Showing posts with label Piramid Makanan. Show all posts
Showing posts with label Piramid Makanan. Show all posts

Friday, October 17, 2014

Kepentingan Makan Pelbagai Jenis Makanan Yang Sihat



Makanan Yang Sihat adalah pengambilan makanan yang seimbang dan lengkap dengan nutrien-nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Sepertimana yang dicadangkan oleh pakar-pakar nutrisi di Malaysia, Piramid Makanan Malaysia adalah garis panduan asas ke arah pemakanan yang sihat dan diet seimbang.


Makan Pelbagai Jenis Makanan Yang Sihat seperti yang telah disyorkan adalah Cadangan Pertama Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



Apakah Tindakan Kita?


1. Kombinasi makanan yang seimbang

- Beras, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubian - Makan secukupnya
- Buah-buahan dan sayur-sayuran - Makan banyak
- Ikan, ayam, itik, daging, kekacang, susu dan produk tenusu - Makan secara sederhana
- Lemak, minyak, gula dan garam - Makan sedikit


2. Hidangan makanan yang seimbang

- 4 hingga 8 hidangan sehari - Beras, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubian
- 3 hidangan sehari - Sayur-sayuran
- 2 hidangan sehari - Buah-buahan
- 1 hingga 3 hidangan sehari - Susu dan produk tenusu
- 1 hidangan sehari - Ikan
- 1/2 hingga 2 hidangan sehari - Ayam, itik, daging dan telur
- 1/2 hingga 1 hidangan sehari - Kekacang


3. Mengambil makanan tambahan/vitamin atau suplemen untuk menampung kekurangan nutrisi

Sekiranya anda tidak mampu untuk mendisiplinkan diri berdasarkan garis panduan di atas, maka ambillah apa-apa vitamin atau suplemen untuk menampung kekurangan dan ketidakseimbangan nutrien dalam tubuh anda.

Tambahan pula, beberapa nutrisi penting tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia secara semulajadi. Oleh sebab itu adalah penting untuk kita mengambil vitamin atau suplemen untuk kesihatan badan yang optimum.


Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang sesuai untuk mereka yang tidak mengamalkan pengambilan makanan seimbang. Salah satunya ialah Vita-Lea Iron Formula yang diperkaya dengan Multivitamin dan Multimineral.



Tahukah anda bahawa setiap tablet Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan RDA (Recommended Dietary Allowance)


Amalkanlah gaya hidup yang sihat bermula dengan Mempelbagaikan Pemakanan Yang Sihat. Jika anda terlalu sibuk dan tidak dapat mengikuti garis panduan pengambilan makanan yang ditetapkan, jangan lupa untuk mengambil suplemen hebat seperti Vita-Lea Iron Formula ini!




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================






Tuesday, October 7, 2014

Piramid Makanan Di Malaysia



Apakah itu Piramid Makanan? Pentingkah Piramid Makanan ini dalam kehidupan seharian kita? Piramid Makanan adalah garis panduan pengambilan makanan yang seimbang dan juga sebagai jalan menuju kepada diet yang sihat. Secara asasnya, makanan di bahagian dasar piramid perlu diambil dengan kerap manakala makanan di puncak piramid hendaklah dikurangkan pengambilannya.




Pada era zaman 1960-an lagi, Piramid Makanan ini sudah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di waktu itu dengan dibantu oleh pakar-pakar nutrisi yang sedia ada. Walaubagaimanapun, gaya hidup sihat rakyat Malaysia ketika itu yang banyak melakukan aktiviti dan pekerjaan secara fizikal menyebabkan kurangnya penyakit disebabkan oleh pemakanan.


Zaman telah berubah dan begitu juga dengan gaya hidup yang berubah mengikut arus pemodenan. Mesin telah menggantikan manusia untuk memudahkan kerja-kerja dan juga penghasilan dalam bidang pembuatan. Tanpa disedari semakin kurang aktiviti dan pekerjaan yang berbentuk fizikal terlibat. 


Di sudut pengangkutan juga, kenderaan bermotor telah menggantikan basikal dan juga mengurangkan aktiviti berjalan kaki. Dalam aspek pemakanan, makanan bergoreng dan makanan segera juga semakin digemari oleh anak-anak muda berbanding makanan-makanan segar yang lain.


Bagi mereka yang mempunyai kesedaran kesihatan, semua perubahan ini sedikit pun tidak memberi kesan kepada mereka. Masa terluang diisikan dengan aktiviti yang melibatkan fizikal seperti berkebun, mengemas rumah dan beriadah. Kesibukan sama sekali tidak dijadikan alasan untuk mengabaikan cara hidup yang sihat.


Bagi mereka yang belum ada kesedaran, inilah masanya untuk kembali kepada Piramid Makanan sebagai asas untuk kembali kepada cara pemakanan yang betul. Tidak lupa juga untuk mengambil suplemen ataupun makanan tambahan untuk menampung apa-apa nutrisi yang masih kurang dalam tubuh kita. Namun jangan kita lupa untuk bersenam atau sekurang-kurangnya membuat aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh.




Marilah sama-sama kita sebarkan dan kongsikan kebaikan diet dan pemakanan yang seimbang untuk memberikan kesedaran kepada mereka di sana betapa indahnya nikmat kesihatan!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...