Tuesday, March 29, 2016

Malaysia B22 (1) Nepal (1) : Eksperimen Seterusnya Frank Bernhardt



Selesai game persahabatan ke-2 untuk Skuad Projek Sukan Sea 2017 dimana pasukan negara akhirnya berjaya mengikat pasukan Nepal dengan jaringan 1-1. Berbanding game masa lawan Filipina bawah 22 tahun, game lawan Nepal nampaknya lebih mencabar dengan corak permainan pasukan Nepal yang lebih fizikal dan pantas dibantu dengan sokongan padu daripada penyokong mereka yang membanjiri Stadium Paroi.

Baca : Malaysia B22 (4) Filipina B22 (1)




Frank Berndhart telah menampilkan muka-muka baru seperti Zairulizwan (T-Team), Shahrul Hakim (Kelantan) dan Raphi Azizan (Kedah) dalam game ini. Namun, kesilapan demi kesilapan telah menyebabkan Raphi Azizan dikeluarkan lebih awal iaitu pada minit ke-40 dan digantikan dengan Danish Haziq (N.Sembilan).

Gol Nepal di separuh masa pertama juga berpunca daripada kesilapan ketua pasukan Faris Shah sehingga menyebabkan bola dengan mudah dirampas oleh penyerang Nepal, Bharat Kawas dan terus menjaringkan gol. Beginilah formasi yang digunakan pada separuh masa pertama :-




Pada separuh masa kedua, pasukan negara tampil dengan formasi yang lebih menyerang. Zairulizwan dan Syamie Iszuan yang tidak efektik pada separuh masa pertama dikeluarkan dan digantikan dengan Syazwan Andik dan S. Kumaahran. Namun gol yang dicari-cari tidak juga kunjung tiba.

Arif Anwar - penyerang skuad Piala Presiden Kuala Lumpur

Akhirnya, pasukan negara dapat juga menyamakan kedudukan menerusi penyerang gantian Arif Anwar yang bijak menyudahkan peluang setelah mendapat hantaran cantik daripada Shahrul Hakim. Selain daripada Arif Anwar, Syazwan Andik dan Zuasyraf juga membuat penampilan pertama dalam Skuad Projek Sukan Sea 2017 ini.





Game pertama lawan Filipina B22 nampak lebih menarik berbanding dengan game lawan Nepal ni. Apa-apa pun mereka semua sedang dalam proses ujian dan percubaan serta diperhatikan oleh coach Frank Bernhardt. Perjalanan masih jauh dan banyak peluang di hadapan yang perlu budak-budak ni manfaatkan.

Hanya yang terbaik saje akan dipilih oleh coach Frank Bernhardt untuk menjadi skuad utama dalam Projek Sukan Sea 2017 ni.

Ayuh..... Ayuh Malaysiaku!

#tunjukkanbelangmu



Thursday, March 24, 2016

Skuad Projek Sukan Sea 2017 - Resipi Pertama Coach Frank Bernhardt



Semalam berlangsungnya perlawanan persahabatan di antara pasukan Malaysia B22 dan juga Filipina B22 di Stadium Paroi yang berkesudahan pasukan negara menang 4-1. Skuad negara bawah 22 tahun ni ialah skuad projek Sukan Sea 2017 di bawah kendalian jurulatih dari Jerman, Frank Bernhardt.

Setelah pencapaian yang sangat memalukan dalam Sukan Sea 2015 di Singapura, beberapa rombakan dibuat kepada pasukan muda negara termasuklah mengambil jurulatih dari luar, Frank Bernhardt manakala Datuk OKS telah dinaikkan sebagai jurulatih skuad utama negara. Barisan pemain negara menentang Filipina ini nampak banyak variasi tidak seperti skuad Sukan Sea 2015 yang lalu seolah-olah ketandusan penyerang muda.

Baca : Skuad Sukan Sea 2015


Sebelum mengendali skuad muda negara, Frank Bernhardt menjadi pembantu pengurus kepada pasukan simpanan dan remaja St Pauli dalam Liga Jerman, mengendalikan pasukan Estonia bawah 19 dan 21 tahun dan yang terakhir menjadi pengurus kepada kelab Kalev Tallinn di Estonia.


Frank Bernhardt ketika menjadi jurulatih pasukan simpanan dan remaja St Pauli

Frank Bernhardt bersama pasukan remaja Estonia

Pada separuh masa pertama, Frank Bernhardt membariskan pemain-pemain berikut dalam barisan skuad bawah 22 tahun menentang pasukan Filipina bawah 22 tahun :-





Separuh masa pertama tamat dengan jaringan 2-0 hasil jaringan daripada Arif Farhan dan juga S Kumaahran. Kedua-dua gol disumbangkan hasil gerakan daripada bahagian sayap kanan yang diketuai oleh Syamie Iszuan.

Pemain kacukan Ghana-Sarawak, Rodney Celvin Akwensivie

Sebaik saja separuh masa ke-2 bermula, Frank Bernhardt membuat pertukaran di bahagian serangan dan pertahanan. Syafiq Ahmad masuk menggantikan Jafri Firdaus Chew manakala pemain kacukan Ghana-Sarawak, Rodney Celvin masuk menggantikan Adib Zainuddin. Setelah Arif Farhan dikeluarkan, barisan pemain negara kelihatan seperti berikut :-





Perlawanan tamat dan berkesudahan dengan jaringan 4-1. 2 lagi gol negara dihasilkan melalui tandukan N. Thanabalan yang menyambut tendangan percuma Farhan Roslan. Manakala gol ke-4 dijaringkan oleh Farhan Roslan melalui sepakan penalti.

Masih terlalu awal untuk menilai skuad projek Sukan SEA 2017 ini, tapi ada beberapa orang pemain baru yang mampu pergi jauh seperti Syamie Iszuan (Sarawak) dan Khairil Anuar (Perak). Dengan tersenarainya Haziq Nazli (PDRM) dan Adib Zainuddin (UiTM) telah membuktikan bahawa tidak semestinya bermain dengan kelab besar akan menjamin peluang bermain dengan pasukan kebangsaan.

Syamie Iszuan (No 21)

Selain itu, ada beberapa orang lagi pemain-pemain muda yang masih belum diturunkan seperti bekas ketua pasukan Harimau Muda C, Dominic Tan Jui Jin yang kini beraksi bersama JDT II. Perlu diingatkan bahawa 3 orang bintang muda negara terlibat dengan skuad utama kebangsaan iaitu Mathew Davies (Pahang), Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah) dan Adam Nor Azlin (Selangor).

Skuad Projek Sukan Sea 2017 ini juga masih belum dimuktamadkan. Ini bermakna peluang masih ada untuk mana-mana pemain muda dalam Liga Malaysia untuk menyinar dengan pasukan masing-masing untuk menraik perhatian coach Frank Bernhardt sebelum diserapkan dalam skuad Projek Sukan Sea 2017 ini.

Baca : Malaysia B22 (1) Nepal (1)


Ayuh.... ayuh Malaysiaku!

#tunjukkanbelangmu




Monday, March 14, 2016

Strok Haba Boleh Menyebabkan Maut - Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau



Pernahkah anak anda pulang dari sekolah dalam keadaan sangat penat, lembik dan tidak berdaya terutama sekali jika anak anda terlibat dalam aktiviti luar dan aktiviti sukan? Tahukah anda ini adalah gejala Strok Haba yang menyebabkan hilang banyak air dalam badan?

Merentas Desa

Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya di bawah panahan cahaya matahari yang terik melebihi 40 darjah celcius ke atas, sedangkan tinted cermin kereta anda tidak sehebat mana pun dan pada masa yang sama tiada bekalan air minuman sama sekali dalam kereta?



Panik, keliru, tidak puas hati, meradang dan cepat naik darah adalah situasi biasa yang mungkin berlaku kepada anda. Tahukah anda ini juga adalah gejala Strok Haba?

Apa Itu Strok Haba?

Suhu normal badan manusia ialah 37 darjah celcius. Strok Haba berlaku apabila suhu dalaman badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius akibat cuaca yang terlampau panas menyebabkan kurangnya air dalam badan. Strok Haba boleh menyebabkan suhu dalaman badan seseorang meningkat secara mendadak sehingga 41 darjah celcius.



Bagaimana Strok Haba Berlaku?

Strok haba boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk binatang peliharaan seperti kucing dan anjing. Suhu yang terlalu panas ini akan menyebabkan proses berpeluh berlaku secara semulajadi (untuk menyejukkan badan kita) yang menyebabkan kekurangan air dan garam mineral dalam badan kita (dehydration), sawan, kekeliruan (confusion), kerosakan otak dan organ dalam badan dan seterusnya kematian.

Sumber : Dr Ahmad Mahyuddin


Apakah Gejala Strok Haba?

Tanda-tanda awal strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun pada suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. Tanda-tanda lain serangan Strok Haba ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga terutama sekali ketika cuaca yang terlampau panas untuk mengelak daripada diserang Strok Haba. Mencegah lebih baik dari Merawat!


Tips Ketika Cuaca Panas Melampau

  1. Hadkan aktiviti luar dan sentiasa berada di rumah atau dalam bangunan
  2. Sentiasa memakai tutup kepala atau memakai payung ketika berada di luar
  3. Pakai pakaian yang ringan, bewarna terang dan longgar ketika berada di luar
  4. Kerap minum air yang banyak walaupun tidak dahaga
  5. Minum air yang berisotonik untuk menggantikan garam mineral yang hilang ketika berpeluh
  6. Kerap berehat
  7. Kerap mandi 
  8. Elak minuman berkafein dan mempunyai kandungan gula yang tinggi
  9. Elak berada dalam kenderaan bertutup untuk tempoh yang lama

Kaitan Antara Peluh, Air dan Garam Mineral

Berpeluh ialah proses pengeluaran cecair yang mengandungi garam bertujuan untuk menyejukkan tubuh badan kita. Lebih kerap kita berpeluh lebih banyak cecair dan garam mineral yang dikeluarkan. Sekiranya cecair dan garam mineral tersebut tidak digantikan secepat mungkin, maka akan terjadilah gejala-gejala serangan Strok Haba yang dinyatakan di atas.

Air dan garam mineral dalam tubuh sangat penting untuk menjaga kestabilan bendalir dalam tubuh supaya tidak kekeringan dan seterusnya mengelakkan berlakunya dehidrasi. Garam Mineral dalam tubuh ini dipanggil Elektrolit. Kesimpulannya anda mudah diserang Strok Haba jika kurangnya elektrolit dalam tubuh badan.


Air Tidak Mempunyai Elektrolit?

Apabila kita kerap berpeluh, air yang diminum hanya membantu menyejukkan tubuh kita dan menggantikan air yang hilang akibat berpeluh. Sebaliknya, elektrolit atau garam mineral ini juga telah hilang semasa berpeluh dan masih belum digantikan.

Elektrolit sangat penting untuk menjalankan fungsi tubuh seperti fungsi otot dan tahap keasidan dalam darah. Sebab itulah garam mineral ini dipanggil elektrolit kerana menghasilkan ion-ion elektrik dalam tubuh untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu dalam tubuh. Sebab itu jugalah, elektrolit yang hilang dan tidak diganti seperti Strok Haba dan Demam Denggi boleh membawa maut kerana tubuh badan tidak berfungsi dengan normal akibat KEHILANGAN garam mineral.


Performance Drink Kaya Dengan Garam Mineral?

Kebanyakan minuman isotonik yang ada dalam pasaran adalah bersifat karbonat dan mengandungi gula yang berlebihan. Sebab itulah Performance Drink, satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula. Performance Drink juga adalah minuman pilihan para atlet dan angkasawan NASA.




Performance Drink juga mempunyai kandungan natrium (sejenis garam) yang rendah, mempercepatkan penyerapan cecair dan sekaligus mengatasi masalah dahaga (kurang haus). Performance Drink juga mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah. Oleh itu, Performance Drink akan memberikan kesan dengan cepat, anda akan jadi lebih cergas dan kurang penat.



Performance Drink ini hanya berharga 87.45 (harga pasaran) sahaja untuk 1 cannister, sangat berbaloi untuk anda sekeluarga. Malah, beberapa orang pelanggan juga telah membeli Performance Drink untuk mangsa demam denggi yang kehilangan elektrolit dalam tubuh, dan Alhamdulillah telah sembuh. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

Saksikan Pakar Nutrisi bercakap tentang merawat Demam Denggi tanpa ubat



Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.

KLIK SINI untuk Testimoni Video yang lain

KLIK SINI untuk Testimoni Video yang lain

KLIK SINI untuk Testimoni Video yang lain


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my


Monday, March 7, 2016

Piala FA Malaysia 2016 - Hanya PDRM dan PKNS FC Tiada Pengalaman Beraksi Di Perlawanan Akhir



Lengkap sudah 8 pasukan yang layak ke suku akhir Piala FA Malaysia 2016. Piala FA tahun 2016 kali ni telah ditaja oleh "SuperBest Power" iaitu sebuah jenama minuman. Sebab tu selalu diorang dok cakap SuperBest Power Piala FA 2016 dalam TV.

Sabah, Kedah, PDRM, JDT, Sime Darby, PKNS, Perak dan Kuala Lumpur telah melepasi halangan masing-masing dan layak ke suku akhir Piala FA 2016. Banyak nama-nama besar yang tak layak kali ini seperti Kelantan (naib juara 2015), Pahang (juara 2014), Felda United (naib juara 2014), Terengganu (juara 2011) dan juga Selangor.

Daripada 8 pasukan ini terdapat 4 pasukan daripada Liga Super iaitu Kedah, PDRM, JDT dan Perak manakala 4 lagi pasukan dari Liga Perdana iaitu Sabah, Sime Darby, PKNS dan Kuala Lumpur. Ini menunjukkan betapa seimbangnya kekuatan yang dimiliki setiap pasukan baik dari Liga Super mahupun dari Liga Perdana.


Sabah

Sabah boleh dikatakan amat bernasib untuk melangkah ke suku akhir. Sabah mara setelah menewaskan MOF (Ministry of Finance) 3-0 dan seterusnya menewaskan ATM 2-1. Kedua-dua perlawanan Sabah diadakan di Kota Kinabalu. Di peringkat suku akhir Piala FA 2016, Sabah akan menanti cabaran Kedah.

Bekas pemain sayap Harimau Muda, Maxsius Musa (biru) menjadi sandaran utama pasukan Sabah musim ini

Dalam Liga Perdana, Sabah masih lagi belum mengutip sebarang mata iaitu tanpa menang dan tanpa seri dalam 4 perlawanan liga setakat ini.

Rekod Piala FA : Juara 1 kali (1995) dan Naib juara 3 kali (1993, 1994, 1998)


Sime Darby

Sime Darby mara ke suku akhir setelah menewaskan JDT II 2-0 di Selayang sebelum mengejutkan Pahang 1-0 di Kuantan. Lawan Sime Darby di suku akhir Piala FA 2016 nanti ialah PKNS FC.

Nazrul Kamaruzaman - bekas penyerang Harimau Muda dan Selangor yang semakin meningkat naik

Dalam Liga Perdana setakat ini Sime Darby menghuni di tangga ke-9 liga daripada 12 pasukan dengan mencatat sekali kemenangan, 2 kali seri dan tewas sekali.

Rekod Piala FA : Naib juara 1 kali (2012)


PKNS

PKNS pula mara ke suku akhir dengan megah setelah membuat 2 kali kejutan. Kejutan pertama ialah mereka menewaskan Terengganu 3-1 dan seterusnya PKNS menewaskan naib juara Piala FA 2014, Felda United dengan jaringan 3-2. Menanti PKNS di suku akhir Piala FA 2016 ialah Sime Darby.

Shahrul Azhar Ture - Ketua pasukan PKNS FC kelahiran Tawau, Sabah

Dalam Liga Perdana, PKNS menghuni tangga ke-6 liga dengan 6 mata setelah menang 2 kali dan tewas 2 kali.

Rekod Piala FA : Tiada


Kuala Lumpur

Di bawah bimbingan bekas pengendali Sime Darby Ismail Zakaria, Kuala Lumpur bermula dengan cemerlang musim ini. Kuala Lumpur terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan Melaka United 4-2 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga masa tambahan. Kemudian Kuala Lumpur dengan cemerlangnya menundukkan anak buah Dollah Salleh di Kangar, Perlis dengan jaringan 2-0.

Ahmad Azlan Zainal (kiri) - anak jati Kuala Lumpur yang kaya dengan pengalaman
kini menjadi kapten pasukan The City Boys

Kini, Kuala Lumpur adalah pendahulu Liga Perdana dengan 10 mata setelah menang 3 kali dan seri sekali. Menanti Kuala Lumpur di suku akhir Piala FA 2016 ialah pasukan Perak.

Rekod Piala FA : Juara 3 kali (1993, 1994 dan 1999) dan Naib juara 1 kali (1992)

Baca : Kenali pemain import Liga Perdana 2016


Perak 

Perak masih lagi belum mengutip sebarang kemenangan dalam Liga Super dan menghuni tangga ke-9 liga daripada 12 pasukan dengan 3 kali seri dan tewas sekali.

Bekas pemain Harimau Muda dan Felda United, Mohd Shahrul Saad
kembali menabur bakti bersama pasukan kelahirannya Perak yang dibimbing abangnya Syamsul Saad

Perak mara ke suku akhir setelah menundukkan anak buah K Rajagopal, Sarawak 3-1 setelah masa tambahan dan seterusnya menewaskan Kuantan FA 1-0. Lawan Perak di suku akhir Piala FA 2016 ialah pasukan yang sedang meningkat naik iaitu Kuala Lumpur.

Rekod Piala FA : Juara 2 kali (1990 dan 2004) dan Naib juara 3 kali (1991, 2002 dan 2005)


PDRM

PDRM pula hanya satu tangga di atas Perak iaitu menghuni di tangga ke-8 lapan liga setelah menang sekali, seri 2 kali dan tewas sekali.

Pasukan PDRM diketuai oleh bekas bintang Terengganu dan T-Team, Muhammad Faizal sebagai ketua pasukan

PDRM terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pasukan yang sedang meningkat naik, DRB-Hicom dengan jaringan 2-1 setelah masa tambahan di Tanjung Malim dan seterusnya mengejutkan Selangor 2-1. PDRM akan bertemu JDT dalam perlawanan suku akhir Piala FA 2016.

Rekod Piala FA : Tiada


Kedah

Kedah berada di tangga ke-4 Liga Super di belakang Selangor, JDT dan Felda United setelah menang 2 kali, seri sekali dan tewas sekali.

Ariff Farhan Isa - pemain serba boleh dari Kedah

Kedah membelasah pasukan Megah Murni FC 8-0 dan seterusnya menang 5-4 menerusi sepakan penalti ke atas Kelantan setelah kedua-dua pasukan seri 1-1. Kedah akan bertemu Sabah pada perlawanan suku akhir Piala FA 2016.

Rekod Piala FA : Juara 3 kali (1996, 2007 dan 2008) dan Naib juara 1 kali (2010)


JDT

Rekod JDT dalam Piala FA memang tidak berapa bagus dengan hanya menjadi juara pada tahun 1998 sebagai Johor FA dan menjadi naib juara pada tahun 2013 setelah tewas kepada Kelantan 1-0.

Kini, JDT menghuni tangga ke-2 Liga Super di belakang Selangor dengan 10 mata dan dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Setelah cemerlang membantu Pulau Pinang musim lepas, Azinee Taib kembali berkhidmat untuk JDT

JDT mara ke suku akhir setelah membelasah UiTM 5-0 di Shah Alam dan menewaskan Negeri Sembilan 4-1 di Johor Bharu. JDT akan menanti cabaran PDRM pada perlawanan suku akhir Piala FA.

Rekod Piala FA  : Naib Juara 1 kali (2013)

Baca : Kenali Pemain Import Liga Super 2016


Suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan secara timbal balik manakala perlawanan akhir Piala FA 2016 akan diadakan secara single match di venue yang akan ditentukan kelak. Inilah masanya untuk pasukan-pasukan kerdil menjadi giant killer dan membuat kejutan. Tambahan pula, juara Piala FA akan mendapat satu slot untuk bertanding dalam Piala AFC 2017.



Wednesday, March 2, 2016

Farm In The City - Mini Zoo Yang Memorable Dan Best!



Masa cuti Tahun Baru Cina 2016 tempoh hari berpeluang bawak famili jalan-jalan di Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Sebelum ni tak pernah dengar nama tempat ni... tapi hujung tahun 2015 rombongan sekolah anak plan nak pergi kat sini tapi hajat tak kesampaian sebab Farm In The City tutup.

Lepas tu ada beberapa orang kawan yang upadate status dah pergi kat Farm In The City ni.... macam best jer... yelah seolah-olah ada taman haiwan atau zoo mini yang terletak di kawasan bandar. Cuba google untuk dapatkan beberapa maklumat.... pastu memang rasa nak pergi

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Selangor

Pintu utama Farm In The City

Pintu masuk Farm In The City

Tak jauh pun dari rumah di Cheras... kalau jalan clear, setengah jam dah sampai. Tempat ni memang kat belakang Giant Equine Park jer... senang nak cari. Dinasihatkan untuk datang awal lah... baru boleh dapat parking yang dekat. Kalau takde parking, terpaksalah parking kat business centre seberang jalan besar tu

Farm In The City ni bukak pukul 10 pagi setiap hari sampai pukul 6 petang. Kalau weekend dan cuti umum dia bukak lebih awal pukul 9.30 pagi. Hari Selasa jer tutup... tapi kalau tak silap masa cuti umum dan cuti sekolah memang tak tutup langsung

Harga tiket masuk Farm In The City ni dah naik rupanya... huhu... Dewasa RM32.00, kanak-kanak dan warga emas pulak RM27.00 jer. Tapi nak jimat, kami ambik tiket pakej famili sebanyak RM112.00 untuk 4 orang (2 dewasa dan 2 kanak-kanak). Hannah kena beli tiket kanak-kanak dan Hasya masih free sebab pendek lagi... hehe.... Kaunter tiket bukan kat pintu utama tapi terletak di pintu masuk Farm In The City.

Harga tiket setakat Tahun Baru Cina 2016

Memang berbaloi kalau ambik pakej famili ni... bukan sebab jimat cash jer... tapi dapat 2 tiket pony ride percuma, dapat 2 cenderahati percuma, budak-budak dapat sijil kehadiran, kupon diskaun kalau makan kat dalam Farm In The City dan juga kupon diskaun kalau beli cenderamata dalam Farm In The City.

Walaupun cadangan route pihak pengurusan ialah ke bahagian kiri dahulu, kemudian buat satu pusingan sebelum pulang.... tapi kami pilih untuk ke kanan dulu. Takde apa-apa sebab pun.... sajer nak lain daripada yang lain.... Kalau kat zoo lagi penat... sebab besar sangat, sampai kena naik tren. 

Kat sini oklah... walking distance, tak besar sangat. Budak-budak yang dah sekolah tadika ke atas memang enjoy lah... Tapi kalau budak kecik memang tak enjoy.... nasib baik budak kecik free. Suasana memang rasa macam dalam zoo, agak redup tapi still panas

Masa kecik dulu takut betul Myra dengan kuda, sekarang kuda padi telah berjaya ditungganginya
Adam cuba berkomunikasi dengan seekor kambing di sana
Hannah suka rabbit!
Anak-anak Mat Salleh main dengan rabbit
Aktiviti tangkap ikan longkang... dah tangkap kena lepaskan
Suasana dalam taman burung

Beza Farm In The City ni ialah kita diberi kebebasan untuk pegang haiwan-haiwan yang ada kat situ, petting atau bagi makan, tangkap ikan longkang, jungle walk dan macam-macam lagi. Info-info yang dipaparkan untuk setiap haiwan juga sangat informatif dan bermaklumat... sangat bagus untuk anak-anak yang sedang belajar.

Selain daripada haiwan-haiwan yang dipamerkan, ada jugak fruit and vegetable farm... tapi macam tak ramai orang kat situ.



Masa balik tu kat pintu keluar budak-budak ni dapat sijil kehadiran daripada pihak Farm In The City.... not bad kan.... perkara sekecil tu pun diorang buat.... suka lah budak-budak ni. Diorang appreciate kehadiran anak-anak ke Farm In The City.

Budak kecik yang paling tak enjoy pun dapat sijil

Dalam Farm In The City memang ada beberapa kemudahan asas seperti tandas... so jangan risau. Cuma, kalau surau dia bukan kat dalam... tapi ada kat bahagian luar berhampiran dengan pintu masuk.

Tandas wanita - percuma tak perlu bayar

Personally, memang sangat rekomen kalau nak bawak anak-anak jalan kat tempat macam ni. Kalau kat zoo kita boleh tengok-tengok jer.... atau petting beberapa ekor haiwan jer dengan membayar kos tambahan terhadap makanan haiwan.

Tapi kalau kat Farm In The City ni bagus untuk learning experience especially untuk anak-anak. Takde kos tambahan bila dah masuk dalam. Apabila ditanya budak-budak ni mana satu yang paling memorable dan best... diorang cakap tangkap ikan longkang dan main-main dengan rabbit.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Selangor




Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...