Wednesday, August 5, 2015

Jangan Suka Sangat Kalau Perut Buncit... Masalah Penghadaman Boleh Sebabkan Hati Rosak



Tubuh badan kita memerlukan tenaga untuk terus berfungsi dan bekerja. Salah satu sumber tenaga yang diperolehi ialah melalui pemakanan. Makanan perlu diproses dan dicernakan sebelum jadi tenaga. Sistem yang diperlukan untuk proses ini dipanggil Sistem Penghadaman Manusia.


Pesakit Hati Yang Kronik Mempunyai Peurt Yang Buncit

Selain daripada menukarkan makanan kepada nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan, Sistem Penghadaman Manusia juga berfungsi untuk menyingkirkan sisa buangan dari tubuh badan. Beberapa organ tubuh badan terlibat dalam Sistem Penghadaman ini :-


1) Gigi - ejen pengunyah dan pengoyak makanan sehingga menjadi cebisan-cebisan yang kecil
2) Esofagus - membawa makanan, cecair dan air liur daripada mulut ke perut dan berfungsi sebagai gelongsor air dalam badan kita
3) Perut - sejenis beg yang elastik untuk menyimpan makanan dan membantu untuk memecahkan makanan kepada cebisan-cebisan yang lebih kecil
4) Hati - menghasilkan hempedu untuk membantu tubuh menyerap lemak
5) Pundi Hempedu - Menyimpan Hempedu dan merembeskannya ketika diperlukan
6) Pankreas - Menghasilkan enzim yang membantu menghadamkan protein, lemak dan kanji
7) Usus Kecil - Kebanyakan nutrisi utama diserap di sini. Usus kecil menghadam kesemua nutrien
8) Usus Besar - Membuang sisa buangan
9) Dubur - Rektum adalah tempat dimana najis disimpan sehinggalah dikeluarkan daripada Sistem Penghadaman melalui dubur

Penyakit-Penyakit Sistem Penghadaman
Cuba bayangkan apa akan jadi jika Sistem Penghadaman yang penting ini terganggu dengan masalah kesihatan? Sudah pasti, Sistem Penghadaman menjadi tidak lancar sehingga menyebabkan tubuh badan kita tidak dapat menyerap nutrisi penting dan juga toksik tersimpan dalam badan kerana tidak disingkirkan :-

Sembelit bukannya sesuatu yang melucukan

1) Sembelit - Sebenarnya sembelit ialah sejenis penyakit. Apabila sembelit terjadi, bermaksud Sistem Penghadaman kita telah terganggu. Najis yang telah keluar adalah tidak sihat jika najis terlalu keras atau terlalu cair.

2) Ulser Perut - juga dikenali sebagai Ulser Peptik boleh menyebabkan pendarahan, penembusan dan juga kecederaan-kecederaan lain. Ini bermaksud pada dinding-dinding perut kita terdapat luka-luka kecil.

3) Buasir - juga dikenali sebagai Hemorrhoid boleh terjadi samada di dalam ataupun di luar dubur

4) Barah Kolorektal dan Polip (Kanser kecil) - juga dikenali sebagai Barah Usus atau Barah Dubur. Sekiranya terdapat pertumbuhan yang tidak normal dan masih belum dikategorikan sebagai Barah, ketumbuhan tersebut dipanggil Polip

Hati yang rosak akan menyebabkan mata putih menjadi kuning

5) Virus Hepatitis (Hepatitis B) - Virus Hepatitis ini menyerang Hati manusia. Antara tanda-tandanya ialah muntah-muntah, kulit bewarna kuning, rasa keletihan, air kencing bewarna pekat dan sakit di bahagian abdomen

6) Hati Berlemak - juga dikenali sebagai Fatty Liver Disease (FLD). Golongan berisiko mengalaminya ialah pengambil alkohol berlebihan dan juga mereka yang obesiti. Lemak berkumpul di sel hati dalam proses yang dikenali sebagai steatosis

7) Sirosis Hati - sirosis adalah peringkat terakhir dan lebih teruk kesannya daripada Hati Berlemak apabila fungsi Hati telah berhenti. Apabila keradangan berlaku pada Hati, akan meninggalkan kesan luka dan parut yang kekal di sel Hati.

8) Barah Hati - punca utama Barah Hati apabila jangkitan virus Hepatitis B dan Hepatitis C telah menular dan merosakkan Hati sepenuhnya

Senang jer kalau kita nak tahu samada Sistem Penghadaman kita ok ke tak ok. Kalau sembelit, nafas busuk, najis terlalu busuk, perut kembung dan berangin, perut berbonjol, sakit kepala berulang-ulang, nafsu makan yang kuat, keletihan yang kerap serta lemah tenaga dan juga kulit kusam maksudnya Sistem Penghadaman kita tak ok... dan tubuh kita mempunyai toksik yang berlebihan.

Sumbangan : Loyerpencen.com


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Tuesday, August 4, 2015

Makan Makan Best Di Cheras



Ada beberapa orang yang tanya kat kawasan Cheras ni makan kat mana yang best. Seriously memang nak mintak maaf banyak-banyak sebab dah memang jarang-jarang makan kat luar setelah isteri bekerja dari rumah sejak 3 tahun yang lalu. Sekarang ni memang banyak makan masakan di rumah. Sekali sekala jer makan kat luar... itupun makan biasa-biasa.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Cheras



Kat sini ada beberapa cadangan daripada blogger-blogger yang ada buat sedikit review pasal makan makan best di kawasan Cheras. Oh ye.... ni secara random dan rawak jer ye.... maybe ada tempat lain yang makan lagi best, boleh cadangkan di ruangan komen :-

1) Western Express, Bandar Sri Permaisuri Cheras


Bagi yang minat dengan makanan Barat, ini adalah salah satu tempat yang perlu diterjah. Mengikut pemilik blog Encik Ezad Skytech, harga makanan yang ditawarkan tidak terlalu mahal sebab portion yang dihidangkan sangat besar



2) Resepi Sangdewi, Giant Taman Connaught, Cheras

Blog : www.hafizhafizol.my

Kepada peminat setia ikan patin... inilah tempat yang perlu anda terjah. Tambah lagi... pemilik kedai ni ialah pengurus merangkap kakak ipar Dato' Siti Nurhaliza. Pemilik blog ni bernama Hafiz Hafizol bagi rate 4/5 kepada hampir semua makanan di sini. Not bad kan???



3) Warong Kaklong, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras

Blog : www.goodyfoodies.blogspot.com

Inginkan aneka pilihan sarapan? Nak makan nasi lemak 50 sen? Nak makan nasi campur yang sedap masa tengahari? Terjah lah warong kaklong ni. Mengikut Cik Yen atau nama penanya Baby Sumo, servis yang diberikan di warong ini juga superb dan tidak mengecewakan.



4) Westerns Cafe, Bukit Cheras

Blog : thevocket.com

Satu lagi tempat yang harus terjah ialah kedai yang berkonsepkan western dan steakhouse ini. Walaupun saiz kedai tak besar sangat tapi hiasan dalamannya nampak menarik. Kedai ini juga dah pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan TV3. Mengikut vocket.com, portion hidangan yang diberikan adalah besar dan mengenyangkan.



5) SukaSucre Bistro, Cheras

Blog : www.idabaharum.com

Satu lagi cafe kepunyaan public figure iaitu Dr Fazley. Menurut pemilik blog bernama ida baharum, cafe Dr Fazley memang cantik dan hidangan yang disediakan mempunyai "class" tersendiri. Bagi mereka yang tak boleh bila tak makan nasi... nampaknya kena cari alternatif lain lah ye... hehe



6) Restoran Murni, Tasik Permaisuri Cheras

Blog : www.novaleeza.blogspot.com

Menurut pemilik blog ini iaitu Puan Nova Leeza, makanan yang disediakan berportion besar, murah dan sangat berbaloi. Kedai makan ni tak pernah tak ramai orang dah membayangkan betapa sedapnya makanan di sini.



7) Restoran Mi Kari Udang Galah, Bandar Tasik Permaisuri Cheras

Blog : www.kisahtatie.com

Menurut pemilik blog ini bernama Izzati, Mi Kari ni adalah resipi turun temurun keluarga Haji Saharudin. Makanan memang sedap dan harga Mi Kari bergantung kepada saiz udang galah yang dipilih.


Ok.... that's it! Semoga bermanfaat kepada semua....


Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Cheras







Monday, August 3, 2015

Community Shield 2015 - Chelsea 0 Arsenal 1



Tahniah Arsenal!

Itu saja yang mampu diperkatakan setakat ini. Arsenal telah memenangi Community Shield 2015 setelah menewaskan Juara Liga Inggeris musim lepas, Chelsea dengan jaringan 1-0. Community Shield ialah perlawanan pembukaan yang merupakan tradisi yang menemukan antara Juara Liga Inggeris dan juga Juara Piala FA Inggeris.

Community Shield 2015 - Tahniah Arsenal!

Berbanding Manchester City tahun lepas yang telah ditewaskan Arsenal dengan jaringan 3-0, pasukan Chelsea kali ini nampak lebih serius dalam Community Shield 2015. Ternyata gol jaringan Alex Oxlade Chamberlain telah memisahkan keputusan antara Chelsea dan Arsenal.



Kedua-dua pasukan tidak menurunkan penyerang bertubuh sasa masing-masing dimana Diego Costa (Chelsea) cedera dan Oliver Giroud (Arsenal) telah diletakkan di bangku simpanan. Sebaliknya kedua-dua pasukan telah menurunkan penyerang yang lincah iaitu Loic Remy (Chelsea) dan Theo Walcott (Arsenal). Hanya pada separuh masa kedua, Radamel Falcao (Chelsea) dan Oliver Giroud (Arsenal) diturunkan untuk mengetuai jentera serangan masing-masing.

Arsenal juga telah turun tanpa bintang sensasi mereka, Alexis Sanchez yang masih bercuti setelah membantu Chile menjulang Copa America baru-baru ini. Namun, rentak persembahan Arsenal masih konsisten dengan hantaran-hantaran cantik dan serangan balas yang pantas.


Chelsea juga masih mengekalkan muka-muka lama dan masih mempraktikkan corak permainan yang sama sehingga mereka digelar Juara Liga Inggeris musim yang lepas. Pada 10 minit terakhir, Chelsea semakin agresif dengan mengeluarkan pemain pertahanan iaitu kapten mereka John Terry dan telah memasukkan pemain sayap, Victor Moses.

Kedua-dua pasukan juga telah melepaskan banyak peluang menjaringkan gol yang terhidang depan mata. Jika tidak sudah pasti banyak jaringan gol yang bakal disaksikan. Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois juga cemerlang menidakkan peluang jaringan gol daripada Arsenal.

Ini juga situasi yang agak kekok bagi Petr Cech yang berhadapan dengan bekas pasukannya Chelsea. Dan ini juga situasi yang agak menarik bagi Petr Cech kerana telah menjulang 3 trofi hanya dengan 3 penampilan bersama Arsenal!






Walaupun Community Shield bukanlah kayu ukur sebenar kemampuan kedua-dua pasukan musim ini, namun ini adalah pertembungan dua pasukan yang terkuat musim lepas. Perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris akan bermula minggu depan dimana Chelsea akan menanti kunjungan Swansea City manakala Arsenal akan menanti kunjungan West Ham United.

COYG!




Friday, July 31, 2015

5 Tips Mudah Atasi Masalah Sinki Dan Paip Tersumbat Tanpa Bantuan Suami



Pernah dan biasa hadapi masalah ni kan? Sinki dan Paip tersumbat... nak cuci pinggan pun susah. Pada kebiasannya memang kerja orang lelaki lah nak jolok paip dan mana-mana saluran yang tersumbat. Kalau dah kritikal dan kronik terpaksalah panggil mana-mana plumber untuk setelkan masalah ni.



Lagi pening kepala, apabila ada kenduri atau open house kat rumah. Masa tu lah sinki dan paip tersumbat. Nak tunggu plumber memang tak sempat. Pinggan mangkuk semakin berlambak yang nak kena cuci. Nak tak nak kena buat sendiri.

Baca : Pencuci Pinggan Tanpa Bahan Kimia


Sementara tunggu masalah paip tersumbat ni diselesaikan, boleh lah cuba beberapa tips di bawah ni yang boleh para isteri, surirumah dan juga orang perempuan cuba dan buat sendiri tanpa mengharapkan encik suami yang sentiasa 'sibuk' itu :-


1) Air Panas

Ini yang paling ringkas dan mudah. Tuang air panas mendidih ke dalam sinki tersumbat secara 2 atau 3 peringkat dan bukannya sekaligus



2) Pencuci Pinggan

Tuang 1/4 pencuci pinggan ke dalam sinki tersumbat disusuli dengan air yang mendidih



3) Garam dan Serbuk Penaik

Campur 1/2 cawan garam dan 1/2 cawan serbuk penaik dan tuang ke dalam sinki tersumbat. Selepas 15 minit, barulah tuang air mendidih ke dalam sinki tersumbat



4) Serbuk Penaik dan Cuka

Campur 1/3 cawan serbuk penaik dengan 1/3 cawan cuka dan tuang ke dalam sinki yang tersumbat. Biarkan selama sejam dan kemudian tuang pula dengan air panas mendidih. Kalau nak masukkan serbuk penaik dulu pun boleh dan kemudian baru tuang cuka ke dalam sinki tersumbat



5) Caustic Soda (Sodium Hydroxide)

Cara ni kena hati-hati sebab melihatkan bahan kimia. Kena guna sarung tangan getah dan pelindung mata. Caustic Soda juga dikenali sebagai Soda Api. Campurkan dengan air sejuk dan gaul dengan sebati guna pengacau kayu sebelum dituang ke dalam sinki tersumbat. Selepas setengah jam, barulah dituang dengan air panas mendidih.



Kesemua tips mudah di atas, elok dibuat dengan kerap seperti seminggu sekali. Takkanlah nak tunggu dapur dah banjir dengan keladak baru nak buat. Kalau dah panggil plumber datang dan fix the problem... off course duit pun dah melayang untuk servis encik plumber. Bukan sinki saja, tips di atas juga berguna untuk saluran-saluran lain di rumah... seperti lubang bilik air dan mangkuk tandas.

Selamat mencuba!!!






Thursday, July 30, 2015

Penyakit Sistem Pernafasan Manusia - Asma, Bronkitis, Emphysema, Pneumonia, TB Dan Barah Paru-Paru



Sistem Pernafasan Manusia secara ringkasnya ialah tarik nafas pakai hidung dan lepaskan nafas pakai mulut. Semasa tarik nafas oksigen masuk dalam paru-paru dan apabila hembus nafas, Karbon Dioksida akan keluar dari mulut. Itulah dia fungsi Sistem Pernafasan Manusia.

Selain daripada lubang hidung, anggota-anggota lain yang terlibat dalam Sistem Pernafasan ialah Larynx, Trakea dan Paru-Paru. Paru-paru pula terbahagi kepada beberapa bahagian utama iaitu Bronkus, Bronkial dan rerambut halus yang dipanggil Alveoli. Alveoli adalah tempat berlakunya pertukaran di antara gas oksigen dan gas karbon dioksida dalam kapilari darah.


Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair menyumbangkan kadar kematian sehingga 30% untuk sakit yang teruk di ICU. Secara keseluruhannya sekitar 5%-10% daripada pesakit yang dirawat di hospital telah mati akibat penyakit ini. 

Bayangkan jika Sistem Pernafasan yang sangat penting ini kacau bilau dan terganggu akibat pelbagai jenis penyakit? Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya? Seorang kanak-kanak di Amerika telah membayangkan serangan asma adalah seolah-olah seekor ikan yang tiada air untuk bernafas.....



Gangguan Utama Dan Penyakit Sistem Pernafasan Manusia
1) Asma terjadi apabila sistem imun menjadi keliru dan akan melepaskan histamine akibat terdedah kepada sebarang penyebab alahan atau rengsaan sehingga menyebabkan keradangan.
Pada kebiasannya, laluan udara di paru-paru menjadi merah dan bengkak (keradangan). Lendir berlebihan akan dihasilkan dan menyekat laluan udara. Otot di sepanjang laluan udara semakin mengempis. Kejadian ini dipanggil bronchoconstriction. Asma yang teruk boleh menyebabkan kerosakan paru-paru yang tidak boleh dipulihkan akibat serangan yang kerap

Ibarat ikan yang hidup tanpa air
2) Bronkitis disebabkan oleh keradangan pada lapisan tiub bronkial yang membawa masuk dan keluar udara dari paru-paru.
3) Emphysema pula berlaku apabila pundi udara musnah sedikit demi sedikit menyebabkan kadar pernafasan yang pendek


Keadaan fizikal pesakit Emphysema
4) Pneumonia ialah keradangan berlaku pada Alveoli dalam paru-paru kerana Alveoli dipenuhi dengan cecair. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan daripada pelbagai jenis mikroorganisma termasuk bakteria, virus, kulat dan parasit
5) Tuberculosis (TB) ialah sejenis penyakit yang serius tetapi masih boleh diubati. TB disebabkan oleh bakteria mycobacterium tuberculosis. Kuman pesakit TB juga boleh dipindahkan kepada orang lain melalui udara.
Gejala penyakit TB boleh dilihat seperti berikut :-
a) Batuk tidak berhenti selama 2-3 minggu
b) Batuk sehingga berdarah dan berkahak
c) Sakit dada atau sakit ketika bernafas atau batuk

Pesakit TB atau batuk kering
6) Barah Paru-Paru tidak mempunyai gejala-gejala yang nyata. Manakala sebahagian besar lagi mempunyai gejala-gejala seperti batuk berdarah, kahak bewarna karat, keletihan, kehilangan berat badan, jangkitan pernafasan yang berulang-ulang, suara serak dan pernafasan yang pendek.


Kahak yang bewarna karat
Paru-paru dan Sistem Pernafasan ialah sesuatu yang sangat penting dalam tubuh badan kita. Hanya kita yang mengetahui samada Paru-paru dan Sistem Pernafasan kita adalah dalam keadaan sihat atau sebaliknya. Ambillah langkah bijak dengan memilih jalan pencegahan dengan menjaga kesihatan Sistem Pernafasan kita sebaik mungkin.

Artikel asal : Loyerpencen.com


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Tuesday, July 28, 2015

Kolesterol Tinggi, Tekanan Darah Tinggi, Serangan Jantung Dan Strok Adalah Penyakit-Penyakit Sistem Peredaran Darah Manusia



Tahukah anda bahawa Jantung, Salur Darah dan Darah adalah Komponen Utama dalam Sistem Peredaran Darah Manusia? Tanpa salah satu daripada 3 Komponen ini Sistem Peredaran Darah tidak boleh berfungsi.

Fungsi Sistem Peredaran Darah Manusia

Sistem Peredaran Darah berfungsi untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan manusia. Selain daripada itu, Sistem Peredaran Darah juga menyingkirkan bahan buangan yang tidak diperlukan daripada sel tubuh.



1) Jantung - berdegup sebanyak 100,000 kali sehari ataupun 35 juta kali setahun
Jantung ialah komponen utama bertanggungjawab untuk mengepam darah ke seluruh tubuh badan manusia. Bayangkan jika degupan Jantung kita lemah atau tidak normal, sudah pasti oksigen dan nutrisi penting tidak dapat dihantar secukupnya ke seluruh tubuh kita.
2) Salur Darah - Arteri, Urat dan Kapilari
Arteri - salur darah yang mengangkut darah yang kaya dengan oksigen keluar dari jantung
Urat - menghantar darah kembali ke jantung
Kapilari - menghubungkan Arteri dengan Urat
3) Darah - Platlet, Sel Darah Putih dan Sel Darah Merah
Komposisi darah orang dewasa dalam tubuh ialah 5 liter. Jika kita kehilangan Darah sebanyak 2 liter atau lebih akan menyebabkan kita dalam keadaan kritikal.

Ketiga-tiga komponen Darah mempunyai fungsi tersendiri seperti berikut :-
a) Thrombocytes (Platlet) - memberhentikan darah mengalir
b) Leukocytes (Sel Darah Putih) - membantu tubuh melawan kuman dan jangkitan
c) Erythrocytes (Sel Darah Merah) - mengangkut oksigen, nutrien dan bahan buangan
Darah terhasil daripada tulang sum-sum. Tulang sum-sum menghasilkan 500 billion sel darah dalam sehari melalui proses yang dikenali sebagai hematopoiesis. Sebab itulah Darah sentiasa mencukupi dalam tubuh badan kita.
1) Sel Darah Merah

Sejenis sel yang tidak mempunyai nukleus. Sel Darah Merah hanya mempunyai sitoplasma (cytoplasm) yang mengandungi haemoglobin. Sel Darah Merah berbentuk cakera biconcave berfungsi untuk mengangkut oksigen ke destinasi-destinasi yang ditetapkan.

Apa Terjadi Jika Sel Darah Merah Kurang?
Kekurangan Sel Darah Merah dalam tubuh akan menyebabkan penyakit Anaemia iaitu kekurangmampuan Sel Darah Merah mengangkut oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh. Pada kebiasannya pesakit Anaemia akan mengalami keletihan, lemah dan pernafasan yang pendek.
2) Sel Darah Putih

Jenis-jenis Sel Darah Putih ialah monocyteeosinophilbasophillymphocytes  dan neutrophil. Sel Darah Putih berfungsi sebagai sel dalam sistem imunisasi dan pertahanan tubuh badan untuk melawan sebarang jenis jangkitan dan penyakit.

Apakah Kaitan Penyakit Leukimia dan Sel Darah Putih?
Penyakit Leukemia adalah sejenis barah yang bermula daripada tulang sum-sum sehingga menyebabkan sel-sel darah yang tidak normal khususnya Sel Darah Putih yang berlebihan, tidak menjalankan fungsi sebenar Sel Darah Putih sehingga membentuk sel leukemia. Pesakit Leukemia akan mengalami masalah luka dan pendarahan, sangat letih dan terdedah kepada risiko jangkitan.
3) Platlet

Juga dikenali sebagai Thrombocytes berfungsi untuk membantu darah membeku bagi mencegah kehilangan darah yang banyak.

Jumlah platlet yang normal ialah 150,000 - 250,000 mm3 (micro litre/cubic millimetres). Takat amaran dan bahaya bagi Platlet ialah 100,000 mm3 manakala Platlet bawah 50,000 mm3 boleh membawa maut seperti yang dialami oleh pesakit-pesakit demam denggi.

Jenis-Jenis Gangguan dan Penyakit Sistem Peredaran Darah

1) Kolesterol Tinggi
Kandungan Kolesterol yang tinggi adalah salah satu gangguan biasa pada Sistem Peredaran Darah. Adalah perlu untuk membuat ujian darah bagi memastikan tahap kandungan Kolesterol dalam darah dalam keadaan yang sihat dan selamat.


Apakah yang dikatakan tahap Kolesterol yang sihat dalam darah?

Jumlah keseluruhan Kolesterol dalam darah hendaklah kurang daripada 5.2 mmol/L dimana Kolesterol LDL (kolesterol jahat) hendaklah tidak lebih 3.3 mmol/L manakala Kolesterol HDL (kolesterol baik) hendaklah melebihi 0.9mmol/L.

Selain daripada Kolesterol, adalah penting untuk menyemak kandungan Triglyceride (sejenis lemak) dalam darah. Triglyceride mudah teroksida dan boleh menyebabkan salur darah pecah. Kandungan Triglyceride yang sihat dalam darah ialah tidak melebihi 2.3 mmol/L.

2) Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah yang normal adalah apabila bacaan sistolik (tekanan dalam arteri apabila jantung mengepam) kurang daripada 120 dan bacaan diastolik (tekanan dalam arteri ketika otot jantung berehat) kurang daripada 80. Berikut adalah kategori bacaan-bacaan tekanan darah yang lain :-
Sistolik 120-139; Diastolik 80-89 => Pra Tekanan Darah Tinggi
Sistolik 140-159; Diastolik 90-99 => Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
Sistolik 160 ke atas; Diastolik 100 ke atas => Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Sistolik 180 ke atas; Diastolik 120 ke atas => KECEMASAN! Memerlukan perhatian perubatan
Kedua-dua Kolesterol Tinggi dan Tekanan Darah Tinggi adalah penyumbang utama kepada penyakit-penyakit lain seperti Serangan Jantung, Strok dan Kegagalan Buah Pinggang.


3) Serangan Jantung
Apabila aliran darah ke jantung tersekat untuk tempoh masa yang sangat panjang, sebahagian daripada otot jantung akan rosak dan mati sehingga menyebabkan Serangan Jantung. Ketika Serangan Jantung berlaku pada kebiasaannya pesakit akan sakit dada, sakit luar biasa di bahagian atas badan, berpeluh sejuk, kepala melayang, loya, keletihan luar biasa dan pernafasan yang pendek.

4) Strok

Strok pula berlaku apabila aliran darah ke otak tersekat. Dalam tempoh beberapa minit sel otak akan mati. Terdapat 2 punca utama Strok iaitu Ischemic Stroke dan Hemorrhagic StrokeIschemic Stroke adalah disebabkan oleh darah beku yang menyekat aliran darah ke otak manakala Hemorrhagic Stroke disebabkan oleh Salur Darah berpenyakit atau lemah yang telah pecah sehingga menyebabkan Darah memasuki tisu otak.

Kesan-kesan Strok ialah
a) lemah atau lumpuh samada pada bahagian kiri atau kanan tubuh badan
b) mempunyai masalah pertuturan, berfikir, membaca atau membuat kira-kira
c) kesukaran untuk mengambil barang, mengenakan butang baju atau memakai tali kasut
d) kesukaran belajar atau mengingati sesuatu yang baru
e) mempunyai masalah dengan memori jangka pendek

Sistem Peredaran Darah Manusia adalah sistem yang kompleks dan tersusun. Sedikit sahaja gangguan akibat masalah kesihatan akan menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti Serangan Jantung dan Strok. Justeru, adalah penting untuk memastikan kita dan generasi akan datang menjaga kesihatan sejak dari kecil lagi.
Idea asal : Loyerpencen.com

Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Monday, July 27, 2015

Pinjaman Perumahan - Antara Hak Dan Tanggungjawab



Realiti yang berlaku dalam masyarakat apabila membeli rumah sudah pasti akan melibatkan Pinjaman Perumahan. Pinjaman Perumahan hanya akan diberikan sekiranya rumah yang dibeli adalah "rumah selamat" seperti yang ditakrifkan oleh institusi kewangan di Malaysia. 

"Rumah selamat" ni secara ringkasnya ialah bank atau institusi kewangan mempunyai kuasa untuk lelong semula rumah tersebut sekiranya peminjam gagal untuk membayar ansuran bulanan seperti yang dijanjikan. Kalau membeli rumah menggunakan Pinjaman Peribadi atau terpaksa menggunakan Tunai bermaksud rumah yang kita beli tu bukanlah "rumah selamat".


Ramai juga yang mengabaikan hak dan tanggungjawab mereka sebagai Peminjam. Apa yang penting hanyalah "loan lepas" dan rumah idaman yang diimpi-impikan berada dalam genggaman. Dokumen Pinjaman Perumahan juga ditandatangani tanpa mengetahui hak-hak dan tanggungjawab asas sebagai seorang Pembeli dan juga Peminjam.

Bukan Pembeli sahaja yang mempunyai hak dan tanggungjawab apabila Pinjaman Perumahan telah ditandatangani, pada masa yang sama pihak bank dan institusi kewangan juga mempunyai hak dan tanggungjawab mereka. Kalau nak tahu, selagi tak habis bayar... rumah impian anda itu, pemilik dari segi undang-undang (legal owner) ialah pihak bank sebaliknya Pembeli atau Peminjam hanyalah pemilik benefisial (beneficial owner).



Hak Sebagai Peminjam

- mengetahui segala maklumat yang akan mempengaruhi keputusan untuk buat pinjaman

- dilayan dengan profesional, bersopan dan tanpa prasangka

- boleh berunding untuk ubah terma-terma dan syarat-syarat sekiranya perlu

- mendapatkan maklumat akaun pinjamannya yang tepat dan benar

- memulakan tindakan undang-undang sekiranya terdapat pelanggaran perjanjian


Tanggungjawab Sebagai Peminjam

- memahami keseluruhan terma dan syarat pinjaman

- sentiasa mematuhi terma dan syarat perjanjian yang telah ditetapkan

- membayar fi, caj, faedah dan bayaran ansuran mengikut jadual


Hak Institusi Kewangan

- mengetahui kedudukan kredit (senarai hutang) Peminjam

- mendapatkan maklumat yang tepat dan benar mengenai Peminjam

- menerima pembayaran balik faedah/ansuran bulanan daripada Peminjam mengikut jadual

- memulakan tindakan undang-undang sekiranya ada pelanggaran perjanjian


Tanggungjawab Institusi Kewangan

- melaksanakan tanggungjawab sepertimana dalam Perjanjian

- berunding dengan Peminjam terlebih dahulu sebelum membuat pertukaran terma, syarat, fi dan maklumat lain dalam Perjanjian

- menjawab persoalan daripada Peminjam


Sumber : Bank Negara Malaysia

Rumah Impian Anda?

Pastikan kita sudah sedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya sebelum menandatangani apa-apa perjanjian seperti Pinjaman Perumahan ini. Pinjaman Perumahan bukannya semata-mata alat untuk mendapatkan rumah impian kita, sebaliknya telah termaktub hak dan tanggungjawab kita sebagai Peminjam dan juga Pembeli Rumah.





Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...