Showing posts with label Zink. Show all posts
Showing posts with label Zink. Show all posts

Friday, March 30, 2018

Meal Shakes - Makanan Lazat Di Mana-Mana Sahaja



Minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja *



Keistimewaan Shaklee

Sumber yang baik bagi serat dan protein. Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, membekalkan asid amino yang diperlukan untuk penghasilan protein.

Kaya dengan kalsium dan zink. Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Zink memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan

#11001 | 544 gram | 16 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk minuman yang berkrim, rendah lemak dan berkhasiat, campurkan 1/4 cawan (34g) serbuk dengan 1 cawan (237ml) air sejuk atau susu rendah lemak.

Untuk minuman yang lebih pekat dan berbuih, campur 1/3 cawan (45g) serbuk dengan 1 cawan (237ml) susu penuh dan beberapa ketul kiub ais di dalam pengisar.

Kandungan nutrisi dalam Meal Shakes Shaklee


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Monday, February 26, 2018

OsteMatrix - Hargai Tulang Anda Dengan Nutrien Pembina Tulang



Kesihatan Tulang

Tulang yang kuat untuk tubuh yang kuat. Bina dan pastikan tulang anda kuat dengan nutrien pembina tulang untuk memastikan ia kekal sihat sepanjang masa

Tulang merupakan sistem sokongan tubuh anda, kerana itulah amat penting untuk anda memastikan ia kekal kuat dan sihat. Tubuh anda membina tulang baharu dengan pantas, tetapi apabila umur anda meningkat, kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang dibina. Hakikat inilah menjadikannya penting untuk anda membekalkan tulang anda dengan nutrien pembina tulang yang berkualiti *


Anda memerlukan lebih daripada kalsium untuk tulang yang kuat

Kalsium : bahan asas untuk membina tulang
Magnesium : membantu menghantar kalsium kepada tulang
Boron : Membantu metabolisme tulang
Vitamin D : Merangsang penyerapan kalsium
Kuprum, Zink dan Mangan : Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang


Keistimewaan Shaklee

Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan



Pengambilan hanya 2 kaplet OsteMatrix menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah yang signifikan, diukur dalam tempoh 12 jam. Kalsium perlu diserap terlebih dahulu supaya badan boleh menggunakannya untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat

MAL07081510XC
#10128 | 120 kaplet | 30 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 4 kaplet sekali sehari selepas makan


Kandungan nutrisi dalam OsteMatrix

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen

KKLIU 0604/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Thursday, December 11, 2014

Garam Galian - Pelengkap Kepada Nutrisi Harian Anda



Garam Galian

Garam Galian juga adalah sejenis Mikronutrien yang penting untuk kesihatan anda. Garam Galian juga menyumbang hanya 4-5% daripada berat badan anda.


Apa Perbezaan Antara Vitamin dan Garam Galian?

Vitamin adalah daripada sumber organik seperti sumber daripada haiwan dan tumbuhan manakala Garam Galian adalah daripada sumber bukan organik yang diperolehi daripada tanah dan air yang telah diserap oleh haiwan dan tumbuhan seperti Kalsium, Potasium, Zat Besi, Zink dan lain-lain.


Kalsium

Sumber Kalsium



Fungsi Utama Kalsium ialah :-

- Kesihatan tulang dan gigi
- Pengecutan otot
- Pengecutan dan pengembangan salur darah
- Rembesan hormon dan enzim
- Menghantar maklumat melalui sistem saraf


Potasium

Sumber Potasium



Fungsi Utama Potasium ialah :-

- Penting untuk pengecutan otot
- Impuls saraf
- Hati
- Buah pinggang
- Merendahkan tekanan darah
- Mengurangkan risiko strok
- Mengawal jantung


Zat Besi

Sumber Zat Besi



Fungsi Utama Zat Besi ialah sebagai komponen utama kepada sel-sel darah merah


Zink

Sumber Zink



Fungsi Utama Zink ialah :-

- Mempertingkatkan kesuburan lelaki
- Mempertingkatkan deria bau dan rasa
- Memulihkan luka
- Meningkatkan aktiviti otak


Kepentingan Garam Galian Kepada Anda

Garam Galian adalah pelengkap kepada vitamin, protein, karbohidrat dan nutrisi-nutrisi lain. Tanpa Garam Galian, kesemua nutrisi yang dinyatakan tidak dapat berfungsi dengan baik dalam tubuh badan anda.


Shaklee Vita-Lea mengandungi 30 Nutrisi harian lengkap, 12 Vitamin dan 7 Mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================








Thursday, October 23, 2014

Kepentingan Sumber Ikan, Daging, Ayam, Telur Dan Kekacang



Mengambil Sumber Ikan, Daging, Ayam, Telur dan Kekacang secara sederhana adalah Cadangan Keenam Pakar-Pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


1) makan ikan dengan lebih kerap, jika boleh setiap hari

2) makan daging, ayam dan telur secara sederhana

3) mengamalkan keadah memasak yang lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan telur

4) pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol

5) makan kekacang (legumes) setiap hari

6) memasukkan kacang-kekacang (nuts) dan biji-bijian (seeds) dalam diet mingguan


Source : bodyweighttrainingarena.com

Kesemua Sumber Ikan, Daging, Ayam, Telur dan Kekacang ini adalah sumber utama protein dalam diet harian anda. Kekurangan mana-mana nutrisi melalui pemakanan-pemakanan yang dicadangkan boleh ditampung dengan pengambilan suplemen-suplemen tertentu. Sumber protein dan juga nutrisi-nutrisi lain ini adalah penting seperti berikut :-



Protein - untuk pertumbuhan dan pemeliharaan otot normal dan pemeliharaan tulang sihat. Selain daripada sumber protein haiwan yang lebih mahal, protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kekacang, kacang-kekacang dan biji-bijian adalah lebih baik dari segi kurang lemak dan kolesterol serta tinggi kandungan serat. Di Shaklee soya protein telah diperkenalkan lebih daripada 50 tahun yang lalu.


Beli ESP sekarang!



Zink (dalam daging) - untuk pemeliharaan kulit normal, rambut, kuku, penglihatan dan sistem imun dengan cara pembentukan kolagen. Zinc Complex berperanan untuk membantu menampung khasiat Zink yang kurang diperolehi melalui pemakanan.

Beli ZINC COMPLEX sekarang!

Vitamin D (dalam ikan berminyak) - untuk tulang dan otot yang sihat. Vitamin D berfungsi sebagai penyerap kalsium dalam darah untuk membina tulang dan otot yang sihat. Kekurangan Vitamin D akan menyebabkan sakit tulang dan badan yang lemah. Justeru, produk Kalsium Shaklee iaitu OsteMatrix diperkayakan dengan Vitamin D untuk penyerapan Kalsium yang optimum dalam tubuh badan.



Beli OSTEMATRIX sekarang!

Vitamin B12 (dalam ikan dan daging) - untuk sel-sel darah merah dan fungsi saraf yang sihat. Kekurangan Vitamin B12 akan menyebabkan keletihan, nafas dan denyutan jantung yang kencang, kulit pucat, lidah sakit, cirit-birit atau sembelit, tubuh badan yang mudah luka, sakit perut dan kurang berat badan. Shaklee B-Complex mempunyai 40mcg Vitamin B12 lebih banyak daripada yang ditawarkan oleh pengeluar B-Complex yang lain.

Asid Lemak Omega-3 (dalam ikan berminyak) - untuk mempertahankan fungsi jantung yang normal. Asid Lemak Omega-3 ini kaya dengan kandungan EPA dan DHA yang membantu mencairkan lemak dalam darah. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.



Semoga bermanfaat kepada semua!

==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Monday, July 21, 2014

Ostematrix - Kenali Pelengkap Kalsium Anda Dengan Lebih Dekat Lagi


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.


*Formula garam yang unik di Laut Mati*

Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


*Graf menunjukkan bahawa jisim tulang berkembang secara maksimum pada umur 28 dan ketumpatan jisim tulang menurun secara mendadak selepas umur 40 tahun khususnya untuk kaum wanita*


Tips yang berguna untuk anda tahu memilih kalsium premium yang terbaik adalah sesuatu produk itu harus mengandungi vitamin D dan magnesium untuk penyerapan yang baik, elakkan produk yang dibuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum dan elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


*Keupayaan dan kemampuan Vitamin D dalam membantu penyerapan kalsium dalam tubuh badan*

Juga cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada suplemen adalah dengan mengukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas penggunaan suplemen. Pengunaan hanya dua kaplet dari ostematrix menyebabkan peningkatan statistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12 jam.



Sememangnya 1 tablet ostematrix mempunyai kandungan kalsium yang tinggi bersamaan dengan 1 gelas susu tinggi kalsium ataupun bersamaan dengan 80 biji buah badam. Antara manfaat lain Shaklee Ostematrix ialah :-


# Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (ricket dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.


# Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-Kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

# Meringankan Stres - Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

# Memperbaiki Masalah Haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

# Pengalkailan Tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

# Memperbaiki Hiperaktiviti Perut dan Sakit Gastrik

# Vitamin D - Dinamakan sebagai Vitamin D pada tahun 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets, Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen vitamin D.

# Magnesium - Ini adalah ion positif no 2 penting dalam tubuh kita. Ianya mengelakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

* Zinc, Boron, Manganes, Kuprum - Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.






Dapatkan segera Shaklee Ostematrix dan nikmati pelengkap sebenar sumber kalsium anda! Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Thursday, July 17, 2014

Zinc - Ketahui Khazanah Lelaki Yang Tidak Ternilai


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.


Zinc dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda lebih dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.



*Kualiti Sperma bergantung pada jumlah, pembentukan dan pergerakan sperma berkenaan*

Shaklee Zinc Complex telah dirumus khas dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti Kadmium dan Plumbum dari tubuh.



Selain itu, terdapat pelbagai manfaat utama Shaklee Zinc Complex yang telah terbukti seperti berikut :-


# Mengaktifkan 200 jenis enzim - zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protein seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.

# Membentuk Kolagen - Membantu pembentukkan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

# Memperbaiki Diabetes - Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaiki diabetes.

# Bintik Putih Di Kuku - Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakkan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya ingatan.

# Mempertingkatkan Sistem Imun - Membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar Thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

# Mempercepatkan Pemulihan Luka - Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit. Hancurkan zinc dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.

# Memperbaiki Masalah Prostat - Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakkan prostat dalam kadar 70%

# Kemampuan Seks Lelaki - Pengambilan Zinc untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

# Ovulasi Wanita - Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus, mengembalikan daya ketahanannya.

# Memperbaiki Radang Kulit - Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

# Mengekalkan Deria Bau - Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif (rasa dan bau)


Justeru, dapatkan segera Shaklee Zinc Complex dan nikmati khasiat sebenarnya!



Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================





Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...