Thursday, June 26, 2014

Autumn In Melbourne - Part 2

Ok jom kita sambung entri Part 2 pulak....

Day 3

30 Mei 2014 - Selepas breakfast di camp site kitorang teruskan perjalanan ke Pannys iaitu kilang coklat di Phillips Island. Masa ni budak-budak dengan peminat tegar coklat sangat gembira lah... serba serbi barang pameran adalah coklat. Beli tiket untuk masuk dalam kilang, tiket pun ialah sejenis coklat... boleh main game dalam kilang, dapat hadiah pun coklat... pendek kata semuanya pasal coklat. 

*Kalau tiket macam ni jangan bagi budak-budak pegang dulu*

*tak baik membazir hehe....*

Lepas tu kitorang teruskan perjalanan ke Nobbies iaitu sebuah 'taman' untuk burung-burung laut. Tempat ni lah paling best... pemandangan cantik sampai aku buat gambar profile... hehe... 

*This is Nobbies!*

*Subhanallah... speechless!*


Perjalanan diteruskan ke Warrook Cattle Farm untuk tengok bulu kambing biri-biri kena cukur. Kat sini pun dapat tengok kanggaroo tapi tak boleh nak  'bermesra' dengan kanggaroo. 

*Myra dengan bulu kambing yang menjadi mangsanya*

*Adam beri makan kat kanggaroo*


Sebenarnya banyak lagi tempat kat Phillip Islands nak jelajah tapi tak sempat lah... luasnya bumi ciptaan Allah ini.. Perjalanan diteruskan ke seberang teluk menggunakan jalan darat (boleh imagine tak? hehe..). Sebenarnya nak pergi ke Sorrento beach yang mengambil masa selama 3 jam perjalanan dari Phillip Islands. Di Sorrento terdapat feri untuk pergi ke Queenscliff. Feri ini amat penting kerana memendekkan perjalanan dari Sorrento ke Queenscliff yang mengambil masa 5 jam melalui perjalanan darat kepada 45 minit sahaja melalui feri. 

Memandangkan tiada tempat bermalam di Sorrento, kitorang bermalam di Rye Foreshore iaitu di persisiran pantai. Walaupun Rye Foreshore bukanlah camp site yang dikawal oleh pihak security, tapi terdapat kemudahan power supply untuk caravan dan juga water refill yang telah disediakan.

*Apabila caravan stop, power supply sebegini amat penting untuk memastikan bekalan elektrik mengalir dalam caravan*


SELAMAT MALAM MELBOURNE!


Day 4

31 Mei 2014 - Selepas breakfast di tepi pantai, kitorang pergi ke terminal feri dan di sini bermulalah perjalanan ke Great Ocean Road. Setelah turun dari feri di Queenscliff... masing-masing diberikan kebebasan di sepanjang Great Ocean Road untuk mengambil gambar dan berhenti tanpa berkonvoi, yang penting masing-masing dah tahu check point terakhir, masa ini lah waze dan gps amat diperlukan. Keindahan alam ciptaan Allah yang amat menakjubkan boleh didapati di sini dan diri terasa kerdil. Perjalanan yang jauh mengambil masa yang panjang menyedarkan diri betapa berharga masa selama 24 jam sehari. Akhirnya, kitorang check in kat Apollo Bay camp site dan bermalam di sini.

SELAMAT MALAM MELBOURNE!


*Pintu masuk ke terminal feri*

*sama macam Malaysia*

*membawa kenderaan berat di Great Ocean Road kena kerap berhenti, beri laluan kepada kenderaan ringan*



Day 5

1 Jun 2014 - Perjalanan diteruskan ke Great Ocean Road Wildlife Park. Ingatkan dekat je tapi boleh tahan lah perjalanannya. Sebab itu, kadang-kadang satu hari boleh pergi beberapa tempat sahaja bergantung pada faktor jarak dan cuaca. Kat Wildlife ni dapat experience sendiri bermesra dengan kanggaru, walabi dan rakan-rakannya. Masa hari ni juga kerajaan Australia dah officially announce musim winter bermula. 

*Nak tau berapa RM? Sila darab 3...*

*Petting walabi*


Seterusnya kitorang ke Twelve Apostles iaitu satu lagi keunikan di bumi Australia. Mengikut sejarah, dahulu batu-batu unik ini ada 12 tetapi akibat faktor alam dah tinggal beberapa butir sahaja. Setelah selesai pusing-pusing di sini, tibalah masanya kitorang berpatah balik ke kawasan bandar Melbourne, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Port Campbell. Check in di Melbourne Big4 Holiday Park di kawasan Coburg iaitu camp site terakhir untuk kembara caravan ini.

*Kami bukan artifak sejarah*

*tak mampu naik ally semata-mata nak tengok 12 apostles*

SELAMAT MALAM MELBOURNE!



6 comments:

  1. salam alizal. nak tanye la.. camp site utk park caravan u book awal or trus walk in je? jalan2 dekat town melbourne bawak caravan ok ke? senang parking tak? i punye trip ke melbourne august nnt.. tu nk tanye pengalaman u... - Mas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wbt... untuk camp site tu better book awal supaya tak kelam kabut masa kat sana. Camp site yang listed under big4, facilities dia memang memuaskan seperti laundry dan toilet. Ada juga camp site atau caravan park yang bebas dan free... tapi takde security guard jaga... ala-ala tepi pantai... yang ni bila2 boleh masuk. Masa kami pergi haritu ejen yang uruskan semuanya.

      Yang penting kat sini kena ada senarai back up camp site dan location sekali... sebab kadang2 ada camp site tutup sebab construction dan renovation

      Delete
    2. Oh ye... caravan ni tak advisable bawak masuk kat town sebab susah dapat parking... tak banyak parking bas, lori dan caravan. Silap parking memang kena compound. Satu lagi jalan kat town memang sempit-sempit...

      Delete
    3. owh yeke.. mase u g brighton boxing box tu u bawak caravan ke?

      Delete
    4. kat bathing box tu ada parking untuk caravan/bas... so takde masalah nak bawak caravan kat situ

      Delete
  2. ok okayy... tq for your info...

    ReplyDelete

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...