Showing posts with label Mata. Show all posts
Showing posts with label Mata. Show all posts

Friday, November 3, 2017

CarotoMax - Membekalkan 6 Karotenoid Penting Daripada Ekstrak Pekat



Perlindungan Antioksidan - Melindungi sel-sel dari dalam

Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksidan yang ditemui dalam buah-buahan, sayuran dan tumbuhan lain dengan mengasingkan dan menghasilkan pelbagai bentuk karotenoid semula jadi. Anda sukar memperolehi tahap ketulenan seperti ini hanya daripada makanan.



Purata pengambilan harian karotenoid, lutein, likopena dan beta karotena hanyalah 8mg - CarotoMax menyediakan lebih 13mg karotenoid yang sangat bermanfaat.*


Tahukah Anda?

Jika pemakanan anda tidak mengandungi banyak tomato, lobak merah, dan sayur-sayuran hijau, anda mungkin tidak mendapat nutrien utama yang diketahui dapat membantu melindungi tubuh.



Keistimewaan Shaklee

CarotoMax membekalkan enam karotenoid penting termasuk astaxantin, alfa dan beta karotena, likopena, lutein dan zeaxantin daripada ekstrak pekat.

Membekalkan lebih 13mg karotenoid dalam setiap hidangan. Ia melebihi 1.5x berbanding anggaran purata pengambilan harian.

MAL 11125035NC
#10113/30 kapsul/30 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan

Kandungan nutrisi dalam CarotoMax

* Produk-produk ini tidak bertujuan  untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

KKLIU 0587/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Wednesday, April 27, 2016

7 Jenis Buah Bagus Untuk Kesihatan Mata - #5 dan #6 Memang Rare!



Mata ialah antara organ yang penting pada tubuh badan kita. Mata membolehkan kita nampak warna warni kehidupan. Kekurangan atau kurang upaya pada mata atau penglihatan akan menyebabkan hidup kita kurang seri berbanding orang lain. Nikmat penglihatan ialah antara nikmat yang perlu kita syukuri!

Tanpa kita sedari di sekeliling kita banyak punca yang boleh menyebabkan mata kita rosak ataupun ditimpa penyakit. Antara penyebabnya ialah faktor keturunan, pencemaran dan juga makanan! Langkah pencegahan adalah perlu untuk pastikan mata kita sihat dan boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.


Berikut adalah beberapa jenis makanan yang dicadangkan untuk meningkatkan tahap kesihatan mata kita :-

1. Buah rambutan - Kaya dengan Vitamin C dan Bioflavanoids (Vitamin C Complex). Gabungan kedua-dua nutrisi ini bersifat antioksida dan merupakan ejen anti radang yang bagus untuk kesihatan mata. Ini kerana kesihatan mata kita akan merosot apabila umur semakin meningkat



2. Buah nona - dikenali dengan nama Custard Apple atau Sugar Apple. Buah nona juga sering kali disalah anggap sebagai Articok kerana fizikalnya yang hampir serupa. Selain daripada Vitamin C dan Vitamin B, buah nona kaya dengan potasium. Potasium sangat bagus untuk mengawal lebihan air di bawah kulit yang menyebabkan mata bengkak



3. Buah nangka - kaya dengan Vitamin C. Vitamin C membantu mengurangkan risiko katarak dan kemerosotan makula akibat penuaan. Kemerosotan makula (macular degeneration) boleh menyebabkan hilang penglihatan



4. Buah manggis - Kaya dengan Vitamin B Kompleks yang membantu mengurangkan risiko kemerosotan makula di kalangan wanita



5. Buah tangan Buddha - Kaya dengan Vitamin C yang membantu melindungi salur darah halus dalam retina mata



6. Buah kiwano - juga dikenali sebagai tembikai bertanduk. Kaya dengan Provitamin A seperti beta karotena yang membantu melindungi permukaan mata serta bagus untuk penglihatan malam



7. Buah naga - Kaya dengan Vitamin C yang membantu menyuburkan kornea mata



Sumber : allaboutvision.com 


Pastikan kita makan buah yang baru dipetik untuk memastikan khasiat dan nutrisi dalam buah tersebut tidak berkurangan. Ini kerana kandungan nutrisi atau vitamin dalam buah akan berkurangan setiap hari semenjak buah itu dipetik.


Kesimpulannya ada banyak nutrisi yang membantu kepada kesihatan mata kita seperti Vitamin B Kompleks, Vitamin C, minyak ikan Omega-3 dan juga antioksida yang lain. Namun begitu, kajian mendapati bahawa antioksida yang terdapat dalam provitamin A seperti Lutein dan Zeaxanthin adalah yang terbaik untuk melindungi kesihatan mata

Untuk kesihatan mata yang optimum, sangat digalakkan untuk mengambil suplemen yang terbukti berkesan secara klinikal, sentiasa selamat digunakan dan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti Carotomax


Carotomax - sumber Pro Vitamin A terbaik di pasaran

Carotomax mengandungi nutrisi-nutrisi terbaik untuk kesihatan mata seperti Alpha Karotena, Beta Karotena, Lycopene, Astaxanthin, Lutein dan Zeaxanthin. Kandungan antioksida dalam Carotomax bukan sahaja membantu melindungi kesihatan mata, malah membantu melindungi kesihatan kulit dan mencegah kanser secara serentak!


Testimoni pengguna Carotomax





Berminat untuk mendapatkan sumber Pro Vitamin A yang terbaik di pasaran ini???

PM kami di Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Wednesday, October 22, 2014

Kepentingan Makan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran Dengan Banyak Setiap Hari



Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Setiap Hari adalah Cadangan Kelima Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia :-

1) Makan pelbagai jenis buah setiap hari

2) Makan pelbagai jenis sayur setiap hari

3) Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah dan sayur setiap hari


Source : fitnessandgrace.com

Pengambilan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran yang banyak setiap hari dalam diet pemakanan seharian mampu untuk mencegah pelbagai jenis penyakit seperti berikut:-


Sakit Jantung

Semakin banyak buah-buahan dan sayur-sayuran diambil dalam pemakanan kita, semakin kurangnya risiko kita untuk menghidapi penyakit jantung. Walaupun kesemua buah-buahan dan sayur-sayuran memberikan sumbangan yang besar dalam faktor ini, namun begitu sayur-sayuran yang bewarna hijau dan buah-buahan sitrus adalah penyumbang utama kepada pencegahan penyakit jantung ini.

Individu yang mengambil 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan seharian mereka mempunyai kurang risiko menghidapi penyakit jantung dan strok sebanyak 20% berbanding individu yang mengambil kurang daripada 3 hidangan seharian.


Mencegah Penyakit Saluran Darah Dan Strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tekanan Darah

Tekanan Darah Tinggi adalah punca utama kepada penyakit jantung dan strok. Individu yang mengalami tekanan darah tinggi haruslah mengikuti program diet yang melibatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak, pengambilan produk tenusu yang kurang lemak dan juga pengurangan pengambilan sebarang jenis lemak.

Justeru, menghalang kolestrol LDL (kolestrol jahat) melalui pemakanan adalah penting untuk mencegah semua penyakit yang melibatkan kolestrol.


Bahan-bahan dan formula dalam Phytocol-ST (juga dikenali sebagai "cholesterol blocker") terbukti membantu penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL
Barah

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak setiap hari juga didapati boleh mencegah barah secara umumnya terutamanya sayur-sayuran yang tidak berkanji seperti salad dan sayuran hijau lain seperti brokoli, bok choy, kubis, bawang dan bawang putih.

Pengambilan tomato juga boleh mengurangkan risiko barah prostat kerana unsur lycopene yang terdapat dalam tomato boleh mengurangkan risiko barah prostat. Begitu juga dengan pengambilan buah-buahan lain yang mempunyai unsur lycopene yang tinggi seperti jambu batu, tembikai, betik dan limau gedang membantu mengurangkan risiko barah prostat.

Lycopene adalah sebahagian daripada karotena yang boleh menukarkannya menjadi Vitamin A dalam tubuh badan. Karotena juga didapati mampu untuk mencegah barah paru-paru, mulut dan tekak.


Kesihatan Penglihatan

Diet yang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak secara umumnya akan mengurangkan risiko penyakit katarak (selaput mata) dan juga degenerasi makula (kerosakan retina). Karotena yang terdapat dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran ternyata adalah nutrisi penting dalam kesihatan mata.

Di Shaklee produk yang kaya dengan Lycopene ialah Carotomax, selain daripada lutein dan beta karotena. Selain daripada mencegah kanser dan juga menjaga kesihatan mata, Carotomax juga mampu memelihara kesihatan kulit secara semulajadi.


1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 714 hidangan apricots Lycopene


Beli CAROTOMAX sekarang!

Kesihatan Pencernaan

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak akan mencegah penyakit melibatkan pencernaan seperti divertikulosis (pembentukan kantung kecil dalam usus besar) dan diverticulitis (keradangan yang menyakitkan daripada kantung ini).
Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Saturday, September 27, 2014

Pengalaman Lasik Mata Dengan Prof Muhaya



Tanggal 2 Muharam 1435 Hijrah bersamaan dengan 6 November 2013 adalah tarikh bersejarah bagiku kerana berpeluang bertemu dengan Prof Muhaya walaupun atas dasar seorang doktor dan pesakit. Ya, itulah Pengalaman Lasik Mata dengan Prof Muhaya di Prince Court Medical Centre.



Pengalaman  Lasik Mata dengan Prof Muhaya ini bermula apabila tiba-tiba isteri aku bertanyakan samada aku mahu Lasik Mata ataupun tidak. Lasik? Perkataan yang agak janggal bagi diriku... Seriously aku tak pernah dengar perkataan itu sebelum ini. Dengan ringkasnya isteri aku memberitahu Lasik ialah laser mata supaya tak perlu pakai spek. Tak payah pakai spek? Ini sudah bagus.... Aku pun terus buat research sikit pasal Lasik dan serba sedikit barulah faham apa itu Lasik sebenarnya. 

Aku pakai spek dah lama iaitu masa darjah 6... beberapa bulan sebelum UPSR iaitu lebih kurang 20 tahun. Memang muka pun macam budak skema dan nerd. Pakai spek ini membataskan pergerakan kita untuk lebih aktif dan lasak. Kalau buka spek pulak langsung tak nampak. Dah la spek zaman dulu... of course lah spek murah, berat dia tak payah cakap lah... bingkai tebal... kanta tebal... huhu.... (Kalaulah ada simpan gambar spek lama).


* Aku di tahun 2011 * 


* Aku di tahun 2012 * 

Pengalaman Lasik Mata dengan Prof Muhaya diteruskan apabila isteri aku beritahu ada kawan-kawan dia sedang kumpul orang untuk book date dengan Prof Muhaya untuk membuat Lasik. Memandangkan isteri aku tak pakai spek maka nama aku pun dah dimasukkan dalam senarai. Kos Lasik ni hampir mencecah RM7,000.00 untuk kedua-dua belah mata. Untuk orang yang berumur 35 tahun ke atas pula, harganya berbeza, mungkin sedikit mahal.

Beberapa hari sebelum "minor surgery" untuk Lasik, aku dikehendaki membuat beberapa siri "eye test" dengan pembantu perubatan lebih kurang separuh hari juga di Prince Court untuk mengetahui tahap kesihatan mata dan juga samada sesuai untuk dibuat Lasik ataupun tidak. Di peringkat terakhir "eye test" tersebut barulah aku diserahkan kepada Prof Muhaya dan dengan senyuman manis dan penuh karisma dia memberitahu aku "Tahniah En Alizal... anda layak untuk membuat Lasik dengan saya!"

Wow.... aku sangat gembira masa tu sehinggakan aku pun lupa untuk merakamkan gambar kenangan dengan Prof Muhaya. Setelah dibekalkan dengan beberapa ubat, notes untuk "do's and dont's" sebelum buat Lasik, aku pun mengambil teksi untuk pulang ke rumah. Oh ya... aku diberitahu supaya tidak memandu sendiri sebab ubat yang diberikan boleh memberikan kesan negatif ketika memandu.


* Ujian untuk mengukur kelembapan mata - inilah saat yang paling menyakitkan! * 

Tiba hari yang dinanti-nantikan... terus terang takut memanglah takut, apa tidaknya walaupun Prof Muhaya yang buat Lasik, dia pun manusia biasa yang mungkin akan membuat kesilapan. "Minor surgery" ini pula melibatkan mata, salah satu organ dan deria paling penting bagi seorang manusia. Masa tu baru terfikir adakah aku telah membuat keputusan yang tepat?


Sungguh ku tak sangka, proses Lasik itu hanya berjalan lebih kurang 10 minit sahaja. Ruang pembedahan yang dihidupkan dengan alunan zikrullah telah memberikan sedikit ketenangan kepada aku untuk menghadapi tempoh 10 minit itu. Prof Muhaya juga sangat tegas dan berpengalaman orangya dalam menjalankan tugas. Seolah-olah dia tahu apa yang kita fikirkan dengan hanya melihat mata kita! Aku juga ditegur untuk meneruskan zikir dalam hati... seolah-olah Prof Muhaya tahu ada sedikit ketakutan pada aku ketika itu.

Terus terang... mata tak sakit... mungkin disebabkan ubat bius yang dititikkan pada mata. Cuma pandangan kita jadi "foggy" dan "glary". Mungkin juga disebabkan banyaknya penggunaan air semasa Lasik berjalan. Satu lagi semasa laser digunakan aku dapat cium bau "lalat yang terbakar sebab masuk perangkap elektrik lalat". Hmm... mungkin itu ialah bau kesan terbakar mata aku akibat laser tersebut.


* Perangkap lalat elektrik * 

Aku diingatkan sekali lagi supaya jangan menggaru-garu mata jika gatal. Teruskan letak ubat titik (macam eye mo) ikut arahan yang diberikan dan makan ubat tahan sakit. Jangan juga biar aliran air deras kena pada mata seperti swimming setidak-tidaknya untuk tempoh sebulan. Setelah selesai semuanya aku pun menahan teksi untuk pulang ke rumah. Oh ya.... sekali lagi aku lupa untuk bergambar dengan Prof Muhaya, walaupun sebelum ini berkali-kali diingatkan oleh isteri aku untuk berbuat demikian.


* Aku di tahun 2014 * 

Pengalaman Lasik Mata dengan Prof Muhaya secara tidak langsung mengajar aku erti bersyukur atas nikmat Allah seperti nikmat penglihatan. Sejujurnya aku tidak mahu kehilangan atau kekurangan nikmat melihat ini sekali lagi! Keduanya, Pengalaman Lasik ini juga dapat mengukur keberanian aku untuk menghadapi apa jua cabaran di masa hadapan. Dan ketiganya, benarlah dengan berzikir itu bukan saja hati kita akan tenang, malah anggota tubuh badan kita juga akan tenang.

Tidak ada juga jaminan bahawa aku tidak akan rabun kembali. Jadi aku masih lagi mengambil berat tentang kesihatan mata. Untuk kesihatan mata yang berkekalan ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5 hingga 9 hidangan sayuran dan buahan untuk sehari. Banyak kan? Jadi sebagai ganti aku ambil suplemen yang banyak karotena (lebih selamat daripada Vitamin A) untuk cover balik kalau aku tak cukup makan sayur dan buah.

Baca : Petua Memelihara Kesihatan Penglihatan, Kesihatan Kulit dan Mencegah Kanser Secara Serentak!



Mudah-mudahan perkongsian pengalaman ini akan memberikan manfaat kepada semua. Kenalilah mata anda dan kenalilah suplemen yang membantu mata anda untuk kekal sihat!







Tuesday, September 2, 2014

Promosi September 2014 - Shaklee Meal Shakes



Bulan September yang menakjubkan.... Alhamdulillah. Selain daripada Shaklee Collagen Powder, bulan September 2014 adalah promosi untuk Shaklee Meal Shakes juga. Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa mengambil suplemen bukan hanya untuk kegunaan diri sendiri sahaja tetapi untuk dikongsi kehebatannya dan dijual kepada rakan-rakan yang memerlukan.


Apakah kesan pengambilan Shaklee Meal Shakes kepada tubuh badan kita? Berkesankah Shaklee Meal Shakes ini kepada semua orang samada golongan kanak-kanak mahupun dewasa? Kenali Shaklee Meal Shakes anda dengan lebih dekat lagi dengan membaca entri di bawah:-


Perjalanan Hidupku...: Makanan Kocak (Meal Shakes) : Sesuai Untuk Semua P...: Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical...


Kenapa anda perlu mengambil Shaklee Meal Shakes dan bukannya makanan tambahan dari syarikat lain? Ini kerana ramuan eksklusif Meal Shakes terbukti berkesan dari segi penyerapannya terhadap tubuh badan manusia di semua peringkat golongan usia samada dewasa mahupun kanak-kanak.



* Fakta Nutrisi dalam Meal Shakes * 

Siapa yang sangat memerlukan untuk mengambil Shaklee Meal Shakes ini? Berikut adalah senarai orang-orang yang dicadangkan agar PERLU dan MUSTAHAK untuk mengambil Shaklee Meal Shakes :-


1. Penghidap Masalah Kanak-Kanak seperti :-

    - Program Kesihatan dan IQ Kanak-Kanak (jika tidak boleh menelan)
    - Pesakit ADHD
    - Penghidap Selesema
    - Masalah Pertumbuhan Kanak-Kanak

2. Penghidap Masalah Sistem Penghadaman, Hati dan Pundi Hempedu seperti :-

    - masalah Pencernaan
    - masalah Kurang Selera Makan
    - masalah hati berlemak (Fatty Liver)

3. Penghidap Masalah Sistem Peredaran Darah seperti :-

    - masalah Kurang Darah (Anemia)
    - masalah Tekanan Darah Rendah

4. Penghidap Masalah Kulit dan Rambut seperti :-

    - masalah kulit terbakar
    - inginkan kulit yang cantik

5. Penghidap Masalah Lelaki dan Wanita seperti :-

    - bertindak sebagai ejen anti penuaan
    - membantu proses penyusuan anak

6. Penghidap Masalah Mata seperti :-

    - Mata Malas (Lazy Eyes)

7. Penghidap Masalah Metabolisma dan Salur Urinari seperti : -

    - Orang yang ingin membina badan atau mengurangkan berat badan

8. Penghidap Masalah Kanser dan Tumor seperti :-

    - membantu bekalkan nutrien lengkap semasa proses rawatan, sebelum dan selepas pembedahan


Jika anda tergolong dalam golongan di atas, apa yang ditunggu lagi? Dapatkanlah Shaklee Meal Shakes yang terbukti berkesan. Berkongsilah kegembiraan kesihatan ini kepada rakan-rakan dan saudara mara yang memerlukan.

Jadilah orang yang berani untuk mencuba produk yang sentiasa Semulajadi, Berkesan dan Selamat. Perkara yang terpenting dalam mengubah sesuatu perkara adalah "first step". Insya Allah, apabila anda sudah berjaya melepasi tahap "first step" ini, langkah-langkah anda yang lain akan menjadi mudah bagi anda. 

Adakah anda ragu-ragu untuk mencuba Shaklee Meal Shakes? Baiklah, teruskan pembacaan menarik di bawah mengenai testimoni pengguna-pengguna Shaklee Meal Shakes untuk anak-anak yang cerewet makan, ekzema dan juga panduan berguna untuk ibu yang menyusukan anak :-


SweetBonda Stories: Suplemen buat anak yang 'picky eater', ekzema, sel...: ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, c...



SweetBonda Stories: Tips Mengepam & Menyimpan Stok Susu di Bulan Puasa...: * * * * *   These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose, ...



Lactalbumin juga adalah ramuan utama yang terdapat dalam Meal Shakes * 

Dapatkan segera Shaklee Meal Shakes anda yang mengandungi nutrien yang lengkap dan seimbang juga mempunyai ejen penyerapan ke dalam tubuh badan yang terbukti berkesan. Sila klik ORDER di sini untuk belian atau hubungi kami seperti di bawah :)



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Monday, September 1, 2014

Promosi September 2014 - Shaklee Collagen Powder



Ogos 2014 meninggalkan kita dan kini kita berada di bulan September 2014. Seperti biasa setiap bulan Shaklee telah mengumumkan promosi bulanannya terhadap produk-produk tertentu dan antaranya ialah Shaklee Collagen Powder. Mengambil suplemen bukan hanya untuk kegunaan diri sendiri sahaja tetapi untuk dikongsi kehebatannya dan dijual kepada rakan-rakan yang memerlukan.


Apa kesan pengambilan Shaklee Collagen Powder kepada tubuh badan kita? Berkesankah Shaklee Collagen Powder ini kepada semua orang? Selain wanita, bolehkah lelaki dan kanak-kanak mengambil Shaklee Collagen Powder? Kenali Shaklee Collagen Powder anda dengan lebih dekat lagi dengan membaca entri di bawah:-


SweetBonda Stories: Best Ke Collagen Powder Shaklee?: Ya. Memang Collagen Powder Shaklee ini sangat  best . Apa yang menyebabkan ia  best ? Jom kita lihat satu-satu ya. (Kredit buat  AINUL ...


Kenapa anda perlu mengambil Shaklee Collagen Powder dan bukannya produk kolagen dari syarikat lain? Ini kerana selain daripada ramuan eksklusif yang lain, Shaklee Collagen Powder juga adalah berbeza dengan kolagen keluaran syarikat lain seperti berikut :-

-  menggunakan ekstrak sisik ikan merah (ikan laut dalam) yang tahan lasak (kuantiti dan kualiti            kolagen di dalamnya terjamin); dan
-  kadar penyerapan kolagen ekstrak sisik ikan merah ke dalam tubuh badan adalah lebih tinggi              daripada kolagen haiwan lain (sekitar 1,000 dalton - berat molekular kolagen)




Teruskan pembacaan anda dengan entri menarik di bawah :-


Perjalanan Hidupku...: Collagen Powder - Petua Mengurangkan Kedut dan Ken...: Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical...

Siapa yang sangat memerlukan untuk mengambil Shaklee Collagen Powder ini? Berikut adalah senarai orang-orang yang dicadangkan agar PERLU dan MUSTAHAK untuk mengambil Shaklee Collagen Powder :-


1. Penghidap Masalah Kulit dan Rambut seperti :-

    - masalah bintik penuaan dan pigmentasi
    - masalah Psoriasis
    - masalah kulit terbakar
    - masalah Eczema
    - inginkan kulit yang cantik
    - masalah lupus SLE
    - masalah rambut beruban
    - masalah rambut gugur

2. Penghidap Masalah Lelaki dan Wanita seperti :-

    - bertindak sebagai ejen anti penuaan
    - membantu masalah mati pucuk atau impotence
    - membantu masalah frigidity (ketiadaan nafsu berahi)
    - membantu proses penyusuan anak
    - membantu masalah keputihan dan leukorrhea
    - membantu masalah kolagen hilang semasa PMS dan menopaus

3. Penghidap Masalah Otot, Tulang dan Sendi seperti :-

    - masalah Arthritis
    - masalah sakit-sakit badan dan sakit sendi
    - masalah kuku rapuh dan kuning
    - masalah Osteoporosis dan Rapuh Tulang

4. Penghidap Masalah Mata seperti :-

    - Katarak
    - Glaukoma
    - Mata Malas (Lazy Eyes)

5. Penghidap Masalah Metabolisma dan Salur Urinari seperti : -

    - Orang yang ingin membina badan atau mengurangkan berat badan


Jika anda tergolong dalam golongan di atas, apa yang ditunggu lagi? Dapatkanlah Shaklee Collagen Powder yang terbukti berkesan. Berkongsilah kegembiraan kesihatan ini kepada rakan-rakan dan saudara mara yang memerlukan.

Jadilah orang yang berani untuk mencuba produk yang sentiasa Semulajadi, Berkesan dan Selamat. Perkara yang terpenting dalam mengubah sesuatu perkara adalah "first step". Insya Allah, apabila anda sudah berjaya melepasi tahap "first step" ini, langkah-langkah lain akan menjadi mudah bagi anda. 




* Kolagen bukan sekadar untuk cantik, tetapi untuk kesihatan optimum anda! * 


Adakah anda ragu-ragu untuk mencuba Shaklee Collagen Powder? Baiklah, teruskan pembacaan menarik di bawah mengenai testimoni pengguna-pengguna Shaklee Collagen Powder :-



SweetBonda Stories: Testimoni Collagen Powder Shaklee yang 'hot'!: Salam bahagia buat semua.. Hari ni sangat2 gembira kerana, hari ini hari Nuzul Quran, yang menandakan sudah sampai malam-malam TERAGU...


Dapatkan segera Shaklee Collagen Powder anda yang membantu membina dan memperbaiki organ-organ yang rosak akibat kehilangan kolagen seperti mata, sendi dan kulit supaya menjadi lebih sihat. Sila klik ORDER di sini untuk belian atau hubungi kami seperti di bawah :)



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Wednesday, July 23, 2014

Masalah Mata





65. Katarak


PRODUKCATATAN
VivixMengimpak 4 Mekanisma Utama Penuaan Selular
CarotomaxAntioksidan Yang Kuat, Meneutralkan Radikal Bebas
Collagen PowderKornea Dibina Dari Kolagen
Vita C 500mg SRFlavonoid Membantu Menyingkirkan Toksin Kanta Dan Retina
Vita E 400IUAntioksidan Yang Kuat, Meneutralkan Radikal Bebas
Omega GuardMenyuburkan Mata
E Soy ProteinMembaikpulih Sel Mata
B ComplexMengurangkan Stres


66. Glaukoma


PRODUKCATATAN
VivixMengimpak 4 Mekanisma Utama Penuaan Selular
Vita C 500mg SRMeredakan Tekanan Intraokular
CarotomaxAntioksidan Yang Kuat, Mengurangkan Stres
B ComplexAnti Stres
Collagen PowderKornea Dibina Dari Kolagen
Vita E 400IUMengeluarkan Partikel Dari Kanta Mata
GarlicBekalan Oksigen Dan Mengurangkan Kesakitan
E Soy ProteinMembaikpulih Sel Mata
LecithinMembakar Lemak Berlebihan


67. Mata Malas/Lazy Eyes


PRODUKCATATAN
VivixMengimpak 4 Mekanisma Utama Penuaan Selular
CarotomaxMengurangkan Radikal Bebas
Collagen PowderUntuk Mata Yang Sihat
Vita C 500mg SRAntioksidan Yang Kuat, Mengurangkan Stres
B ComplexMengurangkan Stres
E Soy ProteinMempertingkatkan Tenaga Dan Kekuatan Fizikal
OstematrixMerehatkan Otot Mata
Meal ShakesVitamin Dan Mineral Yang Lengkap Dan Seimbang
Vita E 400IUFungsi Antioksidan Yang Kuat, Mengurangkan Stres



ANDA SEBAGAI PEMBELI PRODUK SHAKLEE AKAN DIBERIKAN KONSULTASI EKSKLUSIF TENTANG CARA PENGAMBILAN SUPLEMEN YANG BERKESAN. JANGAN TUNGGU LAGI, HUBUNGI KAMI SEPERTI DI BAWAH :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================





Sunday, July 13, 2014

Carotomax - Petua Memelihara Kesihatan Penglihatan, Kesihatan Kulit dan Mencegah Kanser Secara Serentak!


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.



Ahli Nutrisi mencadangkan pengambilan 5 hingga 9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan kosentrasi beta karotena dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan  mencegah kanser. Justeru, Carotomax baru ini mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan sebagainaya.



Walaupun purata pengambilan karotenoid lutein, likopena dan beta karotena hanyalah 8 mg, Carotomax membekalkan lebih 13 mg (21,500IU) karotenaid berfaedah ini. Carotomax mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membran mukosa :-


# Alpha Carotene - Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan (1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 89 hidangan raspberries Alpha-Carotone).

# Beta Carotene - Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Mempertingkatkan sistem Imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat (1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 102 hidangan pisang Carotone).

# Lycopene - Bersifat anti oksidan, menghalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem Imun. Mengurangkan penyakit kelenjar prostat (1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 714 hidangan apricots Lycopene).

# Astaxanthin - Pigmen dalam alga dan fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. Walaubagaimanapun, Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen. Melindungi kerosakkan oksidasi kolestrol LDL (1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 113g hidangan salmon Astaxanthin).

# Lutein - Menyekat katarak, AMD (penyakit makular berkaitan umur) dan galukoma (1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 285 hidangan pink grapefruits Lutein).

# Zeaxanthin - Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks (1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 285 hidangan pink grapefruits Zeaxanthin).









Warna kulit sebilangan kecil pengguna akan menjadi kuning selepas mengambil beta karotena, walaubagaimanapun, ini bukan penyakit jaundis. Carotomax adalah warna semulajadi botanik. Apabila usus kecil mengubah beta karotena menjadi Vitamin A, ia merangsang sekresi hempedu (Bewarna kuning), sera detoksifikasi hati dan gallbladder dan mengalir bersama darah ke tapak tangan kita. Proses detoksifikasi semulajadi dan anti oksidasi biasanya akan berlalu untuk beberapa bulan dan akan menghilang secara perlahan menghasilkan kulit yang baru dan cantik.






Manfaat pengambilan Carotomax dalam kehidupan seharian anda tidak dapat dipertikaikan lagi :-

# Lebih Selamat Daripada Vitamin A - Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu Vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan Vitamin A akan menyebabkan toksitisi. Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.

# Mempertingkatkan Penglihatan - Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xeropthalmia (mata kering), kelesuan mata, galucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata.

# Meredakan Penyakit Kulit - Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Pengunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit.

# Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

# Melawan Kanser dan Oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem Imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukkan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

# Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru : batuk, hepatitis, athma, flu dan selesema.

# Menggalakkan Perkembangan Normal dan Sihat - Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi, juga penghasilan sperma yang sihat.


Adalah jelas selain daripada memelihara dan menjaga mata, memelihara kulit, Carotomax juga mampu untuk melawan unsur-unsur kanser. Petua penjagaan kulit juga boleh didapati dalam ENTRI terdahulu sebelum ini. Justeru, dapatkan segera Carotomax dan nikmati khasiat sebenarnya!



Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...