Showing posts with label Itali - Rom. Show all posts
Showing posts with label Itali - Rom. Show all posts

Friday, December 4, 2015

Pengalaman Bercuti Di Itali - Winter In Rome, Part 2



26.11.2015 (Day 7)

BUONGIORNO ROMA! SELAMAT PAGI ROM!


Basically, hari ni ialah hari terakhir aktiviti kat Itali sebab esok ialah flight balik Malaysia. Suhu hari ini pulak paling rendah 6 C dan paling tinggi 9 C.

Aktiviti hari ni telah dibahagikan dimana yang bukan Islam akan pergi ke Vatican City dan yang beragama Islam akan pergi ke Villa D' Este yang terletak di Tivoli, Rom. Tapi ada jugak beberapa orang yang bukan Islam nak ikut kami ke Tivoli Villa.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali

Villa D'Este pada tahun 1830
Villa D'Este pada tahun 2015

Tivoli Villa ni ialah sebuah villa dan taman yang besar dan berada di atas bukit. Masa ni memang sejuk... dah le atas bukit, lepas tu hujan renyai pun mula turun. Tempat sini memang sangat cantik dan berbaloi untuk ambil gambar.

Baru sampai di Tivoli
Villa D'Este juga telah tersenarai sebagai sebahagian daripada tapak warisan dunia di bawah UNESCO. Keistimewaan Villa D'Este ialah senibinanya yang unik. Sumber air di sini juga telah diperolehi secara semulajadi dari atas bukit yang mengalirkan anak-anak sungai kecil ke dalam taman. Di dalam taman ini juga terdapat bermacam-macam jenis air pancut.

Antara anak sungai yang mengalir di sini
Antara air pancut yang cantik dan unik

Sebahagian masa lawatan di sini juga ditemani dengan hujan renyai yang sejuk dan dingin sehingga terasa ke dalam sumsum tulang. Masa ni kenalah gunakan payung sponsor ataupun pakai poncho iaitu baju hujan



Sementara menunggu bas untuk kembali ke bandar Rom, kami semua diberikan kebebasan untuk membeli belah di sekitar kawasan Tivoli.


BUONA SERA ROMA! SELAMAT PETANG ROM!

Tak sampai 1 jam perjalanan dengan bas, kami dah sampai di bandar Rom dan kami pergi ke restoran pizza yang "mesra tomato" namanya Il Pomodorino untuk makan tengahari. Sedar tak sedar, ini adalah makan tengahari terakhir kami di Itali.

Mesra tomato
Spaghetti seafood.....
Kentang dan kalamari

Setelah makan tengahari, kami ambil kesempatan yang ada untuk membeli belah di saat-saat akhir di sekitar bandar Rom. Tempat tumpuan tak lain tak bukan ialah Hard Rock Cafe dan kedai-kedai souvenir....

Bergambar kenangan di luar HRC Rome

Kami pulang awal ke hotel untuk persiapan Gala Dinner dan sebelum maghrib kami dah tiba di hotel. Oh ye.... sini kan musim sejuk, hari siangnya pendek... jadi lebih kurang pukul 4.45 petang tu matahari dah terbenam ataupun dah masuk maghrib.

Lepas bersiap untuk ke Gala Dinner kami naik bas di lobi hotel lebih kurang pukul 7.00 malam. Tempat dinner kali ni dibuat di sebuah tempat persidangan ataupun konferens yang dikenali sebagai Salone delle Fontane, Rom.

Pemandangan di luar Salone delle Fontane
Dapat hadiah saguhati... syukur....
Bergambar kenangan bersama Mr Hermant Singh (Acting President Shaklee Malaysia)

Selesai Gala Dinner kami semua pulang ke hotel dan bersiap-siap packing untuk pulang ke Malaysia. Memang rasa gembira bila dapat join trip macam ni.... tapi lagi gembira bila nak balik rumah sendiri... I'm coming home.... coming home....


BUONA NOTTE ROMA! SELAMAT MALAM ROM!


27.11.2015 (Day 8)

BUONGIORNO ROMA! SELAMAT PAGI ROM!

Hari terkahir di bumi Itali.... hari terakhir di bandar Rom yang penuh bersejarah. Kejap lagi nak pergi Rome Airport untuk balik Malaysia. Flight kami yang naik Singapore Airlines pukul 11.15 pagi local time. Suhu masa ni paling sejuk 5 C dan yang paling tinggi ialah 13 C.

Lepas solat suboh kat hotel, kami terus bawak turun luggage kat lobi hotel dan terus bersarapan. Biasa pukul 7.00 pagi baru boleh sarapan, tapi harini special sikit... pukul 5.00 pagi dah boleh sarapan sebab dah nak pergi airport. Mereka yang naik Cathay Pacific dan Emirates Airlines dah breakfast dan bertolak ke airport lebih awal dari kami.

Rome Airport ni kat kawasan Fiumicino dan tak jauh pun dari hotel... lebih kurang 20 minit dah sampai kalau naik bas. Rome Airport juga dikenali dengan nama Leonardo Da Vinci Airport. Sampai jer di Rome Airport, kami terus check in dan setelkan urusan kastam Itali untuk dapatkan tax refund atas barang-barang yang dah dibeli.

Check in time....
Suasana di Rome Airport

Tax kat Itali ni ialah 20% untuk barang-barang mewah dan juga barang-barang kesukaan pelancong. Tapi untuk dapat refund tu bergantung pada jenis barang yang dibeli... lebih kurang 10-12% jer yang boleh dapat refund... jadilah..... Syaratnya kena beli barang minimum 155 euro dalam satu resit... baru boleh dapat borang untuk tax refund.

SELAMAT TINGGAL ITALI! CIAO!


Kami dijangka tiba di Singapura pada pukul 6.15 waktu Singapura iaitu kira-kira 12 jam penerbangan dari Rom. Seperti biasa kami yang Muslim akan diberikan Muslim Meal dalam kapal terbang sebanyak 2 kali iaitu 2 jam selepas berlepas dari Rom, dan satu menu lagi 2 jam sebelum mendarat di Singapura.

Menu pertama - Lauk kambing.... sedap tapi masin...

Menu kedua - Roti kebab dan kari ayam

Baca : Makanan Halal Dalam Kapal Terbang


28.11.2015 (Day 9)

SELAMAT PAGI SINGAPURA!

Alhamdulillah.... selamat sampai di Asia Tenggara setelah 11 jam 30 minit penerbangan dari Rom, iaitu setengah jam lebih awal. Kami mendarat di Changi Airport pada pukul 5.45 pagi. Kami terus pergi menunaikan solat Subuh di surau yang disediakan di Terminal 2 Changi Airport.

Penerbangan kami balik ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 8.30 pagi. Masa ni dah tak sabar-sabar nak balik rumah.... walaupun tak jauh mana pun nak sampai. Kali ni kami naik penerbangan Silk Air iaitu salah satu anak syarikat Singapore Airlines.

Dalam kabin Silk Air... kecil tapi not bad.....

SELAMAT PAGI MALAYSIA!

Alhamdulillah... dah sampai KLIA lebih kurang pukul 9.30 pagi. Rasa macam sekelip mata jer dalam Silk Air tadi.... Dah setel urusan imigresen dan luggage... ada satu jer tempat tujuan kami sebelum sampai rumah.... iaitu cari makanan Malaysia. Jadi, kami pun breakfast kat KLIA dengan penuh rasa kesyukuran.....

Selesai makan makanan Malaysia

Selesai makan, kami bergerak ke ERL untuk pulang ke lapangan masing-masing dan menjalani rutin harian serta tanggungjawab masing-masing.

Sedih ke gembira ni?


Memang banyak perbezaan antara Itali dan negara kita. Itali adalah salah sebuah negara Eropah Bersatu (EU) yang tidak semaju negara-negara EU yang lain. Ekonomi Itali juga tidak sekuat mana pun.... terima kasih kepada bahan peninggalan sejarah di bumi Itali yang menyebabkan Itali menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia dan seterusnya menjana ekonomi Itali.

Orang Itali sangat bangga dengan budaya mereka. Hidangan makanan mereka memang sangat rumit bermula dengan pembuka selera, hidangan pertama, hidangan kedua dan akhir sekali pencuci mulut. Kalau kita datang dengan rombongan yang besar pun diorang takkan masak dahulu sehinggalah rombongan sampai ke restoran.

Bayam dan kentang juga sangat banyak di Itali sehinggakan hampir semua menu mereka mempunyai bayam dan kentang. Keju pun adalah antara menu wajib dalam makanan Itali. Tapi kalau hari-hari makan makanan Itali, tekak orang Malaysia macam kita ni agak susah untuk terima.

Pizza adalah simbol utama makanan Itali. Tapi, pada hakikatnya pizza Itali sangat simple dan nipis. Kat Itali memang takde Pizza Hut dan Domino. Orang Itali juga suka minum kopi. Sehari diorang boleh tahan minum kopi sampai 4-5 kali. Kopi espresso yang pahit itu pun orang Itali mampu minum banyak kali. Jangan haraplah.... brand kopi lain macam Starbucks nak masuk dalam Itali.

Kereta-kereta kat Itali pun semua comel-comel belaka... seperti kereta Smart Picanto. Lebih kecil kereta... lebih mudah untuk diorang parking. Bandar-bandar di Itali khususnya bandar-bandar lama memang sempit laluannya.

Parking Italian style... ada berani???

Oh ye.... memang betul kat Itali ni banyak penyeluk saku, bukan itu saje... luggage kita pun boleh hilang kalau kita leka dan tak berhati-hati. Diorang bergerak secara terancang... orang pertama curi... pas kat orang ke-2... pas kat orang ke-3 dan seterusnya. Sebab tu, kalau barang dah hilang, jangan haraplah kita akan jumpa semula.

Nak melancong kat tempat bersejarah di Itali ni kena kuat fizikal... sebab banyak jalan kaki. Permukaan jalan pun tak rata sebab diorang kekalkan batu batu jalan zaman dahulu. Tempat seperti bandar Rom lebih mencabar sebab bentuk permukaan yang tidak rata dan beralun.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali



Setiap bangsa dan negara akan cuba mengekalkan identiti mereka masing-masing. Kerana hanya itu saja caranya yang akan membuatkan mereka bangga dan mampu bercerita dengan orang lain. Insya Allah... tahun hadapan ada rezeki akan ke Orlando, USA pula....

Tahun 2016 adalah ulangtahun ke-60 Shaklee sebagai sebuah syarikat

SEE YOU IN ORLANDO, USA 2016!

BACA : ORLANDO TRIP 2-12 OGOS 2016



* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :







Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Thursday, December 3, 2015

Pengalaman Bercuti Di Itali - Winter In Rome, Part 1



24.11.2015 (Day 5)

BUONGIORNO FIRENZE! SELAMAT PAGI FLORENCE!

Semakin hari semakin sejuk dan dingin cuaca di sini. Suhu dah mencecah 0 C pada awal pagi dan paling tinggi pun suhu mencecah 12 C.

Seperti biasa kami meletakkan beg di kawasan lobi dan pergi sarapan. Sementara kami sedang bersarapan, beg-beg besar kami akan dipunggah masuk ke dalam trak dan menempuh perjalanan selama 3 jam 40 minit menuju ke Rom dari Florence.

Selesai sarapan kami menaiki bas menuju ke stesen keretapi Florence iaitu Firenze S.M.N. Alhamdulillah... rezeki kami semua sebab sekali lagi kami akan naik bullet train dari Florence ke Rom yang hanya mengambil masa 1 jam dan 30 minit. Tambah selesa lagi, kami semua akan duduk di coach business class.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali

Kenangan di Firenze S.M.N.... siap sedia nak pergi Rom!
Hampir top speed
Untuk ticket bullet train sahaja, Shaklee telah memperuntukkan hampir RM1,000.00 seorang untuk tiket (Milan - Florence dan Florence - Rom) sahaja. Jadi untuk 250 orang peserta lebih kurang suku juta telah diperuntukkan untuk kami semua. Alhamdulillah.... rasa berbaloi bila berusaha keras buat bisnes Shaklee ni....

Refreshment yang diberikan dalam coach business class
CIAO!


SELAMAT DATANG ROM!

Setelah tiba di Rom iaitu di stesen Roma Termini... keadaan cuaca agak kurang dingin. Suhu serendah 6 C dan paling tinggi pun hanya 13 C. Keadaan di bandar Rom pun nampak lebih crowded berbanding Milan dan Florence. Hiruk pikuk kawasan bandar dah mula kedengaran di bandar Rom ini.

Stesen Roma Termini pada tahun 1890

Selamat tiba di Rom, ibukota Itali

Sekali lagi, kami semua bersyukur kerana setibanya kami di Rom kami telah dibawa ke Masjid terbesar di Eropah dan juga Masjid terbesar di dunia di luar Kota Islam iaitu Masjid Rom. Ini kerana, lawatan ke masjid ini tiada dalam jadual asal tetapi atas permintaan beberapa orang Muslim Business Leader, akhirnya tercapai juga hasrat kami semua.

Papan tanda masjid yang semakin usang
Bergambar kenangan di Masjid Rom
Agama Islam bukanlah agama yang diiktiraf di negara Itali. Mudah-mudahan bumi Itali ini akan dilimpahi hidayah dan rahmat dengan bertambahnya orang yang sujud kepada-Nya di bumi Itali ini.... Selesai solat jamak di Masjid Rom, kami menuju ke sebuah restoran Lubnan iaitu Mandaloun untuk makan tengahari di sana.

Nasi Arab + Kambing
Ayam Goreng Rosemary + Buah Zaitun + Minyak Zaitun + Salad


BUONA SERA ROMA! SELAMAT PETANG ROM!

Selesai makan tengahari kami teruskan aktiviti dengan 'city tour' di bandar Rom yang lebih mencabar dan berbukit bukau. Tempat lawatan pertama kami ialah Spanish Steps iaitu sebuah tangga bersejarah dan mempunyai kaitan dengan diplomat Sepanyol satu ketika dahulu.

Piazza di Spagna satu ketika dahulu dimana terbinanya Spanish Steps
Spanish Steps pada abad ke-21

Kemudian kami berjalan kaki ke tempat lawatan kedua iaitu sebuah air pancut bersejarah, Trevi Fountain. Air pancut ni adalah antara yang terkenal di dunia kerana gaya dan seninya yang tersendiri.

Trevi Fountain pada abad ke-15
Trevi Fountain pada abad ke-21
Kami diberikan masa yang lebih di kawasan Trevi Fountain ini untuk membeli belah di kawasan berhampiran.

Berkumpul semula selepas shopping
Selesai membeli belah di sekitar kawasan Trevi Fountain, kami meneruskan perjalanan ke sebuah kuil lama zaman Rom purba iaitu The Pantheon yang merupakan tempat lawatan ketiga. Berdasarkan sejarah, pahlawan empayar Rom zaman dahulu akan ke kuil ini untuk mendapatkan semangat sebelum berperang.

Pantheon pada tahun 1836
Pantheon pada tahun 2015
City Tour diakhiri dengan lawatan keempat di lapangan politik kota Rom yang dikenali sebagai Piazza Navona. Piazza Navona ni ialah contoh seni bina Roman klasik iaitu satu monumen yang melambangkan air pancut yang menghubungkan empat (4) sungai utama dunia dari empat (4) benua iaitu Sungai Nil di Afrika, Sungai Danube di Eropah, Sungai Ganges di Asia dan Sungai "River Plate" di Amerika.

Piazza Navona pada tahun 1730
Piazza Navona pada tahun 2015

Perjalanan diteruskan ke tempat makan malam iaitu kedai pizza klasik bernama Ristorante Paparex. Dalam perjalanan ke situ, kami sempat melalui dan melihat negara terkecil di dunia iaitu Vatican City. Semasa menikmati hidangan makan malam, telinga kami pun disajikan dengan nyanyian ala-ala opera zaman Rom purba. Penyanyi pun pakai pakaian zaman dahulu.... sangat classic!

Pizza ni makan sorang satu
Sabar menunggu hidangan seterusnya

Selesai makan malam, kami check in hotel untuk berehat. Di Rom, kami menginap di Hotel Mariott Park. Alhamdulillah.... luggage kami dari Florence yang dibawa trak pun telah selamat sampai ke bilik masing-masing


BUONA NOTTE ROMA! SELAMAT MALAM ROM!


25.11.2015 (Day 6)

BUONGIORNO ROMA! SELAMAT PAGI ROM!

Cuaca di Rom semakin sejuk. Suhu adalah sekitar 3 C hingga 12 C. Walaupun dijangka hujan renyai, namun Alhamdulillah.... cuaca hari ni baik untuk diteruskan perjalanan. Di Hotel Marriott Park ini, tempat breakfastnya agak tinggi iaitu di Tingkat 6 hotel.

Tempat breakfast halal yang telah diasingkan

Menikmati pemandangan matahari terbit semasa sarapan

Hari ni memang tak sabar nak pergi ke destinasi seterusnya iaitu Colosseum. Colosseum memang landmark terbaik Itali khususnya kota Rom. Sejak kecik lagi tengok TV cerita gladiator dan colosseum.

Colosseum pada tahun 1757
Colosseum ialah sebuah gelanggang besar dan tempat hiburan orang Rom zaman kuno. Mereka saling berbunuhan untuk menunjukkan kekuatan dan kekuasaan. Bukan sahaja berlawan sesama manusia, tapi ada juga berlawan dengan binatang yang buas dan ganas.

Semakin menghampiri Colosseum
Bahagian luar Colosseum
Setibanya di Colosseum kami bergambar di luar bangunan dan kawasan sekitarnya. Kemudian kami semua juga berpeluang masuk dan bergambar dalam Colosseum itu sendiri.

bahagian dalam Colosseum
Matahari terik tapi masih sejuk
Group photo setelah selesai lawatan

BUONA SERA ROMA! SELAMAT PETANG ROM!

Selesai lawatan ke Colosseum kami semua menuju ke tempat shopping di Rome iaitu Castello Romano Outlet ataupun dikenali sebagai McArthur Designer outlets. Berbeza dengan outlet di Florence, kat Rom ni takde brand Prada dan Gucci. Tapi brand yang lain memang pelbagai serta banyak pilihan.

Bergambar kenangan di Castello Romano Outlet
Castello Romano Outlet pada waktu malam

Lunch kali ni memang sendiri sendiri dan tak disediakan. Sebab tu dah awal-awal dapat pocket money masa kat KLIA. Kitorang pun solat jamak kat kawasan outlet, cari kawasan yang bersih dan tak menghalang laluan orang ramai.

Cari punya cari dapat juga makanan di sebuah kedai yang sediakan makanan seafood. Jadi, kami order nasi goreng seafood.

Kedai makan w.o.k.
Nasi goreng seafood Italian style

Apabila hari menjelang gelap, barulah kami naik semula ke bas dan menuju ke tempat makan malam. Kami makan malam di sebuah Villa yang telah dijadikan restoran yang dinamakan Villa Rinaldo.

Pintu masuk restoran di Villa Rinaldo
Tiram Mr Bean
Rissotto.... Risso bermaksud rice....
Grilled Lobster

Selesai makan malam, kami kembali ke hotel untuk merehatkan diri dan bersiap sedia untuk aktiviti hari esok pula.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali


BUONA NOTTE ROMA! SELAMAT MALAM ROM!



* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :



Winter In Milan, Italy

Winter In Florence, Italy


Winter In Rome, Italy - Part 2



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...