Showing posts with label Chelsea. Show all posts
Showing posts with label Chelsea. Show all posts

Monday, November 2, 2015

Hanya Ada 2 Sebab Utama Sahaja Menyebabkan Kejatuhan Chelsea



Siapa sangka persembahan Juara Liga Perdana Inggeris adalah seteruk sekarang??? Walaupun perlawanan menuju kejuaraan masih jauh, tetapi dengan 6 kekalahan setakat ini adalah mustahil untuk mana-mana pasukan menjadi juara dengan 6 kekalahan.

Pernah melabelkan dirinya sebagai "The Special One"... kini, Jose Mourinho semakin tertekan untuk menaikkan kembali status Chelsea sebagai gergasi bolasepak Inggeris. Peminat-peminat setia Chelsea pastinya tertanya-tanya apa yang telah jadi pada pasukan kesayangan mereka???


Skandal Dr Eva Carneiro

Oppsssss.... jangan salah sangka ye... skandal tu maksudnya ialah sesuatu yang memeranjatkan. Memang memeranjatkan apa yang berlaku semasa perlawanan antara Chelsea dan Swansea City yang berkesudahan seri 2-2.

Jose Mourinho mengecam Dr Eva Carneiro

Apabila pengadil memberi isyarat supaya pasukan perubatan masuk ke padang untuk merawat pemain Chelsea sendiri yang cedera iaitu Eden Hazard, Dr Eva Carneiro dan physio John Fearn dengan segera masuk ke padang atas dasar kemanusiaan, tugas dan tanggungjawab

Tapi, lain pulak pendapat "The Special One" ini... Dr Eva dan physionya telah dikecam oleh Mourinho kononnya kecederaan Hazard tidak serius dan ini telah mengganggu tempo permainan dimana kononnya pada ketika itu Chelsea berpeluang untuk mendapatkan gol kemenangan

Akibat daripada insiden ini, Dr Eva dan John Fearn digantung daripada tugas mereka. Dr Eva juga telah meninggalkan tugasnya sebagai doktor di Chelsea pada 22 September 2015. Sehingga kini, Jose Mourinho masih tidak meminta maaf atas kejadian yang berlaku dan mempertahankan tindakannya.


Kegagalan mendapatkan John Stones

Siapa John Stones ni??? Hebat sangat ke dia ni? John Stones ni ialah pertahanan muda Everton yang berusia 21 tahun. Mana tak Mourinho suka kat dia.... gaya permainan sebijik macam Gary Cahill, tenang dan kompos....

Impian Mourinho untuk melihat John Stones menggantikan John Terry punah

Namun, Everton masih tidak mahu melepaskan John Stones lagi walaupun bidaan yang dibuat agak tinggi dan sangat bernilai oleh Chelsea. John Stones adalah permata baru England dalam dunia bolasepak, itulah yang Chelsea mahukan.


Skuad Chelsea Tak Seimbang?

Banyak lagi sebab-sebab lain yang menyumbang kepada kemerosotan Chelsea setakat ini, tapi 2 sebab di atas dikenalpasti menyebabkan mood para pemain dalam bilik persalinan atau dressing room merudum dengan mendadak.

Dari segi keseimbangan skuad pula, Chelsea hanya melepaskan penjaga gol berpengalaman mereka, Petr Cech sahaja ke Arsenal dan telah mendapatkan pengganti yang berkebolehan iaitu Asmir Begovic dari Stoke City. Selain itu, Filipe Luis telah kembali ke Atletico Madrid dan Chelsea telah mendapatkan pemain muda Ghana, Baba Rahman sebagai pengganti.

Kurt Zouma dah lama dibeli sebagai pengganti jangka masa panjang John Terry yang semakin dimamah usia. Namun prestasi Branislav Ivanovic semakin merosot dan tiada perintis yang sesuai selain daripada Cesar Azpilicueta yang banyak menghabiskan masa di posisi pertahanan kiri. Chelsea juga telah membeli pertahanan Senegal, Papy Djilobodji dari Nantes tapi di manakah dia???

Papy Djilobodji (tengah) ketika sesi latihan bersama-sama Gary Cahill dan Baba Rahman

Cesc Fabregas dan Nemanja Matic ampuh di tengah padang, tapi jika prestasi mereka berdua tidak konsisten, cedera ataupun digantung perlawanan... hanya ada John Obi Mikel dan Ramires sahaja yang mampu menggalas tanggungjawab di tengah padang.

Kelemahan Chelsea paling ketara ialah sukar untuk mendapatkan pemain sayap yang boleh kekal lama dan beraksi dalam kesebelasan utama Chelsea :-

1. Kevin De Bruyne - kini cemerlang bersama Manchester City
2. Marko Marin - dipinjamkan ke Trabzonspor
3. Mohamed Salah - dipinjamkan ke Roma
4. Andre Schurrle - dijual kepada Wolfsburg
5. Juan Cuadrado - dipinjamkan ke Juventus
6. Victor Moses - dipinjamkan ke West Ham

Sebab tu, dah berkali-kali Chelsea cuba mendapatkan Theo Walcott atau Alex Oxlade Chamberlain dari Arsenal tetapi gagal. Mungkin inilah masanya Chelsea cuba untuk memancing 2 pemain sayap Leicester City yang mempunyai statistik gelecekan paling berjaya iaitu Riyad Mahrez (Algeria) dan Jeff Schulpp (Ghana), itupun kalau mereka mahu.

Berapa lamakah Pedro mampu bermain untuk Chelsea?

Kini, Chelsea mendapatkan pemain sayap baru dari Barcelona iaitu Pedro. Setakat ni, Pedro hanya cemerlang dalam perlawanan pertama, tetapi tidak pada perlawanan-perlawanan yang lain. Eden Hazard pula, semakin merosot persembahannya walaupun telah 2 tahun dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris. Hanya, Willian yang bermain agak konsisten ketika ini.

Kontroversi yang dicetuskan Costa sama sekali tidak menguntungkan Chelsea

Di posisi serangan pula, Diego Costa masih mengetuai jentera serangan sambil dibantu Loic Remy. Namun, setelah Didier Drogba berhijrah ke Kanada, Chelsea gagal untuk mendapatkan pengganti yang sesuai menyebabkan mereka mendapatkan Radamel Falcao secara pinjaman dari Monaco.

11 mata daripada 11 perlawanan

Pemilik kelab, Roman Abramovich sudah pasti tidak akan duduk diam apabila situasi seperti ini berlaku. Jutaan dollar atau euro telah dilaburkan tetapi setakat hari ini hasilnya ialah 11 mata daripada 11 perlawanan, bolos sebanyak 22 gol iaitu yang ke-2 teruk selepas Norwich dan tempat ke 15 dalam liga, 14 mata di belakang pendahulu liga iaitu Manchester City dan Arsenal dan 4 mata dari zon penyingkiran.





Monday, August 3, 2015

Community Shield 2015 - Chelsea 0 Arsenal 1



Tahniah Arsenal!

Itu saja yang mampu diperkatakan setakat ini. Arsenal telah memenangi Community Shield 2015 setelah menewaskan Juara Liga Inggeris musim lepas, Chelsea dengan jaringan 1-0. Community Shield ialah perlawanan pembukaan yang merupakan tradisi yang menemukan antara Juara Liga Inggeris dan juga Juara Piala FA Inggeris.

Community Shield 2015 - Tahniah Arsenal!

Berbanding Manchester City tahun lepas yang telah ditewaskan Arsenal dengan jaringan 3-0, pasukan Chelsea kali ini nampak lebih serius dalam Community Shield 2015. Ternyata gol jaringan Alex Oxlade Chamberlain telah memisahkan keputusan antara Chelsea dan Arsenal.



Kedua-dua pasukan tidak menurunkan penyerang bertubuh sasa masing-masing dimana Diego Costa (Chelsea) cedera dan Oliver Giroud (Arsenal) telah diletakkan di bangku simpanan. Sebaliknya kedua-dua pasukan telah menurunkan penyerang yang lincah iaitu Loic Remy (Chelsea) dan Theo Walcott (Arsenal). Hanya pada separuh masa kedua, Radamel Falcao (Chelsea) dan Oliver Giroud (Arsenal) diturunkan untuk mengetuai jentera serangan masing-masing.

Arsenal juga telah turun tanpa bintang sensasi mereka, Alexis Sanchez yang masih bercuti setelah membantu Chile menjulang Copa America baru-baru ini. Namun, rentak persembahan Arsenal masih konsisten dengan hantaran-hantaran cantik dan serangan balas yang pantas.


Chelsea juga masih mengekalkan muka-muka lama dan masih mempraktikkan corak permainan yang sama sehingga mereka digelar Juara Liga Inggeris musim yang lepas. Pada 10 minit terakhir, Chelsea semakin agresif dengan mengeluarkan pemain pertahanan iaitu kapten mereka John Terry dan telah memasukkan pemain sayap, Victor Moses.

Kedua-dua pasukan juga telah melepaskan banyak peluang menjaringkan gol yang terhidang depan mata. Jika tidak sudah pasti banyak jaringan gol yang bakal disaksikan. Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois juga cemerlang menidakkan peluang jaringan gol daripada Arsenal.

Ini juga situasi yang agak kekok bagi Petr Cech yang berhadapan dengan bekas pasukannya Chelsea. Dan ini juga situasi yang agak menarik bagi Petr Cech kerana telah menjulang 3 trofi hanya dengan 3 penampilan bersama Arsenal!






Walaupun Community Shield bukanlah kayu ukur sebenar kemampuan kedua-dua pasukan musim ini, namun ini adalah pertembungan dua pasukan yang terkuat musim lepas. Perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris akan bermula minggu depan dimana Chelsea akan menanti kunjungan Swansea City manakala Arsenal akan menanti kunjungan West Ham United.

COYG!




Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...