Showing posts with label BIoflavonoid. Show all posts
Showing posts with label BIoflavonoid. Show all posts

Thursday, June 22, 2017

Sustained Release Vitamin-C Plus - Vitamin C Semula Jadi



Vitamin - Alami semula nikmat kesihatan. Nutrien yang betul memainkan peranan penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan.

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.*

Buah-buahan sitrus - sumber utama Bioflavanoids


Tahukah anda?

Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.


MAL 13085068NC
#10104/180 tablet/180 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 tablet sehari selepas makan.

Kandungan nutrisi dalam Sustained Release Vita-C Plus



Keistimewaan Shaklee

Sustained Release Vita-C Plus adalah produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama 5 jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavanoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

KKLIU 0611/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Tuesday, October 6, 2015

Makanan Hebat Untuk Kesihatan Paru-Paru Anda



Kesihatan Paru-Paru atau Kesihatan Sistem Pernafasan adalah perkara yang perlu diambil berat oleh semua orang. Selain daripada merujuk kepada doktor dan pakar perubatan sekiranya berlaku apa-apa masalah kepada Sistem Pernafasan, sewajarnya kita juga perlu tahu cara-cara untuk elak daripada berlaku sekali lagi masalah Sistem Pernafasan.

Masalah yang kerap berlaku kepada Sistem Pernafasan ialah serangan asma. Dalam keadaan jerebu dan indeks pencemaran udara yang tidak sihat, kebarangkalian untuk diserang asma khususnya kanak-kanak dan orang tua amat tinggi. Penjagaan dari segi pemakanan juga penting untuk mengurangkan risiko diserang asma.


Makanan Hebat Untuk Kesihatan Paru-Paru


Bawang Putih 

Kajian tahun 2009 telah membuktikan bahawa Allicin yang ada pada bawang putih ialah sejenis antioksida yang sangat kuat dan mampu menghancurkan radikal bebas. Allicin berfungsi menghasilkan asid untuk menentang radikal bebas yang biasanya menyebabkan asma

Baca : Garlic Complex mempunyai kandungan Allicin semulajadi di dalamnya

Manfaat kesihatan lain - Bawang Putih ialah sejenis antibiotik semulajadi

Bawang Putih Organik

Epal

Kajian di Britain menunjukkan bahawa mereka yang makan 2 hingga 5 biji epal seminggu mempunyai 32% kurang risiko diserang penyakit asma. Ini disebabkan kandungan flavanoids yang terkandung dalam epal.

Baca : 25% bioflavanoid Vitamin C diekstrak daripada kulit buah

Tembikai Susu 

Vitamin C ialah antioksida yang kuat untuk menentang radikal bebas. Walaupun semua buah ada Vitamin C, namun buah-buahan sitrus mempunyai Vitamin C yang lebih banyak dari buah-buahan bukan sitrus. 

Kajian prasekolah di Jepun membuktikan kanak-kanak yang mengambil Vitamin C lebih banyak daripada kanak-kanak lain akan kurang diserang asma

Lobak Merah 

Lobak Merah mempunyai antioksida lain yang dikenali sebagai beta karotena. Beta Karotena akan ditukarkan menjadi Vitamin A dalam tubuh badan dan membantu mengurangkan aktiviti asma.

Baca : 1 hidangan Carotomax bersamaan dengan beta karotena dalam 102 hidangan pisang

Beta Karotena juga membantu mengekalkan tahap kesihatan mata, kekuatan sistem imun serta mengurangkan risiko penyakit jantung, barah dan juga Alzheimer.

Biji flax 


Namun begitu, Omega 3 yang didapati daripada ikan masih lagi kekal sebagai minyak ikan terbaik bagi membersihkan saluran pernafasan yang diserang asma

Biji Flax

Magnesium pula membantu untuk melegakan dan menenangkan otot-otot bronki yang telah diserang asma

Baca : Ostematrix mengandungi Magnesium dan Vitamin D

Avokado 

Kaya dengan antioksida dipanggil glutathione yang membantu menentang radikal bebas.

Avokado juga kaya dengan "monounsaturated facts" (lemak tak tepu) yang bagus untuk mengurangkan kolesterol dalam darah

Baca : Kenali Lemak Sihat Dan Lemak Tidak Sihat


Minuman Yang Boleh Dipertimbangkan Untuk Kesihatan Paru-Paru


Kopi

Walaupun terlalu kerap minum kopi tidak bagus untuk kesihatan, namun kopi mampu membantu membersihkan saluran paru-paru yang tersumbat akibat serangan asma. Itupun, minum kopi hanya akan memberikan kesan baik 4 jam selepas meminumnya



Susu

Vitamin D dalam susu mampu melegakan asma, tapi pada masa yang sama unsur lain dalam susu boleh membuatkan asma menjadi semakin teruk


Makanan Penyebab Alahan Yang Perlu Dielak


Kacang tanah - Alahan pada kacang tanah adakalanya boleh membawa maut

Kacang tanah dari ladang

Garam - boleh menyebabkan "fluid retention" dalam paru-paru iaitu pengekalan cecair dalam saluran penafasan yang akan memburukkan lagi asma

Kerang - antara penyebab alahan paling teruk selepas alahan kacang tanah dan alahan kepada susu

Telur - Elak semua jenis telur dan produk yang mengandungi telur


Sumber : www.health.com


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Monday, July 14, 2014

Tips Untuk Mengekalkan Vitamin C Dalam Tubuh Badan Kita


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.

Tahukah anda bahawa sebatang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C? Tahukah anda bahawa keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C? Tahukah anda bahawa kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak? Dan tahukah anda bahawa terlebih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit-birit? 


Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui cara untuk mengekalkan Vitamin C dalam tubuh badan kita. Mengapa kita perlu Vitamin C? Haiwan seperti arnab mampu menghasilkan Vitamin C mereka sendiri iaitu 18,000mg (18g) sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C mereka sendiri. Tambahan pula Vitamin C adalah larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh badan kita. Oleh yang demikian adalah penting untuk kita mengambil Vitamin C setiap hari tambahan pula Vitamin C tidak memberikan kesan toksik.


Walaubagaimanapun adalah memadai untuk mendapatkan Vitamin C dari buah-buahan kerana setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.



Di Shaklee, "Sustained Release Vita C 500mg" telah diperkenalkan dan berbeza dengan Vitamin C lain di pasaran dari segi teknologi "Sains Pembebasan Berterusan Secara Semulajadi". Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah dan kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan bahawa 2 tablet Vitamin C Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Begitulah caranya untuk mengekalkan kandungan Vitamin C dalam badan kita!


Setiap tablet juga mengandungi 120mg bioflavonoid atau lebih dikenali sebagai Viamin C Complex, dimana 25% daripada bioflavanoid diekstrak daripada kulit buah. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

*25% daripada bioflavanoid diekstrak daripada kulit buah*


Manfaat utama Vitamin C Shaklee tidak dapat dipertikaikan lagi seperti berikut :-

# Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia hanya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

# Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

# Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, athma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.

# Memerangi Kanser - Ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

# Mencantikkan Kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

# Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki Insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

# Mengekalkan Kolestrol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis (arteri tersumbat), thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



Adakah pengambilan Vitamin C penting untuk kanak-kanak? Ya, semestinya. Anda bertanggungjawab untuk meningkatkan sistem imun si cilik anda daripada serangan pelbagai jenis penyakit seperti link di bawah :-


SweetBonda Stories: Chewable Vita-C Plus Shaklee Kini Berwajah Baru: Sustained Release Vita-C Plus (500mg) Di Shaklee, selain dari  Sustained Release Vita-C Plus (500mg) , ada satu lagi vitamin c ya...


*Vitamin C untuk si cilik anda!*


Adalah jelas betapa pentingnya untuk mengekalkan Vitamin C dalam tubuh badan kita. Justeru, dapatkan segera Shaklee Vitamin C dan nikmati khasiat sebenarnya!



Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...