Showing posts with label Kalsium. Show all posts
Showing posts with label Kalsium. Show all posts

Friday, March 30, 2018

Meal Shakes - Makanan Lazat Di Mana-Mana Sahaja



Minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja *



Keistimewaan Shaklee

Sumber yang baik bagi serat dan protein. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, membekalkan asid amino yang diperlukan untuk penghasilan protein.

Kaya dengan kalsium dan zink. Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Zink memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan

#11001 | 544 gram | 16 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk minuman yang berkrim, rendah lemak dan berkhasiat, campurkan 1/4 cawan (34g) serbuk dengan 1 cawan (237ml) air sejuk atau susu rendah lemak.

Untuk minuman yang lebih pekat dan berbuih, campur 1/3 cawan (45g) serbuk dengan 1 cawan (237ml) susu penuh dan beberapa ketul kiub ais di dalam pengisar.

Kandungan nutrisi dalam Meal Shakes Shaklee


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Monday, February 26, 2018

OsteMatrix - Hargai Tulang Anda Dengan Nutrien Pembina Tulang



Kesihatan Tulang

Tulang yang kuat untuk tubuh yang kuat. Bina dan pastikan tulang anda kuat dengan nutrien pembina tulang untuk memastikan ia kekal sihat sepanjang masa

Tulang merupakan sistem sokongan tubuh anda, kerana itulah amat penting untuk anda memastikan ia kekal kuat dan sihat. Tubuh anda membina tulang baharu dengan pantas, tetapi apabila umur anda meningkat, kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang dibina. Hakikat inilah menjadikannya penting untuk anda membekalkan tulang anda dengan nutrien pembina tulang yang berkualiti *


Anda memerlukan lebih daripada kalsium untuk tulang yang kuat

Kalsium : bahan asas untuk membina tulang
Magnesium : membantu menghantar kalsium kepada tulang
Boron : Membantu metabolisme tulang
Vitamin D : Merangsang penyerapan kalsium
Kuprum, Zink dan Mangan : Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang


Keistimewaan Shaklee

Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan



Pengambilan hanya 2 kaplet OsteMatrix menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah yang signifikan, diukur dalam tempoh 12 jam. Kalsium perlu diserap terlebih dahulu supaya badan boleh menggunakannya untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat

MAL07081510XC
#10128 | 120 kaplet | 30 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 4 kaplet sekali sehari selepas makan


Kandungan nutrisi dalam OsteMatrix

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen

KKLIU 0604/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Monday, April 25, 2016

Ketahui Mengapa Tulang Warga Emas Mudah Patah dan Peroi Walau Terjatuh Dengan Sedikit Sahaja



Kenapa Tulang yang sihat sangat penting kepada kehidupan kita seharian? Tulang adalah komponen utama dalam Sistem Rangka Manusia. Tulang juga adalah struktur asas kepada tubuh badan manusia. Tulang yang sihat juga diukur daripada ketumpatan dan isipadu tulang itu sendiri. Contohnya kebanyakan warga emas akan patah tulang malah ada dalam sesetangah kes hancur peroi tulangnya walaupun jatuh sedikit sahaja di dalam bilik air.



Kenapa ini terjadi? Kenapa golongan muda tidak mempunyai risiko sedemikian. Inilah fungsi utama tulang yang tumpat yang menjadi kayu ukur samada kukuh atau tidak tulang seseorang. Tulang manusia mempunyai ketumpatan yang maksimum semasa berumur 30 tahun. Ketumpatan ini akan berkurangan apabila semakin lanjut usia. Situasi ini dipanggil Osteoporosis.



Jika kita pernah mengalami keadaan dan situasi di bawah atau kita memang tergolong dalam golongan seperti di bawah, kita akan mengalami Osteoporosis dengan lebih cepat daripada biasa :-

a) Kurang pengambilan Kalsium dalam diet harian kita

b) Kurang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal

c) Penggunaan tembakau dan alkohol

d) Wanita dan orang kurus mempunyai kurang tisu tulang

e) Orang Asia mempunyai genetik yang mudah diserang Osteoporosis

f) Keturunan yang pernah mengalami sejarah patah tulang

g) Faktor hormon khususnya wanita

h) Pemakanan tidak teratur

i) Pengambilan ubat-ubatan


Berikut adalah cara-cara mengekalkan tulang yang sihat :-

a) Tingkatkan pengambilan kalsium dalam diet harian

b) Tingkatkan pengambilan Vitamin D (membantu menyerap Kalsium dengan maksimum)

c) Banyakkan aktiviti fizikal

d) Amalkan gaya hidup yang sihat



Sebab itulah Ostematrix bukan sekadar Kalsium semata-mata. Ostematrix diperkayakan dengan Kalsium, Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Mangan dan Boron



Kelebihan pengambilan 1 kaplet Ostematrix ni adalah bersamaan dengan 1 gelas susu Kalsium tinggi dan 80 biji buah badam



Pelbagai Faedah Ostematrix kepada kehidupan seharian anda seperti berikut :-



Tiada Lagi Masalah Kurang Kalsium Dalam Keluarga


Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.


Ostematrix juga membantu dan melegakan  masalah senggugut yang teruk dan terlalu sakit


Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.

KLIK SINI untuk Testimoni Video yang lain

KLIK SINI untuk Testimoni Video yang lain

KLIK SINI untuk Testimoni Video yang lain



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my


Monday, November 30, 2015

Kepentingan, Kelebihan Dan Fungsi Vitamin Dan Mineral Kepada Manusia



Soal Jawab Kepentingan Beberapa Jenis Vitamin dan Mineral Kepada Tubuh Badan Kita

S1 : Vitamin apakah membantu kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem pernafasan, sistem imun dan rambut yang sihat?

J : Vitamin A

S2: Vitamin apakah yang memperkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis?

J : Vitamin D

S3 : Vitamin apakah berfungsi sebagai anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar aliran darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, artritis, baik untuk sistem pembiakan lelaki dan mengurangkan kesan parut?

J : Vitamin E

S4 : Vitamin apakah berfungsi sebagai anti-oksida, melawan kanser, merangsang pembentukan kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, mencepatkan penyempuhan luka, mencegah selesema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah?

J : Vitamin C

S5 : Vitamin apakah membantu kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit?

J : Asid Folik atau Vitamin B9

S6 : Vitamin apakah menukarkan makanan kepada tenaga, menguatkan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, bantu masalah keresahan, mabuk laut/darat dan mengurangkan petanda herpes zoster atau kayap?

J : Vitamin B1

S7 : Vitamin apakah menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, mulut dan kekejangan?

J : Vitamin B2

S8 : Vitamin apakah menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, mengurangkan kolesterol dalam darah, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau dan baik untuk perut dan usus?

J : Vitamin B3

S9 : Vitamin apakah membantu metabolisma protein, membaiki otot, senggugut, berfungsi sebagai penenang, membekalkan tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis (jangkitan lidah), dermatitis (jangkitan kulit), kekejangan, kebas dan anemia?

J : Vitamin B6

S10 : Vitamin apakah membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, membantu selera makan, bantu tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan , keresahan, kencing manis dan rabun?

J : Vitamin B12

S11 : Vitamin apakah membantu b-complex berfungsi lebih berkesan, mencegah rabun, mencegah rambut beruban dan gugur, cegah kencing manis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit?

J  : Biotin atau Vitamin B7

S12 : Vitamin apakah membantu meredakan tekanan, mempunyai kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, artritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan dan mencepatkan penyempuhan luka?

J  : Vitamin B5

S13 : Mineral apakah yang membantu memperkasakan tulang dan gigi, mencegah darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, imsonia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis dan penyakit tulang lembut?

J  : Kalsium

S14 : Mineral apakah yang meningkatkan kepadatan tulang, mencegah kencing manis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat artritis dan mencegah anoreksia?

J : Fosforus

S15 : Mineral apakah baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen dan otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal dan mengawal berat badan?

J : Iodin

S16 : Mineral apakah membantu membentuk hemoglobin, meredakan kesakitan akibat penyakit PMS, senggugut, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan anemia?

J  : Zat Besi (Iron)

S17 : Mineral apakah membantu kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sebagai penenang semulajadi, mencegah tekanan, kencing manis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman?

J : Magnesium

S18 : Mineral apakah membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang dan masalah kebengkakan?

J : Tembaga (Copper)

S19 : Mineral apakah yang memperkasa sistem imun, mencepatkan penyembuhan luka, membantu keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau dan ketajaman minda?

J : Zink


Nampaknya kesemua 12 Vitamin dan 7 Garam Galian atau Minerals yang disebutkan di atas mempunyai 1001 manfaat dan sangat penting kepada tubuh badan kita. Gabungan Vitamin dan Mineral ini dipanggil Multivitamin dan perlulah mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Recommended Dietary Allowance (RDA).

Kami mencadangkan agar anda mencuba Shaklee Vita-Lea yang mengandungi khasiat 30 nutrisi lengkap diekstrak daripada buah dan sayur, 12 vitamin dan 7 mineral penting dan diformulasikan secara seimbang. Multivitamin pertama di dunia telah dicipta oleh Dr Shaklee pada tahun 1915. Ini bermakna Shaklee Vita-Lea telah berusia 100 tahun sejak penciptaannya.



Tablet Vita-Lea juga telah disalut dengan nutrisi spirulina menggunakan teknologi kompleks "Explo-tab". Tablet Vita-Lea juga adalah multivitamin paling pantas di dunia larut dalam air dan tubuh badan manusia.



Vitamin Dan Mineral Untuk Kanak-Kanak

Multivitamin untuk kanak-kanak juga tidak kurang hebatnya. Vita-Lea untuk kanak-kanak adalah boleh kunyah, tidak mengandungi perasa, pewarna dan pengawet tambahan. Mengandungi pemanis semulajadi iaitu Xylitol yang membantu melindungi gigi dari kaviti.




Kami sangat menyarankan agar anda memberikan Vita-Lea kanak-kanak ini, jika anak anda kurang selera makan atau cerewet makan, suka makan junk food, mudah demam, selesam, batuk atau diserang penyakit (sistem imun lemah), kurang minum susu dan tidak suka makan sayur.




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my


Thursday, December 11, 2014

Garam Galian - Pelengkap Kepada Nutrisi Harian Anda



Garam Galian

Garam Galian juga adalah sejenis Mikronutrien yang penting untuk kesihatan anda. Garam Galian juga menyumbang hanya 4-5% daripada berat badan anda.


Apa Perbezaan Antara Vitamin dan Garam Galian?

Vitamin adalah daripada sumber organik seperti sumber daripada haiwan dan tumbuhan manakala Garam Galian adalah daripada sumber bukan organik yang diperolehi daripada tanah dan air yang telah diserap oleh haiwan dan tumbuhan seperti Kalsium, Potasium, Zat Besi, Zink dan lain-lain.


Kalsium

Sumber Kalsium



Fungsi Utama Kalsium ialah :-

- Kesihatan tulang dan gigi
- Pengecutan otot
- Pengecutan dan pengembangan salur darah
- Rembesan hormon dan enzim
- Menghantar maklumat melalui sistem saraf


Potasium

Sumber Potasium



Fungsi Utama Potasium ialah :-

- Penting untuk pengecutan otot
- Impuls saraf
- Hati
- Buah pinggang
- Merendahkan tekanan darah
- Mengurangkan risiko strok
- Mengawal jantung


Zat Besi

Sumber Zat Besi



Fungsi Utama Zat Besi ialah sebagai komponen utama kepada sel-sel darah merah


Zink

Sumber Zink



Fungsi Utama Zink ialah :-

- Mempertingkatkan kesuburan lelaki
- Mempertingkatkan deria bau dan rasa
- Memulihkan luka
- Meningkatkan aktiviti otak


Kepentingan Garam Galian Kepada Anda

Garam Galian adalah pelengkap kepada vitamin, protein, karbohidrat dan nutrisi-nutrisi lain. Tanpa Garam Galian, kesemua nutrisi yang dinyatakan tidak dapat berfungsi dengan baik dalam tubuh badan anda.


Shaklee Vita-Lea mengandungi 30 Nutrisi harian lengkap, 12 Vitamin dan 7 Mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================








Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...