Showing posts with label Minyak Ikan. Show all posts
Showing posts with label Minyak Ikan. Show all posts

Friday, August 11, 2017

OmegaGuard - Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi



Sayangi Kesihatan Dan Cintai Detik Kehidupan - Spektrum lengkap Asid Lemak Perlu Omega-3 dengan ketulenan tinggi adalah nutrien yang anda perlukan untuk badan yang kuat dan sihat.

Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan - asid lemak penting omega-3, dimana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri. Dua jenis utama ialah EPA dan DHA, penting untuk kesihatan manusia.*

Ikan Laut Dalam Air Sejuk - Sumber Minyak Ikan Terbaik


Keistimewaan Shaklee

Minyak Ikan Berkepekatan Tinggi

OmegaGuard membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semulajadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

Penyulingan Molekul Berganda

Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard menjalani proses moden Penyulingan Molekul 3 Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar.

Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.

Sahabat Laut

Diiktiraf oleh Friend of the Sea untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.

MAL 12015013NC

#10236/90 kapsul/30 hidangan
Saranan kepenggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 3 kapsul sekali sehari selepas makan.


Kandungan nutrisi minyak ikan OmegaGuard


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

KKLIU 0588/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Wednesday, September 17, 2014

9 Tips Atasi Keletihan Semasa Bekerja



Berusaha mencari rezeki adalah perkara yang normal untuk setiap manusia. Pelbagai cara digunakan untuk mencari rezeki, ada yang melibatkan penggunaan mental yang kuat, ada yang menggunakan kekuatan fizikal dan banyak lagi. Keletihan semasa bekerja boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Beberapa saranan di bawah boleh dipertimbangkan untuk mengatasi masalah Keletihan semasa bekerja :-


1. Makan Dengan Lebih Kerap

Makan dengan kerap bukannya makan dengan banyak. Ini akan membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah. Keletihan mungkin disebabkan oleh ketidakstabilan kandungan gula dalam darah.


* Source : carbonated.tv


2. Minum Banyak Air

Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan akan menyebabkan kekurangan kosentrasi dan waspada seseorang. Ini akan menyebabkan keletihan semasa bekerja. Dehidrasi juga boleh merentap tenaga dan menjejas prestasi kerja.

Kajian mendapati bahawa apabila air kencing (urin) kita bewarna gelap menunjukkan bahawa tubuh kita kekurangan air.


* Source : angrytrainerfitness.com


3. Susutkan Berat Badan

Telah terbukti bahawa menyusutkan berat badan walaupun sedikit dengan cara membakar lemak dengan aktiviti fizikal sangat membantu untuk merangsang tenaga. Keletihan mungkin disebabkan oleh kandungan lemak berlebihan dan emosi tidak stabil orang yang mempunyai lemak berlebihan.


* Source : thelaserclinics.co.uk


4. Menenangkan Diri

Bertenang adalah satu cara yang bagus untuk merangsang tenaga baru. Pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam dalam keadaan berzikir, Insya Allah anda akan rasakan tenaga baru bergetar dalam tubuh anda!


* Source : naturalmentalhealthremedies.com


5. Kenali Puncak Tenaga Anda

Setiap manusia mempunyai puncak tenaga yang berbeza bergantung kepada struktur otak dan genetik. Ada sesetengah orang mempunyai puncak tenaga yang tinggi pada waktu pagi dan sebahagian orang yang lain mempunyai puncak tenaga yang tinggi pada waktu malam. Dengan mengenali diri sendiri, anda boleh menyusun atur jadual kerja anda dengan efisien untuk mengelak Keletihan.


* Source : themalaymailonline.com


6. Sentiasa Bergerak

Terdapat juga kajian lain menunjukkan bahawa aktiviti fizikal juga boleh merangsang tenaga. Oleh itu sentiasalah kita bergerak untuk mengelakkan keletihan.


* Source : begin2dig.com


7. Mengambil Minyak Ikan

Kajian di Universiti Siena, Itali pada tahun 2009 telah membuktikan minyak ikan bagus untuk hati anda. Sukarelawan yang mengambil minyak ikan selama 21 hari berturut-turut mempunyai keupayaan mental yang cekap dan juga mempunyai semangat yang tinggi.

Satu sajian Shaklee Omega Guard juga dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dalam tubuh bagi mengelakkan keletihan.


* Source : 1manfaat.com


8. Tidur Awal

Tidur Awal akan membantu kita lebih bersemangat pada keesokan harinya dan juga menghilangkan keletihan. Malah kajian mendapati tidur awal adalah menyamai dengan tidur sepanjang malam.


* Source : thealphaparent.com


9. Ambil Vitamin/Suplemen

Anda juga boleh mengamalkan pengambilan Vitamin atau Suplemen yang berkualiti dan berkesan untuk merangsang tenaga anda apabila keletihan sewaktu bekerja. 

Selain daripada Shaklee Omega Guard di atas, anda boleh mempertimbangkan Vitamin/Suplemen berikut untuk mengatasi masalah keletihan :-

i) Shaklee Vivix - bertindak sebagai ejen kawalan genetik, melindungi dan memperbaiki kerosakan sel DNA serta merangsang tenaga di peringkat sel

ii) Shaklee ESP - menampung kekurangan protein yang menyebabkan keletihan

iii) Shaklee B-Complex - untuk replikasi (penggandaan) sel darah merah

iv) Shaklee Vita Lea - menampung kekurangan nutrien yang menyebabkan keletihan

v) Shaklee Cinch Energy Tea Mix - mempertingkatkan dan merangsang tenaga

vi) Shaklee Vitamin C - mengawal penghasilan hormon stress dalam badan

vii) Shaklee Alfalfa Complex - Merendahkan kandungan asid dalam tubuh yang menyebabkan keletihan

viii) Shaklee Herblax - Membersihkan Usus

ix) Shaklee CoQ Health Plus - Menyumbang tenaga kepada organ-organ dalam tubuh badan



* Sumber Utama Minyak Ikan Anda * 




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

Friday, July 18, 2014

Omega Guard - Ketahui Misteri dan Khasiat Sebenar Minyak Ikan


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Prize telah menemui satu rahsia iaitu penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Sebaliknya orang Eskimo yang menetap di Amerika Utara yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Penyelidikkan lanjut berkenaan ikan air laut sejuk menunjukkan bahawa ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukkan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

American Public Health Association pula mengesyorkan untuk makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak 2 kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega lain di pasaran, Omega Guard merupakan produk minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.



Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

Shaklee Omega Guard juga memberi jaminan sebanyak 1000mg Omega-3 EFA untuk setiap pengambilan. Fungsi minyak ikan ialah melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan hamil yang sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.

Apakah manfaat yang akan anda perolehi sekiranya anda mengambil Shaklee Omega Guard? Ya, sudah pastinya minyak ikan tulen dalam Shaklee Omega Guard membekalkan manfaat seperti berikut :-


# Asid Lemak - omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapt dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

# Mencegah Penyakit Saluran Darah Dan Strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

# Membantu Tumbesaran Dan Perkembangan Otak Janin Dan Membantu Perkembangan Memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3, EPA dan DHA.

# Meningkatkan Sistem Imun dan Menyihatkan Paru-Paru - Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

# Menentang Kanser - Kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

# Memelihara Fungsi-Fungsi Sendi (Arthritis) - Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk sistem tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

# Mencegah Insomnia dan Membantu Mengurangkan Tekanan - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan schizophrenia.


Justeru, dapatkan segera Shaklee Omega Guard dan nikmati khasiat minyak ikan terbaik di dunia!



Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================





Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...