Showing posts with label Gigi. Show all posts
Showing posts with label Gigi. Show all posts

Friday, March 30, 2018

Meal Shakes - Makanan Lazat Di Mana-Mana Sahaja



Minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja *



Keistimewaan Shaklee

Sumber yang baik bagi serat dan protein. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, membekalkan asid amino yang diperlukan untuk penghasilan protein.

Kaya dengan kalsium dan zink. Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Zink memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan

#11001 | 544 gram | 16 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk minuman yang berkrim, rendah lemak dan berkhasiat, campurkan 1/4 cawan (34g) serbuk dengan 1 cawan (237ml) air sejuk atau susu rendah lemak.

Untuk minuman yang lebih pekat dan berbuih, campur 1/3 cawan (45g) serbuk dengan 1 cawan (237ml) susu penuh dan beberapa ketul kiub ais di dalam pengisar.

Kandungan nutrisi dalam Meal Shakes Shaklee


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Thursday, June 22, 2017

Sustained Release Vitamin-C Plus - Vitamin C Semula Jadi



Vitamin - Alami semula nikmat kesihatan. Nutrien yang betul memainkan peranan penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan.

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.*

Buah-buahan sitrus - sumber utama Bioflavanoids


Tahukah anda?

Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.


MAL 13085068NC
#10104/180 tablet/180 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 tablet sehari selepas makan.

Kandungan nutrisi dalam Sustained Release Vita-C Plus



Keistimewaan Shaklee

Sustained Release Vita-C Plus adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama 5 jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavanoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

KKLIU 0611/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Monday, June 15, 2015

ONJ - Osteonecrosis of the Jaw



Apa itu ONJ? ONJ ialah Osteonecrosis of the Jaw ataupun tulang rahang yang terkeluar daripada gusi. Ini adalah kategori berkaitan pergigian dan sila rujuk kepada doktor gigi berhampiran untuk rawatan. Kalau tidak... memang lah takde sebab untuk share benda-benda berkaitan gigi ni... tapi sebab haritu dah kena... terus minat nak ambil tahu.

Masa mula-mula kena dulu ingatkan ada gigi tumbuh keluar. Rasa macam tak selesa kat kawasan gusi dan sedikit sakit. Tapi lama-lama lidah jadi luka sebab "gigi" tu agak tajam dan tumbuh ke bahagian dalam mulut dan menghala ke lidah. Bila lidah luka sangatlah sakit... sangat sensitif dan tumbuh ulser pulak.

Bila dah jumpa doktor... barulah doktor explain yang itu sebenarnya bukanlah gigi... sebab kalau gigi dia mesti tumpul. Yang tumbuh tu adalah tulang rahang. Memang tak pernah terfikir pun akan kena sejenis sakit gigi macam ni... Ada yang panggil ONJ dengan nama "dead jaw syndrome"

Contoh ONJ 1 (bukan saya punya)

Contoh ONJ 2 (bukan saya punya)

Basically, ada beberapa sebab terkena penyakit ONJ ni. Pada kebanyakan keadaan tidak dapat dipastikan punca sebenar dan punca utama ONJ ni. Jangkitan dan trauma adalah antara sebab ONJ ni. Contoh jangkitan ialah apabila ada gigi yang mati dan menyebabkan jangkitan pada gusi... gusi jadi lemah dan mudahlah tulang rahang menerobos keluar memecahkan gusi.

Jadi masa jumpa doktor... doktor mencadangkan agar permukaan tulang yang tajam tu akan dikikis supaya tumpul dan tidak mencederakan bahagian mulut yang lain. Well... lepas bius... memang doktor menjalankan kerja-kerja mengikis. Pada masa yang sama sangat berharap yang tulang rahang tu tak akan membesar lagi.

Lepas aktiviti kikis mengikis selesai... doktor ada letak sejenis cecair purple... nama apa entah dah tak ingat berfungsi sebagai selaput nipis yang tidak berbahaya dan akan mengelakkan daripada pendarahan yang banyak berlaku. Bahagian lidah yang terluka dan ada ulser pun doktor ada letak cecair purple ni.



Lepas bius dah habis... memang ada rasa sakitlah lebih kurang satu hari. Doktor ada bekalkan pil tahan sakit untuk meredakan rasa sakit tu. Sekian... semoga bermanfaat!!!




Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...