Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts
Showing posts with label Phytocol-ST. Show all posts

Monday, August 14, 2017

Phytocol-ST - Membantu Memperbaiki Kesihatan Anda



Sayangi Kesihatan, Cintai Detik Kehidupan

Sterol dan Stanol tumbuhan adalah sebatian semulajadi yang ditemui dalam tumbuhan, buah, sayur dan bijian. Kajian menunjukkan bahawa apabila ditambah kepada pemakanan sihat, ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Oleh kerana ia mempunyai struktur yang serupa dengan kolesterol, mereka akan bersaing untuk penyerapan dan sekaligus membantu meningkatkan kesihatan.*

Cara Kolesterol dikurangkan dengan pengambilan Sterol dan Stanol


Tahukah anda?

Berdasarkan Kaji Selidik Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Malaysia (2011) lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, dan angka ini dijangka meningkat disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

MAL 13045016NC
#11006/120 tablet/30 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 2 tablet dua kali sehari selepas makan.

Kandungan nutrisi dalam Phytocol-ST


Keistimewaan Shaklee

Diperbuat daripada gabungan sterol dan stanol.

Membekalkan 2000mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

KKLIU 0592/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Tuesday, October 28, 2014

Kepentingan Menghadkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Lemak Dan Mengurangkan Lemak Dan Minyak Dalam Penyediaan Makanan



Apakah itu Lemak? 

Lemak ialah salah satu komponen makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk fungsi-fungsi seperti berikut :-

1) Membekalkan tenaga dan asid lemak kepada badan supaya kita dapat melakukan kerja harian yang memerlukan pembakaran tenaga yang banyak.

2) Berfungsi sebagai penebat suhu sejuk kepada badan supaya badan dapat mengekalkan suhu yang normal

3) Lemak membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K supaya tubuh kita kekal sihat


Ada berapa jenis Lemak?

Terdapat 2 jenis lemak iaitu Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu.


Lemak Tepu

Lemak Tepu biasanya dalam bentuk pepejal pada suhu bilik. Makanan yang tinggi kandungan Lemak Tepu akan meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah seperti minyak kelapa sawit, minyak kelapa, mentega, lemak haiwan dan coklat.

Lemak Haiwan


Lemak Tak Tepu

Lemak Tak Tepu biasanya lembut dan cair pada suhu yang rendah terbahagi kepada 3 jenis seperti berikut :-


1) Lemak Poli Tak Tepu - "Tak Tepu" bermaksud molekulnya mengandungi kurang daripada jumlah maksimum hidrogen. Lemak Poli Tak Tepu boleh didapati daripada sumber kacang, biji benih, ikan laut dalam, alga, sayuran hijau dan krill (sejenis udang laut dalam).

Lemak jenis ini dikategorikan sebagai lemak yang baik kerana unsur Omega-3 dan Omega-6 dalamnya boleh mengurangkan paras kolesterol buruk (LDL) dan jumlah kolesterol secara keseluruhan.

2) Lemak Mono Tak Tepu - mempunyai takat lebur yang lebih tinggi daripada asid lemak Poli Tak Tepu dan mempunyai takat lebur yang lebih rendah daripada asid Lemak Tepu. Lemak Mono Tak Tepu boleh didapati daripada sumber daging merah, produk susu, kacang dan buah-buahan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi seperti buah zaitun dan avokado.

Lemak jenis ini juga dianggap lemak yang baik kerana mampu meningkatkan paras kolesterol yang baik (HDL) dan mengurangkan jumlah kolesterol secara keseluruhan.
3) Lemak Trans - Lemak Trans dihasilkan daripada bentuk cecair kepada pepejal melalui proses hidrogenasi iaitu dengan memasukkan hidrogen ke dalamnya. Lemak Trans biasanya digunakan dalam industri makanan untuk memperbaiki kualiti makanan, mengekalkan kesegarannya dan menambahkan kelazatan makanan.

Lemak Trans juga adalah lebih teruk dan berbahaya daripada Lemak Tepu kerana bukan saja menambahkan kolesterol dalam darah tetapi juga merendahkan dan mengurangkan kolesterol baik dalam darah. Beberapa penyakit kronik adalah berpunca daripada Lemak Trans seperti penyakit jantung, strok dan kencing manis.

Makanan yang menggunakan Lemak Trans

Oleh itu, Menghadkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Lemak dan Mengurangkan Lemak dan Minyak dalam Penyediaan Makanan adalah Cadangan Kelapan Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

1) menghadkan pengambilan lemak tak tepu kepada kurang daripada 10% daripada jumlah pengambilan kalori harian

2) menambah pengambilan lemak tak tepu, asid lemak mono tak tepu (MUFA) dan asid lemak poli tak tepu (PUFA)

3) menghadkan pengambilan makanan dengan kolesterol tinggi

4) menghadkan pengambilan makanan yang mengandungi asid lemak trans (TFAs)

5) mengurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan supaya pengambilan lemak setiap hari di antara 20% hingga 30% sebagai sumber tenaga adalah terkawal

6) memilih makanan rendah lemak ketika makan di luar


Adakah terdapat cara lain untuk mengurangkan lemak dan kolesterol?

Di Shaklee, terdapat suplemen yang dikenali sebagai Lecithin yang berfungsi sebagai "pemecah lemak" dan "pembersih salur darah". Ini kerana Lecithin akan merangsang kepada metabolisma lemak dan mengemulsi lemak dalam tubuh dan kolesterol dalam darah.





Selain Lecithin, Omega Guard juga berfungsi untuk mengurangkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam darah dan juga jumlah kolesterol secara keseluruhannya. Diperkayakan dengan khasiat Omega-3 daripada sumber ikan laut dalam membantu mencegah penyakit salur darah dan strok yang disebabkan oleh kolesterol.





Selain itu, Phytocol-ST juga berperanan sebagai "cholesterol blocker" iaitu menghalang kolesterol-kolesterol baru daripada memasuki salur darah. Diperkayakan dengan Fitosterol (gabungan Sterol dan Stanol) iaitu satu komponen yang akan bersaing untuk penyerapan dalam usus menyebabkan hanya sedikit kolesterol yang diserap ke dalam salur darah.






Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================





Thursday, July 24, 2014

Phytocol-ST - Menurunkan Kolestrol Anda Secara Semulajadi


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.


Kolestrol adalah faktor utama risiko untuk penyakit jantung. Tiada cara lain untuk mengatasinya melainkan dengan mengurangkan jumlah kolestrol dalam tubuh badan khususnya kolestrol LDL. Kajian menunjukkan sebatian semulajadi sterol dan stanol tumbuhan boleh mengurangkan kolestrol dengan amat ketara.




Secara amnya kolestrol adalah sejenis lemak yang memainkan peranan membantu struktur membran sel dan penghasilan hormon. Kolestrol HDL (baik) menawarkan manfaat kesihatan yang banyak. Sebaliknya Kolestrol LDL (jahat) jika berlebihan akan terkumpul di salur darah dan meninggikan risiko penyakit jantung.


Bahan-bahan dan formula dalam Phytocol-ST (juga dikenali sebagai "cholesterol blocker") terbukti membantu penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL kerana :-


* Dibuat dengan gabungan kuat sterol dan stanol, yang wujud secara semulajadi dalam tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin.
* Membekalkan 2,000mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari
* Sterol dan stanol tumbuhan telah dibuktikan secara klinikal dalam lebih dari 80 kajian untuk menurunkan kolestrol LDL.
* Membekalkan 100% saranan National Institutes of Health (NIH) untuk sterol dan stanol tumbuhan setiap hari
* Bebas dari kandungan gluten


Anda tidak perlu lagi untuk makan sebanyak kuantiti di bawah setiap sehari untuk mendapatkan 2,000mg sterol dan stanol tumbuhan kerana kandungan Phytocol-ST mengandungi 2,000mg sterol dan stanol tumbuhan :-



200 batang lobak merah 


70 keping roti gandum 

425 biji tomato 

Fitosterol (gabungan Sterol dan Stanol) tumbuhan dimakan dari makanan atau suplemen. Oleh kerana struktur mereka sama dengan kolestrol, sterol dan stanol akan bersaing untuk penyerapan dalam usus. Sterol dan Stanol tumbuhan akan terikat kepada reseptor dalam usus dan meninggalkan kolestrol di belakang. Keputusannya adalah hanya sedikit kolestrol akan diserap oleh tubuh, dan juga sedikit kolestrol akan dibebaskan dalam salur darah.





Dapatkan segera Shaklee Phytocol-ST yang membantu anda untuk menghalang kolestrol anda secara maksimum!



Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...