Showing posts with label Jepun - Tokyo. Show all posts
Showing posts with label Jepun - Tokyo. Show all posts

Wednesday, June 14, 2017

Pengalaman Keklin Bercuti Di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 3



Jepun adalah sebuah negara di Asia Timur yang terdiri daripada 8 kawasan utama iaitu dari utara Hokkaido, Tohoku, Kanto, Chubu, Kansai, Chugoku, Shikoku dan Kyushu/Okinawa di selatan.

Trip ke Jepun kali ini banyak di kawasan Chubu iaitu wilayah Aichi (Nagoya), wilayah Gifu (Toki, Gero, Takayama dan Shirakawa), wilayah Toyama dan wilayah Nagano (Alpine Route) dan wilayah Yamanashi (Yatsugatake, Ishihara Nojo, Fuji Motosu dan Oshino Ninja Village).

Baki 3 hari trip barulah berada di wilayah Tokyo yang terletak dalam kawasan Kanto.


18.5.2017 (Day 6)

OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT PAGI TOKYO!

Alhamdulillah... lama-lama tubuh badan ni dah dapat biasakan dengan solat subuh pukul 3.00 pagi di musim panas dan juga hujung musim bunga. Tabik spring pada umat Islam yang tinggal di Jepun dan juga di negara-negara lain yang ada pelbagai musim dengan sinaran matahari yang tidak menentu.

Suhu di Tokyo pada hari ini ialah 15 C - 24 C, agak panas berbanding dengan kawasan perkampungan dan pedalaman Jepun... fenomena rumah hijau dan hutan bandar katanya... Selesai sarapan, Keklin dan kawan-kawan bersiap-siap ke lobi hotel untuk ke destinasi seterusnya.

Plan asal ialah nak ke Asakusa Kannon Temple dan Nakamise Street iaitu sebuah tempat yang dianggap sebagai landmark kat Tokyo ni. Tapi memandangkan Mr Presiden Shaklee Jepun semasa dinner malam semalam dah invite kami semua untuk melawat Shaklee Jepun dan telah dipersetujui oleh semua ahli delegasi, maka kami semua bergerak ke Shaklee Jepun yang terletak tak sampai setengah jam perjalanan dari hotel.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Asakusa Kannon Temple
Nakamise Street

Memandangkan ramai delegasi dari Malaysia ni... tak muat Shaklee Jepun kalau semua orang masuk sekaligus. Bas pertama yang sampai Shaklee Jepun dapat masuk dulu. Sementara itu, Keklin dan yang lain ni berjalan-jalan di kawasan sekitar dan sempat jugak naik ke Tokyo Metropolitan Government Building No 1 yang juga dikenali sepagai "Tocho" tak jauh dari situ.

Tocho
Ini adalah bangunan tertinggi di Tokyo pada tahun 1990-an dan kini adalah bangunan ke-3 tertinggi di Tokyo. Bangunan ini setinggi 48 tingkat dan dari sini boleh nampak pemandangan kota Tokyo yang padat. Selesai meninjau dari awan biru Keklin dan kawan-kawan turun dan berjalan kaki menuju ke Shaklee Jepun.

Di awan biru... di belakang kami ialah kota Tokyo yang padat

Di Shaklee Jepun, para delegasi dijemput untuk membuat tour di dalam pejabat, melihat pelbagai produk Shaklee yang dijual di negara Jepun dan macam-macam lagi. Satu perkara yang ketara ialah produk Shaklee setiap negara adalah tak sama... contohnya protein soya di Jepun dibuat dengan pelbagai perisa, kolagen sisik ikan merah yang lebih murah di Jepun sebab dibuat di sini dan juga lambakan produk kosmetik di Shaklee Jepun.

Staff Shaklee Jepun menyambut ketibaan delegasi Malaysia

Produk kosmetik Shaklee Jepun sedang dikerumuni

Bergambar dengan Presiden Shaklee Jepun

Selesai tour di Shaklee Jepun, Keklin dan kawan-kawan naik bas semula menuju ke tempat makan tengahari di restoran King Crab terkenal iaitu Kani Doraku (Kani Douraku) terletak lebih kurang 5 minit perjalanan dengan bas dari Shaklee Jepun.

Yang ada ketam besar tu terletaknya Kani Doraku

Di dalam Kani Doraku

Harga makanan di Kani Doraku

Makan kat Kani Doraku ni adalah satu pengalaman baru yang tak boleh dilupakan... harga tak payah cakap lah... mujur ditaja... syukur Alhamdulillah. "Kani" dalam bahasa Jepun maksudnya ialah ketam. Maksud nama kedai Kani Doraku ni ialah "harmoni bersama ketam". Selesai makan tengahari dan solat jamak di sini, Keklin dan kawan-kawan naik bas semula menuju ke terminal untuk naik Sumida River Cruise yang terletak tak sampai setengah jam perjalanan dari Kani Doraku.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Sumida River Cruise

Sumida River Cruise juga dikenali sebagai Tokyo Cruise. Terdapat persamaan antara Sumida River Cruise ni dengan Han River Cruise di Seoul, Korea iaitu ada beberapa jambatan yang merentasi di sepanjang sungai. Cuma bezanya jambatan di Sungai Sumida ni diwarnakan dengan beberapa warna yang berbeza untuk setiap jambatan.


Keklin dengan anak saudara Keklin di Tokyo Cruise
Jambatan diwarnakan dengan merah

Selesai Sumida River Cruise, Keklin dan kawan-kawan diberikan waktu bebas, free and easy di kawasan Odaiba. Odaiba ni ialah pulau buatan manusia dimana terkenal sebagai tempat membeli-belah dan juga bersiar-siar. Keklin jalan kaki je dari deck terakhir cruise ke Odaiba sambil menikmati pemandangan di sekeliling, suasananya macam kat sebuah taman. Selain tu, ada juga beli beberapa barang keperluan kat sini.

Odaiba - kelihatan rainbow bridge yang akan colourful pada waktu malam

Selesai aktiviti bebas di Odaiba, Keklin dan kawan-kawan naik bas untuk makan malam di sebuah restoran bernama Bombay Cafe lebih kurang 15 minit perjalanan dari Odaiba. Masa kami makan kat sini, delegasi Shaklee yang non-Muslim pergi makan tempat lain di restoran non-halal. Fuhh... walaupun tak sama, tapi makan kat Bombay Cafe dah rasa macam makan kat kedai mamak di Malaysia. Terubat sikit kerinduan kat tanahair....

Keklin dan kawan-kawan di Bombay Cafe

Selepas makan malam kami semua dihantar ke hotel. Tapi... kami ada plan tersendiri malam ni iaitu pergi ke Hard Rock Cafe Tokyo. Ada sorang kawan Keklin ni pernah pergi Tokyo... tapi dia pun tak pasti sangat cara nak pergi ke Hard Rock Cafe Tokyo.... kami redah je follow dia naik subway. Lebih kurang 20 minit iaitu bersamaan 3 station sampai jugak akhirnya kat Hard Rock Cafe Tokyo....

Naik subway di Tokyo
Hard Rock Cafe Tokyo

Selesai membeli barang dan souvenirs di HRC Tokyo, Keklin dan kawan-kawan kembali ke hotel dengan menaiki subway. Pengalaman berjalan-jalan waktu malam kat negara asing memang seronok. Kat Jepun ni lain sangat... rasa selamat dan mudah untuk ke mana-mana destinasi. Sampai di hotel kami terus merehatkan diri.


OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT MALAM TOKYO!



19.5.2017 (Day 7)

OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT PAGI TOKYO!

Semakin hari semakin panas di Tokyo... maklumlah musim bunga bakal berakhir dan musim panas pula bakal menjelang. Bagi orang Jepun musim panas amat dinantikan, lebih best dan selesa, boleh pakai pakaian yang simple, tak perlu risau cuaca sejuk yang boleh sebabkan demam selesema dan boleh main air. Suhu hari ini lebih kurang 15 C - 26 C.

Oh ya... hotel tempat Keklin tinggal ni sangat dekat dengan Tokyo Imperial Palace iaitu kediaman rasmi kerabat diraja Jepun. Tokyo Imperial Palace ni terletak di kawasan Chiyoda yang kelihatan seperti taman di atas tasik.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Tokyo Imperial Palace

Aktiviti hari ini ialah berjalan dan berjoging di sebuah taman yang dikenali sebagai Hibiya Park seawal 6 pagi. Hibiya Park ni tak jauh dari Tokyo Imperial Hotel... jalan kaki je dah sampai. Kalau pusing satu taman Hibiya Park ni makan masa antara setengah hingga 1 jam.

Beriadah di Hibiya Park

Keklin dan kawan-kawan di Hibiya Park

Selesai mandi peluh di Hibiya Park, Keklin dan kawan-kawan pulang ke hotel untuk sarapan pagi. Selepas sarapan kami semua naik ke bilik masing-masing dan bersiap-siap untuk turun semula menuju ke destinasi berikutnya.

Destinasi berikutnya ialah tempat riang ria kesukaan anak-anak iaitu Tokyo Disneyland. Jarak dari hotel Keklin ke Disneyland tak lah jauh sangat... tak sampai setengah jam pun. Bertebaranlah kami semua di Tokyo Disneyland yang boleh dikatakan Disneyland paling bersih dan cantik.

Keklin di Tokyo Disneyland

Bergambar kenangan lagi... entah bila lagi akan ke sini

Bagi mereka yang bawa anak-anak kecil, paling gigih di sini sebab nak beratur panjang dan layan kerenah anak masing-masing untuk main itu dan ini. Kami yang lain ni just enjoy ourselves... tengok Disneyland Parade, tengok gelagat manusia dan macam-macam lagi.

Oh ye... sebelum datang Jepun lagi Keklin dah deal dengan Malaysian yang tinggal kat Jepun ni untuk prepare meal lunch untuk kami. Keklin pun open order pada kawan-kawan yang berminat untuk dapatkan Halal Bento yang disediakan oleh rakyat Malaysia di sini. Tiba masa yang dijanjikan meal box Bento kami pun tiba.

Nasi Ayam Bento Japanese style... yummy!

Satu lagi... makanan luar memang takleh bawak masuk dalam Disneyland. Jadi kami keluar sekejap untuk mengambil makanan tengahari kami dan menikmati lunch di taman-taman kat luar Disneyland. Jadi, kalau sesiapa yang ke Tokyo dan berminat untuk dapatkan Halal Bento yang sama... roger jer Tokyo Halal Bento ok? hehe.....

Keklin dan beberapa orang kawan balik awal dari Disneyland... naik bas pertama. Tak larat nak tunggu sampai malam dan tengok fireworks. Lagipun, dah pernah tengok fireworks masa kat Disneyland Anaheim, California dan Disneyland Orlando, Florida dulu.

Kami mintak driver bus turunkan kami kat Ginza Street dan bukannya hotel. Ginza Street ni ala ala Bukit Bintang lah kalau kat Malaysia. Jalan-jalan makan angin kat tempat orang... free and easy. Kat sini Keklin jumpa satu mart ala ala Mydin yang jual barang dengan harga mampu beli... hehe... Nama kedai ni Don Quijote.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Termos Malaysia - kilang di Shah Alam katanya
Timbunan coklat Jepun
Anello - Beg dari Jepun yang sedang trendy sekarang

Alhamdulillah..... kat kedai Don Quijote ni Keklin jumpa banyak barang yang diperlukan macam coklat, beg, souvenirs dan macam-macam lagi. Ok... berbaloi-baloi jalan-jalan sini. Dari kawasan Ginza Street ke hotel kami, Keklin jalan kaki je lebih kurang 15 minit dah sampai hotel. Setibanya di hotel.. gigih kami semua mengemas dan packing barang masing-masing untuk pulang ke tanahair besoknya.


OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT MALAM TOKYO!


20.5.2017 (Day 8)

OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT PAGI TOKYO!

Alhamdulillah.... hari terakhir di kota Tokyo dan bumi Jepun, negara matahari terbit ini. Awal-awal pagi dah bawak beg turun, check out dan bersarapan di hotel. Suhu hari ini semakin panas iaitu sekitar 16 C - 29 C. Sekejap lagi dah nak naik bas untuk pergi ke airport yang terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari hotel.

Flight Keklin dan kawan-kawan yang naik Thai Airways ni dijadualkan pukul 10.50 pagi (9.50 waktu Malaysia). Kena ada di airport 3 jam sebelum berlepas untuk urusan luggage, imigresen dan lain-lain. Syukur sangat dapat becuti di negara Jepun ni. Banyak Keklin belajar sepanjang ada kat sini

# Orang Jepun sangat bangga dengan bahasa mereka. Berbual dalam bahasa Jepun dengan foreigner walaupun macam itik dan ayam bercakap. Akhirnya mesej dan persefahaman tercapai... hehe.

# Cashier Jepun sangat laju dan tuntas. Setiap customer akan di'greet' dengan ayat yang sama. Ceria. Akan menyebut total harga dan menunjukkan harga di skrin. Tangan pun lincah masukkan barang dalam beg plastik.
Takdelah kau menjeruk perasaan berbaris lama gila sambil melihat si cashier mengira barang-barang kau dengan penuh keayuan dan kelembutan sambil berborak dengan kawan sebelah. Hehe...

# Sentiasa mematuhi undang-undang. Berbaris dengan sabar. Tiada marah-marah. Senang je. Just follow the rules.

# Sangat bersih. Seriously. Contoh dalam bas kau jangan nak sepah-sepah sangat. Ada plastik okay. Kau masukkan sampah dalam plastik tu, pastu turun nanti jangan lupa bawa sekali.
Kat sini tong sampah recycle ada banyak sangat.
Sawah padi dan sungainya juga sangat bersih. Kemas. Tersusun, Even air longkangnya pun bersih okay. Hampir menangis mengenangkannya.

Sawah padi yang bersih dan tenang

Air longkang yang bersih

# Budaya dan adab bercakap dengan perlahan dan menghormati orang lain

Kami dilambai oleh staff dan pekerja hotel semasa menuju ke airport

# Makanan Jepun oishi! Walaupun tekak Melayu tapi kalau ke luar negara pastilah tidak melepaskan untuk rasa apa-apa jua makanan yang dihidangkan. Patutlah kulit orang Jepun cantik dan badan slim, makanan mereka banyak yang rebus dan bakar. Simple tapi sedap.

# Tandas mereka OHSEM!
Teruja betul bila nak ke tandas. Kalau dulu nak cari toilet cangkung, Kat sini pula nak toilet duduk je. Tandas diorang ni lah yang paling best setakat pernah pergi ke beberapa buah negara luar.
Kat Jepun toiletnya memang canggih. Tempat duduk hangat, Ada bidet. Certain toilet ada option untuk pasang muzik (bunyi-bunyian air mengalir) semasa menyahut panggilan alam. Hehe...
Tisu tandas dah dicipta khas untuk dibuang ke dalam lubang tandas (mudah hancur). Dan sepanjang berada di Jepun tak pernah ada masalah kehabisan tisu.
Tempat duduk lantai. Sentiasa kering. Bahagia kan? hehe...

Tandas yang canggih

Kertas tisu khas

Cukuplah kat sini dulu yang dapat dicoretkan. Banyak lagi nilai-nilai positif dan baik yang kita patut contohi daripada orang Jepun ni. Penerbangan dari Narita airport ke Bangkok akan ambil masa lebih kurang 6 jam setengah.

Antara makanan Keklin dalam Thai Airways

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

TOKYO SAYONARA!

SELAMAT TINGGAL TOKYO!


Keklin dan kawan-kawan selamat mendarat di Suvarnabhumi Airport lebih kurang pukul 3.30 petang waktu Bangkok (4.30 petang waktu Malaysia). Tak banyak masa yang tinggal sebab pukul 4.40 nanti (5.40 petang waktu Malaysia) pesawat Keklin dari Bangkok akan berlepas ke Kuala Lumpur.

SELAMAT TINGGAL BANGKOK!



SELAMAT DATANG KUALA LUMPUR!


Alhamdulillah... selepas penerbangan lebih kurang 2 jam, Keklin dan kawan-kawan selamat tiba di KLIA lebih kurang pukul 7.30 malam.


Setiap kali Keklin join trip yang Shaklee sediakan memang tak mengecewakan, layanan 1st class, kemudahan 5 bintang, makanan halal yang disediakan untuk delegasi Muslim dan banyak lagi. Syukur... sebab terpilih sekali lagi... lagi dan lagi....

2013 - Kota Kinabalu, Sabah
2014 - Los Angeles dan San Francisco, California, USA
2015 - Milan, Florence, Rom Itali
2016 - Orlando, Florida, USA
2017 - Takayama, Shirakawa-Go, Alpine Route, Tokyo, Jepun

Mudah-mudahan akan terpilih sekali lagi untuk trip percuma ini pada tahun 2018 untuk menjelajah negara Mediterranean seperti Sepanyol, Perancis dan Itali menggunakan kapal persiaran dengan konsep Mediterranean Cruise... Insya Allah. Anda juga boleh join bersama-sama kami pada trip akan datang.





* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma *

Teruskan juga membaca :


Bercuti di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 1

Bercuti di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 2




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Tuesday, June 13, 2017

Pengalaman Keklin Bercuti Di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 2



Pada hujung musim bunga... suasana kat sini dah macam musim panas. Waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam iaitu kira-kira 14 jam siang dan 10 jam malam. Kebanyakan bunga dah tak kelihatan sebab dah penghujung musim bunga... tapi Alhamdulillah sempat jugak Keklin jumpa bunga tulip dan sakura sepanjang kat Jepun ni.


16.5.2017 (Day 4)

OHAYO GERO!

SELAMAT PAGI GERO!

Masa packing malam semalam, Keklin dan kawan-kawan dah diberitahu supaya membawa luggage yang kecil dan sesuai sahaja untuk ke destinasi berikutnya dengan beberapa pakaian yang sesuai. Cukup sekadar untuk check in hotel satu malam di Yatsugatake malam nanti sebelum bertolak ke Tokyo keesokan harinya.

Satu lagi luggage yang besar akan diisi dengan barangan lain dan akan ada trak yang hantar luggage besar kami semua terus ke hotel kami di Tokyo. Syukurlah... takde lah sampai nak heret semua luggage masa berjalan nanti.

Snow Wall yang menjadi tarikan pelancong

Selesai sarapan dan check out, kami menaiki bas yang disediakan menuju ke arah utara iaitu wilayah Toyama dimana terletaknya check point pertama Alpine Route iaitu Stesen Tateyama. Perjalanan dari Gero Onsen ke stesen Tateyama ni memakan masa hampir 3 jam.

Apa sebenarnya Tateyama Kurobe Alpine Route ni??? Alpine Route ni ialah perjalanan merentasi banjaran gunung bersalji  (Alps) di pergunungan Tateyama. Puncak gunung Tateyama ialah setinggi 3015 meter. Perjalanan bermula di stesen pertama Tateyama (475 meter), check point ke-2 di Bijodaira (977 meter), check point ke-3 di Murodo (2450 meter), check point ke-4 di Daikanbo (2316 meter), check point ke-5 di Kurobedaira (1828 meter), check point ke-6 di Kurobe dam (1470 meter) dan check point terakhir di Ogizawa (1433 meter).

Alpine Route bermula dari Tateyama - Kurobe - Ogizawa ataupun sebaliknya

Suhu harini kat Tateyama pun dah bawah 10 C. Dari Tateyama ke Bijodaira Keklin dan kawan-kawan naik kereta kabel Tateyama... tak lama pun, lebih kurang 7 minit dah sampai. Dari Bijodaira Keklin naik bas untuk ke Murodo. Perjalanan ke puncak ni makan masa hampir 50 minit. Sepanjang perjalanan tu ada sekali driver bus stop sekejap dan kami ambil gambar pemandangan dari dalam bas.

Pemandangan puncak gunung Tateyama dari dalam bas

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Setibanya di Murodo, Keklin dan kawan-kawan bergambar kenangan di dinding salji (snow wall) yang menjadi sebut-sebutan iteww... Oh ye.... selain daripada 7 check point, kat sini kena naik pelbagai jenis kenderaan yang berbeza untuk ke setiap point. Macam kami ni, tourist guide dah book transport 6 bulan sebelum trip. Setiap transport dah ada jadual perjalanan sendiri... jadi kalau lambat sikit kena tinggal lah....

Keklin dan kawan-kawan di Snow Wall

Snow Wall bulan April lebih tinggi katanya

Stesen Murodo ni ialah stesen keretapi tertinggi di Jepun. Kat sini jugak kami berhenti rehat, solat jamak dan juga makan tengahari dengan bento yang telah disediakan. Suhu kat sini lebih kurang 1 C.

Bento untuk kami semasa lunch time

Dari Murodo, Keklin naik trolley bus menuju ke Daikanbo. Trolley bus ni macam bas elektrik dan satu-satunya yang ada di Jepun. Kalau kat Malaysia, trolley bus ni yang macam kat Bukit Bendera Pulau Pinang. Perjalanan dari Murodo ke Daikanbo makan masa selama 10 minit perjalanan merentasi gunung Tateyama. Dalam trolley bus ni tak nampak view sebab sepanjang perjalanan adalah dalam terowong.

Selain daripada Murodo tadi, kat Daikanbo juga adalah tempat paling sesuai untuk bergambar kenangan dengan pemandangan yang memukau. Pemandangan alam semulajadi, gunung yang diliputi salji serta tasik yang besar. Masa tiba sini jam menunjukkan pukul 3.30 petang (2.30 petang waktu Malaysia).

Keklin di kawasan tinjau di Daikanbo

Sekarang ialah masa untuk turun dari atas gunung Tateyama.... iaitu dari Daikanbo ke Kurobedaira. Kat sini Keklin naik Tateyama Ropeway selama lebih kurang 7 minit perjalanan sahaja. Ada beza ke cable car (cableway) dengan ropeway??? Konsep cableway ni ialah gondola tu "digantung" manakala konsep ropeway ni pulak gondolanya "disangkut"... faham tak? hehe... Satu lagi kan... kalau cableway dia ada tiang antara tali kabel tu, tapi kalau ropeway dia takde tiang... semata-mata tali kabel... fuhh seram....

Masa kat Kurobedaira ni kena ambil peluang untuk main salji, buat snowball dan baling-baling sesama sendiri. Bila dah ada kat Kurobedaira ni maksudnya dah ada kat kawasan Kurobe dan bukan kat Tateyama lagi. Keklin sambung perjalanan naik kereta kabel Kurobe pulak selama 5 minit untuk ke tempat yang namanya Kurobeko.

Kat Kurobeko, Keklin jalan kaki selama 15 minit menuju ke empangan Kurobe yang merupakan empangan tertinggi di Jepun. Suhu kat sini... Masya Allah sejuk sangat... lebih sejuk dari Murodo. Walaupun kat sini tak banyak salji, tapi tiupan angin menyebabkan suhu drop.... Keklin dan kawan-kawan pun ambil peluang untuk bergambar kenangan di empangan Kurobe ni.

The Chalo's di Kurobe Dam

Kemudian kami semua naik satu lagi trolley bus iaitu Kanden Tunnel Trolley Bus menyusuri terowong di gunung Akazawa-dake menuju stesen Ogizawa. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 16 minit saja. Setibanya di Ogizawa lebih kurang pukul 6.00 petang, kami semua menaiki bas yang disediakan menuju ke selatan iaitu ke Yatsugatake untuk check in hotel malam ni.

Begitulah serba sedikit perjalanan Keklin dan kawan-kawan di Tateyama Kurobe Alpine Route yang dikenali sebagai "Roof of Japan" yang boleh start samada dari Tateyama (utara) ataupun dari Ogizawa (selatan). Waktu puncak dan ramai orang kat sini ialah pada bulan April, awal Mei, pertengahan Ogos dan awal Oktober. Pada musim sejuk iaitu Disember sehingga Mac memang ditutup sebab salji terlalu tebal.

Stesen Ogizawa ni terletak di utara wilayah Nagano yang bersempadan dengan wilayah Toyama. Perjalanan diteruskan menuju ke bandar Yatsugatake yang terletak di utara wilayah Yamanashi. Perjalanan ini mengambil masa hampir 2 jam dan akhirnya kami semua tiba di Yatsugatake Royal Hotel untuk merehatkan badan yang penat ini.


OYASUMI YAMANASHI!

SELAMAT MALAM YAMANASHI!



17.5.2017 (Day 5)

OHAYO YAMANASHI!

SELAMAT PAGI YAMANASHI!


Alhamdulillah... syukur... dapat jugak merehatkan tubuh badan ini yang penat dan lesu setelah seharian berada di Tateyama Kurobe Alpine Route, Roof of Japan. Kenangan berada di Alpine Route memang sukar untuk dilupakan dan pasti akan ke sana lagi... Insya Allah. Suhu hari ini adalah sekitar 11 C hingga 21 C.

Selesai bersarapan di hotel, kami semua check out dan bersiap sedia untuk tunggu bas di luar hotel. Keklin dan kawan-kawan berlegar di sekitar kawasan hotel dan merekodkan pelbagai kenangan di sini dengan mengambil gambar. Yatsugatake Hotel sangat sesuai sebagai transit sebab berada di tengah-tengah antara Alpine Route dan juga kota metropolitan Tokyo.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Bunga Tulip di Yatsugatake Hotel

Perjalanan diteruskan ke selatan iaitu ke ladang strawberi di selatan wilayah Yamanashi. Perjalanan mengambil masa tidak sampai 1 jam dan kami tiba di tempat ni yang dikenali sebagai Ishihari Nojo. Ala... apa nak hairankan? Kat Malaysia pun boleh petik strawberi apa? hehe.... Eh, lain.... kalau nak tau kan... strawberi kat Jepun dan Korea semuanya gumuk gumuk..... tak sama macam strawberi Malaysia.

Makan strawberi gemuk... yummy!

Selesai petik dan makan strawberi, Keklin dan kawan-kawan meneruskan perjalanan ke selatan wilayah Yamanashi yang berhampiran dengan kaki gunung Fuji iaitu ke Shiba Sakura Flower Festival di Fuji Motosu (Pink Moss). Perjalanan ini juga tak sampai 1 jam.

Shiba Sakura juga kadang-kadang disebut Shibazakura yang membawa maksud permaidani (shiba) bunga (sakura). Awesome sangat tempat ni... seolah-olah jutaan bunga yang dihamparkan macam karpet dengan pelbagai warna. Mood juga jadi riang ria bila sampai ke sini.

Inilah dia permaidani bunga - shibazakura

Pengalaman Keklin di Shibazakura

Pada waktu kebiasaan dan langit cerah..... shibazakura ni akan lebih cantik dengan landskap puncak gunung Fuji sebagai latarbelakangnya. Tapi apakan daya... langit mendung pulak bila sampai sini... hajat nak tengok puncak gunung tertinggi di Jepun yang diliputi salji tak kesampaian... huhu... Kena pergi lagi kot lain kali... Insya Allah!

Selesai aktiviti di kaki gunung Fuji ni... Keklin dan kawan-kawan menuju ke perkampungan ninja yang dikenali sebagai Oshino Ninja Village. Jarak perjalanan dari Fuji Motosu ke sini lebih kurang 40 minit saja. Kat sini kami makan tengahari dan Alhamdulillah... sempat jugak solat jamak kat Restoran Ninja.

Bergambar di hadapan Restoran Ninja

Di dalam Restoran Ninja

Sangat bersyukur sebab di negara asing ada kemudahan seperti ini

Selesai makan tengahari, kami sambung perjalanan ke Tokyo... sebuah bandaraya yang sangat moden, sesak dan berkembang pesat. Kebanyakan rakyat Malaysia memang dah biasa datang Tokyo kalau ke Jepun. Perjalanan dari kampung ninja menuju ke Tokyo mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.

Tokyo Imperial Hotel... ya itulah tempat penginapan Keklin dan kawan-kawan sepanjang 3 hari di kota Tokyo ni. Bak kata tourist guide... hotel ni adalah tempat penginapan para menteri, artist dan orang kenamaan lain yang berkunjung ke Tokyo. Mahal sangat.... kalau tak percaya cuba google harga hotel Tokyo Imperial ni.... pengsan... Kalau Keklin datang Tokyo sendiri... memang tak merasa lah tinggal kat hotel 5 bintang ni... Syukur Alhamdulillah....

Pemandangan dalam bilik hotel Keklin di Tokyo
Imperial Hotel Tokyo asal yang dibina oleh Maharaja Meiji pada tahun 1888


Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Jepun

Selepas selesai urusan check in dan juga memastikan luggage besar kami yang dibawa dari Gero selamat sampai kat bilik, kami semua bersiap-siap untuk dinner pertama di Tokyo Imperial Hotel. Makan malam kali ini agak istimewa sebab bakal dihadiri oleh Dr Yasuhiko Kojima, seorang ahli immunologist yang berumur 90-an dan bertanggungjawab mencipta Nutriferon.

Kajian selama 40 tahun menggunakan lebih kurang 200 herba berbeza akhirnya menghasilkan Nutriferon

Bergambar kenangan dengan Dr Yasuhiko Kojima

Makan malam kali ni juga bertemakan "Malaysia Truly Asia"... nak pakai baju apa? Pakai baju raya masing-masing lah.... hehe.... Selesai makan malam Keklin dan kawan-kawan balik ke bilik masing-masing untuk merehatkan badan yang penat ini....


OHAYOGOZAIMASU!

SELAMAT MALAM TOKYO!



* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma *

Teruskan juga membaca :


Bercuti di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 1

Bercuti di Jepun Pada Hujung Musim Bunga - Episod 3 




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...