Showing posts with label Selenium. Show all posts
Showing posts with label Selenium. Show all posts

Tuesday, July 4, 2017

Vita-E Complex - Sokongan Antioksidan Anda



Vitamin E adalah antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Vitamin E juga membantu mengekalkan sistem imun yang kuat dimana kajian menunjukkan bahawa Vitamin E meningkatkan fungsi imun dikalangan orang-orang tua. * **

**Rujukan : Meydani, SN, Meydani M, Blumberg JB, et. al. Vitamin E supplementation and in vivo immune response in healthy elderly subjects: a randomized control trial, Journal of the American Medical Association 1997; 277:1380-1386.



Keistimewaan Shaklee

Satu kapsul menyediakan 400IU vitamin E dari sumber semulajadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.

65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.

39.4mg ekstrak biji anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

MAL 12075024NC
#10112/120 kapsul/120 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan.

Kandungan nutrisi dalam Vita-E Complex


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
Ini adalah iklan produk suplemen.

KKLIU 0608/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Tuesday, July 15, 2014

Fungsi Selenium dan Vitamin E Terhadap Kesuburan Lelaki


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.

Dalam buku "Prescription For Longevity" yang ditulis oleh Dr James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan Vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3,200IU.


Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan seperti berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas iaitu 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam. Pakar nutrisi juga mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti oksidasi dalam melawan radikal bebas.



Justeru, Shaklee Vita E Complex dibuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, ekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta) dan merupakan Vitamin E yang paling lengkap di pasaran.


Shaklee Vitamin E juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.


Terdapat beberapa kajian berkenaan keberkesanan selenium dan vitamin E terhadap lelaki yang tidak subur telah termaktub dalam "International Journal of General Medicine" dimana secara ringkasnya adalah seperti berikut :-



Tidak dapat dipertikaikan juga bahawa manfaat utama Shaklee Vitamin E yang lain adalah seperti berikut :-


# Melindungi Jantung - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan kolestrol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain.

# Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif - Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

# Anti-Penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

# Anti Oksidan Yang Kuat - Pengambilan lebih daripada 1,200IU sehari untuk anti oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.

# Kelestarian Tenaga - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

# Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

# Menghalang Keguguran - Merawat musculus pectoralis, fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.

# Memperbaiki Parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Adalah jelas bahawa tambahan selenium dan vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutamanya pada motilitas sperma. Justeru, dapatkan segera Shaklee Vitamin E dan nikmati khasiat sebenarnya!



Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...