kelibat juara Eropah, Perancis di peringkat suku akhir ini. Hanya Mexico (juara Amerika Tengah), Brazil (juara Amerika Selatan), Mali (juara Afrika) selain daripada juara bertahan Nigeria yang akan berentap sesama sendiri untuk menggondol Piala Dunia bawah 17 tahun edisi yang ke-16 ini.





Thursday, October 29, 2015

Selamatkah Mengambil Protein Lebih Banyak Daripada Biasa?



Fungsi Utama Protein

Kita semua dah tahu bahawa Protein sangat penting untuk tumbesaran kita. Kalau bukan untuk tumbesaran pun, Protein penting untuk pembinaan semula sel-sel dalam tubuh kita. Protein juga adalah sumber utama yang memberi kita tenaga. Tulang kita juga semakin sihat dan kuat kalau kita ambil Protein. Begitu juga kalau nak dapat kuku dan rambut yang sihat, kena dapatkan Protein.

Tanda-tanda kekurangan Protein boleh dilihat pada kuku anda

Jadi janganlah jeles sangat kalau ada kawan-kawan kita yang claim kulit dia cantik sebab ambil Protein.... memang betul... dia tak tipu pun sebab fungsi Protein ialah membina semula sel-sel kulit. Maksudnya kulit yang dihasilkan ialah kulit baru. Juga, jangan terkejut kalau ada beberapa orang lelaki yang semakin berotot dan claim dia ambil Protein.... memang betul, dia tak tipu pun. Pengambilan protein mampu untuk membesarkan otot-otot dan seterusnya membantu untuk membakar lemak.


Keperluan Protein Seharian

Persoalannya cukup ke pengambilan Protein kita seharian??? Berapa banyakkah Protein yang perlu kita ambil dalam sehari??? Berikut ialah pengambilan Protein dalam sehari yang telah dicadangkan :-

1) Wanita mengandung atau wanita yang menyusu badan - 71 gram
2) Lelaki dewasa - 56 gram
3) Remaja lelaki - 52 gram
4) Wanita dewasa - 46 gram
5) Remaja perempuan - 46 gram
6) Budak sekolah - 19-34 gram
7) Budak belum sekolah - 10 gram

Ok... katakanlah kita memang jenis orang yang mengamalkan pemakanan seimbang, adakah protein yang kita ambil seharian mencukupi untuk digunakan oleh badan kita??? Katakanlah daging lembu yang seberat 226 gram kita makan sehari tetapi pada hakikatnya cuma ada 61 gram Protein sahaja. Ooo ye.... adakah memang kita makan 226 gram (1/4 kg) daging lembu sehari???

Katakanlah kita makan telur gred A yang saiz besar sebiji sehari. Sedangkan telur besar yang beratnya 46 gram hanya mempunyai protein seberat 6 gram sahaja. Maksudnya kalau kita makan telur kecil... semakin kuranglah protein yang kita ambil sehari.

Sumber Protein daripada daging dan bahan tenusu


Siapa Memerlukan Protein Lebih Daripada Biasa?

Berbanding orang biasa... ada beberapa orang yang memerlukan lebih Protein daripada biasa. Mereka ini adalah orang yang terlibat ataupun mereka yang bekerja melibatkan aktiviti fizikal, ahli sukan yang sentiasa aktif dan juga mereka yang dalam proses pemulihan daripada kecederaan ataupun pembedahan.

Protein Soya ESP membekalkan 14 gram protein untuk setiap hidangan

ESP Shaklee sememangnya enak dan menjadi pilihan ramai orang


Jangan tak tau... orang tua juga sangat perlukan Protein supaya diorang tak kena osteoporosis (tulang rapuh) dan juga sarcopenia (otot susut dan hilang). Orang yang kerap letih dan kuat bekerja juga disarankan untuk mengambil Protein.



Kesan-Kesan Pengambilan Protein

Betul ke Protein boleh membantu mengurangkan berat badan??? Ya... memang boleh dan dah ada beberapa kajian yang menyokong teori ini. Protein akan meningkatkan kadar metabolisma badan kita (kalori keluar) dan protein juga akan menyebabkan kita kurang selera makan (kalori masuk dapat dikurangkan).

Betul ke kalau terlebih Protein akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya masalah buah pinggang??? Jawapannya tidak... kesemua dakwaan ini tidak pernah dibuktikan dengan mana-mana bukti saintifik pun. Sebaliknya, untuk mendapatkan kesihatan yang maksimum adalah dinasihatkan untuk mengambil lebih protein berbanding terkurang protein.


Sumber asal : authoritynutrition.com


Sumber-Sumber Protein

Selain daripada daging dan juga bahan tenusu yang membekalkan sumber Protein, kacang soya juga dilabelkan sebagai "protein lengkap" yang membekalkan kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Tapi dengan syarat kacang soya itu mestilah kacang soya non-GMO. Protein Soya juga hampir tiada kandungan kolesterol dalamnya.

Sumber Protein dari tumbuh-tumbuhan



Sebab itulah dari dulu hingga kini ESP Shaklee sentiasa menjadi pilihan ramai dan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan dengan berkesan. Dapatkan Protein Soya terbaik daripada kami sekarang!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my


Wednesday, October 28, 2015

Fakta Menarik Kaitan Antara Tiram, Sperma Lelaki Dan Kesihatan



Apa Itu Zinc?

Zinc ialah antara mineral penting dalam tubuh badan kita yang terdapat dalam setiap sel. Zinc diperlukan untuk merangsang tindakan lebih 200 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Tiram ialah makanan yang mengandungi kandungan Zinc paling tinggi


Zinc Adalah Khazanah Lelaki Yang Tidak Ternilai


Zinc dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda lebih dari organ lain! Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.



*Kualiti Sperma bergantung pada jumlah, pembentukan dan pergerakan sperma berkenaan*


Nutrisi Zinc Dalam Makanan Seharian Kita (Untuk Setiap 100g)

  • Tiram - 25mg
  • Daging Merah - 5.2mg
  • Kekacang - 3mg
  • Sumber Ayam - 1.5mg
  • Telur - 1.3mg

Sumber : www.zinc.org


Sebab-Sebab Kekurangan Pengambilan Nutrisi Zinc

Pada kebiasaannya kurang pengambilan Zinc dalam diet seharian melalui pemakanan adalah punca kekurangan Zinc dalam tubuh.

Namun begitu terdapat juga sebab-sebab lain yang menyebabkan kekurangan Zinc dalam tubuh seperti Malabsorption (penyerapan nutrisi makanan yang tidak normal dalam usus kecil), sakit kronik seperti kencing manis dan barah, penyakit hati dan penyakit SCD - Sickle Cell Disease (sel darah merah tidak normal dan berbentuk sabit).


Tanda-Tanda Kekurangan Zinc

  • Hilang selera makan
  • Sel Darah Merah berkurangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Deria rasa yang tidak normal
  • Pertumbuhan yang terbantut
  • Masalah Kognitif berubah (Masalah Otak)
  • Cirit Birit
  • Rambut Gugur

Sumber : www.medicalnewstoday.com

Botak Tengah = Rambut Gugur?


Perbezaan Zinc Complex Shaklee Berbanding Suplemen Zinc Lain Yang Berada Di Pasaran

  • Telah dirumus khas dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita.
  • Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti Kadmium dan Plumbum dari tubuh.
  • 1 biji Zinc Complex membekalkan 15mg Zinc (100% keperluan harian) dan 115mg Kalsium (12% keperluan harian)


Manfaat Sejagat Shaklee Zinc Complex Kepada Kita Sekeluarga


Mengaktifkan 200 jenis enzim - zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protein seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.

Membentuk Kolagen - Membantu pembentukkan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

Memperbaiki Diabetes - Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaiki diabetes.

Bintik Putih Di Kuku - Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakkan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya ingatan.

Mempertingkatkan Sistem Imun - Membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar Thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

Mempercepatkan Pemulihan Luka - Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit. Hancurkan zinc dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.

Memperbaiki Masalah Prostat - Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakkan prostat dalam kadar 70%

Kemampuan Seks Lelaki - Pengambilan Zinc untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

Ovulasi Wanita - Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus, mengembalikan daya ketahanannya.

Memperbaiki Radang Kulit - Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

Mengekalkan Deria Bau - Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif (rasa dan bau)


Siapa Perlukan Shaklee Zinc Complex?

Walaupun Zinc adalah khazanah lelaki yang tidak ternilai namun manfaat Zinc adalah menyeluruh dan sejagat kepada setiap remaja, wanita dan juga orang tua. Wanita mengandung dan juga Ibu menyusu disarankan untuk mengambil lebih nutrisi Zinc untuk perkembangan dan tumbesaran anak yang sempurna.

Gambar Hiasan : 90% kanak-kanak pendek adalah di Indonesia disebabkan masalah kurang nutrisi yang diwarisi daripada ibu mereka. Sumber : health.liputan6.com



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my



Tuesday, October 27, 2015

Perlawanan Akhir Piala AFC 2015 : JDT Ialah Wakil Asia Timur Pertama Ke Peringkat Akhir



Penggantungan Persatuan Bolasepak Kuwait (KFA) oleh FIFA berkuatkuasa pada 16.10.2015 yang lalu kerana gagal untuk membuat pindaan undang-undang sukan telah memberikan impak yang sangat besar pada Piala AFC 2015 kali ini.

FAM versi Kuwait

Ini disebabkan oleh 2 pasukan pilihan dalam Piala AFC 2015 kali ini ialah dari Kuwait iaitu Al-Qadsia selaku juara bertahan manakala Al-Kuwait (Kuwait SC) selaku pasukan paling berjaya dengan 3 kejuaraan dalam sejarah kempen Piala AFC.



Dalam perlawanan separuh akhir pertama Al-Qadsia sedang mendahului JDT (Malaysia) dengan 3-1 manakala Kuwait SC sedang mendahului Istiklol (Tajikistan) dengan 4-0. Ini bermakna, kedua-dua pasukan JDT dan Istiklol yang kali pertama beraksi dalam kempen Piala AFC akan beraksi di perlawanan akhir Piala AFC buat julung kalinya.

Pasukan JDT juga bukan sahaja menempa sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Piala AFC, malahan merupakan pasukan pertama dari Asia Timur mara ke perlawanan akhir Piala AFC.



Pasukan JDT dibarisi oleh majoriti pemain kebangsaan yang diketuai oleh Shafiq Rahim yang mengemudi jentera tengah bersama-sama dengan bintang Singapura, Hariss Harun. Jentera serangan pula diterajui oleh bintang berpengalaman dari Argentina, Luciano Figueroa manakala benteng pertahanan ampuh dengan kehadiran Marcos Antonio (Brazil)



Pasukan Istiklol pula diperkuatkan dengan penjaring terbanyak mereka iaitu Kurshed Makhmudov serta bekas penyerang Lokomotiv Moscow, Manuchekhr Dhalilov. Benteng pertahanan Istiklol diketuai oleh Petro Kovalchuk (Ukraine) dan gawang gol pula dikawal oleh bekas pemain remaja Serbia, Nikola Stosic.



JDT juga perlu berhati-hati dengan kemampuan pasukan dari Dushanbe ini walaupun ini kali pertama mereka menyertai kempen Piala AFC. Di peringkat kumpulan Istiklol menjadi juara kumpulan mengatasi Al-Qadsia. Al-Qadsia juga tidak pernah menewaskan Istiklol di peringkat kumpulan.

Kemudian, di peringkat kalah mati, Istiklol menewaskan juara Syria, Al-Wahda menerusi penentuan sepakan penalti. Pada peringkat suku akhir pula, Istiklol membelasah Pahang 4-0 di Dushanbe. Walaupun Pahang menewaskan Istiklol 3-1 di Kuantan, tapi ini tidak dapat menghalang kemaraan Istiklol ke separuh akhir.

Pintu masuk stadium Pamir di Dushanbe, Tajikistan yang menjadi venue perlawanan akhir Piala AFC 2015

Berdasarkan undian, perlawanan akhir Piala AFC 2015 akan diadakan di Stadium Pamir, Dushanbe pada 31.10.2015. Di atas kertas Istiklol adalah calon juara berdasarkan kepada prestasi dan juga kekuatan sokongan daripada penyokong tempatan nanti. Namun, di bawah kendalian Mario Gomez, JDT sentiasa ada helah tersembunyi untuk menghadapi lawan mereka. Samada sejarah seterusnya tercipta bergantung kepada persembahan JDT di atas padang.

Luasakan kuasamu!!!



Monday, October 26, 2015

Prosante : Set Penjagaan Rambut Semulajadi Untuk Menghalang Rambut Gugur



Rambut Gugur??? Bagi sesetengah orang Rambut Gugur bukanlah perkara yang pelik sebab keturunan mereka dah biasa dengan Rambut Gugur... Bagi sesetengah orang pula Rambut Gugur adalah suatu masalah yang perlu diselesaikan. Mengapa jadi begini??? Apabila rambut menjadi halus, nipis dan lemah maka risiko untuk Rambut Gugur adalah tinggi!

Tetapi apabila Rambut Gugur berlaku setiap hari dan dalam jumlah yang banyak... tak kisah samada ini adalah faktor keturunan ataupun tidak, kita seharusnya sudah mula risau akan situasi ini. Rambut Gugur seperti ini bukan sahaja menunjukkan bahawa hormon kita tak stabil malah adalah petunjuk bahawa kulit kita terutama sekali kulit kepala semakin tidak sihat.



Sebab itu mengikut statistik, 50% daripada lelaki mengalami masalah berkaitan penipisan rambut dalam hidup mereka, manakala 40% wanita juga akan mengalami tanda yang ketara masalah penipisan rambut pada umur 35 tahun. Rambut setiap orang juga akan mengalami kerosakan akibat diet tidak baik, kurang nutrisi, proses kimia ke atas rambut dan tekanan.


Tips Elak Rambut Gugur

1) Sentiasa membelai rambut - ini akan merangsang aliran darah pada kulit kepala dan menyebabkan penghasilan rambut yang kuat dan kurang risiko untuk Rambut Gugur

2) Ambil beberapa helai daun bunga raya dan daun lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar sehingga hancur. Perap ramuan tersebut pada rambut sehingga ke kulit kepala selama setengah jam. Boleh dilakukan selama 2 kali seminggu untuk dapatkan rambut yang cantik, hitam dan lebat

3) Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata atas kulit kepala. Biarkan selama setengah jam dan kemudian bilas. Boleh dilakukan 2 minggu sekali

4) Lumur santan pada rambut dan kulit kepala selepas diperahkan air limau atas kulit kepala. Perapkan selama setengah jam dan kemudian bila. Boleh dilakukan 2 bulan sekali


Walaubagaimanapun ada ketikanya, kita dah mengamalkan tips-tips yang terbaik untuk elak risiko Rambut Gugur, namun ia tetap berlaku.


Punca-Punca Rambut Gugur

1) Genetik - faktor keturunan

2) Hormon - kehamilan, melahirkan anak dan menopaus. Perubahan hormon-hormon tertentu secara drastik boleh menyebabkan Rambut Gugur

3) Penyakit - seperti kencing manis dan gangguan Tiroid menyebabkan tubuh badan mengalami tekanan seterusnya menyebabkan Rambut Gugur

4) Tekanan - Trauma yang teruk boleh menyebabkan Rambut Gugur secara tiba-tiba sehingga 4000 rambut sehari!

5) Pengambilan ubat-ubatan moden seperti anti-stress, anti kolesterol dan pil perancang

6) Rambut rosak akibat rawatan rambut yang berlebihan sehingga rambut menjadi lemah dan mudah gugur

7) Kekurangan nutrisi tertentu seperti Zink dan Zat Besi


Kesimpulannya masalah Rambut Gugur adalah bermula daripada kulit kepala. Kesemua punca yang disebutkan terutamanya Tekanan mampu menekan akar (folikel) rambut sehingga menyebabkan bebuli rambut "berehat" untuk tempoh yang panjang seterusnya menyebabkan rambut menjadi halus, lemah dan sukar diurus.




ProSante telah dirumus khas daripada 10 vitamin, mineral dan herba untuk menyokong kulit kepala, tidak menanggalkan warna dan kelembapan rambut. Oleh itu, rambut anda akan kelihatan hebat walau dimana jua anda berada tanpa terikat pada musim mahupun cuaca yang berbeza-beza.

Tidak seperti syampu atau Set Penjagaan Rambut yang lain, ProSante adalah berbeza kerana :-

* Tiada Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Natrium Laureth Sulfat (SLES)
* Tiada Cocamide DEA atau Lauramide DEA
* Selamat untuk semua jenis rambut, walaupun diwarna atau dirawat kimia
* Keseimbangan pH
* Tiada minyak yang menyebabkan tersumbat
* Tiada Propilen Glikol
* Tiada Quartenium 15
* Tiada bahan pengawet "Penderma Formaldehyde" (seperti Imidazolidinyl Urea atauDiazolidinyl Urea)
* Tiada warna atau bahan pewarna
* Tidak mengeringkan, tidak menanggalkan
* Diuji oleh ahli dermatologi
* Diuji secara klinikal
* Tidak menyebabkan folikel rambut tersumbat
* Tidak diuji ke atas haiwan

Ramai pengguna telah mencuba dan sangat gembira dengan kesannya




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my





Friday, October 23, 2015

Khas Untuk Peminat Tegar Teh - 10 Teh Paling Mahal Di Dunia



Adakah anda peminat tegar teh? Jika ya, sila lihat samada anda pernah mencuba teh-teh ini. Sebab itu tidak hairanlah mengapa peminat tegar teh sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk menikmati "teh impian" mereka.

Peminat tegar teh juga dapat membezakan setiap aroma teh yang berlainan, struktur daun teh yang berbeza, warna daun juga diambilkira malah akan menikmati bunyi daun teh yang disiramkan dengan air panas! Sangat menakjubkan!

Selepas selesai membaca, anda juga akan tahu bahawa teh yang anda minum tidak semestinya berasal daripada daun. Teruskan juga membaca untuk mengetahui harga-harga teh terpilih di seluruh dunia.


1. Teh Da-Hong Pao 
    (1kg = RM4.3 juta/1.2USD)
    (1 cawan* = RM13,500)



Teh Da-Hong Pao bermaksud "Big Red Robe" kerana kerajaan Dinasti Ming pada masa itu menggunakan Jubah Merah Besar untuk menutup 4 semak dimana tumbuhnya teh ini yang kononnya telah menyembuhkan penyakit salah seorang kerabat diraja mereka.

Di lereng-lereng gunung inilah terdapatnya daun teh Da-Hong Pao

3 daripada semak yang dimaksudkan sehingga kini masih wujud di dinding-dinding batu Gunung Wuyi, Fujian, China. Ini menjadikan kos penghasilan teh ini sangat tinggi. Kini, teh ini cuma dihidangkan kepada tetamu kehormat negara China.



2. Teh PG Tips Diamond 
    (1 uncang teh = RM54,000/15,000USD)
    (1 cawan* = RM1,683)



Teh ini berasal dari United Kingdom. Perkataan "Tips" bermaksud 2 helai pucuk paling atas pada pokok teh sahaja yang kononnya dikisar untuk menghasilkan teh ini. Tidak pasti adakah uncang teh ini dibuat daripada berlian atau kertas yang bertatahkan berlian? Berbaloikah?


3. Teh Panda Dung 
    (1kg = RM252,000/70,000USD)
    (1 cawan* = RM784)



Teh ini ditanam di kawasan pergunungan Ya'an, Sichuan, China dan disuburi dengan najis panda sebagai baja utama (tutup hidung...). Pemilik teh ini mendakwa teh ini mahal kerana sangat berkhasiat memandangkan panda hanya makan buluh liar sahaja.

Baja emas yang menaikkan harga Teh Panda Dung

Panda juga hanya menyerap 30% sahaja nutrisi makanannya dimana 70% nutrisi daripada makanan disingkirkan melalui najis panda. Oleh itu, kononnya najis panda adalah 100% organik dan menjadikan teh ini sangat berkhasiat. Pilihan di tangan anda!


4. Teh Vintage Narcissus Wuyi Oolong 
    (1kg = RM23,380/6,500USD)
    (1 cawan* = RM72)



Sejenis teh Oolong dari Wuyi, China. Selain daripada khasiatnya, teh ini menjadi mahal kerana telah disimpan lama zaman berzaman. Teh ini telah dieksport ke Singapura dari China pada tahun 1960-an. Setelah beberapa kali bertukar pemilik, akhirnya teh ini telah dihantar ke Hong Kong untuk proses lelongan awam pada tahun 2013. Apa yang menarik ialah pembida terakhir yang berjaya membeli "teh antik" ini ialah rakyat Malaysia.


5. Teh Tieguanyin 
    (1kg = RM10,791/3,000USD)
    (1 cawan* = RM33)



Teh ini boleh didapati di Anxi dalam daerah Fujian, China. Teh ini dinamakan sempena nama seorang sami Budha iaitu Guanyin. Proses penghasilan teh ini yang kompleks dan memerlukan kepakaran adalah antara sebab mengapa teh ini menjadi mahal.


6. Teh Yellow Gold Tea Buds 
    (1kg = RM10,791/3,000USD)
    (1 cawan* = RM33)



TWG ialah sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura yang mendapatkan daun teh dari negara China. Setiap tunas daun teh akan disalut dengan emas 24 karat. Hmmm.... minum air emas??? Boleh ke?


7. Teh Poo Poo Pu-Erh  
    (1kg = RM3,600/1,000USD)
    (1 cawan* = RM11)



Teh jenis ini adalah berasal dari daerah Yunnan, China. Teh jenis ini bukannya jenis daun sebaliknya najis serangga-serangga yang hanya makan daun teh sahaja (tutup hidung sekali lagi... teringat pulak kat Kopi Luwak). Proses pengutipan najis serangga ini yang rumit kerana terlalu kecil adalah punca mengapa teh ini menjadi mahal???


8. Teh Gyokuro 
    (1kg = RM2,338/650USD)
    (1 cawan* = RM7.20)



Penat sudah menjelajah China... sekarang kita ke Jepun pulak. Teh Gyokuro ni berbeza dengan teh hijau Jepun yang lain kerana, daun teh Gyokuro tidak boleh kena cahaya matahari 2 minggu sebelum dipetik. Ini bertujuan, untuk meningkatkan kadar beberapa jenis asid amino dalam daun supaya teh ini mempunyai aromanya tersendiri.



9. Teh Silver Tips Imperial 
    (1kg = RM1,439/400USD)
    (1 cawan* = RM3.60)



Sekarang kita ke India pulak... Teh jenis ini hanya boleh didapati di ladang teh Makaibari yang terletak di Bengal Barat berhampiran dengan Nepal. Di ladang ini jugalah iaitu di Kurseong, Darjeeling terdapatnya kilang teh yang pertama di dunia iaitu dibina pada tahun 1859.


10. Teh Tienchi Flower 
      (1kg = RM611/170USD)
      (1 cawan* = RM1.80)



Teh ini juga hanya didapati di kawasan Yunnan, China. Teh ini merupakan spesis ginseng dimana bunganya yang seakan-akan brokoli boleh dibuat teh dan mempunyai rasa ginseng yang berangin.


* 1 cawan teh kecil Cina/Jepun
* Harga 1 cawan adalah anggaran semata-mata
* Nilai RM setakat bulan Mei 2015




Buat para pengemar teh di luar sana, hanya anda sendiri yang tahu samada berbaloi atau tidak menikmati semua teh di atas. Bagi saya, cukuplah menikmati teh yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah seperti Cinch Tea Energy Mix yang kaya dengan polyphenols dan bertindak sebagai "energy booster" dan "metabolisme booster".


Selamat mencuba!!!



# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my




Thursday, October 22, 2015

Demam Kepialu (Thypoid Fever) - Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat



Baru-baru ini kecoh dan gempar apabila merebaknya wabak demam kepialu di sekitar kawasan KL, Cheras dan Hulu Langat. Demam Kepialu ataupun dikenali sebagai Thypoid Fever ialah sejenis demam yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Salmonella Thypi.

Bintik-bintik merah pada badan adalah tanda biasa penghidap demam kepialu

Wabak kepialu kali ini dikatakan berpunca daripada warga asing khususnya dari negara Bangladesh. Sebagai langkah pencegahan, penduduk di kawasan yang diserang wabak kepialu ni dinasihatkan untuk elak makan di luar. Tidak lama kemudian, air batu kiub yang biasanya diletakkan dalam air sejuk yang dibeli di mana-mana gerai atau kedai makan dikatakan menjadi punca kepada wabak kepialu dimana air batu kiub ini juga disediakan oleh warga asing.


Bagaimana Demam Kepialu Boleh Berjangkit?

Demam Kepialu akan berjangkit melalui makanan atau minuman yang tercemar. Individu yang menjadi "ejen pembawa" bakteria ini mungkin telah membawa bakteria ini untuk tempoh jangka masa yang lama sebelum dipindahkan ke makanan ataupun minuman.




Bagaimana Demam Kepialu Boleh Dikesan?

Demam Kepialu boleh dikesan melalui ujian pada sampel najis pesakit. Sekiranya gagal, ujian darah juga boleh dijalankan untuk mengenalpasti samada pesakit tersebut menghidapi demam kepialu.







Tanda-Tanda Demam Kepialu

Pada kebiasaannya, minggu pertama dan minggu kedua adalah peringkat permulaan demam kepialu sebelum menjadi semakin teruk pada minggu ke-3 dan seterusnya. Antara tanda-tanda yang biasa penghidap demam kepialu ialah :-

- kurang selera makan
- sakit kepala
- sakit-sakit biasa di otot dan perut
- demam yang kuat sehingga 40 darjah celcius
- kelesuan
- cirit-birit


Rawatan Demam Kepialu

Demam Kepialu boleh dirawat dengan menerima suntikan antibiotik. Walaupun telah pulih sepenuhnya, 3%-5% daripada bekas pesakit demam kepialu pada kebiasaannya akan jadi "ejen pembawa" bakteria ini.

Selain itu, dari segi pemakanan pula, pesakit demam kepialu sangat-sangat perlu untuk mengambil kalori (tenaga) menggunakan sumber protein dan juga membanyakkan minum air isotonik atau air elektrolit bagi mengelakkan kehilangan air yang banyak dari badan seperti yang disarankan oleh diet health club.

Sumber protein dan air elektrolit yang terbukti berkesan


Pencegahan Demam Kepialu

Mencegah lebih baik dari merawat, Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan :-

- kerap cuci tangan
- makan makanan yang telah dimasak
- elak makan makanan di jalanan
- elak minum air yang tidak bersih dan tidak dirawat
- elak makan buah dan sayur mentah
- pilih makanan yang panas




Sesungguhnya memang benar mencegah penyakit itu lebih baik daripada merawatnya. Kebersihan diri, makanan dan minuman serta persekitaran amat penting supaya bakteria tidak mudah membiak dan menyebabkan penyakit. Namun, usah kita risau kerana setiap penyakit di dunia ini pasti ada ubatnya melainkan kematian.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...