Showing posts with label Makronutrien. Show all posts
Showing posts with label Makronutrien. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

Protein - Struktur Asas Kehidupan Anda



Apa itu Protein?

Protein ialah gabungan satu atau lebih rantaian panjang asid amino. Selain daripada Karbohidrat dan Lemak, Protein juga ialah sejenis Makronutrien. Protein sangat penting kerana ia membina sel-sel dalam tubuh dan juga membina serta mengekalkan struktur tubuh badan kita. Sumber Utama Protein ialah seperti daging, telur, kacang soya, kekacang, susu, legumes, kacang dan biji-bijian.





Apakah Fungsi Utama Protein?

Tidak dinafikan, sememangnya tubuh badan kita terbina dengan protein. Protein memainkan peranan penting seperti berikut :-

1) Rambut dan kuku - protein yang dikenali sebagai alpha- keratin membentuk rambut dan kuku

2) Darah - Protein hemoglobin dalam darah mengangkut oksigen dalam darah ke setiap bahagian dalam tubuh badan

3) Otak dan saraf - saluran ion protein mengawal isyarat otak dengan membenarkan molekul kecil keluar dan masuk ke dalam sel saraf

4) Enzim - enzim di air liur, perut dan usus kecil adalah protein yang membantu kita untuk menghadam makanan

5) Pembinaan peringkat sel - kelompok protein yang besar membentuk mesin molekular yang besar yang membuatkan sel-sel anda membuat kerja-kerja berat seperti penyalinan genetik ketika pembahagian sel dan juga membentuk protein baru

6) Antibodi - antibodi ialah sejenis protein yang membantu mempertahankan tubuh kita daripada pencerobohan bakteria dan virus

7) Penyampaian peringkat sel - reseptor protein stud di luar sel akan menyampaikan isyarat kepada rakan protein di dalam sel

8) Otot - protein otot yang dikenali sebagai actin dan myosin membolehkan semua pergerakan otot daripada mengenyit mata sehinggalah bernafas



Asid Amino : Struktur Asas Protein

Protein terbina daripada rangkaian Asid Amino. Terdapat 2 jenis Asid Amino iaitu Asid Amino Penting dan Asid Amino Tak Penting.



Asid Amino Penting diperolehi daripada pemakanan ataupun makanan tambahan seperti Leucine, Isoleucine, Caline, Histidine, Lysine, Methionine, Phenylalaine, Threonine dan Tryptophan

Manakala Asid Amino tidak penting dihasilkan oleh tubuh badan seperti Alanine, Arginine, Asparagine, Asid Aspatic, Cysteine, Asid Glutamic, Glutamine, Glycerine, Proline, Serine dan Tyrosine




Sebab itulah mengambil sumber ikan, daging, ayam, telur dan kekacang adalah Cadangan Keenam pakar-pakat nutrisi dalam Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Wednesday, November 26, 2014

Lemak - Gudang Tenaga Anda



Apa Itu Lemak?

Sepertimana Karbohidrat, Lemak juga ialah sejenis makronutrien yang harus diambil dalam kuantiti yang selamat. Lemak adalah gudang penyimpanan tenaga anda. Terlalu banyak Lemak dalam tubuh pula akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit yang kronik. 60% daripada otak kita juga terdiri daripada lemak.

Apa Fungsi Utama Lemak?

Sepertimana Karbohidrat, Lemak juga ialah sumber tenaga kepada tubuh badan kita. Selain itu, lemak juga berfungsi untuk membina dinding-dinding blok untuk membran sel dan hormon. Lemak juga diperlukan oleh kita untuk membantu menyerap vitamin-vitamin yang larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K.

Source : gallery


Lemak Baik dan Lemak Jahat

Lemak Baik atau dikenali sebagai Lemak Tak Tepu terdapat 2 jenis seperti berikut :-

1) Lemak Tak Tepu Mono-unsaturated
2) Lemak Tak Tepu Poly-unsaturated

Lemak Jahat pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-

1) Lemak Tepu (Saturated)
2) Lemak Trans


Lemak Tak Tepu Mono-Unsaturated

- Minyak berperasa daripada tumbuhan, bewarna gelap keemasan hingga ke warna hijau
- Biasanya berbenuk cecair pada suhu bilik
- Membantu mengurangkan kolesterol LDL (jahat) dan kolesterol secara keseluruhan
- Contoh : Avocado, minyak zaitun, almond, minyak canola dan minyak bijan
Lemak Tak Tepu Poly-Unsaturated

- Warna minyak adalah cerah dan telus
- Daripada tumbuhan dan ikan seperti omega 3 dan omega 6 yang tubuh kita tidak boleh hasilkan sendiri
- Membantu mengurangkan kolesterol LDL (jahat) dan kolesterol secara keseluruhan
- Contoh : Ikan salmon, minyak bunga matahari, minyak soya, walnut, flaxseed dan biji labu
Lemak Tepu

- Berbentuk pepejal pada suhu bilik
- Biasanya daripada sumber haiwan
- Meningkatkan kolesterol dan kolesterol LDL (jahat)
- Contoh : Mentega, daging, kelapa, daging proses seperti sosej, coklat, keju, krim putar
Asid Lemak Trans

- Lemak yang dihidrogenkan pada makanan proses
- Biasanya terdapat pada makanan yang dibakar keras, makanan proses dan sesetengah marjerin
- Boleh menambahkan kolesterol LDL (jahat) dan mengurangkan kolesterol HDL (baik)
- jejari kentang, cips, donut, biskut, marjerin dan kek

Donat



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Tuesday, November 25, 2014

Karbohidrat - Sumber Tenaga Utama Anda



Karbohidrat ialah sejenis makronutrien dalam makanan yang diambil oleh kita seharian. Selain daripada Karbohidrat, Lemak dan Protein juga adalah makronutrien spesifik yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Selain itu, air juga adalah makronutrien yang membantu kepada metabolisma tubuh badan.

Makronutrien

Sumber utama Karbohidrat boleh didapati daripada Gula Kompleks dan Kanji. Gula pasir, madu dan buah menghasilkan gula kompleks manakala kentang, nasi, pasta dan bijirin menghasilkan kanji. Karbohidrat lebih dikenali sebagai makanan pemberi tenaga.


Kekurangan karbohidrat akan menyebabkan kita menjadi lemah dan tidak berdaya. Sebaliknya, jika diambil secara berlebihan, pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin yang cukup untuk menukarkan semua gula menjadi tenaga. Gula yang tidak ditukar menjadi tenaga samada akan menjadi lemak ataupun kekal sebagai gula dalam darah seterusnya menyebabkan penyakit yang kronik seperti kencing manis dan hati berlemak.


Justeru tidak hairanlah jika mengambil makanan dan minuman yang kurang gula adalah Cadangan Kesepuluh pakar-pakar nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010.


Bagaimana Karbohidrat Berfungsi Dalam Tubuh Badan Kita?

Terdapat 2 jenis asas karbohidrat iaitu Monosaccharides dan Disaccharides. Monosaccharides (juga dikenali sebagai gula ringkas) terdiri daripada glukosafruktosa dan galaktosa manakala Disaccharides (adalah kombinasi daripada gula-gula ringkas) terdiri daripada sukrosamaltosa dan laktosa.



Sumber karbohidrat yang masuk ke dalam badan akan dipecahkan menjadi gula ringkas seperti glukosa, sukrosa atau laktosa. Gula-gula ringkas ini kemudiannya akan ditukarkan oleh pankreas menjadi tenaga segera.



Apakah Kepentingan Tenaga?

Tenaga sangat penting kepada manusia seperti berikut :-

1) Membantu perkembangan, pertumbuhan dan pembaikan sel-sel dalam badan

2) Memastikan organ tubuh seperti hati, otak dan jantung bekerja seperti biasa

Koenzim Q10 adalah nutrien yang memberi tenaga kepada organ-organ dalam tubuh


Jenis Karbohidrat : Baik Dan Jahat

Karbohidrat baik ialah makanan yang kaya dengan serat, garam galian dan vitamin, mempunyai indeks glycemic yang rendah, rasa kenyang apabila dimakan dan rendah kalori. Contoh makanan yang menyediakan karbohidrat baik ialah roti berserat (bukan roti putih), bijirin penuh, beras coklat, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kenali jenis-jenis bijirin dengan lebih dekat lagi



Karbohidrat jahat pula ialah makanan yang rendah serat dan nutrisi, mempunyai indeks glycemic yang tinggi, banyak kalori dan menyebabkan kita rasa letih dan lapar setelah makan. Contoh makanan mempunyai karbohidrat jahat ialah roti putih, beras putih, biskut, air manis, donut, gula-gula dan sebagainya.


Apa Itu Indeks Glycemic?

Sekiranya sesuatu makanan mempunyai kandungan Indeks glycemic tinggi bermaksud makanan tersebut melepaskan tenaga dengan cepat, kita akan cepat rasa lapar, akan makan dengan lebih banyak sehingga meningkatkan kandungan gula dalam darah.


Sebaliknya jika makanan mempunyai kandungan Indeks glycemic yang rendah, makanan tersebut akan melepaskan tenaga dengan perlahan, kita akan rasa kenyang dengan lebih lama, berpotensi untuk makan dengan sikit serta mampu untuk mengawal gula dalam darah.




Oleh itu, pilihlah makanan khususnya sumber karbohidrat yang mempunyai Indeks glycemic yang rendah iaitu 54 dan ke bawah untuk kesihatan optimum anda dan keluarga. 


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...