TRAVELOG

Kehidupan adalah suatu pengembaraan yang sementara untuk menuju kehidupan yang kekal abadi. Minat terhadap mengembara ini diperolehi tanpa disedari.

Terlalu banyak perkara positif yang diperolehi apabila mengembara, dan meneroka di seluruh permukaan bumi Allah swt.

Sejak kecil, aku adik beradik memang tidak mengembara atas sebab-sebab dan kekangan yang tidak dapat dielakkan antaranya faktor ekonomi dan logistik. Tetapi masih juga tersemat kenangan berjalan satu keluarga ke Melaka dari Muar, walaupun tak jauh mana.

Apabila berumur 16 tahun, aku memulakan pengembaraan apabila memasuki sebuah sekolah asrama penuh di Klang. Itulah kali pertama aku bercampur gaul dengan orang-orang luar yang bukan orang Johor. Ya, walaupun mereka rakyat Malaysia, masih ada beberapa perkara, resam dan gaya hidup yang tidak sama dengan orang Johor. Mindaku terbuka....

Seterusnya zaman matrikulasi dan universiti aku di kawasan Lembah Klang (walaupun sempat berada di sebuah Kolej di Terengganu selama 2 minggu), pengembaraan dan perjalanan hidupku diteruskan. Aku juga mendapat peluang ke Brunei untuk lawatan sambil belajar anjuran Persatuan Undang-Undang pada tahun 2000 (Inilah first time naik belon).

Tanpa disangka dan sepertimana yang telah ditetapkan, jodohku berada di Sabah. Pengembaraan dan perjalanan hidupku semakin berkembang. Baru juga kusedari walaupun sudah bertahun-tahun negara kita merdeka, terdapat jurang yang besar dalam beberapa perkara dan aspek antara Semenanjung dan Malaysia Timur. 

Begitu juga ibu mertuaku yang merupakan saudara baru dalam agama Islam, justeru saudara-saudara ibu mertuaku masih belum beragama Islam. Pengembaraan dan perjalanan hidupku berkembang lagi untuk mengenali budaya dan adat resam bangsa dan agama lain supaya masing-masing saling hormat menghormati. Mindaku terbuka...

Pada awal alam perkahwinanku juga agak terhad untuk bercuti akibat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun aku usahakan jugak untuk bercuti at least setahun sekali untuk meneruskan misi kembara dan meneroka kehidupan.

Pada tahun 2012, pejabatku telah membuat office trip ke Seoul, Korea Selatan pada musim panas. Aku telah melebarkan sayapku sekali lagi dan minatku terhadap mengembara semakin bertambah.

Dan terkini, bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-10, kami sepakat untuk bercuti ke luar negara bersama-sama dengan anak-anak di Melbourne, Australia.

Dan lagi... lagi.... lagi....

No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...